Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 18 Julai 2025

TAZKIRAH KESEMPURNAAN IMAN

🌙 Tazkirah: Kesempurnaan Iman Itu Fardhu Ain – Hidupkan dengan Zikrullah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Marilah kita syukuri nikmat terbesar yang Allah beri kepada kita – nikmat iman dan Islam.

Namun satu persoalan penting yang wajib kita renungi:

👉 Adakah iman kita ini sudah sempurna? Atau sekadar cukup untuk sekadar nama – Islam di kad pengenalan tetapi kosong di hati?

💔 Kesempurnaan Iman – Tanggungjawab Peribadi yang Wajib Diusahakan

Saudara-saudari,

Iman bukan sekadar lahir. Ia fardhu ain untuk diperjuangkan sehingga sempurna. Ia amanah yang mesti dijaga oleh setiap individu muslim.

Nabi SAW bersabda:

> "Iman itu bertambah dan berkurang."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika kita tidak mengusahakan peningkatan iman, maka iman itu akan merosot hari demi hari, tanpa kita sedari.

Bukan kerja ustaz, bukan kerja tok imam tapi kerja kita sendiri.

🧠 Apa Maksud Iman Sempurna?

Iman yang sempurna itu ialah:

Hati yang sentiasa ingat Allah.

Lidah yang basah dengan zikir.

Hidup yang diserah pada aturan Allah.

Jiwa yang tak terikat pada dunia, tapi penuh harap pada akhirat.

Allah SWT berfirman:

> "Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka..."
(Surah Al-Anfal: 2)

👆👆👆 Tanda telah mencapai sempurna iman, menurut nilaian Allah. Hasil dari Zikrullah berdiri, duduk dan berbaring.

🌾 Zikrullah – Jalan Menuju Kesempurnaan Iman

Inilah jalan yang paling halus, paling dalam, paling sunyi — tapi paling pasti:

👉 Zikrullah.

Berdiri – Zikrullah.

Duduk – Zikrullah.

Berbaring – Zikrullah.

Allah perintahkan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 191:

> "Iaitu orang-orang yang Zikrullah semasa mereka berdiri, duduk dan ketika mereka berbaring..."

Zikirullah untuk kessempurnaan iman bukan hanya pada tasbih, tetapi dalam setiap helaan nafas, setiap keputusan, setiap rasa takut dan harap.

Mari Kita Tanya Diri Sendiri…

Adakah saya sudah berusaha mencapai iman yang sempurna?

Berapa banyak masa saya dalam sehari digunakan untuk Zikrullah?

Jika saya mati malam ini, adakah saya meninggal dengan hati yang hidup? Atau hati yang lalai?

Bangkitlah Mengusahakan Kesempurnaan Iman

Saudara yang dikasihi,

Iman bukan barang yang diwarisi. Ia perlu diusahakan, dibajai, dan dijaga siang dan malam.

➡️ Mulakan hari ini dengan zikrullah secara sedar dan berterusan.

➡️ Jadikan setiap waktu sebagai peluang untuk mendekatkan hati kepada Allah.

➡️ Latih hati untuk bernafas dengan ingatan kepada-Nya, bukan sekadar menyebut, tetapi merasai.

Kerana bila hati sudah penuh dengan zikir, dunia tidak lagi menyesakkan… dan iman itu akan menjadi cahaya yang menerangi seluruh hidup kita.

اللهم اجعل قلوبنا عامرة بذكرك، واجعل إيماننا كاملاً بك، واجعلنا من الذاكرين في كل حال. آمين.

CP FB #mohdabdullah

PENCERAHAN ISU POLITIK SABAH

PENCERAHAN ISU POLITIK SABAH

"Bukan lagi soal parti Sabahan atau bukan Sabahan — tetapi soal integriti dan keberanian menolak rasuah demi masa depan negeri ini."

Sudah terlalu lama rakyat Sabah dibuai dengan janji-janji kononnya penyelesaian kepada segala masalah negeri ini ialah dengan menyokong parti tempatan. Sentimen ini terus dimainkan seolah-olah hanya dengan memilih parti berjenama Sabah, maka segala masalah pembangunan, kemiskinan, infrastruktur, dan ketidakadilan akan lenyap.

Namun realitinya, banyak parti lokal Sabah sendiri telah terbukti hanyut dalam budaya rasuah, kepentingan peribadi, dan politik uang. Sama ada parti itu "Sabahan" atau "bukan Sabahan", jika pemain politiknya tetap tamak, seleweng dana rakyat, dan menjarah kekayaan negeri ini — hasilnya tetap sama: Sabah terus ketinggalan.

Oleh itu, persoalan utama hari ini bukan lagi soal asal-usul parti.

Isu sebenar yang perlu menjadi keutamaan kita ialah:

1. Siapa yang benar-benar berintegriti dan mempunyai kekuatan spiritual yang boleh "memprotik" dirinya dan rakyat Sabah.?

2. Siapa yang sanggup meletakkan kepentingan Sabah mengatasi kepentingan parti dan peribadi?

3. Siapa yang ada keberanian politik untuk menyemak dan menuntut hak-hak Sabah yang terhakis selama ini?

4. Siapa yang mampu membawa Sabah keluar dari budaya feudal politik yang membunuh potensi rakyat muda dan cendekiawan kita?

Sabah memerlukan gelombang politik baharu — bukan sekadar menukar baju parti, tetapi mengganti wajah-wajah lama yang korup dan menjadikan kekuasaan sebagai harta rampasan.

Politik masa depan Sabah wajib berteraskan:

Integriti dan akauntabiliti.

Keutamaan terhadap pembangunan rakyat, bukan survival parti.

Kepimpinan yang berani menentang rasuah secara terbuka.

Penyatuan tenaga rakyat merentasi agama, bangsa dan etnik demi negeri ini.

Cukuplah menjadikan rakyat sebagai tebusan politik. Cukuplah menjadikan Sabah sebagai lombong emas kepada segelintir elit politik.

Kini masa untuk rakyat bangkit memilih pemimpin yang benar-benar layak — bukan berdasarkan label parti, tetapi berdasarkan rekod bersih, idea segar dan keberanian memperjuangkan masa depan Sabah.

#CP FB #mohdmoslimabdullah

Jumaat, 14 Februari 2025

TIADA PAKSAAN

TIDAK ADA PAKSAAN DALAM AGAMA ALLAH. Setiap diri manusia Allah bebas merdekahkan untuk memilih jalan hidupnya, walau pun Allah mewahyukan janji-janjiNya jika manusia menjalani jalan Beriman dan mewahyukan janji-janjiNya pada manusia jika memilih jalan kekafiran padaNya, namun Allah tidak memaksa manusia untuk menjalani jalan Iman dan memaksa mereka menjauhi jalan kekafiran. Allah bebas merdekahkan manusia memilih jalan yang mereka mahu. Siapa yang memilih jalan keimanan, maka dia harus menjalani disiplin jalan keimanan itu, dan siapa yang bersungguh-sungguh maka dialah yang mendapat keberuntungan yang melimpah dan darjat yang tinggi di dunia dan di kehidupan selepas mati. Siapa pula yang memilih menjalani jalan kekafiran, maka di sana juga wajib dia menjalani disiplin jalan kekafiran itu dan siapa yang bersungguh-sungguh mentaati displin jalan kekafiran itu, maka merekalah yang mendapat tempat di dunia kekafiran itu dan nanti di kehidupan selepas mati telah disediakan api Neraka sebagai tempat kembali mereka yang kekal abadi. Allah mencipta manusia, kemudian mencipta dua jalan, kemudian Allah bebas merdekakan manusia untuk memilih antara dua jalan. Disinilah maksud firman Allah yang mahfumnya, tidak ada paksaan dalam Agama Allah. Jika manusia memilih jalan kekafiran, maka bersedialah untuk menerima segala kesusahan dan penderitaan yang tersedia di jalan itu, manusia yang memilih jalan kekafiran maka manusia itulah yang wajib menerima segala siksa dan penderitaan, yang tersedia dalam jalan itu, siksa dan penderitaan dari di kehidupan dunia ini, sampailah di kehidupan selepas mati, yang akan berhujung di dalam api neraka, yang kekal abadi. Demikian juga manusia yang memilih jalan keimanan, mereka pasti akan berjumpa dengan segala nikmat dan kebahagiaan yang tersedia di jalan itu dan yang akan berakhir dalam taman Surga yang luasnya seluas langit dan bumi, dipenuhi kenikmatan yang kekal abadi, tempat berbahagia yang tiada duka lagi. Wahai sekalian manusia yang Allah bebas merdekakan, untuk membuat pilihan, buatlah pilihan jalan mana yang engkau mahu dan hanya ada dua jalan sahaja untuk dipilih, jalan keimanan atau jalan keKafiran. Gunakanlah akal fikiran warasmu untuk membuat pilihan, kerana yang akan menderita dan tersiksa adalah dirimu sendiri bukan orang lain, jika kau memilih jalan kekafiran. Engkaulah yang beruntung dan berbahagia bukan orang lain jika kau memilih jalan keimanan. Nota dari kekasih hatiku. Saya membaca berulangkali untuk peringatan buat diri. untuk membuka kembali laluan kerajian membaca itu teramat payah. Namun saya berusaha biarpun sering gagal.

APABILA BERCAKAP

Apabila bercakap pasal qada dan qadar, ia nampak mudah ketika hati kita sedang gembira. Berbeza penerimaan kita ketika hati kita sedang berduka. Ya, hanya orang beriman yang mampu melaluinya. Ya, jangan juga mudah menilai seseorang itu beriman atau tidak. Kalau kita faham itu qada qadar, kenapa kita harus marah dengan perbuatan orang yang menyakitkan hati kita?

SINGGAH SEBENTAR

Assalamualaikum tanpa disedari sudah masuk bulan februari 2025 dan bulan syaaban 1446H. Lama tidak menyinggah di laman ini. Suatu masa dulu di sini lah tempat ku menulis about everything. Dulu saya suka menulis sebab dulu saya suka membaca. Namun sejak 7 tahun kebelakangan ini minat membacaku drop. very poor. Dan kerana kemalasan itu juga saya rasa saya semakin bodoh. Semakin hari semakin bodoh. Semoga tahun 2025 ini sinarku kembali menyerlah. Garangku semakin kencang dan takhtaku semakin ke puncak. Penat sudah menunduk. Biarku terbang megah seiring bersama kekasih hatiku. Kerja-kerja duniawi semakin lama semakin mendajjalkan orang. Bikin hilang tumpuan. Aku tidak suka disakiti kerana aku berusaha untuk tidak menyakiti orang lain. Aku tidak suka dikhianati kerana aku berusaha untuk mengkhianati orang lain. Namun aku terima seadanya jika disakiti. Aku terima seadanya jika aku dikhianati. Aku terima seadanya jika dituduh mengkhianati. Kisah silam banyak perkara yang menyesakkan dadaku dan menyakitkan hatiku juga banyak yang masih tersimpan rapi. Aku menerima seadanya semua.. walaupun ada yang sukar dilupakan. Dan semua makhluk yang bergelar manusia mengalaminya. Ambillah pedoman dari semua perkara yang dikehendakiNya berlaku. aiyyaaa... pukul 2 suda pula. wassap saya tidak dapat buka di pc. tiba-tiba terlogout. entah apa kejadian tu telefon saya di rumah. Lain kali lagi lah singgah di sini.

Ahad, 6 Oktober 2024

PRO DAN KONTRA ISU GISBH

PRO DAN KONTRA ISU GISBH

Assalamualaikum w.w.
Tulisan ini sebagai pandangan peribadi saya sahaja.

Isu ini pada saya ada pro dan kontranya, atau ada sisi positif dan negatifnya. 

Saya nampak seperti ada perancangan jahat yang lebih besar dari musuh ASWJ Malaysia untuk melumpuhkan kekuatan ASWJ dalam kes ini, iaitu Wahabi kususnya Wahabi Malaysia.

Seperti yang kita tahu akhir-akhir ini berlaku gelombang serangan yang kuat dari pejuang-pejuang ASWJ khusus memerangi kesesatan Wahabi dalam medsos.

Antara kesan kebangkitan itu timbulnya usul RUU mufti wilayah wajib dari ASWJ, sesuai ketetapan negara oleh majlis raja-raja aliran ASWJ adalah aliran resmi negara.

Berbalik kes Gisbh, saya tidak nafikan adanya kelemahan-kelemahan dan amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat seperti yang didedahkan dari hasil siasatan, itu semua wajib di hentikan dan wajib dibawa ke mahkamah untuk diadili dan diputuskan. 

Jika kes jenayah bawa kemahkamah sivil, jika kes amalan yang bertentangan dengan syariaat bawalah ke mahkamah syariah untuk diadili dan dijatuhkan hukuman. Pada saya ini yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib.

Seseorang atau sebuah syarikat atau satu-satu kumpulan tidak boleh dikatakan bersalah atau sesat jika tidak diputuskan oleh mahkamah sivil atau mahkamah syariah. 

Fatwa sesat sahaja belum boleh dikuatkuasakan jika tidak diputuskan oleh mahkamah syariah. Pada saya adalah satu kesalahan menguatkuasakan satu fatwa yang tidak disahkan oleh mahkamah syariah. Ini adalah di atas prinsip bernegara kita iaitu prinsip  kedaulatan undang-undang.
Apapun tuduhan ke atas Gisbh wajib melalui proses undang-undang, apakah melalui mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Tapi pada saya oleh kerana Gisbh ini syarikat milik orang Islam dan mangsa -mangsa yang terlibat juga orang Islam adalah wajib mereka dirujuk ke mahkamah syariah.

Untuk apa negara ini ada mahkamah syariah jika kes-kes yang melibatkan orang Islam tidak dirujuk ke mahkamah syariah. Sudah masanya reform penuh dilakukan pada sistem perundangan syariah negara yang kita cintai ini.

Isu kes Gisbh pada saya adalah isu yang ditunggang oleh musuh ASWJ Malaysia iaitu Wahabi Malaysia. Kelemahan yang ada dalam Gisbh diguna sebagai senjata untuk menyerang pentadbiran JAKIM, kerana Gisbh dibawah pemantauan JAKIM, matlamat serangan ialah mereka mahu menguasai JAKIM.

Point yang lebih besar dalam kes ini ialah serangan balas yang berniat menjatuhkan pengaruh Aswj Malaysia. Gisbh walau pun mungkin ada amalan mereka yang bertentangan dengan syariat tetapi aqidah mereka masih kukuh dengan aqidah ASWJ, sebahagian besar syariaat yang mereka amalkan adalah syariaat ASWJ, dan tasawuf yang mereka awalkan juga tasawuf ASWJ.

Wahabi sudah kita tahu, mereka menolak manhaj Aswj, malah mensyirikan aliran ASWJ dan umat Islam dari aliran ASWJ. Kes Gisbh ini bagi saya adalah sengaja ditunagang oleh puak wahabi Malaysia untuk mereka bangkit menyerang balas ASWJ Malaysia. 

Itu adalah perkara yang penting diperhatikan dan diambil perhatian terutama para pejuang ASWJ Malaysia dan umumnya umat islam ASWJ Malaysia. Kita kena bersatu untuk terus menentang kebatilan wahabi sampai aliran wahabi hilang musnah dari negara Malaysia yang kita sama-sama cintai ini  negara Malaysia negara ASWJ.

#mohmadbinabdullah

Khamis, 29 Ogos 2024

BULAN OGOS 2024

Assalamualaikum. 

Lama sangat tidak singgah sini. Ini singgah pun sekejap saja.

Bulan ogos bulan kemerdekaan bagi Malaysia. Bulan ini juga bulan paling teruk dalam hidupku. Aku dihempap dan dihimpit dengan cabaran yang maha berat. Kiri kanan depan belakang atas bawah.. Terasa penat sangat. Berperang dengan hati dan fikiran. Sukar menstabilkan perubahan ... Kejap di landasan kejap di luar landasan. Tekanan teramat kuat. Kadang-kadang rasa seperti mau gila. Dalam berusaha menghadapi semua itu, semoga dikurniakan kekuatan dan kesabaran. 

Saya berharap bulan Ogos bulan Kemerdekaan ini berakhir dengan merdeka yang positif dan terus bersatu. 

Di saat aku berhadapan dengan cabaran berat ini, tiba-tiba teringin menangis sekuat hati dalam pelukan ibu. Seorang surviver tidak mudah menyerah namun jika itu takdirnya biarlah air mata terus melepaskan tangisnya dengan sepuasnya. 

Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran maha kuat untuk menjalani kesempurnaan. InshaAllah. Aamiin