Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 27 Februari 2010

Maulidur Rasul


Cuaca petang tadi mendung...sekejap sekejap hujan. Yang ngeri ada kilat sama guntur. Cuaca sekarang ni amat merunsingkan. Panas baru beberapa hari dah berlaku kebakaran sana sini. Hujan dua hari saja dah berlaku banjir dan tanah runtuh. Cubaan cubaan.... Walauapa pun keadaan dunia ni saya mengharapkan sepanjang tahun 2010 ni seluruh ahli keluarga sihat sejahtera. Amiin....


Dari pukul 9 malm tadi hingga 1 pagi saya mencuba menjawab soalan exam. Huh! Memang agak susah. Hanya dapat jawab 3 soalan. Tu pun sebab rujuk buku.. Oleh kerana exam tu adalah sasaran saya tahun ni, saya mesti berusaha dan berusaha. Saya yakin saya boleh melakukannya. Saya juga amat berharap tak akan ada penghalangnya nanti. Insya-Allah.


Mkbs ~ dah beberapa hari tapak tangan gatal. Harap2 ada berita baik.... Wo an!

Ahad, 21 Februari 2010

Siuk Ba di rumah...


(Sekali imbas macam di luar negara...tau2 di sablah banyak sampah...)

Happy butul sy. Kamarin last day puasa ganti. Pendek kata merdeka panjang kata suda merdeka la...hehehe.... Puasa di luar ramadhan mimang susah oh.... Bayangkan kalu dunia ni kurang makanan...kan bagus. Semua urang2 sihat. Nda ada la urang yang sakit. Bulih ka begitu? Yang musykil time cuti di rumah sarapan sekali dengan makan tengahari badan rasa selesa. Tapi kalu di opis makan ikut jadual badan seharian rasa lembap. Sometimes perut kembung lagi?...what's going on?

Sad tingu drama Merlin. Sy emosi butul oh... Semakin sukar tugas Merlin. Raja naga sudah dibebaskan. Rasa2 naga tu kota janji ke? Sedutan episod akhir minggu depan nampak tragis. Sy harap ceritanya berkesudahan tanpa kemusnahan Camelot. Biarlah Raja Uther mati asalkan Athur dan Camelot terus gah. I want 2 c what happen both of Athur and his love Gwen. Yang terang Merlin can't get together with Morgana. So sad. Yang pasti Athur semakin handsome i c....hehe.... I hope will have a Merlin 3.

Rugi pula nda pi pesta Wow! di presint 2 Putrajaya. Malas ba mau bejalan abis siuk diam di rumah. Nda apalah. Urang melayu kata lain kalilah, urang dusun cakap seruai suai tadau.

Mkbs ~ betul katanya setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Itu janji Allah.

Selasa, 16 Februari 2010

Cuti panjang tak puas....


My plan this year want to join exam n27 but when i read a book my eyes get close.... Hope i can safe....



Menangis menonton drama cina Singapura. Tiada seorang pun anak yang sanggup menghantar ibubapa ke rumah orang tua tetapi keadaan yang tidak memihak kepada anak-anak. Kesibukan bekerja membataskan waktu. Harapkan pembantu rumah? Harapkan menantu? Menantu perlu berfikir dua puluh kali. Terjaminkah masa hadapan jika berhenti kerja? Sekarang hidup berumahtangga tiada jaminan untuk kekal hingga hujung nyawa. Teringat cerita seorang kawan, sang isteri sanggup berhenti kerja demi keluarga atas kemahuan sang suami. Namun awan tak sentiasa cerah. Lapan belas tahun melayari bahtera rumahtangga dengan penuh bahagia akhirnya karam juga. Sang suami berkahwin lagi. Bertahun-tahun menghambakan diri mencurah keringat itu balasannya. Bayangkan bagaimana perasaannya? Itu perlunya wanita yang bergelar isteri sentiasa bersedia untuk dilukai si suami. Masa mengecap bahagia ciptalah kekuatan untuk suatu kekecewaan.


Apapun yang kita lakukan pasti ada balasanya. Ibubapa yang bekerja mengejar kemewahan ketika uzurnya layak dihantar ke rumah orang tua. Namun sungguh tidak adil bagi ibubapa yang menghambakan seluruh keringatnya untuk keluarganya. Walau apapun terpulang kepada anak-anak. Jangan dibiarkan mengemis di tepi jalan sudah. Namun jika difikir secara positif daripada dibiarkan orang tua itu kesunyian sendirian ada baiknya hantar saja ke rumah orang tua. Betul tak?




Mkbs ~ malu betul semalam pergi membeli di kedai mamak duit kurang dua puluh sen....

Sabtu, 13 Februari 2010

Sebenarnya takut...


Makan mee goreng dan cha kueh teaw di Pasar Tani Putrajaya.


Sekali sekala keluar mengeluarkan peluh sedap rasa badan. Kalau dihitung ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke pasar malam sejak bulan oktober tahun lalu. Tujuan utama nak beli kain untuk baju kurung. Al-hamdulillah.


Tadi saya sempat menonton drama bertajuk 'tiada lagi' di tv2. Sedih siut. Kalaulah saya peroleh lelaki seperti itu....bahagianya hidup. Saya mengimpikan seorang teman hidup yang serba sederhana, tidak panas baran apabila marah tak lepas sembarangan kesilapan ditegur tanpa mengusik emosi lebih menghormati dari memahami.

Apakah perasaan anda apabila kawan yang selalu anda bulih pergi meninggalkan kita? Bila sebut tentang mati berdiri bulu roma. Terus terang saya memang takut mati. Takut bekalan tak cukup lagi. Betapa susah pun berusaha untuk hidup demi keluarga bimbang menyusahkan yang masih hidup.


Mkbs - melengah-lengahkan adalah satu bentuk penafian yang merbahaya.

Isnin, 8 Februari 2010

Racun Cinta


Drama 'Racun Cinta' di tv2 cukup meruntun kalbu. Mengalir air mata ini. Bagaimana agaknya kehidupan penghidap HIV? Menonton drama sahaja sudah mengganggu emosi bagaimana kalau diri berada di tempat mereka... Benar kata pujangga, setiap yang berlaku ada hikmahnya, setiap racun ada penawarnya, setiap perubahan ada risikonya, setiap perlakuan ada balasannya. Namun paling saya takut 'setiap perubahan ada risikonya'. Jika berubah dari seorang jahil kepada seorang qamil setinggi mana dugaannya kita pasti cuba dan dapat menerima segala halangan. Tapi bagaimana kalau dari baik kepada yang lebih baik dan keputusan sebaliknya.... Insan selalu tewas di sini. Walaupun kita kata Tuhan menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya tetapi kenapa ramai yang tersungkur dengan ujianNya. Mungkin kerana manusia selalu berfikir setiap perubahan pasti ke arah yang lebih baik tanpa bersedia jika sebaliknya. Biarpun orang kata 'setiap racun ada penawarnya' namun masa adalah penentu segalanya. Racun patukkan ular tak akan dapat diselamatkan jika lewat mendapatkan rawatan. Penawar juga boleh menjadi racun jika dibiarkan terlalu lama. Walau apa pun yang terjadi pokok pangkalnya pada diri sendiri. Jangan terlalu menguji kemampuan diri kerana jika tersungkur payah untuk bangkit semula.

Kita sedaya upaya untuk pertahankan untuk hari esok biarpun esok belum tentu ada untuk kita. Pendek kata, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada esok hari dan hari-hari seterusnya. Kerana esok belum tentu baik untuk kita. Kerana belum tentu esok kita boleh ketawa seperti hari ini. Wallahu alam.


Badminton Grandprix Kebangsaan 2009

Saya suka persembahan pemain muda bergu lelaki. Terpancar semangat juang di wajah mereka. Jika terus diberi peluang dan sokongan saya yakin mereka boleh sehebat bergu utama negara. Syabas untuk semua pemenang.


Mkbs ; kalu sa ada sakti as like merlin ....sa akan tutup mulut pegawai yang tau becakap, tau mengarah tapi action nda ada...


Ahad, 7 Februari 2010

Tepukan untuk diri sendiri...


Towel - Hadiah naib johan pertandingan Batu Seremban JPA 2009. Sudah 4 tahun menyertai tapi belum pernah sekalipun menduduki takhta johan. Hmmm...besar sungguh towel tu...nak pakai mandi tak sesuai. Saiz macam saya hanya sesuai untuk dijadikan selimut. Hahaha....


BOYS OVER FLOWERS

Drama ini sungguh menyeronokkan dan mengecewakan peminat drama Korea seperti saya. Walaupun 'happy ending' tapi banyak persoalan yang tidak berjawab. Jan Di tak tahu orang yang selalu dijenguknya adalah ayah Jun Pyo. Bagaimanakah ayah Jun Pyo boleh sembuh? Punca kematian ibubapa Ji Ho juga tidak diketahui. Dan yang paling saya tak puas hati adalah 'nenek kebayan'. Dengan kekejaman dan keangkuhannya sepatutnya dia hidup menderita. Apapun itu sekadar drama. Dalam kehidupan realiti ada sesetengah insan yang bernasib baik seperti itu.


Dialog yang menyentuh jiwa.....

'saya berjanji mak awak bukan penyebab untuk saya tinggalkan awak'... Jan Di

'betapa sukanya saya pada awak, betapa dalamnya cinta saya pada awak, yang saya mampu bertahan setakat ini saja'.... Jan Di


'jangan sakiti dia. Jika mungkir janji lagi saya akan musnahkan semuanya'... Jun Pyo

'angin yang singgah di satu tempat apabila berlalu ia tak akan kembali'... Autumn


'kita perlu berani mencuba agar tidak menyesal'.... Autumn


'saya yakin awak tak akan senasib dengan ikan duyung'... Ji Ho


'jika diberi pilihan antara persahabatan dan percintaan, apa pilihan awak?... Jae Kyung

'selain dia...selepas dia adakah awak akan jatuh cinta lagi?... Yi Jung

'jika awak terus mengelak kesilapan pasti akan berulang'... Jan Di


Kalaulah saya sekuat setabah Jan Di.....???

Setiap manusia ada kesusahannya sendiri. Sama ada yang kaya mahupun yang kekurangan. Namun kelebihan ada pada yang kaya kerana biarpun diselubungi masalah mereka masih boleh berlagak dengan kemewahan yang dimiliki. Berbanding yang kekurangan terpaksa menagih simpati.
Teringat lirik sebuah lagu cina 'cinta saja tidak boleh menyara hidup'... What do you think? Ya bagi insan yang inginkan lebih dari sedia ada. Tidak bagi insan yang hanya inginkan kesederhanaan yang dilimpahi rahmat kasih sayang.

Pada saya kedua-duanya tidak dapat menjamin untuk satu kebahagiaan hingga akhir hayat. Dunia sudah berubah. Building caraecter sudah tiada kejujuran. Terlalu banyak ruang untuk penipuan, pembohongan dan seumpamanya. Kita perlu sentiasa bersedia untuk dilukai dan dianiaya.


SO ; terkejut bila adik sms mama jatuh tangga. Nasib baik saya telefon katanya tiada apa-apa cuma luka sikit.
Lega hati....

** Minta maaf kepada barisan komuniti group laman web unit LDP II sebab saya tak hadir game bowling di Alamanda.

Selasa, 2 Februari 2010

Janji...


Janji manusia memang sukar untuk ditepati. Ia akan berubah seiring dengan masa.