Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 26 Ogos 2011

Menghias Pejabat...

Sibuk menghias ruang pejabat. Ada pertandingan kan?....semuanya bertungkus-lumus. Tengok unit lain fuh!!!...fantastik. Walaupun persiapan di saat akhir dan mungkin agak sukar untuk menang.....harap-harap boleh menanglah. hahahahaaaaaaaa.........  Si gadis manis bertudung meron pandai mewarna. Maybe everyday dia menconteng. hehehe.... Yang tudung putih tu aksyen saja pegang berus. Kwang..kwang..kwang... 4 orang ibu idea banyak tapi katanya tak reti nak mewarna. Durang tembirang tu kan?... Bakal bapa seorang tu, berusaha dan bertungkus-lumus. Walaupun sibuk tetap semangat. Tabik spring u!....Ada somebody memberi nama for somebody 'si comot'... setiap kali saya tengok wajah orang tu terasa nak gelak. Huhuhu........

Dan sekarang ni sana-sini sibuk dengan lagu raya. Saya amat mengharap hari ini tiada kerja yang tiba-tiba nak urgent. Sebab bahagian akaun JPM akan tutup pada pukul 10.00 pagi ini. Dan hari ini kerja saya nak menyiapkan laporan dan mengemaskini daftar bayaran. Al-maklumlah nak cuti panjang. Saya akan berada di kampung kesayangan saya iaitu di Kampung Tanah Merah, Keningau, Sabah mulai petang 27 ogos sehingga pagi 16 september 2011. Huh!!...nampak cuti tu macam panjang kan? Tapi tidak bagi saya. Kalau saya punya sumber kewangan lain selain dari kerja ini, mungkin saya akan ambil cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji sebulan. Boleh kan?.. Tapi apakan daya...saya hanya ada kerja ini. Saya hanya boleh bergantung dengan kerja ini. Oleh itu, saya perlu sayang dan hormat dengan kerja ini. Jika sampai waktu yang memerlukan saya tidak boleh bercuti saya perlu redha. Tetapi selagi saya masih boleh bercuti saya akan pergunakannya sebaik dan sehabis mungkin sehingga ke tahap maksimum yang boleh. 

Istimewa buat kawan-kawan semua, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. andai ada salah silap yang sengaja atau tidak mohon ampun. Maklumlah mulut saya ni bukannya selalu baik. Ada masa terlepas cakap dan ada masa sengaja lepas cakap. Saya harap ia tidak disimpan dalam hati sanubari. Dan untuk kawan-kawan juga, jangan risau dan bimbang kerana saya tidak pernah menyimpan dendam pada sesiapa. Walaupun sering sentap dan sakit hati saya jamin ia tidak tersimpan dalam hati cuma selalu berhati-hati daripada disakiti....Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou