Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 26 Ogos 2011

Tazkirah...Ceramah...di bulan Ramadhan...

Bila cakap pasal kesihatan..huh!...takut.. yalah makan bagai nak rak, tak ingat dunia..dan tak ingat akhirat pun... bayangkan kalau anda sakit... tapi ada somebody cakap 'makanlah selagi berselera'... Tapi kata seorang penceramah kesihatan 'tepuk dada cermin diri sendiri'...katanya 50% daripada insan di dunia perasan sihat...hahaaa...like me...selalu perasan sihat. itulah pasal takut mo pi hospital. (jangan ikut macam saya).



Saya suka dengan sesi ini. Tengok tajuk macam ah!!!...membosankan. Tapi setelah mendengar ceramahnya, interesting. Cuma sayangnya, masa tidak mengizinkan. Banyak perkara sebenarnya yang saya ingin tahu. Apa-apa pun sekurang-kurangnya ia telah berjaya mencuri dan mengambil hati saya untuk mendengar.
Makanan yang baik adalah makanan yang halal, bersih, suci dan berkualiti. Maksud halal? Makanan yang tidak mengandungi mana-mana atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih, tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis.

Imam Muda musim pertama Asyraf. Sesi ini dianjurkan oleh rumah merah. Apa yang membuat saya musykil adalah tahun lalu dan tahun ini ustaz ni dijemput dan memperkatakan perkara yang sama. Cuma yang bezanya cara penyampaian. Restauran dan pengantaranya yang agak 'over' sikit. Dia tak terfikir ke tentang perasaan ustaz tu?...berani dia. Mereka buat konsep begitu kerana ustaz tu muda kot. Isi kandungan ceramah tidak mencabar langsung. Gimik lebih!...Santai.... Tapi kehadiran ustaz ni bermakna bagi golongan muda. I think dia pandai bergaul dengan mereka. Jika ada berkesempatan mengikuti laman twitternya...fuh!...kalau anda tak kenal dia, anda fikir dia remaja biasa... Santai pun santai juga...jangan tersadai sudah...hahahaaaaa....(yang kelakarnya ada seorang hamba Allah tu... 'u pi tengok ke Ustaz Asyraf tadi?...Tak. Tak suka. Pendek.'...huhuhu...boleh dia cakap begitu...pendek???? Macam dia tinggi sangat. Ustaz tu lagi tinggi from her... Pelik tapi benar.. maybe she just joke...siapa tau...) Kelakar juga...saya dengan kawan-kawan sempat turut serta solat berjemaah dengan ustaz Asyraf.
Ini gambar Sham (Kamikaze). Pertama kali tengok 'life'. Sesi ceramah ini dikendalikan oleh rumah hijau. Fuh! penuh auditorium. Tarikannya mungkin pada penghijrahan atau katanya kembali ke fitrah asal. Lebih mudah faham 'sudah insaf'. kemunculannya jadi kegilaan wanita. Wow! if i dapat lelaki yang bernama suami sepertinya confirm bahagia. hahaha... But tidak semudah itu. Lain orang lain ujiannya. Ada orang yang dapat suami alim tapi layanan tak alim. Sang isteri yang selalu berkorban. Ada orang yang dapat suami biasa-biasa saja (sederhana) tapi layanan kelas pertama. ada juga orang yang dapat suami semuanya serba sederhana. Anda pilih yang mana satu? Saya pilih yang serba sederhana. Kasih sayang, marah, benci, kaya, miskin semua sederhana. Andai disakti, sakitnya sederhana saja (tapi inda jumpa lagi ba..hahaha..). Ceramah ini biasa-biasa saja bagi saya. Untuk mendengar cerita penghijrahan seseorang....baik dijadikan teladan. Moga-moga kita juga akan dapat taufik dan hidayah dariNya. Insya-Allah. Dengan cara percakapan dan kemanisan kematangan vokalnya saya fikir Sham boleh jadi penceramah bebas yang unggul suatu masa nanti. Semoga dia akan terus kekal begitu. Semoga Allah SWT terus melindunginya.
Kenal wajah ni? Tengok dalam tv orangnya berisi. Tapi dalam nyata kurus pula. Mungkin kerana puasa. Ya. Saya kira perempuan ini amat bertuah dan hebat. Dua-dua dia ada. Ilmu dunia dan akhirat. Lulusan dalam bidang kewangan juga seorang ahli agama. Saya perhatikan penampilan di awal kemunculannya sehingga sekarang dia memang bergaya dan berfesyen. (Seorang Qariah Malaysia / antarabangsa). Saya pernah berangan dan bermimpi untuk sepertinya. Tetapi setelah jadi ptkew ia terus jadi angan-angan. Namun begitu suatu masa nanti saya mahu ia jadi kenyataan. Insya-Allah. Walaupun tidak semudah yang disangka tapi itu adalah minat saya dari dulu lagi.Ustazah kata, di Klang sahaja 250 kelahiran anak luar nikah dalam sehari. Cabaran masa kini. Kalau saya pun tak tau nak buat apa. Kaunseling sajalah.

Ini Dato' Haji Kamaruddin Hj Zakaria. Jemputan rumah biru. Tapi sayangnya saya tidak berkesempatan mendengar sepenuhnya sesi ceramahnya kerana ketika itu saya bertugas di kaunter pendaftaran. Yang saya tahu kehadiran memang ramai. Itu sememangnya kerana dia adalah salah seorang penceramah yang paling digemari umum. Mantan Imam masjid negara mestilah hebat.Dia punya aura tersendiri. Orang berpengalaman. Kalaulah Dato' Kamaruddin dapat mengimami solat zuhur kan bagus... i must join... Paling terharu dengar dia baca doa dan audien diminta mohon doa atau hajat. Kalau tak silap saya masa forum bertajuk "Keluarga Ok, Kerja Ok". Menangis saya masa tu.
Sesi ceramah anjuran rumah kuning adalah yang paling mengecewakan. Kehadiran tidak sampai separuh auditorium. Perkhidmatan memang terbaik. Sayangnya. Mungkin kerana penceramahnya yang kurang dikenali dan diadakan pula di penghujung ramadan. Semua orang sibuk menghias pejabat sibuk membeli-belah dan macam-macam lagi. Ahli rumah sendiri pun ramai yang tidak datang menyokong. Saya datang menyokong sambil tidur...hahahaaaa.... di awal 20 minit ceramah bermula saya dah tidur dah.... Kesimpulannya, tak banyak ilmu yang saya dapat. Yang saya ingat tentang perceraian. Berkahwin bagai nak rak 6 bulan kemudian cerai... Kenyataan. Kalau dah tak sanggup berhadapan dengan karena pasangan apalagi cerai sajalah. Buat apa mau susah-susah. Bikin pening kepala saja. Huhuhu....


Sentiasa tersemat dalam hati saya kata-kata Ustaz Dato' Hj Abu Hassan Din... "musuh-musuh islam tidak akan mengajak kita untuk menganut agamanya tetapi mempengaruhi minda dan cara hidup kita untuk mengikuti cara mereka. Secara tidak langsung akidah kita akan terpesong dan pada masa itu kita akan secara halus telah menganut agama mereka"
Saya masih ingat ustaz saya kata 'belajar ilmu sihir itu harus, mengamalkannya haram'.


Sesi penerapan nilai murni di bulan ramadhan JPA berakhir semalam 25.08.2011. Di akhir ceramah dibacakan doa mohon kesejahteraan selamat dalam perjalanan pulang dan balik. Maklumlah hari ini dah ramai yang cuti. Cemburu pula tengok kawan-kawan balik kampung. Saya balik seawal pagi esok. Insya-Allah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Tajuk ceramah semalam "Sempurnakah Ramadhanku"... Puasa memang sudah sempurna tetapi nilainya tak tahu. Hanya Allah saja yang tahu. Namun kita semua mengharapkan ia sempurna pada penilaian Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou