Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 16 Mac 2012

Ustaz Badlishah Alauddin




Pagi tadi Ustaz Badlishah datang ke JPA untuk sesi ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul. Tajuk ceramah yang diberi "Kehidupan Rasulullah Dari Perspektif Psikologi". Seronok mendengar ceramahnya. Motivasi singgah sekejap dalam hati.

Antara intipati ceramahnya yang berjaya menarik perhatian hati saya...(bukan senang nak tarik perhatian saya...hehehe...).

1) Kalau kita gagal / felt down - apa yang perlu kita lakukan
    - bangkitkan semangat - pergi bercuti / berjalan-jalan / jumpa orang lama. Ada orang yang bila   stress jogging / gim. Ada juga yang keluar dengan kawan-kawan pergi melepak. Dan juga yang melegakan rasa stress dengan tidur. Lain orang lain caranya. Asalkan akibatnya nanti positif.

2) Jangan terlalu mengutamakan emosi sendiri.

3) Spiritual dan kejujuran perlu seiring untuk menjadi insan yang berguna.

4) Hindari perasaan dendam dalam diri.

5) Banyakkan bersabar. (sabar yang bertempat). Ada peluang, ada tempat, ada ruang ambil peluang.
    Dalam tunduk perlu menanduk. 


Kakitangan awam ada 5 kategori :-

1) Wajib - kewujudannya diperlukan, ketiadaannya satu kehilangan
               (akhlak tinggi, kerja cemerlang)

2) Sunat - kewujudannya diperlukan, ketiadaannya tidak merugikan / tidak dirasai.
               (kerja bagus, akhlak rendah)

3) Harus - wujud atau tidak = sama saja. Tidak dirasai.

4) Makruh - Jika ada - ada problem. Jika tiada - tiada problem. Ibarat lalat dan langau.
                  (yang giler-giler - sense of humour)
                  Tapi jangan dinafikan sumbangan mereka. Golongan ini perlu ada dalam bilangan yang
                  sedikit.

5) Haram - kewujudannya - merugikan. Ketiadaannya - diharamkan.
                (yang ni saya tak tahu sama ada wujud ke tak....) Wallahu 'alam.


 - We do the best, let do the rest -



Keputusan Penganjuran Penerapan Nilai-Nilai Murni Tahun 2011

Johan = Rumah Biru (huhuhu...bangga ooo....bukan senang tu...saya kena round 1 jpa hantar kad
             jemputan untuk pengarah, timbalan bahagian... siap salah orang lagi. Yang tak tahan tu...boleh
             mengelak dari dilantik jadi ajk....rasanya kpp tu bengang seharian....huahuahua...ahli rumah
             biru BMI jadi urus setia bahagian pendaftaran, banner, jualan, kad jemputan...pendek kata
             bahagian hadapan....tahu dah akan menang...)

2nd = Rumah Oren

3nd = Rumah Merah

Keputusan Vedio Pendek 3S

Johan = INTAN, Sarawak
2nd = Bahagian Pengurusan Psykologi
3nd = Bahagian Khidmat Pengurusan

* ict bmi kan hebat-hebat...kenapa tak win...atau tak join competition... bagus idea Intan, Sarawak dalam vedio pendek 3S.....


- orang menghina kita, jangan balas dengan ikut caranya... ikutlah cara lembut dan berhikmah... sebenarnya orang yang menghina, mengasari kita itu hatinya tidak pernah tenang - 3 hari 3 malam...mungkin seumur hidupnya (hidupnya akan sentiasa dihantui....).. maka itu jangan terlalu sedih atau rasa rendah diri apabila dihina ataupun dikasari oleh mereka -            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou

Catat Ulasan