Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 10 Disember 2012

SOALAN KPSL W27 2012 (SEKSYEN B)




KPSLW27 – SEKSYEN B

1.       Kelab Tenis Selangor memiliki sebuah bangunan kelab bernilai RM40,000.00 dan sebuah gelanggang yang bernilai RM18000.00. Kelab itu juga mempunyai sebuah kedai yang menjual peralatan tenis kepada ahlinya.
Maklumat yang berikut didapati daripada kelab tersebut :
i)                    Baki tunai pada 1 Jan 2011 ialah RM1826.00
ii)                   Wang masuk bagi tahun berakhir 31 Dis 2011 adalah seperti berikut :

BUTIRAN
RM
Jualan bola tenis lama
Yuran tahunan
Yuran masuk
Yuran pertandingan
Derma
Pelanggan peralatan tenis
Sewa gelanggang tenis
Sewa locker
80.00
5800.00
320.00
280.00
104.00
3320.00
4620.00
150.00

iii)                 Wang keluar bagi tempah yang sama adalah seperti berikut :
BUTIRAN
RM
Elaun kehormat
Belanja pos dan alat tulis
Pembekal dan peralatan tenis
Utility
Upah dan gaji
Perobat
200.00
180.00
2450.00
250.00
840.00
500.00

iV)          Aset dan liability seperti berikut :
BUTIRAN
1 JAN 2011
31 DIS 2011
Yuran tertunggak
Yuran terdahulu
Perabot
Upah, gaji terdahulu
Upah, gaji terakru
Stok peralatan tenis
Pemiutang peralatan tenis
Penghutang peralatan tenis
Van
34.00
28.00
1200.00
58.00
-
1320.00
820.00
450.00
8000.00
-
24.00
1550.00
-
64.00
2100.00
1200.00
320.00
7200.00

Anda dikehendaki menyediakan :
a)      Akaun penerimaan dan pembayaran kelab
b)      Akaun yuran kelab
c)       Penyata perdagangan kedai peralatan tenis bagi tahun berakhir 31.12.2011
d)      Penyata pendapatan dan perbelanjaan kelab bagi tahun berakhir 31.12.2011
e)      Lembaran imbangan kelab pada 31.12.2011


2.       En. Amiruddin, ketua unit naziran di pejabat perakaunan ditugaskan untuk member taklimat kepada semua ketua jabatan. Anda dikehendaki untuk menghuraikan setiap skop taklimat yang perlu diberikan.

a)      Objektif naziran eSPKB
b)      Tindakan yang perlu diambil oleh semua ketua jabatan selepas menerima laporan pemerhatian naziran
c)       Tempoh laporan maklumbalas perlu dikemukakan oleh ketua  jabatan /  PTJ kepada pasukan naziran
d)      Perbezaan di antara naziran dan audit
e)      Dokumen kewangan yang disemak pasukan naziran
f)       Isu matan


3.       En. Rahmat telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah penjara Melaka mulai 1 Ogos 2012. Beliau telah ditugaskan untuk menambahbaik pengurusan kewangan di cawangan berkenaan. Berikut adalah hasil dari pemerhatian beliau.
i)                    Semua pegawai yang menjalankan tugas kewangan telah diberikan kuasa secara bertulis bagi menjalankan tugas kewangan masing-masing.
ii)                   En. Amir bertugas di unit perolehan telah membuat pesanan terus kepada pembekal melalui telefon apabila mendapat permintaan segera daripada unit yang lain. Pesanan tempatan dikeluarkan sehari selepas bekalan sampai bagi memastikan bekalan telah diterima. Sepanjang 6 bulan pertama, beliau telah memesan kertas computer sebanyak 4 kali yang mana setiap pesanan bernilai RM30K. Beliau melantik syarikat cari makan yang beralamat di Rembau bagi melaksanakan kerja membaiki jalan masuk ke jabatan bernilai RM15000.00. Pada 26 mac 2012 beliau telah menyediakan baucar bayaran bagi perolehan sebuah mesin perincih bernilai RM6200.00 dengan menggunakan kod objek 28000.
iii)                 Puan. Sheila bertugas di unit bayaran bertanggungjawab atas Panjar Wang Runcit dan panjar khas mengiring. Beliau memasukkan urusniaga dalam buku panjar pada akhir bulan. Rekupmen panjar dibuat apabila wang yang di tangan habis dibayar kepada penuntut. Apabila wang panjar khas mengiring tidak mencukupi beliau menggunakan dahulu panjar wang runcit yang ada bagi membuat bayaran. Kontrak penyelenggaraan pembersihan dengan syarikat cuci sdn. Bhd selama 2 tahun bernilai RM240000.00 telah ditandatangani pada 20.01.2012. Beliau membuat bayaran bulanan apabila menerima invois tanpa membuat tanggungan terlebih dahulu. Berdasarkanrekod pembayaran terdapat 10 bil yang diterima pada 1 april 2012 dibayar pada 28.04.2012. Setiap bulan beliau memuat turun laporan vot dan menyimpannya dalam fail kulit keras dan menghantar sijil pengesahan sahaja.
iv)                 En. Tan diarah bertugas ke Pusat Tahanan Kemunting selama 5 hari. Beliau menuntut elaun perbatuan walaupun sebenarnya telah menaiki pengangkutan bas. Bayaran dobi dituntut tanpa mengemukakan resit dan elaun lojing dituntut disebabkan beliau menginap di asrama. Tuntutan perjalanan bulan mac dikemukakan pada bulan jun untuk dibuat pembayaran.
v)                  En. Siva bertugas membuat kutipan harian di pejabat. Beliau menulis resit dan meminta En. Halim menandatanganinya. Jika En. Halim bercuti, beliau menandatangani resit yang ditulis olehnya. EN. Halim bertanggungjawab memasukkan wang ke bank. Beliau membuat jadual kutipan wang tunai di pejabat tersebut ialah RM1500.00 setipa hari. En. Siva bertanggungjawab mengutip wang deposit yang diterima daripada banduan apabila berlaku pertukaran. Wang deposit hanya direkodkan dalam buku tunai apabila ianya diterima. Berdasarkan rekod, terdapat RM30000.00 wang deposit yang telah diterima pada tahun 1980 tidak dituntut dan bakinya tidak bergerak selama 20 tahun.
Berdasarkan pemerhatian di atas, jawab soalan berikut :
a)      Peraturan yang telah dipatuhi oleh Jabatan Penjara Melaka?
b)      Kesilapan yang dilakukan dan terangkan peraturan yang perlu dipatuhi untuk meningkatkan pengurusan kewangan di Jabatan Penjara Melaka?


4.       Syarikat ABC Sdn. Bhd mempunyai baki bank sebanyak RM10,095.61 seperti di penyata bank pada 30 Sept 2012. Maklumat buku tunai syarikat adalah
Baki pada 1 Sept 2012                     RM4,293.50
Jumlah terimaan tunai                   RM29,571.60
Jumlah bayaran tunai                     RM28,928.85
Analisis atas penyata bank berbanding buku tunai syarikat mendapati perkara berikut :
i)                    Terdapat nota yang dikreditkan oleh bank bernilai muka RM1500.00
ii)                   Kutipan berjumlah RM2552.21 yang dibankkan pada hujung bulan masih belum direkodkan oleh bank
iii)                 Cek belum ditunaikan oleh penerima bayaran berjumlah RM6115.27
iv)                 Cek bernilai RM123 telah tersalah rekod di bank sebagai RM231
v)                  Cek bernilai RM240 telah direkodkan dalam akaun pelanggan sebanyak RM420. Cek tersebut merupakan bayaran kepada pembekal peralatan pejabat secara kredit.
vi)                 Caj bank bagi bulan sept berjumlah RM20.70.
                Jawab soalan berikut :
a)      Mengapa penyata penyesuaian bank perlu disediakan
b)      Sediakan catatan jurnal pelarasan bagi item berkaitan
c)       Sediakan penyata penyesuaian bank syarikat bagi bulan sept 2012  



MKBS - orang lain sibuk mencari jawapan merujuk buku bagai...aku sibuk menyalin jawapan. Tahun depan harus lebih berusaha. Buku rujukan harus lengkap.


1 ulasan:

ponsikou