Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 10 Julai 2016

Sabar dengan soalan ni

Kalau pigi mana2 kena banyak sabar dengan ni soalan.
"Ko bila mo kahwin?"
Peh!!!!!! Soalan. Panas sy sekejap.
Tapi sabar. Mana bulih meradang. Mesti mo jaga air muka. Siti Jienah kan perempuan dusun terakhir. Hahahaa... Hari ni masuk 5 syawal...sudah tiga orang Tanya sy begitu. Mo jawab ayat sentap bah tapi orang tua bah yang Tanya. Senyum sajalah. "Kalau panjang umur nanti sy hantar Surat jemputan". Yang tidak bulih bla tu siap mo kasi tingu anak lagi. Kwangkwangkwang... Nda apalah. Bayangkan kalau situasi tu dilihat oleh mereka yg sudah lama berkahwin tp belum dapat zuriat. Eeeee....
Sy teringt kawan sekolah form 6 lalu. Sy terserempak dengannya d pusat membeli belah minggu keempàt bulan ramadan. Sy tahu dia non Muslim. Masa tu sy nampak dia dengan seorang wanita bertudung hitam. Mo tegur tapi takut salah org. Tidak jadi sy tegur. Dua hari sebelum raya sy pigi pasar pagi utk beli sayur Dan ayam. Sy terkejut betul owh..
" hai, Siti. Beli ayam. Assalamualaikum".
Sy menjawab salam macam takut2. Dalam fikiran sy- Islam kah dia.
"Tempoh hari kenapa tidak tegur sy"
"Mo tegur tp takut salah org"
"Siti sudah kahwin?"
Waduh. Soalan ni lagi. Sy senyum saja.
"Belum lah tu... Tidak apa. Sy kahwin tahun 2008, tahun 2013 baru dapat baby. Lain orang lain jalan hidupnya".
Sy hanya tersenyum Itu saja yang mampu sy bagi. What more can I say? Rupanya kawan sy ni muallaf. So, selepas beli ayam sy pun berlalu Dan bagi salam dengan yakinnya. AlHamdulillah.
Semalam adik ajak pigi beraya di Rumah majikannya. Masa bersalam2 tu bos tu siap cakap sy adik... Sy bagitau sy kakak sulung. Dia siap minta maaf lagi. Terharunya. Hahahaaa.... Lucu pun iya juga. Terus sy teringat seorang lelaki berumur 19 tahun non muslim, - dia admire sy - mo meluahkan perasaan kunun tp dia terkejut bila tau umur sy. Dia fikir umur sy 25. Hahahahaaaaa.... Maafkan sy yer...

Kawan pakar motivasi sy ckp
" Jienah, ko jangan terikut dengan rentak percakapan orang sekeliling. Hidup harus memilih. Mencari pasangan harus memilih. Ko tengok ramai orang yang sudah kahwin dengki tengok ko belum kahwin. Ko tengok ramai yang sudah berkahwin tapi akhirnya bercerai. Macam sy ni".
Betul katanya.
Walau apapun orang kata, sy tetap positif. Tidak boleh menyalahkan siapa2. Sy percaya pérjalanan hidup seseorang telah dirancang oleh Allah SWT. Setiap sesuatu yang Allah bagi pinjam ada satu benda yang akan diambilnya. Terpulang kepada kita untuk menerimanya. Kawan sy cakap, bila sudah berkahwin banyak perkara yang harus dikorbankan. (Yg tu fikir sendiri). Dan sy terus positif dengan diri sy. Kalau sy ambil keputusan awal begitu - sy tak mungkin dapat buat rumah kediaman ibubapa Dan keluarga.
Terima sajalah ketentuàn Yang Maha Esa. Semua orang mengharap dan mengimpikan kehidupan yang bahagia namun bukan semua orang dapat menikmatinya. Jika anda sedang menikmatinya sekarang jagalah dengan baik nikmat tu. Jika is ditarik satu ketika nanti anda pasti menyesal. Bagi kita yang belum menikmatinya bersabar sajalah. Anda pasti menikmatinya suatu saat nanti. Bersangka baik dengan Allah SWT.
In shaa Allah.

Hari ni Atuk jemput open house di kg baginda. Rasa2nya sy tidak dapat pigi ni. Kepala kembali berdenyut2. Kelmarin petang jalan ziarah sepupu Dan bestfriend balik Rumah pukul 10.30pm. Badan kembali demam. Dalam kereta terpaksa tutup aircond. Semua makanan yg dimakan tiada rasa. Fine. Nasib baik sy cuti sampai 15/7/2016. Siti Jienah semoga cepat sembuh.

Siti Jienah : adakah misi mencari cinta harus diteruskan?. Mmmmmm....semoga misi akan termakbul. Belajar mempercayai cinta Dan sayang. Jika dikhianati terima dengan redha Dan berlalu pergi. Allah sentiasa ada untuk hambaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou