Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 30 September 2010

Minggu yang penat...

Huh! lama bercuti...masuk kerja macam mau gila...work so many...migrain hampir-hampir menyerang...wow!...tapi syukur al-Hamdulillah..akhirnya berjaya juga dilangsaikan...tapi bukan selesai tau...hahaha... tapi yang bikin kapanas ginawo ini kana pindah d mala kawagu naik atas..tempat lama kunun...aku suka saja tapi yang tak suka tu angkat barang...kalu ada urang tulung angkat kan bagus...aduiiiii.... baru setahun pindah pindah lagi...macam bola-bola api pula...kana berkenalan dengan bos baru lagi...adus... harap-harap tak akan ada bos yang angin semacam ataupun yang separuh dari bos di sini...aku suka bos di unit ss... kalaula durang kekal kan bagui.... tapi kuroyon podi...itulah namanya kerja makan gaji.... ari ni ke suru angkat barang suda....huhuhu....

Jumaat, 24 September 2010

Balik Putrajaya


Hari ni balik Putrajaya suda. Many problem. My father's car rosak. Tiadala yang dapat hantar dan jemput adik-adik di sekolah. Ingatkan saya nak juga minta antar pi stesen taxi tapi huhuhu apakan daya. Nasib baik adik lelaki balik makan tengahari. Diala yang pi hantar dan jemput adik. Masya-allah. Cabaran betul. Macam sengaja cari pasal. Sabar sajala. Nasib baik bas cepat dan taxi pun pantas. Sampaila saya di airport lebih kurang pukul 3.30 petang.
Al-Hamdulillah.

Dengar cerita macam-macam perkara berlaku dekat ofis sepanjang ketiadaan saya. Minta maaf pada semua yang tersusah kerana saya. Malang betul tahun ni masa balik bercuti bulan mei lalu pun begitu juga. Apa bulih buat. Terima sajalah. Bersedialah berhadapan dengan masalah. Kali ni kena berhati-hati jangan ada lagi masalah seperti dulu. Teruk kena marah En. Nazarie. Oh My God!....

Kejap lagi naik pesawat. Semoga semua berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Amiin

Khamis, 23 September 2010

Mungkinkah ada lagi......


Adik-adik comel singgah mekirayou di sawah kakak my mum. Mereka begitu seronok sekaligus menghabiskan bateri dan memori my phone.

Di masa2 kecederaan berada di kg mood tetiba suram. Benci memikirkan untuk back Putrajaya dan sick terdengar suara sumbang. Ba sy mengelimut sudaini. Adaka c gejira cakap kami halau kunun dia pi beraya d rumah masa raya pertama. Huh! Berdesing ooo.... Tapi yg bikin hairan raya kedua tiga dia datang juga. Hish...nda paham sy. Yg bikin lagi ada yg cakap kunun urang miskin nda bulih datang rumah. Astaghfirullah. Macamla kami ni urang kaya. Kesian kami. Mungkin itu tanda2 urang mo cari gaduh. Nda apala kata urang jerman 'wait and see'. Yg menyakitkan hati juga my adik promise bagi saya duit ujung bulan tapi until now tiada. Katanya money not enough. Alasan tu dari tahun 2009 lagi. Saya dah bosan mendengarnya. But dont worry i will .... Petang tadi saya bemimpi bergaduh dengan orang. Dahsyatnya saya menghumban orang tu dengan ketulan ais. Panjang lagi tapi sukar untuk diceritakan disini...sabab inda rajin menaip ba hehehe.... Yang bikin risau ikan bilis kawan sy bulum beli lagi. Nda dapat pi pasar pelipin ba. Nda tau macam manaini....

Kotutok suda sy. Ok la bertemu di lain lembaran. Bye

Isnin, 13 September 2010

Hari Raya


Open house di rumah my cousin at Kg Toboh Baru pada 12hb lalu. Suasana amat riuh diiringi dengan muzik berkaroke. Huh! Hari ni my family buat kenduri doa selamat sempena perasmian rumah baru. Odipen no kopio. Semoga semua akan berjalan lancar. Kepada mereka yang telah menyudikan diri untuk hadir ke majlis itu honestly i want to say thank you very much.

Mkb

Khamis, 9 September 2010

Lap Lip Lop Top Tip Top....


Cahaya kelap kelip terang benderang menghiasi segenap rumah dan sesekali kedengaran bunyi letupan mercun. Walaupun kadang-kadang terasa marah tetapi itu adalah sebahagian dari kemeriahannya. As long as Chinese New Year. Cuma sikap keterlaluan banyak mengundang malapetaka. .. SALAM AIDILFITRI buat semua kawan-kawan yang mengenali diri ini. Salah dan silap harap dimaafkan. Esok hari raya...semoga semua berjalan dengan lancar. Dan yang paling penting semoga diri ini terus kekal begini mala harap lebih baik lagi...insya-Allah.

Mkbs-benci dengan waktu yang berlalu terlalu pantas kerana benci nak balik Putrajaya...huhu

So- ada yang tanya 'bila nak kahwin?'...pokeseng....mau jawab apa? Huhuhu.....

Hari ke-5 di kg


Perkhidmatan teksi berlambak tetapi pelanggan kurang. Naik teksi memang mahal tapi dihantar hingga ke depan rumah. Saya sanggup menunggu hampir sejam. Ini pengalaman pertama balik sendiri sejak tujuh tahun. Hebat bukan? Hahaha......

Siang tadi pergi pekan. Huh! Keningau oh Keningau. Jem macam Putrajaya. Tapi apa yang hairan mana perginya polis trafik? Makan gaji buta ka? Lebih kurang dengan jem Putrajaya. Cuma penduduk Keningau lebih baik. SYABAS!

Aidilfitri bakal disambut pada 10hb ini. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN untuk semua.

Khamis, 2 September 2010

Taman-Taman Syurga

Beruntung bekerja di bawah JPA kan? Macam-macam ada. Ada ketikanya timbul rasa sayang nak tinggalkan JPA. Tapi takkan nak duduk kat situ berpuluh tahun. Meluat orang lain tengok. Sekian lama bekerja di tempat yang serba serbi lengkap dan selesa, perlulah mencuba tempat yang lain. Tempat lain yang mungkin serba kekurangan tetapi lebih selesa. Mana kita tahu kan?
Apa yang saya katakan beruntung adalah sepanjang bulan ramadhan ada ceramah agama. Bukan senang nak hadir majlis-majlis ilmu seperti ini. Maka dengan kesempatan yang ada janganlah lepaskan peluang. Namun kesibukan bekerja kadang-kadang menjadi kekangan. Nak cuti lama..... Kerja yang datang berlambak-lambak perlu disiapkan takut menyusahkan orang lain. Namun bila dah hadir pula separuh masa tidur. Huh! apalagi kalau terkena ustaz yang......????
Dalam banyak-banyak sesi tak banyak nota yang saya take. Tak tau nak tulis apa. Saya terpikat dengan ceramah oleh Ustaz Abu Hassan din yang bertajuk 'Titian Siratil Mustakim...di mana letaknya?' Saya tak pernah fikir lebih-lebih tentang itu. Yang saya tahu syurga neraka itu memang ada. In my mind, semua itu kerja Allah. Asalkan saya berusaha untuk mendapatkan syurga yang Allah janjikan. Untuk apa nak fikir bagaimana orang nak beri penghargaan kepada kita. Fikirlah bagaimana kita nak buat agar orang menghargai kita. ANDA BUAT ANDA DAPAT.

Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan Siratil Mustakim

1) Surah al-Waqiah (27-29) - berkaitan syurga
2) Surah al-Waqiah (41-44) - berkaitan neraka
3) Surah al-a raf (46) - tembok besar yang memisahkan syurga dan neraka
4) Surah al-an am (38) - semua manusia dikumpulkan di padang mahsyar
5) Surah al-Zumar (71) - golongan yang terus ke neraka tanpa hisab
6) Surah al-Zumar (73) - golongan yang terus ke syurga tanpa hisab

Namun saya ada kemusykilan berkenaan dengannya. Kemusykilan kerana tidak mampu mengaitkan ayat-ayat yang disebutkan dengan penjelasan ustaz. Mungkin kerana saya hanya membaca terjemahan tanpa membaca tafsirannya. Wallahu alam.

7 golongan manusia yang terselamat di padang mahsyar

1) Pemimpin yang adil
2) Remaja yang dididik dalam suasana beribadah kepada Allah
3) Orang-orang yang hati, jiwanya terpikat dengan masjid
4) orang-orang yang bila sebut dan ingat Allah, dia menangis
5) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
6) Sedekah yang dirahsiakan
7) Orang lelaki yang bila diajak oleh orang perempuan untuk berbuat maksiat 'minta maaf saya takut Allah'

*perempuan adalah punca maksiat. Suka atau tidak itulah kata Allah.

Saya juga terpikat dengan ceramah ustaz Muhamad Fitri Abdullah (PERKIM). Beliau seorang muallaf yang sungguh hebat. Wow! beruntung jadi anaknya.

6 Pesanan Imam Ghazali untuk kaum wanita

1) Solat di awal waktu
2) Baca al-Quran setiap hari
3) Bacakan hadis / sirah nabi s.a.w kepada ahli keluarga
4) Ajar doa-doa harian kepada anak-anak
5) Hidup sederhana
6) Sentiasa beri galakkan, dorongan kepada suami, keluarga ke masjid, solat berjemaah.

* Wanita berkerjaya yang sibuk mungkin terabaikannya. Jadi kita saling ingat-mengingati.

Ceramah Ketua Penolong Pengarah dari JAKIM (lupa nama dia...) tajuknya tak ingat. Terus terang saya katakan saya tidak berkenan langsung dengan cara penceramah dari JAKIM. BOSAN!!! Namun saya terpikat dengan kata-katanya. Rasa hormat dengan rasa takut membezakan salah laku remaja sekarang. Remaja yang takut dengan ibubapa hanya akan berlaku baik di depan ibubapa tetapi di belakang sebaliknya. Berbanding dengan remaja yang ada rasa hormat. Di mana pun dia berada dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang kerana rasa hormat dengan ibubapa. I agree 100%. Bukan senang nak menyematkan rasa hormat dalam diri.

Saya juga suka mendengar ceramah dari ustaz Harith Fadzilah bin ABdul Halim

3 jenis ujian Allah SWT kepada manusia

1) kifarah - untuk membakar / mencuci dosa
2) ibtila' - untuk mengangkat darjat seseorang itu
3) bala - ujian untuk semua yang bertujuan menghina seseorang itu

3 perkara yang jika ditinggalkan akan dimurkai Allah SWT

1) meninggalkan solat
2) orang islam yang tidak menjaga silatulrahim
3) tidak menjadikan nabi muhammad sebagai rujukan

Ciri-ciri takabur

1) rasa diri lebih mulia dari orang lain
2) memandang orang dengan pandangan penghinaan
3) sukar menerima kebenaran
4) sukar memaafkan kesilapan orang lain

Mengejar Malam Ketentuan Lailatul Qadar

Pendapat berkenaan dengan pencarian malam lailatul qadar

1) 10 malam terakhir (malam ganjil)
2) jumaat terakhir sebelum syawal
3) jika puasa jatuh pada hari rabu maka malam ketentuan adalah pada 20 ramadhan.
    (ada lagi tapi tak ingat semuanya. tergesa-gesa nak datang hingga lupa bawa nota....)

Semoga ramadhan kali ini memberi kita seribu satu pengertian yang maha agung. Memberi perubahan maha indah dalam diri kita, keluarga dan seluruh umat islam. Insya-Allah.