Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 29 Disember 2013

Naik Bagai...


Wooowww....lama nda menyinggah d cni. Mo singgah pun buat apa kan? Malas nono bei kayo... sejak kebelakangan ni sa nda tingu and dingar berita... tup tup nga ada mala berita....perhimpunan menggulingkan kerajaan pada malam menjelang 1.1.2014 d padang merdeka. Lepas tu dingarnya sambutan tahun baru d tempat tu nda dibenarkan. Macam-macam. Paling best juga pakar motivasi dr. Muhaya dihentam teruk. Tabik spring la sama you dr. Time orang tengah marah...berani you bersuara. Mantap!. Sekarang ni kebanyakkan rakyat Malaysia tengah angin dengan kenaikkan barang bagai... golongan berpendapatan rendah mestilah marah... Dr. Maza siap post puisi barang naik d facebook dia. Dalam youtube pun ada. Style gitu. Kalau buka facebook banyak post berkaitannya. Sa baca ja... sa bukan golongan suka shopping so no problem. Urang yang anti sosial duduk rumah ja nda rasa semua tu...sekali sekala bulih la... masalah tang lain. Kenaikan bahan binaan rumah...itu stress... rumah d kg belum siap lagi....hahhh..itu masalah aku. Tapi kalu mo fikir pasal tu saja bulih jadi gila. Pandai-pandailah bajet ka d gaman. Kalu dulu tiap-tiap bulan beli kain untuk buat baju kurung kali ni tiga bulan sekali ja...(hahaha....dua tahun lepas aku dah mula buat gini...sampai skrg...). Korang tau kenapa?.... sebab dulu belanja makan sehari sekitar sepuluh ringgit sahaja. Now...hampir dua puluh ringgit. Thats me...single. kalau yang berkeluarga how? Dahsyat kan?... sabar sajalah. Pengkritik-pengkritik semua sila jalankan kritikan anda. Tapi janganlah over sangat sampai nak gulingkan kerajaan. Peace no war!. Para pakar motivasi sila jalankan tugas anda. Jangan takut para pengkritik. Mereka nak terima atau tak terpulang. Masing-masing punya pandangan dan pendapat. Sa meluat balik-balik post status d facebook merungut barang naik etc... kuroyon podi kio... Perkara yang menggerunkan sekarang ajaran sesat. Paling top Wahabi dan Syiah.... uuuhhhh.... takut nk sebut. Nanti kena saman. Hahahaaaaaaaaaaaaaaaaa...............


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Sabtu, 21 Disember 2013

FINAL FUNDANCE TV2 - FIX : WINNER

Huhuhu.....sekarang ni sedang tengok siaran langsung final rancangan FUNDANCE di tv2. Enam crew bertarung untuk mendapatkan hadiah seratus ribu ringgit. MRT, STEPHOLIC, KITTA MOVE, HYPE DAFT-IGNITION, FIX DAN WAKAKA CREW. Saya adalah peminat KITTA MOVE tetapi sekarang ni saya sudah jatuh cinta dengan FIX. Hahahaaaa..... Memang fun la tengok rancangan ni. Sebentar tadi sempat tengok Idola kecil di tv9. Next week adalah final. Amelia dan ajaq terkandas. Yang penting Danial telah berjaya ke final. Yes!!!..... Aduiii....semakin comel pula c Alam wakaka.... Like!... Azrul pun kan?..... Hahahaaaa..... Sebenarnya saya singgah sini sebab bosan...kikikik...... Plan awal hari ni nak pi Ipoh untuk majlis perkahwinan office mate but tak jadi... Duduklah di rumah. Tidur. Kwang kwang kwang....sampai terlupa buka tv. Missed tengok drama korea King Heart 2.... Lee Seungi Gi. Oh My God.... Hebatnya persembahan FIX OCHESTRA.... OWESOME Wei... Eeeee.............. Melencong pula. SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA RAKAN SEPEJABAT PUAN MASHITAH BT NASARUDIN. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Insya-Allah. Itu yang nak taip sebenarnya. Sambung semula #Fundance. Ooppsss....belum lagi sebab iklan. Tahniah kepada my little sister....kerana dapat result pmr yang baik. Walaupun katanya tak puas hati sebab ada subjek yang dapat C, but tidak mengapa. Owww...mula suda. #Fundance.... FIX, Wakaka dan HYD very owesome. I think 3 group ni bersaing untuk menjadi juara. Tadi adik sepupu ask about Global Logistics ltd. Katanya ada di Putrajaya. Tapi saya tak pernah tau pula. Nampak sangat saya tak tahu. Aayoyoyoooo..... Make me shy....huhuhuuu.... Aduiii.... Kenapalah c Ning Baizura yang dijemput buat persembahan.... Kalaulah jemput c Stacy kan bagus. Kata fundance.... Ceh!!!.... Bosan dengar persembahan Ning. Tukar channel dulu kejap. Tengok American got talent 8tv. Patah balik tv2. Sebenarnya saya suka kalau Hype Daft Ignition menang... Durang sama hebat dengan FIX. Wakaka crew just funny dance. Hahaaa... Alam wakaka jangan marah yer... Eerrmmm...lambat betul result keluar. Dan keputusannya...... Betul telaan saya. Juara ; FIX, Kedua ; WAKAKA Crew, Ketiga ; Hype Daft-Ignition. Saguhati ; Kitta Move, Stepholic dan MRT. Tahniah semua. Aduiii....punya cepat c Azrul bercakap. TAHNIAH UNTUK FIX. Love you alls. Untuk Kitta Move, walau tak menang teruskan usaha anda. Cuba lagi lain masa. Ok la.... Patah balik 8tv. Nak muntah tengok persembahan Ning Baizura. Wowww... Saya suka American BMX Stunt Team. Bulih terkeluar tu jantung tingu durng. Crazy!!!.... Program realiti hiburan di Malaysia sungguh baik hati. Ada hadiah saguhati walaupun tak menang. Di Amerika hanya juara yang dapat hadiah. Contohnya, Ameican Idol. Wooo....... Kalaulah Malaysia buat begitu agak-agak ramai ke yang join. Namun bukan semua begitu kan.... Ok la... Just it. Sambung baca buku. #baca buku sambil fikiran melayang-layang fikir pasal balik kampung. Hahahaaa.....

 

Welcome to Celcom MMS

An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Khamis, 5 Disember 2013

Mutlak

Saat ini tika ini...perasaanku tidak tenang...seolah-olah ada sesuatu yang tertinggal. Aku benci dengan perasaan ini. 'Apakah hubungan kamu dengan Clark?.' Aku terus membisu. Kisah hati cinta hatiku perlu ke mereka tahu. Semua ini amat menjengkelkan. Mereka bertalu-talu mengajukan soalan. Stress!. 'Dia adalah insan yang paling ku cintai...amat kusayangi. Dia insan yang pernah membuatkan aku hilang fokus dan lupa segala-galanya. Dia segala-galanya bagiku. Dia banyak mengajar aku tentang perkara yang tidak pernah ku fikir. Itu saja. Tq.' 'Kalau dia adalah segala-galanya bagimu, mengapa kamu tak jawab panggilannya pada 9.3 lalu?' 'Sila jawab soalan tadi. Atau kamu memang terlibat...' 'Sebab pada tarikh itu pada masa itu aku telah nekad untuk meninggalkan dia dalam keadaan apa sekalipun. Kalau aku menjawab panggilan itu aku takut keputusanku akan berubah.' Semua anak mata tertumpu ke arahku. Betulkah ini? Seorang wanita yang tidak percaya pada cinta telah jatuh ke lembah cinta yang amat dalam...malah pernah berkata sanggup meninggalkan segala-galanya demi insan tercinta walaupun terpaksa menggadaikan nyawa namun akhirnya berpatah balik...memilih untuk meninggalkan insan tercinta. 'Kamu tahu tak sekarang Clark sedang koma? Kalau kamu menjawab panggilannya tempoh hari mungkin keadaan berbeza.' Kalau aku tidak terjebak dengan cinta melampau ini mungkin keadaan juga berbeza. Mengapa aku ditemukan dengannya berkawan dengannya bercinta dengannya dan akhirnya berpisah. Biarpun sering dilukai dikhianati hati tetap terus cuba bertahan namun siapa sangka hati yang dulunya penuh dengan bunga cinta bertukar menjadi duri cinta. Percayalah...cinta tidak mampu memberi jaminan kebahagiaan apatah lagi jaminan kesetiaan. Unye merenungku tajam. 'Aku tak faham...kenapa kamu jadi begini?' 'Sama ada kamu semua faham atau tidak bukan masalah aku. Keputusan aku muktamad.' Semua orang terpinga-pinga mendengar jawabanku. Aku memang sudah gila. Gila untuk menerima cintanya dulu dan kini gila kerana nekad meninggalkannya. Pasti ada sebab-sebab tertentu aku berbuat demikian tapi biarlah ia menjadi rahsia hati seumur hidupku. Maafkan aku sayang. Eerrmmmmm...... Aku masih terus menunggu.....sesuatu yang dapat memberi keyakinan bahawa bahagia itu milik mutlakku selamanya.

SJLA ; mimpi semalam....


bersambung...

bersambung....

 

Welcome to Celcom MMS

An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Ahad, 1 Disember 2013

TV9 Menipu

# People don't notice whether it's winter or summer when they're happy#

Hari ini 30.11.2013 - saya menonton siaran langsung tiga program nyanyian iaitu :-


TV9 - 8.30pm, idola kecil. Saya bukan minat pun tapi nak tengok peserta dari Tawau, Sabah iaitu Daniel. Juri jemputan Alif Aziz, Radhi OAG, Tomok juri tetap. Alif Satar selaku hosnya. Dan peserta yang tersingkir ialah Alif.


TV2 - 9.00pm, Palma 2013, pertandingan nyanyian lagu melayu antarabangsa 2013. Hebat sungguh bahasa melayu. Bangsa lain berusaha menguasai bahasa Malaysia, bangsa Malaysia bangga berbahasa inggeris. Ada peserta yang menyanyi macam nyanyi lagu cina. Hahaha... Ada yang over drama. Pukul 11.00pm, Alif Satar membuat persembahan berduet dengan Nuri juara Palma 2013 dengan lagunya lelaki seperti aku. Pelik kan? Idola kecil tv9 baru tamat tapi Alif Satar dah buat persembahan di tv2. Mula-mula fikir mungkin dia berlari terus ke sana. Atau ada kembarnya? Tapi.... Pemenang ketiga Belgium, kedua Bangladesh, johan...kalau tak silap Afrika...tak ingat la bro. Hehe...


TV1 - 9.00pm, Bintang kecil separuh akhir kedua. Bersiaran langsung dari Sarawak. Anding adalah hosnya. Hebat-hebat budak-budak tu. Saya fikir mereka lebih hebat dari peserta idola kecil tv9. Pukul 10.36pm, Alif Aziz dijemput membuat pesembahan sementara memberi ruang kepada juri mengira markah. Sesi penyingkiran empat peserta penuh emosi. Kesian diolo.

Jadi macam mana sekarang? Tiga stesen tv memaparkan pada skrin 'siaran langsung'. Macam mana Alif Satar boleh membuat persembahan di Palma 2012 sedangkan di Idola kecil tv9 baru tamat sesi penyingkiran? Ada kembar ke? Dan yang ini sudah kedapatan... Idola kecil tv9 tamat hampir pukul 11pm tapi Alif Aziz sudah berada di Sarawak membuat persembahan. Wow! Kapal apa dia naik cepat sampai? Alif Aziz pun ada kembar ka? TV9 pembohong. Kalau bukan siaran langsung janganlah paparkan siaran langsung dekat skrin. Menipu.
Just forget it.

# Before U speak, think = is it necessary? Is it true? Is it kind? Will it hurt anyone? Will it improve on the silence? # (Sai Baba)

# Simplicity is very difficult to achieve. # (mickey drexler)

"What i read and how i wrote would make difference in how i lived my life."


Mkbs, 30.11.2013, 11.30pm




Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)