Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 27 Januari 2014

AJL 28 - Stacy terus gagal


Huhuhu.... rupanya sudah lima hari sy cuti d kg. Cepatnya masa berlalu. Kalaulah sy ada sakti...hehe:-) .... Semalam tengok siaran langsung AJL28 di tv3. Sekian lamanya sy menanti dan mengharap Stacy akan menang sekurang2nya the best performer but until now not yet. Apa2 pun sy suka Stacy semalam. Bagi sy itu persembahan Stacy yang terbaik dalam semua penyertaannya di AJL. Ala-ala Resident Evil....kalau Stacy terbang lama sikit atau dance masa terbang mesti best. (Stacy look gumuk sikit...hehehe...). But walaupun Stacy tewas sy tetap setuju pada mereka yang menang. Juara, Hafiz. Kedua, Hyperact. Ketiga, Awie Rafael Ultimate. Vokal, Jacklyn V. Persembahan, Hafiz. Wowww.... Gandingan Scha dan AG ..... macam lucah jer... (lebih kurang) Scha, 'tenaga awak lebih kuat maka awak yang koyakkan'. AG, '....ya, dengan izin....'. Air muka Scha nampak berubah. But they still ok. Cuma sy tak faham pasal tema Game Over. Apa2 sajalah. Owahh...today kena turun pekan nak pi pejabat pendidikan daerah, pejabat pendaftaran keningau and so on. Banyak betul urusan. Harap-harap semua akan berjalan lancar dan dipermudahkan. Insya-Allah. ###########...sejuk baaa...inda sampai hati mo buka ni selimut. Hehehe...


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Isnin, 20 Januari 2014

Langkah Ceria - stress lagi??




Hari ni saya dan kawan serumah Tija join langkah ceria & kibarkan bendera wilayah persekutuan. Kawan2 lain cuti balik kg...yang lain lagi malas nak jalan kaki... mula2 risau juga sebab seperti yang diwar2kan PM akan datang. Maklumlah...kalau PM datang majlis agak2 mula tepat masa ka? Belum pernah lagi saya tengok menteri2 tepat masa. Tak akan ada punya. Sedangkan KPPA pun tak tepat masa. Mereka2 semua ni bangga ditunggu orang lain. Semakin lama ditunggu semakin tinggi dadanya. Nak tunjuk kuasa nak tunjuk sibuk. Dengar ucapan menteri wilayah Ku Nan kehadiran peserta seramai tujuh ribu lebih. Woww.. apa tak ramai warga felda dari Negeri Sembilan dan Pahang pun turun padang. Maklumlah felda penaja bersama. Kalau tak ....tak dapatlah kitaorng baju free. Hehehe.... Berjalan sejauh 6.8KM. Rasa macam dekat. Tapi sakitnya tapak kaki. Mungkin kesan daripada memijak batu refleksi selama dua hari berturut2. Berusaha untuk tamat. Namun memang diakui...pergerakan ku lambat. Before this, 5KM - 1 jam but 6.8KM - 1 jam 30 minit. Tak sempat nak dengar cabutan bertuah... sampai di garisan penamat dah cabut hadiah utama. Awalnya mereka mula sedangkan masih ramai peserta yang belum sampai. Huhuhu... Ingatkan Ku Nan akan ikut jalan kaki...rupanya berjalan tak sampai 100meter dah stop tepi jalan siap melambai2 bagai. Eeelleeehhh.... dengan muka bedak tebal perut buncit tak henti mengunyah ada hati tanya peserta 'ok ke tak?'.... sakit hati tengok clearner tu...time lagu negaraku boleh pula dia berjalan selamba depan stage utama. Saya harap pengerusi perbadanan akan pandang serius ni... jurukamera juga sama. Sebelum lagu negaraku relaks jer...bila nyanyi lagu negaraku bukan main rancak lagi tangkap gambar. Why? Penting sangat ke gambar orang menyanyi lagu kebangsaan? Mentang2 dorang dapat kebenaran... tersengeh2 ambil gambar. Eeeiiiyyeee.... Aaaahhhh....lupakan. Beberapa jam lagi nak mula kerja - sesungguhnya aku stress masuk ofis. STRESS! TENSION! STRESS! dengan semua tentang ofis. #sunny


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Isnin, 13 Januari 2014

BKP dah ????

Assalamualaikum. Kriung kriang kriok.... Lama nda singgah di sini. Malas kaka...hehehe... Lagipun tiada bei perkembangan terbaru. Ooppsss... Ada. Sekarang ni saya dan pt kewangan yang seangkatan sudah masuk bawah bahagian khidmat pengurusan. Tapi masih duduk di aras 6. Segala urusan kena melalui bkp. Semua arahan bayaran akan dihantar terus ke aras 11, kemudian dihantar ke aras 6. Memang menyusahkan. Tunggu dan lihat bagaimana kesudahannya. Tahun 2008 pun kejadian yang sama. Cuma bezanya masih dalam bahagian yang sama. Dulu kami aras 6 bos di aras 3. Sekarang kami aras 6 bos di aras 11. Dulu dibuat begitu atas alasan pembayaran lambat. Sekarang pun kes yang sama. Lastly, tak sampai 2 tahun naik aras 6 semula. Desk saya dah selesa dah di aras 3. Eerrmmm.... Kali ni tak tahu macam mana.... Duduklah di aras 6 - naik turun hantar baucar untuk perakuan. Saya harap saya dapat transfer dalam masa terdekat ni. Pening kepala. BKP ni protokol sangat...tak suka. Buat kerja mengikut hirarki bagai...tapi tak cemerlang pun (kata orang luar @ kementerian lain like mof...). Entah...asyik-asyik kata kami jaga ramai tau... Bikin panas. BMI ok jer... Kita tengok sajalah... Apakah nanti ada pegawai yang akan transfer 24 hours. Tengok-tengok siapa yang kena...Hahahaaa.... Apa yang pasti cabaran menunggu.... Saya mengharapkan impaknya tidak akan memberi kesan buruk terhadap sykologi diri. (Paling penting bila saya mo cuti on saja). Transformasi katanya... Jangan tak percaya - lobi JPA sekarang dah cantik dah. Kawan seorang tu kata 'soft rock cafe'. Kawan seorang tu kata 'pembaziran' saja. Baru enam bulan ubahsuai sekarang ubahsuai lagi. Hahaaa.... Dengar cerita KSN ada datang mengejut melawat JPA masa KPPA bercuti di oversea bulan dis lalu. PM telah umumkan pengurangan elaun JUSA C dan ke atas - penjimatan katanya. Lepas tu saya terbaca di akhbar pengurangan itu tidak membantu. Betul kata kawanku yang proses bayaran tu. Indah khabar dari rupa. Rasanya itulah perumpamaan yang sesuai. Bukan main gah lagi buat pengumuman. Macamlah amaun pengurangan tu boleh bayar gaji sepuluh orang jawatan sokongan. Ceh!!!.... Tapi saya suka kalender dan buku diari baru JPA. Sepuluh tahun saya di sini inilah buku diari yang terindah dan smart. Bak kata kawan seorang tak sabar nak masuk meeting. Semangat nak guna buku tu. Sepuluh tahun ni semua buku diari JPA percuma jer saya buang ke dalam tong sampah. Nak tulis macam mana....baru tulis tajuk meeting ruang dah tak de dah. Dan selama sepuluh tahun, tahun ini 2014 tahun pertama kami yang ikan bilis ni dapat kalendar. Kasihan bukan?... Degima. Sempat jugalah merasa sebelum dikeluarkan dari JPA. Terima kasih KPPA. Heheheee... Isu terbaru di Putrajaya - 'hard rock cafe'. Pengerusi Perbadanan Putrajaya kata tiada, Menteri Wilayah Ku Nan kata akan ada. Apalah punya menteri-menteri sekarang ni.... Pelik-pelik saja. Mana sesuai tu. Cukuplah dengan program hiburan yang selalu diadakan. Tiba-tiba pula HRC nak bertapak di Putrajaya. Tak sesuai langsung. Tidak pasal-pasal mak nyah pak nyah dan warga tak cukup kain berkeliaran di Putrajaya. Kuala Lumpur dahlah. Takkan nak samakan Putrajaya dengan Kuala Lumpur?... Kata kawan seorang lagi baik sediakan perpustakaan besar. I agree! Saya fikir Najib perlu pecat menteri-menteri yang tidak berkualiti. Bukan apa...mereka menjawab keluhan rakyat tanpa memikirkan perasaan rakyat. Mungkin mereka ada alasan sendiri tapi melampau. Sampaikan kawan-kawanku tidak habis-habis dengan keluhan. Dalam facebook jangan cakaplah. Terutamanya yang kerjayanya guru. Mereka-mereka ni kuatnya mengeluh. Penat mengajar mungkin. Kesian kan?... Fikir positif saja. Dah itu kerjaya yang kamu pilih hadapilah semua cabaran. Semua kerja ada cabaran. Cikgu-cikgu kan pandai berkata-kata manis...gunalah kelebihan itu untuk diri sendiri. Hahahaaa...... Para cikgu sentap bila ada orang sebut 'kalau tak nak jadi cikgu berhenti...'. Hahahaaa.... Betullah tu kan? Tak tahan dengan cabaran get lost la... Huahuahua... (dulu dulu dulu kamu juga yang suka mengata cikgu kerjanya senang - kerja setengah hari saja - cuti banyak. Bila cikgu lambat semak buku nota dan latihan korang kata cikgu tak tau buat kerja. Sekarang korang dah jadi guru - bagaimana rasanya? Ada rasa coca cola tak?). Mereka-mereka yang mengeluh begitu tentu mereka yang senang dapat kerja tu... Sekali pohon dapat. Cuba kalau like me... Asal keluarga miskin - nak sambung study duit tiada - berusaha cari kerja - tiga kali interview baru dapat - just jawatan kerani. Bersyukur sangat. Walaupun banyak cabaran - kadang perbelanjaan minus - jiwa kacau - perasaan terluka - pernah menangis - tapi al-Hamdulillah. Allah masih memelihara jalan rezekiku. Saya juga pernah dikata, "kalau takut jangan jadi pembantu tadbir kewangan" - "kalau malas berhenti kerja" - "apa yang kamu tahu?" - "kalau tak tahu buat kerja berhenti kerja". Bayangkan....hanya kesilapan kecil saya menerima kata-kata begitu. Dari dulu lagi ungkapan kata-kata begitu wujud - kenapa hari ni ramai yang sentap dengannya?. Hahahaa.... Kalau sekarang saya dikata begitu lagi 'nothing'. Sebab itu kata-kata orang tengah marah. Maki hamun dalam hati sajalah tapi muka senyum. Kikikkk.... Somebody say, why tak mohon jadi CC? Dah sepuluh tahun kot. Saya bukan tak nak...tapi takut kena buli. Hahaaa.... Tunggu sajalah yang automatik naik tu. Sekarang ni kena buli pun tak rasa apa sebab memang kerja begitu. Kalau dah naik makin tinggilah darjah bulinya. Makin tinggi jawatan makin tinggi cabarannya. Nanti susah nak cuti.Dasar penakut punya orang. Lagipun saya tahu tahap kemampuan dan keinginan diri. Sedar diri pun. Heheheee..... Sekarang ni pun penggunaan kalimah ALLAH jadi masalah. Orang kristian pun sibuk nak guna juga. Yang hairannya, di semenanjung Malaysia yang majoriti melayu islam pula tu. Janganlah bandingkan Sabah dan Sarawak. Pelik kan...Di semenanjung yang majoritinya melayu islam - siapa yang nak baca bible dalam bahasa melayu? Orang cina, orang india tu baca bible bahasa melayu ka? Mungkin kristian Sabah Sarawak yang kerja di semenanjung?.... Mereka kan ada bible bahasa melayu di Sabah Sarawak - bawa sajalah. Apa masalahnya? Ataupun bangsa melayu islam di semenanjung sudah ramai yang murtad (dalam diam)?. Nauzubillahi minzalik. Seperti penganut syiah juga. Mereka mana mungkin nak mengaku secara terang-terangan. Penganut agama kristian di semenanjung Malaysia termasuk paderi-paderinya seharusnya faham dengan peraturan sedia ada. Sudah jelas dan nyata. Walaupun kalimah Allah itu telah digunakan oleh orang yahudi sejak dulu lagi. Urus tadbir negara jangan dipertikaian. Tolonglah hormat. Orang melayu islam semenanjung pun bermasalah juga. Sibuk buat perarakan naik moto...dengan banner lah...pertahankan kalimah Allah tapi pakai baju singkat. Nampak lurah buntutnya. Apa kes?. Sibuk berhimpun berlaung bagai tapi bila azan maghrib berkumandang tak pergi solat pun. Apa kejadiannya?. Mungkin mereka dah penat berlaung kan? Macam cakap tak serupa bikin pun ada. Sekadar nak dapat hak jaganya tak. Orang Sabah Sarawak relaks saja. Mereka sebut ALLAH tak sama bunyinya dengan sebutan arab. Kesimpulannya, biarlah Sabah Sarawak saja yang guna. Semenanjung tak usah nak ikut-ikutan. SILA hormat urus tadbir agama negara. Nanti orang cakap "kalau tak suka sila ke luar negara...." sentap puuuuulaaaaaa. Huahuahua... Semua hal nak dipolitikkan. (saya hairan juga dengan pengkritik tu - kritiknya rajin tapi kes belum selesai kritik perkara lain. Penyelesaiannya di mana? Tak nampak... ) Ucapan sambutan krismas pun jadi isu juga. Masalah bagi kawan-kawan yang convert beraya bersama keluarga kristian. Ini pun ramai yang tidak puas hati dan jadi pertikaian. Teguran mufti jangan pandang ringan walaupun KJ kata tidak salah. Masalah sekarang ni, ramai yang kata Islam tu mudah. Sehinggakan perkara berkaitan aqidah dan hukum pun dipandang mudah. (termasuklah keluarga saya...). Apa-apa pun pertikaian mahupun perdebatan - jangan sampai berperang yer....heheheee.... Orang berilmu ustaz-ustaz pun banyak percanggahan pendapat. Kadang-kadang golongan lemah like me jadi binggung. Paling kritikal percanggahan pendapat antara Dr. MAZA dan ustaz Zamihan. Kalau nak tahu baca facebook ustaz Zamihan. Facebook Dr. Maza sibuk mengkritik kerajaan. Tapi saya suka baca kritikan Dr Maza sebab pasti akan mendapat jawapan dari pihak berwajib. Saya suka kata-kata Dr. MAZA dalam satu ceramahnya..(lebih kurang begini...) "saya mungkin orang terpelajar, saya mungkin seorang ustaz, saya mungkin orang yang dikenali ramai tetapi belum tentu saya orang yang soleh di sisi Allah SWT...". Faham maksudnya?. Kita boleh mengkritik tetapi jangan melebih-lebih. Kita tidak berada di tempat mereka. Belum diuji belum tahu. Like somebody - dulu orang lain kahwin mengeluh kurang bajet - katanya, kalau tiada bajet buat yang wajib sajalah buat apa nak susah-susah - sekarang dia kahwin dia pula mengeluh. Jadi sekarang dah faham?. Heheheee.... Tapak tangan kiri gatal. Kata orang nak keluar duit - masalahnya duit mana?. Uuuhhhuuuu.... Sa nda sabar suda oh mo balik kg. Tinggal 9 hari sahaja lagi. Barang suda siap packing ni....hahahahaaa..... Tapi sabar dulu - kerja banyak menanti. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Tidur duluuuuu...... Wassalam.

 

Welcome to Celcom MMS

An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Rabu, 1 Januari 2014

Malam Kesenian Islam 2014 Putrajaya

Malam Kesenian Islam Ambang 2014, Masjid Putra Putrajaya. Tetamu jemputan seperti Imam Muda Fakhrurrazi & Ustaz Irwan Zamhuri, kumpulan qasidah Anwarul Madad, kumpulan nasyid Shoutul Iltizam - 6 pelajar sekolah putrajaya dan kumpulan Shoutul Amal. Solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat dua rakaat kemudian bacaan Yassin seterusnya solat isyak berjemaah. Saya datang berdua dengan Maisarah jer. Geng lain uzur. Kalau datang ramai-ramai mesti best. Makan malam disediakan - makan di atas tikar gitu. Teringat bulan puasa. Celoteh berkaitan azam baru diselangseli dengan persembahan qasidah dan nasyid. Kata Ustaz Irwan, tanamkan dalam hati kita mahu mengaji menambah pengetahuan berkaitan fardhu ain. Ustaz siap menyoal lagi.... Siapa jawap dapat hadiah. Soalan pertama, berapa jenis najis yang keluar dari kemaluan lelaki? Soalan kedua, berapa jenis najis yang keluar dari kemaluan perempuan?.... Jenuh saya mengira...oopppssss... Siapa dapat jawap bagitau saya... Saya bagi hadiah juga. Kata IM Fakhrurrazi, sambutan tahun baru diharuskan oleh ulama dengan syarat sambutan tersebut tidak berkaitan dengan agama (contohnya meraihkan kelahiran anak tuhan...), hiburan yang baik, pengisian majlis tersebut dan tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tidak salah menyanyikan lagu-lagu selain daripada nasyid tetapi pilih lirik yang baik-baik maksudnya. (ustaz Fakhrurrazi nyanyi lagu korea u....sedapnya sora...). Hati jiwa minda kita perlu dicas selalu agar kita sentiasa bertenaga. Maka itu selalulah hadir di majlis ilmu. Jangan biar jiwa kita kosong. Saya suka ketegasan suara ustaz Irwan. Selepas ni nak cari koleksi ceramahnya (kalau adalah....). Saya lupa nama moderator tu... Segak orangnya. Dia dan ustaz Fakhrurrazi serta dua orang lagi membuat persembahan nasyid. Nama kumpulan mereka ialah Shoutul Amal. (selepas ni nak carilah.....) Yang kelakarnya, moderator tu masa bercakap banyak betul celotehnya..pandai mengenakan orang....masa menyanyi berdiri tegak jer... Kawan-kawan yang lain bukan main lagi menarik suara dia dengan muka selambanya...macam tiada perasaan. Tapi suara sedap. Masa moderator tu kata sementara menunggu bunga api kita bersama-sama mendengar rangkaian selawat medley dari kumpulan Anwarul Madad. Terdetik dalam hati, ada bunga api ke?... Kawan kata, tumpang bunga apai kat presint 3. Oooo....lupa. Saya lupa di Presint 3 ada sambutan tahun baru. Artis jemputan kebanyakkannya ada gelaran Dato'. Beruntung saya....dipilih menghadiri majlis ilmu ni. Al-Hamdulillah. Detik 12.00 am, kami berdiri beramai-ramai dan mengucapkan 99 nama agung Allah iaitu Asmaul Husna. Masa tu juga bunga api bergemerlapan. Rugi siapa yang tak datang majlis ni.... Jam 12.15am, kami pun balik. Nasib baik naik moto. Sesak giler... Wowww... Saya terlupa yang kami balik serentak dengan pengunjung di presint 3. Rupa-rupanya, begini keadaannya sambutan tahun baru. Aduiduiii.... Kalau naik kereta boleh ambil gambar... Sukar digambarkan.... Budak-budak hip hop pun ramai. Mereka sibuk melepak di tepi jambatan. Saya rasa kedua-dua jambatan utama tu dipenuhi orang ramai. Jangan buat maksiat sudah. #tiba-tiba teringat masa sampai masjid tadi. Salah seorang pelancong asing tanya, masuk waktu maghrib dalam bahasa inggeris....saya tiba-tiba pening nak jawap 7.20 dalam bahasa inggeris macam mana ya...? Hahahaaa....bengong. Nasib baik tindakan refleks cepat. Geleng kepala sendiri.
Setakat itu sajalah. Dah mengantuk dah... Banyak perkara yang nak dikongsi tapi malas nak taip.

 

Welcome to Celcom MMS

An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)