Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 29 Mac 2014

Uncle ku kahwin suda


Hari ni adik bongsu lelaki mama melangsungkan perkahwinan. Uncle, Selamat Pengantin Baru kio... Semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Insya-Allah. Sayangnya saya tak dapat balik meraihkan. Tidak mampu bei kaye. Nowian tusin masa balik yang ujung bulan satu. Heheheee....begitu laitu kalu urg yang cukup2 saja...perbelanjaan di luar peruntukan memang tiada. Kali kecemasan pun inda ada. Sy tingu foto pelamin c uncle...punya sandi...cantek oooo.... kalah itu pelamin adik sepupuku. Waaahhh...berapa laitu bajetnya. Mama cakap dia kehabisan bajet suda kaka. Hahahaaa.... itu ayat standard urg baru kawin kan... Dalam siuk2 dgn majlis kawin tiba2 dikhabarkan berita sedih. Isteri sepupu mama telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Darah tinggi katanya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Insya-Allah. Alalaaa...tebalik pulaini foto. Inda bulih d mala mo kasi toronong... hantam saja.. nanti kasi bagus bila depan komputer...heheheee...


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Selasa, 25 Mac 2014

COMANGO dan tuntutannya

  
Adakah negara kita akan terus terpelihara? Siapa yang harus bertanggungjawab memelihara negara kita? Cabaran semakin mencabar. Tanpa kesatuan dan perpaduan maka hancurlah ia. Paling tidak boleh diterima adalah tuntutan kebebasan hak asasi yang pelbagai yang mengganggu gugat kesucian agama islam. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.Siapa sebenarnya mereka yang menerajui semua itu? Apa itu COMANGO? Saya tidak jelas dengan pertubuhan ini maka saya mencarinya melalui google. Dan ini yang saya temui.... 

 COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva. Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia.


Apa itu sebenarnya UPR? Yang ini pun saya tidak jelas. Namun saya terjumpa artikel berkaitannya di Karim's Blog. Bagus blog ini. Banyak maklumat tentang tuntutan COMANGO terhadap Malaysia. Ada yang menggelarkan COMANGO ini talibarut asing. 

UPR adalah ringkasan kepada Universal Periodic Review atau kalau di Bahasa Melayukan mungkin menjadi Semakan Berkala Sejagat.

Ini petikan dari Karim's Blog.

Kita lihat apakah di antara tuntutan yang COMANGO telah serahkan kepada UNHRC:

1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya berbunyi “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.
Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal mengizinkan gejala pemurtadan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang kita mahu?

2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang!. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)

3. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.


4. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!
Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).
Ini adalah di antara tuntutan-tuntutan yang jelas menganggu-gugat kita sebagai umat Islam serta mempertikai kedaulatan Islam di Tanah Air ini.
Apakah kewajaran tuntutan mereka? Apakah Malaysia ini tidak mempunyai Perlembagaan negara?


Apakah mereka sudah tidak mampu berfikir secara rasional? Adakah mereka tidak tahu menghormati kedudukkan Islam sebagai agama rasmi negara? Apa tujuan mereka mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan agama islam dengan membenarkan LGBT? Apa pegangan agama mereka sebenarnya? Apa pun tujuan mereka, apapun pegangan agama mereka saya berharap dan berdoa mereka mendapat hidayah dariNYA. (walaupun dalam hati...hanya Dia saja yang tahu...). Besar harapan saya pemimpin-pemimpin politik islam bersatu dengan kerajaan mempertahankan negara ini. Menolak segala desakan-desakan tersebut. Tegas dan berhemah dalam menangani tuntutan berkaitan. Jangan hanya cakap tapi tiada tindakan. Kata tidak menyokong tapi tindakan menyokong secara tidak langsung. Saya juga ada terbaca bahawa Marina Mahathir juga terlibat dengan tuntutan tersebut. Namun dia menafikan. Kita boleh sahaja memperjuangkan apa sahaja perkara yang patut namun jangan sesekali membelakangkan agama islam. Sebenarnya, perjuangan hak asasi manusia tu tidak diperlukan jika setiap daripada kita mengamalkan dan menghayati ajaran agama berpandukan al-Quran dan Sunnah nabi. Tapi nak macam mana ahli-ahli COMANGO bukannya orang beragama islam. Mereka pasti menantikan saat kehancuran islam di Malaysia. Maka itu SILA jangan benarkan!!!!.... Jangan TUNDUK dengan tuntutan mereka.

Wallahu 'alam.







�MH370 berakhir di Lautan Hindi


Sebentar tadi dengar pengumuman PM, MH370 berakhir di lautan hindi. Ucapan takziah untuk semua ahli keluarga. Sedih. Tengok by tv bergenang air mata - ahli keluarga menangis berpeluk-pelukan. Kalau jatuh di laut mustahil akan terselamat. Kecuali keizinan Allah SWT. Jika itu takdirnya, sabarlah semua terimalah keputusanNya kembalilah kepadaNya sebelum Dia mengambil kita. Ambil iktibar dari setiap kejadian. Mereka telah berusaha sedaya upaya mencari mereka. Mereka juga bergadai nyawa mencari mereka. Harus diakui, kecanggihan perkakas tidak mampu menandingi kekuasaanNya. Betapa kerdilnya kita kan? Dalam sedih saya sempat berangan - bagaimana ya...setelah dua minggu diisytihar hilang tidak selamat tiba-tiba mereka kembali....ada kemungkinan ke? Eeee..... Walauapapun bagi mereka yang masih menyimpan harapan masih ada keyakinan teruskan berdoa. Saya kasihan tengok PM. Beliau seperti hilang semangat. Saya harap beliau akan terus teguh, tabah, sabar, sihat menerajui negara tercinta ini sehingga waktu beliau perlu berundur. Hadapilah semua tekanan dengan tenang. Semoga Allah melindungi beliau dan keluarganya. Insya-Allah. Amiin... selamat tidur. Harap-harap tidur lena. Jangan mimpi MH370 balik kg suda..... Tunggu pula pengumuman PM lewat pagi nanti. Mana tau ada keajaiban...kotak hitam ditemui....????... or somethings else... # best tengok rancangan INSIGHT di tv1. Temubual dengan tokoh terkenal. Minggu lalu Darren (lupa nama penuh)... pengarah syarikat warner music. Tadi Datin Marina Mahathir. I like her. Minggu depan siapa pula...(besok nak tengok juga...ada tak rancangan ni...) Before i close my eyes i want to wish congratulate to my sister leng because success to get her target in SPM. Thank u very much. You are the good so far in our family. I hope your greatest will be forever.... do something different make something miracle...you can make a change... i'll always believe you. Assalamualaikum.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Isnin, 24 Mac 2014

selawat perdana

Malam tadi saya dan maisarah turut serta memeriahkan program selawat Perdana Malam Cinta Rasul bertempat di depan dataran Masjid Putra, Putrajaya. Walaupun dibanjiri hampir setengah juta manusia Tetap rasa nyaman. Tiada perasaan stress tiada rasa panas tiada kedengaran suara tangisan budak walhal ramai budak kecil turut serta. Diberi sejadah, buku qasidah,buku yassin dan air mineral percuma. Ada juga jualan tapi kami tengok dari jauh jer... Perdana menteri dan isteri turut hadir. Dato Mukhriz pun ada. Ramai juga artis tanah air yang datang. Antara yang saya perasan Ezu aslam (fourtheen), adam af, sabhi sadhi, fizz fairus .... Tidak dapat dinafikan alunan qasidah Habib Syech Abdul Qadir Assegaff memang menakjubkan. Ya Hana Na - saya sudah mendengar qasidah ni sejak dulu namun auranya tidak sehebat masa sekarang. Saya harap program seperti ini akan diteruskan. Sejuk mata memandang PM dan isteri. And PM look handsome look great with wear jubah putih. Semoga Malaysia terus aman merdeka dilindungi Allah SWT selamanya. Insya-Allah.

Khamis, 13 Mac 2014

Hari Lahirku


Hurrrmmm....hari ni tanggal 13/03 adalah hari kelahiranku. Syukur al-Hamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus menikmati keindahan dunia ini. Masih bertuah kerana diberi kesempatan untuk menilai diri mempersiapkan diri sebelum dijemput pergi. Semoga dapat menghargai dan memanfaatkan kesempatan yang diberi. Insya-Allah. Bila buka kalender - ooowwwhhhh...malu pula. Rupanya hari ni umurku sudah 33 tahun. Dah tua dah. Sungguh aku tak gembira dengan angka tu. Namun apakan daya itulah hakikatnya. Harus diterima dengan syukur. Aku tidak pernah menyimpan harapan tinggi menggunung. Namun aku pernah berangan untuk ke bulan. Harapan besarku tahun ni - harap dapat pindah balik sabah. Semoga Allah permudahkan semuanya. Semoga Allah SWT tetap selalu melindungi keluargaku. Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku dan kami sekeluarga, panjangkanlah usia kedua ibubapaku dan kami sekeluarga, bukalah pintu taubat untuk kami sekeluarga, kurniakanlah kesihatan kepada kedua ibubapaku dan kami sekeluarga, berkatilah rezeki kami, sesungguhnya Engkau maha penyayang. Ya Allah, Engkau lindungilah kami sekeluarga dari perkara-perkara yang Engkau murkai, jauhikanlah kami sekeluarga dari perbuatan khianat orang tertentu. Engkau sucikanlah hati-hati kami, sabar dan tabah menghadapi ujianMu. Peliharalah iman kami sekeluarga agar tetap kukuh utuh kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha pengasih dan penyayang. Ya Allah, Engkau turunkanlah hujan di bumi Malaysia ini. Kasihanilah hambaMy yang lemah ini. Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami mengadu dan memohon pertolongan. Permudahkanlah. Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin . Semoga aku terus menjadi insan terpilih yang menduduki jannah Allah. Insya-Allah. Kalian doakan untuk saya juga yer... terima kasih.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Ahad, 9 Mac 2014

MH370 hilang


Sekarang ni Malaysia menjadi tumpuan dunia apabila pesawat MAS MH370 (klu nda silap la..) hilang. Katanya terputus hubungan dan sehingga kini belum ditemui. Agak menyeramkan. Ya...bagi saya sebab saya balik kg naik kapal terbang. Patut pun awal pagi semalam adik saya tanya. Durang di kg lagi up to date dari sy. Hehe.. Mendengar berita tu terus tiba2 sy teringat tu movie barat. Kapal mengalami kerosakan alat perhubungan .... kapal mengalami sedikit gangguan tidak dapat berfungsi secara auto terpaksa menggunakan cara manual bergantung harap kepada kepakaran juruterbang berpengalaman.....kemudian mendarat dengan cemas kerana kehabisan minyak. Terhempas ??????..... ada yg selamat dan sebaliknya. Heheheee.... Katanya, juruterbang sudah berusia 53 tahun. Pasti pengalamannya mampu membantu menyelamatkan semua anak kapal. (Melainkan ada sabotaj..). Insya-Allah. Kita doakan yg terbaik untuk semua. Bulan mac penuh dengan cabaran. Tahun lalu bulan mac tragedi Lahad Datu. Tahun ni kapal hilang. Bukan itu saja - negara mengalami krisis air. Catuan air di sana sini. Setakat ini putrajaya masih di zon selamat. Bulan mac ni juga bulan kelahiran saya. Dugaan sana sini - saya harap saya tetap kukuh menghadapi semuanya. Semoga Malaysia sejahtera. Tadi 8/3-hari keluarga bkp di ILKP. Sy dtg utk tengok sj. Inda minat bei.. tengok sambil main game candy star kdg2 gelak melihat gelagat lucu mereka. Ada yg beria2 tapi kalah juga. Paling best yg kalah muka akan dilumuri tepung. Makanan tengahari disediakn secara gotong-royong. Nasinya lembik dan hangus. Uuuu....lama sy tidak hidu bau nasi hangus. Terus teringat kg dan zaman kanak2. Klu skrg tiada sudaitu nasi nokokogut abis masak nasi guna periuk elektrik. Tiba2 rindu mkn kogut takano. Dulu2 sy paling sukaitu. Sedap baa...:-) . Drama tv3 : Perjalanan "sebelum tidur maafkan semua orang". Teringat kata2 seorg yg gagal dlm bahtera masjidnya, "mereka mungkin akan memaafkan tapi belum tentu melupakan". SAYA SELALU MAAFKAN KAMU SEMUA. MAAFKN SAYA


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Sabtu, 1 Mac 2014

Sambungan kaka bei...


Sambungan.... Rehat yang panjang dimanfaatkan pergi berjalan2 di sekitar Sogo dan Sogo. Nanti selepas ni saya tahu dan berani berjalan seorang mencari dan membeli keinginanku. Hehehe... Tapi rasa rugi tidak dapat membeli-belah. Bukan tidak dapat but tidak mampu. Duit dah digunakan membeli tiket flight. Makanya aku pokai right now. Masa balik tu ada sedikit kekalutan. Kaunter pencen balik tepat 5pm. Kitorang lewat 3 minit jer dorang dah bising. Sabar jerlah. Dalam lift pun dia asyik membebel. Katanya dia naik bas, kalau tertinggal bas yang ni lewatlah sampai rumah. Akak nak pi hospital lagi. Kesian juga sama dia... tapi kenapa tak bagitau awal2. Patut pun kebanyakkan orang berjalan sambil berlari. Semua mengejar timing bas dan seumpamanya. Huhuhuuuu.... Sabar sajalah. Masa balik saya masih menghadapi masalah yang sama di mesin token LRT. Beranikan diri minta tolong orang. Saya fikir saya mesti beli kad touch n go. Tak perlu susah payah mengadap mesin bagai. Pening laaa. Kawan kata bila nk balik naik train yg ke sri petaling. Kebetulan train sampai sy tanya org sebelah katanya iya. Tapi bila sy tanya seorg nyonya katanya bukan. Dia pun suruh sy turun di hentian Razak. Sementara menunggu org ramai masuk dia sempat ajar sy. Terima kasih nyonya. Fuh! Dari Bandaraya hingga Tasik selatan train tu penuh sesak. Tahan nafas. Kemudian beli tiket ERL. Yang ini paling senang. Buy by mesin pun kacang ja. Ingatkan bila naik ERL dapat duduk rehat. OMG!.. ERL lagi sesak. Kalau org sebelah tu gerak tangannya confirm kana nenen sy. Hahaha.... Sampai di hentian Putrajaya- wow train jadi lengang. Ramainya org turun sini. Orang Putrajaya kerja d KLllllllll.... sanggupnya. Hebat mereka. Sy yg baru sehari dah penat. Apa taknya - keluar dari ofis pukul 5.05pm sampai di rumah lebih kurang 6.35pm. Dalam tempoh itu sy berdiri dan berjalan. Letihnya kaki. Penat. Sekali sebulan bolehlah kot. But bagi yg banyak komitmen boleh sakit jiwa loo... SABAR & YAKIN.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Pengalaman Baru MJ


Aikkk...rupanya hari ni sudah masuk bulan tiga. Aiyoyoyo...cepatnya masa berlalu. Semalam 28.2.14 pengalaman pertama saya ke KL seorang diri. Bertugas di kaunter terimaan Maju Junction. Risau sebab saya tak pernah ke mana-mana seorang diri kecuali jogging dan balik kg. Hehehe.... Yang paling kelakar saya tak pernah naik LRT seorang diri. Hati berdebar-debar kerana takut sesat dan lewat sampai nanti punch card merah. Kalau setakat sesat tidak apa juga...sesat pun takkan sampai Australia. Hahaha.. Gerak dari rumah lebih kurang enam suku pagi. Jalan kaki sampai ERL - naik ERL pukul enam 35 - turun di hentian Bandar Tasik Selatan. Tukar naik LRT. Masa nak beli tiket by mesin - baca lama sangat. Belum sempat klik Bandaraya dah patah balik - ulang lagi. Nak tergelak aku. Lembab. Nasib baik ada adik tu tegur. Agaknya dia lemas tengok saya asyik2 ulang. Itulah hebatnya mereka yang hari2 guna perkhidmatan ni. Cepat. Geli hati saya tengok tokennya. Ingatkan kad yang keluar. Begitulah keadaanya orang yang terlalu jarang pergi KL. Seingat saya, paling last saya pergi KL tahun 2009. Pergi dengan kawan. Benci mo pi sana bha...ramai kepie tulun koinggolou tulu. Rimas. Lagipun tiada sebab nak pi KL. Naik LRT turun di hentian Bandaraya. Lalu depan Sogo. Nak cari Maju Junction pun lambat juga. Telefon CC kemudian tanya polis bantuan. Sampai pukul 7.38am. Hampir2 lupa punch card. Nasib baik kakak yang jaga kaunter pencen tu ingatkan. Terima kasih yer. Saya kekalutan sedikit apabila PC kaunter tu tak boleh on. Dah on semua tapi moniter tak cerah2. Nasib baik kawan dah bagitau awal2. Tapi hati tetap kalut sebab lebih 10 minit nak tunggu on. Asyik2 on off on off. Lebih kurang sama dengan keadaan saya dengan mesin token LRT. Hahahaaa..... Sedihnya sarapan dengan roti gardenia dan air mineral. Tapi syukur dapat jugalah makan kan? Pengalaman buat kerja baru - biasa saja. Senang saja sebab pelanggan semua baik2. Jadi tak payah risau. Beres. Hahahaaa... sambung kemudian. Lapar.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)