Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 7 Jun 2013

TEMU DUGA KPSL N27

Huh!...hari ni saya hadir untuk temu duga SPA bagi jawatan PPT N27 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Menghitung hari ketibaan tanpa rasa takut tanpa rasa risau... Persediaan demi persediaan dilakukan. Ya...cari bahan bukan main lagi tapi bacanya last minute. Debaran belum terasa walaupun dah sampai di SPA. Dahsyat kan?... Tapi selepas saja mendaftar di meja urus setia dan perolehi nombor giliran...jantung berdegup bukan main lagi. Macam nak pecah dada ni. No. giliran L1103. Saya orang yang ketiga. Debaran makin memuncak. Bunyi keting...keting...panggilan angka giliran tu menambahkan kederasan degupan jantung. Saya duduk tak senang. Aiyoyoyoyyyoo... Yang bikin panas....saya bukan main lagi baca pekeliling tentang fail meja, pengurusan pejabat, KMK / KIK, arahan keselamatan, pelupusan fail, merekod fail, pengurusan mesyuarat, tatacara penggunaan internet. Apa itu GST?, Integriti, perintah Am, kabinet Malayisa / Sabah, konsep 1Malaysia, peranan SPA, Key Performance Indicator (KPI), NKRA, ESSCOM Lahad Datu, Kod Objek perbelanjaan, MOCC 1Malaysia, Transformasi, Visi / Misi JPA / BMI dan tugas-tugas PPT. Tapi yang ditanya???... Saya paling bersedia jika ditanya tentang visi/misi JPA sebab ada kemungkinan saya akan ditanya kerana saya sudah bertugas di BMI, JPA sepuluh tahun.
Bilik L panelnya adalah seorang lelaki yang bernama Mohd Hidayat Bin Mohd Sauffi. Bertugas di bahagian khidmat pengurusan JPA. Saya tak kenal sangat panel tu. Tapi saya tahu dia bertugas di JPA dan saya selalu nampak dia. Perkataan pertama yang keluar dari suara hati saya...aduiiii....

Antara dialog / soalan panel ....

'Orang JPA rupanya...'
'Apa khabar....' (aikk....)
'Hari ni ambil cuti tak...'
'Jangan stress...kita bercerita selama lebih kurang 10 minit...'.
'Perkenalkan latar belakang anda...'. (dengan gaya poyo sambil tengok komputer....masa di rumah dah karang dah apa yang perlu diperkenalkan dengan panjang lebar..tapi masa temu duga karangnya pendek...hahaha)
'Pada pandangan kamu apa ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat jawatan ini...'
'Apa pandangan kamu terhadap isu Lahad Datu...'
'Ramai orang mengatakan pihak kerajaan lambat mengambil tindakan sehingga menyebabkan ramai kematian. Apa pandangan kamu....' (paling tak suka dengan isu ini. Tapi jawab saja...jawab gitu-gitu jer....)
'Awak tahu slogan baru JPA kan...kenapa JPA perlu melakukan transformasi..adakah sebelum ini JPA teruk....'
'Beritahu saya tentang roadshow transformasi JPA...' (hahahaa....ini paling kelakar....hafal bukan main...jawab soalannya sebut isi penting saja...)
'Saya tengok sijil awak, awak pernah menjadi Johan dalam tilawah al-Quran JPA. Selain daripada itu adakah anda pernah terlibat aktiviti luar...seperti wataniah...' (perlu ke soalan ni...mentang-mentanglah aku orangnya kecil saja...jawapannya senang saja...TIADA..)
'Jika diberi satu hari kamu menjadi pengarah BMI, apakah transformasi yang mahu kamu lakukan...' (soalan ini saya tidak pernah terfikir...dan saya tak pernah fikir... saya tak puas hati dengan yang ini... otak saya lambat pick up...)
'Ini pertama kali kamu datang temu duga...' (aikk...macam mana dia tau...aduiii...membahayakan kedudukkan ni...ntah-ntah panel tu fikir biar budak ni pi interview sekali lagi....)
'Beritahu saya apa tugas-tugas jawatan ini...' (hafal bukan main lagi...jawab tak sampai dua minit.....rasanya panel tu mesti geram saja...)
'Apa kriteria yang ada pada awak yang boleh dipertimbangkan oleh pihak SPA untuk menjawat jawatan ini...' (yang ni pun tak puas hati...nak masuk bakul angkat sendiri...tak larat nak angkat tinggi sangat...malu... masa mula interview pun panel tu dah cakap saya ni nampak pemalu..aadada..kama...bajatan sa..)
'Kamu tahu tak berapa ramai yang dipanggil temu duga...' (saya saja tak jawab...buat muka terkejut...benci saya dengan keadaan semua ni...mood saya dah down bila ada perkara yang membuatkan saya tidak yakin...)
'Saingannya terlalu sengit...keputusan akhirnya SPA yang tentukan...jadi kamu kena berdoa selalu...jangan berhenti doa..' (saya tahulah...dari awal saya dah tahu...itulah pasal saya cuba bersedia sebaik yang mungkin...namun tidak seperti yang saya jangkakan...sayangnya saya tidak berjaya mengembangkan point utama jawaban saya.....)
Masa penemuduga lontarkan soalan hati saya masih sempat menerawang....fikir jawaban sambil rimas di hati... Sesungguhnya, saya tak yakin dengan ini. Walaupun di awalnya saya menyimpan sedikit harapan namun selepas sesi temu duga harapan yang sedikit itu telah punah sirna. Dan di saat itu juga saya bertekad untuk melupakan semua itu... Saat kaki melangkah masuk semula ke pejabat 'tinggalkan semua. Tiada harapan!'. Biarlah.... Pujuklah hati....Terima seadanya. Pasti ada hikmah disebaliknya.  


SESUNGGUHNYA AKU BENCI DENGAN SEMUA INI!!!!....


mkbs - apa-apa pun terima kasih kepada SPA kerana memanggil saya temu duga. Harap-harap akan diberi peluang lagi selepas ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou