|
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Sabtu, 22 Jun 2013
JOHAN Batu Seremban JPA 2013
Tanggal 22 haribulan bulan Jun Tahun 2013 - hari bersejarah kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA kerana buat pertama kalinya berjaya menjadi juara dalam pertandingan Batu Seremban antara bahagian. Gembira tidak terkira. Semenjak saya menyertai pertandingan ini pada tahun 2006 hingga 2010 bahagian BMI tidak pernah menjadi johan. Saat saya dipanggil oleh urusetia pertandingan pada 17hb lalu untuk mesyuarat saya bertekad untuk menang. Satu saja alasan saya....sebelum saya dikeluarkan dari JPA saya nak menang - saya nak jadi juara. Saya akui bukan senang mencari peserta. Walaupun masih ada sisa-sisa peserta otai tapi itu tidak mencukupi syarat penyertaan. Mencari wakil daripada Bahagian Pembangunan Organisasi adalah yang paaaaaling susah. Saya terpaksa menelefon berulangkali (macam satu paksaan pula...). Sehari sebelum tarikh akhir penghantaran nama peserta barulah berjaya. Al-Hamdulillah. Nasib baik dorang-dorang tu sudi dan rajin berlatih. Hinggakan ada yang sanggup mengorbankan waktu tidur rehat tengahari semata-mata mahu berlatih Batu Seremban dan Congkak. Bukan senang nak main. Waktu berlatih semua ok. Masa bertanding tangan menggigil-gigil macam kena pakinsen. Heheheee.... Kadang-kadang terlupa langkah. Pertandingan diadakan di Aras 7, JPA. Batu Seremban dalam bilik gim manakala Congkak di ruang legar MAKSWIP. Bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 2.30 petang. Bayangkan betapa lamanya. Nasib baik makan tengahari disediakan. Hehehee..... Di awal permainan dalam kumpulan kami kalah kepada Bahagian Teknologi Maklumat. Punah harapan. Peringkat separuh akhir adalah yang paling mendebarkan dan paling tidak disangka. Hahahaa.....kami berhadapan dengan juara bertahan, Bahagian Khidmat Pengurusan untuk menentukan kelayakan ke peringkat akhir. Tidak ku sangka kami berjaya menewaskan mereka dengan perbezaan mata 1. Al-Hamdulillah. Patut pun BKP nampak tak ceria saja. Rupanya dorang dah tau dorang kalah. Pertama kali BMI mengalahkan BKP dalam pertandingan ini sejak saya menyertainya. Nampaknya tuah menyebelahi kami. Dan sememangnya kami berusaha keras. Mula-mula saya sangka kami akan bertemu dengan BTM untuk penentuan ketiga dan keempat. Rupanya BTM berjaya menewaskan Bahagian Perkhidmatan di separuh akhir. Makanya BMI bertemu dengan BTM di peringkat akhir untuk penentuan johan dan kedua. Pada peringkat ini saya sudah yakin bahawa kami akan menang. Walaupun pada peringkat kumpulan kami dikalahkan oleh mereka tapi itu baru 'warming up' ba. Dan akhirnya......BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN berjaya menjadi JOHAN. Yeeeeeaaaaa.....Yahuuuuuuu...... Kami berhak untuk menang. (Kawan-kawan tidak sia-sia korang tidak dapat pi tengok wayang...). Bagi acara Congkak BMI berjaya melangkah ke separuh akhir setelah berjaya menjadi juara kumpulan. Walaupun hanya menduduki kedudukkan keempat mereka berhak untuk bergembira kerana mereka semuanya peserta baru. Mereka baru belajar teknik untuk menang. Kalau kamu nak tahu dorang siap mengkaji lagi. Walau apapun TAHNIAH untuk peserta Batu Seremban dan Congkak. Peserta Batu Seremban - Siti Jienah (BMI), Rosni Umaruddin (BMI), Kartini Mamat (BMI), Noorul Azean Saaya (BMI), Nurul Zafirah Ahmad Rosdy (BMI), Shahila Shamsuddin (BMI) dan Ashiqin Abdullah (BPO). Peserta Congkak - Husna Salwani Hashim (BMI), Mashitah Nasaruddin (BMI), Siti Rokyah Ainun (BMI), Farah Liyana Saadon (BMI), Nur Farah Afiqah Abd Razak (BMI) dan Fateha Ismail (BPO). Terima kasih kerana sudi menyertai aktiviti ini. Tanpa anda tiadalah wakil BMI. Berbanyak-banyak terima kasih juga kepada Puan Husna kerana sudi mengetuai permainan Congkak. Saya tak reti pasal congkak ni. Terima kasih... Terima kasih...dan TERIMA KASIH. Ada waktu ada pertandingan panjang umur kita jumpa lagi...... Selepas ini orang lama seperti saya akan meninggalkan JPA...teruskanlah usaha dan latihan kamu yeee. Heheheee..... Mana tau sy kerja di tempat lain datang semula ke Putrajaya untuk bertanding Batu Seremban dan kita berjumpa lagi.....heheheee....parasantut betul kan?..... Ok la...setakat itu sahaja kegembiraan saya... Tidak boleh terlebih gembira.... TERIMA KASIH SEMUA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou