Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 7 Januari 2023

Tiga Tingkatan Tauhid

TIGA TINGKATAN TAUHID.

Tauhid itu ialah keyakinan yang putus tentang Wahdanianya Allah, dan di sana ada tiga tingkatannya, mencapai tingkatan yang ketiga itulah yang di maksudkan kesempurnaan Tauhid kepada Allah SWT. Selagi tidak mencapai tauhid tingkatan ke tiga belumlah boleh dikatakan telah sempurna Tauhidnya seseorang itu kepada Allah SWT.

TAUHID FI DZATULLAH

Tauhid fi Dzatullah adalah Tauhid tingkatan yang paling asas dalam tingkatan Tauhid kepada Allah SWT. Walau pun tauhid tingkatan ini adalah yang paling asas tetapi ia adalah ibarat benih kepada Tauhid itu sendiri. Orang yang tiada tauhid fi dzatullah, sudah pasti tiadalah padanya tauhid tingkatan yang kedua dan tauhid tingkatan yang ketiga iaitu kesempurnaan tauhid kepada Allah SWT. 

Tauhid tingkatan ini, ilmunya ada pada sifat pertama dalam susunan sifat 20 dalam ilmu tauhid yang dikenal dengan nama sifat Nafsiah atau sifat Al wujud, dan dihuraikan oleh 5 sifat selepasnya yang dikenal dengan nama sifat salbiah. 

Memahami Sifat Al wujud, dan 5 sifat Salbiah ertinya ia telah mengenal Dzat Allah dengan baik..Walau bagaimana pun ilmu makrifatuldzatullah ini perlulah ada guru yang mengesahkan bahawa apa yang difahmi adalah benar. 

Sama seperti orang yang belajar ilmu tajwid, perlu ada pengesahan dari guru tajwid akan kefahaman ilmu tajwid seseorang. Ini adalah syarat pengajian dalam agama Allah tanpa pengesahan guru maka kefahaman seseorang itu tergantung gantung. keadaan yang seperti ini akan menyebankan ilmu tersebut diragui. 

Demikian juga ilmu MakrifatulDzatullah, yang terlebih perlu disahkan oleh guru akan kefahaman seseorang itu, dalam hal ini lebih ramai guru yang mengesahkan maka lebih baik untuk ilmu Tauhid seseorang itu. 

Seseorang yang yakin Allah Wujud tetapi tidak berdasarkan Ilmu Tauhid, maka keyakinannya adalah terbatal, sebab itulah jumrul ulama menghukumkan Fardhu ain, menuntut ilmu Tauhid, malah sebahagian ulama tauhid berpendapat menuntut ilmu Tauhid adalah perkara Fardhu sebelum yang Fardhu. 

Tidak menuntut ilmu tauhid bererti tidak faham Tauhid atau salah faham, tidak faham atau salah faham tentang tauhid ertinya tidak bertauhid dan orang yang tidak bertauhid batal Islamnya. 

Setelah kenal dan faham hakikat Al wujud Allah, maka barulah boleh sesorang itu mentauhidkan DzatNya yang Al wujud itu, dan jalan mentauhidkan Dzat Allah yang Al wujud itu, tiadalah jalan yang lain melainkan hanyalah dengan Zikrullah berdiri, duduk dan berbaring. 

Dan tanda seseorang itu telah bertauhid pada Dzat Allah ialah terbit rasa kasih dihatinya kepada Dzat Al Wujud yang telah dikenalinya. Apabila disebut nama Allah padanya, hatinya gementar kerana kasihkan Allah. 

Tauhid di tingkatan ini, keadaanya adalah seperti seorang yang jatuh cinta pada pandangan pertama. Jangan hairan orang yang di tingkatan ini tidak memperdulikan dunia luar, kerana dia berada dalam dunianya yang tersendiri, dunia yang ada hanya dia dengan Allah sahaja, baginya hidup ini hanya untuk memuji dan memuja Allah yang Al wujud.

TAUHID FI SIFATULLAH.

Tauhid fi sifatullah, adalah kedudukan Tauhid di tingkatan yang kedua, dia bukan sahaja telah mengenal dan mengasihi Dzat Allah yang Al Wujud, tetapi dia sudah memahami, melihat dan mengalami hakikat Sifat Allah yang 6, yang dikenali dengan nama sifat ma'ani. 

Tauhid ditingkat ini akan menjadikan seseorang itu masuk ke dalam fana fi sifatullah, iaitu satu keadaan dia melihat sifat dirinya benar benar tidak ada, dan yang ada adalah sifat Al Wujud.

 Tauhid di tingkat ini juga, seseorang itu benar benar sedar dan yakin, sifat dirinya benar benar tidak pernah ada, melainkan segalanya adalah dari sifat Allah jua. 

Sebab itu di tingkatan ini, mereka menganggap dan merasa mengsyirikkan Sifat Allah secara nyata jika mereka merasa mereka mempunyai sifat sendiri, kerana di sana jelas dan nyata akan ada dua yang bersifat, iaitu Allah dan diri mereka. 

Kesempurnaan Tauhid di tingkat ini, ialah apabila seseorang itu mencapai satu keadaan, iaitu apabila sifatnya berkekalan fana pada sifat Allah. 

Biasanya Allah sekali sekala akan memperlihatkan kepada mereka tanda tanda kebesaranNya melalui sifat mereka yang telah fana di dalam SifatNya.

TAUHID FI A'FALALLAH

Tauhid di tingkatan ini adalah tauhid tingkatan yang tertinggi atau Tauhid yang sempurna. Tauhid tingkatan ini adalah tauhid pada sifat 6 yang terakhir yang di kenal dengan nama sifat maknwiyah, mereka buka sahaja memahami, hakikat sifat maknawiyah ini tetapi mereka mengalaminya, iaitu mereka fana atau tenggelam di dalam A'fal Allah. 

Bukan sahaja sifat mereka fana dalam sifat Allah, tetapi Tauhid di tingkatan ini, perbuatan mereka juga telah fana dalam A'fal Allah, sehingga mereka melihat diri mereka benar benar tidak ada perbuatan sendiri, melainkan semua itu adalah benar benar perbuatan Allah semata mata. 

Golongan ini biasanya akan menghukum diri mereka telah mensyirikkan Allah, iaitu mensyirikkan A'falNya, jika mereka walau pun sedetik merasa, yang mereka ada perbuatan sendiri. 

Yang mereka lihat pada perbuatan mereka, seperti, solat, puasa, zakat, haji, amar makruf nahil mungkar, jihad fisabilillah, berekonomi, bermasyrakat sehingga urusan menjadi Kalifah Allah iaitu berkerajaan, adalah perbuatan Allah semata mata. 

Sebab itu mereka sangat takut dengan pujian makhluk dan tidak takut dengan hinaan mereka. Inilah kedudukan yang di maksudkan Allah dalam ayat Nya di surah al kafi, mahfum ayat, dan janganlah mereka melakukan kesyirikkan dalam ibadah mereka pada Rabb mereka.


NOTA : BERUNTUNG MEREKA YANG DAPAT MENGUASAI ILMU INI. 
(bersama kita mempelajarinya..)

Ayat Makrifatullah

SUSUNAN AYAT AL-QURAN MENGANDUNG ILMU MAKRIFATULZATULLAH.

Mahfum ayat.

Dia maha awal dan maha akhir dan maha zahir dan maha batin.

Dan sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu..

Dia lebih hampir dari urat  nyawa di leher..

Dia menghidup dan mematikan..

Dia tidak dapat di lihat dengan penglihatan mata tetapi Dia meliputi segala penglihatan mata..

Merekalah orang yang benar-benar beriman kepadaNya walaupun mereka tidak dapat melihatNya.

#semoga tahun 2023 ini membawa kita lebih mantap imannya..lebih kukuh imannya.

Ahad, 1 Januari 2023

SELAMAT DATANG 2023

tiada apa yang hendak dikongsi.. sekadar makluman sahaja.. hahahaa.. 
orang kampung sekarang semua berduit.. berlumba-lumba meletupkan bunga api. saya hanya mendengar bunyi dari dalam rumah. sibuk menyiapkan laporan bajet.. 

siap siaga semua.. tahun 2023 bukan tahun yang mudah. banyak cabaran yang bakal mendatang..terutama cabaran iman. semoga kita semua berjaya mengharunginya. aamiin.