Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 20 Jun 2026

JOM KENALI GXGOLD

Jom Kenali GXGold


Assalamualaikum semua. 

Saya mahu berkongsi satu platform yang sedang saya gunakan sekarang iaitu GXGold. Melalui platform ini, saya dapat menyimpan emas secara digital dengan lebih mudah dan fleksibel. (Sy kurang minat emas fizikal. Jadi sy join yg ini)

Jika kamu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan emas digital atau ingin mencuba sendiri, boleh mendaftar menggunakan pautan di bawah. Mana-mana yang kamu mahu. 

1) https://gxgold.net/?ref=moslim73

2) https://gxgold.net/?ref=its_iseumulazam

Tiada paksaan ya.. sekadar perkongsian. Buat kajian dan fahami dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Semoga bermanfaat!

Boleh whatsapp juga ; 01125440155 / 0146816240

Rabu, 17 Jun 2026

Salam 1 Muharam 1448H

Salam Maal Hijrah 1448H

1 Muharam 1448H menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam. Maal Hijrah bukan sekadar pertukaran angka tahun, tetapi merupakan waktu terbaik untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri, dan memperbaharui azam ke arah kehidupan yang lebih baik.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah mengajar kita tentang pengorbanan, kesabaran, kecekalan, dan keyakinan kepada pertolongan Allah SWT dalam menghadapi setiap cabaran kehidupan.

Sempena kedatangan tahun baharu Islam ini, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada semangat hijrah dengan meninggalkan perkara yang kurang baik, memperbanyakkan amalan soleh, mengeratkan silaturahim, serta berusaha menjadi insan yang lebih beriman dan bertakwa.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.
“Madani dihayati, Ummah diberkati”

Semoga tahun ini membawa rahmat, keberkatan, kesihatan yang baik, dan kejayaan buat kita semua. Aamiin.