Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 4 Julai 2021

PM & KERAJAAN GAGAL!!!


virus corona C19 masih tegar berada di Malaysia.. malah semakin meningkat. kematian juga meningkat. Namun yang paling menyedihkan mereka yang mati bunuh diri. Baca akhbar di atas atau buka webnya. Sekarang ini semakin ramai rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kemurungan. Semuanya kerana corona...bisnes gagal rugi berjuta. peniaga kecil-kecilan hilang punca pendapatan. Banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar dan pekerjanya pun terpaksa diberhentikan. hutang pun banyak tertunggak. yang menghairankan, PM umum bantuan berbillion tetapi kenapa masih ada yang kebuluran? ke mana perginya bantuan berbillion yang diumumkan itu? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan ke atas ribuan angka kematian kerana corona dan yang bunuh diri? PKP berlanjutan dan terus berlanjutan. Penat tau duduk memerap di rumah! Banyak SOP yang dikeluarkan.. banyak juga saman dikeluarkan.. PERSOALANNYA : Mengapa angka jangkitan corona terus meningkat? menteri-menteri pun saling sindir menyindir, saling menyalahkan di sosmed. Orang seberang cakap menteri kita ini semuanya sontoloyo..☺. Adakah peningkatan jangkitan corona ini dirancang? nampaknya kerajaan sekarang ini sedang menunggang corona. Betul kah? Dulu pada mula corona masuk malaysia, PM berjaya menangani masalah ini. Namun kenapa sekarang sebaliknya? PM orang yang sama. Kabinet pun masih yang sama. Kenapa prestasi cemerlang itu merundum? Yang nyatanya PM dan kerajaan sekarang sudah jelas GAGAL. KESIMPULANNYA, JIKA SUDAH GAGAL SILAKAN UNDUR DIRI. UNDURKAN DIRI DENGAN BERMARUAH. JANGAN TUNGGU ANDA DISINGKIRKAN DENGAN HINA.