Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 6 September 2013

SOALAN KPSL W27 2013 (SEKSYEN A)

 
1. a. i) Nyatakan perbezaan antara perakaunan asas akruan dan perakaunan asas tunai.
       ii) Bincangkan kelebihan perakaunan asas akruan berbanding perakaunan asas
           tunai.

   b. i) Mengapa perbelanjaan terakru, perbelanjaan terdahulu, pendapatan terakru
          dan pendapatan terdahulu perlu diperakaunkan bagi sesuatu tempoh
          perakaunan?

      ii) Nyatakan prinsip perakaunan terlibat dan catatan bergu yang berkenaan bagi
          merekodkan transaksi tersebut.

2.  a)  Terangkan mengenai kumpulan wang disatukan dalam sistem perakaunan
          kerajaan Malaysia.
     b)  Nyatakan komponen akaun dalam kumpulan wang disatukan dan jelaskan
          setiap komponen tersebut.

3. a)  Apakah maksud istilah berikut dalam Outcome Based Budgeting
        i) outcome
        ii) output

    b)  Berikan satu outcome dalam program OBB dan dua output yang berkaitan
         dengan outcome tersebut.

    c)  Jelaskan tiga kebaikan pelaksanaan OBB

4. Penyata aliran tunai menunjukkan aliran masuk dan aliran keluar masuk bagi
    institusi dari operasi kendalian, pelaburan dan pembiayaan.

   a)  Nyatakan kegunaan penyata aliran tunai dalam membuat keputusan bagi
        aktiviti tersebut.
       i) mendapatkan pembiayaan
       ii) membuat pelaburan
       iii) melakukan pembelian dan pembayaran bil

   b)  Mengapa penyata aliran tunai tidak boleh digunakan untuk membuat
        anggaran keuntungan syarikat?

5. a)  Huraikan maksud kawalan dalaman
    b) Nayatakn 4 kepentingan kawalan dalaman bagi sesebuah organisasi
    c) Terangkan maksud :
         i) pengauditan pengurusan kewangan
         ii) pengauditan prestasi

6. Sistem maklumat perakaunan berkomputer adalah kitaran proses mewujud,
    mengumpulkan dan memperolehi data. Data tersebut diproses dan ditukar
    kepada maklumat yang dikehendaki. Bagi memastikan sistem ini berfungsi
    dengan jayanya ia memerlukan satu kombinasi yang terdiri daripada 7 elemen.
    Nyatakan dan huraikan secara ringkas 4 daripada 7 elemen tersebut?


mkbs - soalan seksyen A macam senang sikit dari tahun lalu.....15 minit sebelum masa tamat sempat menyalin soalan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou