|
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Sabtu, 7 September 2013
Akhirnya Aku Pindah Juga
Pada 5.9.2013 telah kecoh satu bahagian - pegawai yang 10 tahun berkhidmat di JPA (semua gred) akan ditukarkan keluar. Ramailah nama yang naik termasuk saya. Saya dipanggil berjumpa dengan ketua penolong pengarah admin - katanya saya akan ditukar keluar ke Kementerian Dalam Negeri bermula 17.9.2013. Apa-apa pun tunggu surat dari bahagian perkhidmatan. Hahahaaaa..... Saya tidak terkejut sebab kita semua dah tahu satu JPA tahu itu adalah transformasi KPPA sekarang ni.... Cuma sedih dah minta transfer balik negeri tapi tak dapat. Keputusan berdasarkan kepada kekosongan - kerana tiada kekosongan di negeri saya dipindahkan sekitar Putrajaya. Itu kata pegawai bahagian perkhidmatan Puan Aliza namanya. Namun katanya, permohonan pindah melalui HRMIS tidak akan terbatal. Ok la....lega hati. Hati gembira nak pindah keluar niiii.... Walaupun agak sedih nak meninggalkan tempat pertama posting....walaupun ada masalah di sana sini tetapi paling saya suka bila saya nak cuti pasti dapat. Bukan senang tu mo bagi sy cuti....cuti sampai tiga minggu maa....kadang-kadang bos perli-perli tapi saya tetap ok sebab lastly bos click juga butang lulus....heheheee.... Perkara pertama yang saya terfikir di tempat baru ialah cuti. Senangkah mo dapat cuti?..... Perkara seperti kawan sekerja karena bos tu perkara biasa. Sepuluh tahun saya bertugas di BMI berapa ramai bos yang jadi bos saya. Macam-macam ragam.... Ada bos yang baik bos yang cool bos yang cerewet bos yang ada angin kus-kus dan bos yang ada ribut taufan. Antara mereka ada yang membuatkan saya happy bekerja, rasa ok ok saja, ada yang membuatkan saya rasa gerun takut buat silap dan ada yang pernah buat saya menangis. Itu lumrah kan?... Itu semua mengajar saya untuk menjadi lebih tabah dan sabar. Sabar di permukaan di dasar siapa tahu?....heheheee..... Pengalaman baru baik dicari. Tugas baru persekitaran baru suasana baru kawan baru....biar Dia yang tentukan...saya berdoa dan berharap saya akan berjaya menghadapi apa jua cabaran yang bakal mendatang. Insya-Allah. Rasa sayu nak tinggalkan BMI....banyak kerja yang belum selesai terutama projek menyusun baucar bayaran. Dalam sayu-sayu terselit rasa happy sebab....sebab....sebab saya berjaya meloloskan diri dari projek mega yang tak pernah selesai-selesai tu.....haahaaa.... Tapi inda bulih over gumbira mana tau di tempat baru lagi teruk....huahuahuaaaaa.... Kata ketua penolong pengarah admin, seronok berkerja di pelbagai tempat sebab kita akan rasa sentiasa fresh. Itu pengalamannya. Harap-harap otak saya pun fresh mo belajar perkara baru. Insya-Allah. Amiinn...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou