Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 29 April 2013

Malam Santapan Rohani, Putrajaya

Kumpulan Inteam. Gambar tak jelas. Bolehlahhh..
Warga yang datang duduk di atas tikar. Jemputan khas duduk di kerusi. Ok tak?...



27.04.2013, 8.30 malam - Program malam santapan rohani bertempat di laman PPJ presint 3. Turut dihadiri oleh pengerusi perbadan putrajaya En. Asih Che Mat dan isteri juga VIP yang lain. Kalau tidak silap duta dari Qatar juga ada. Artis jemputan adalah Ustaz Dzulkarnain, Inteam, Salima Habibi dan Hafiz Hamidun. Diharap program seperti ini akan ada lagi. Seronok duduk bersantai di atas tikar mendengar alunan zikrullah, lagu dan tazkirah sambil makan. Teruja mendengar alunan zikir ustz. Dzulkarnain. Really awesome. Saya mestilah suka sebab saya pernah masuk kelas al-qurannya. Kalau anda pernah belajar dengannya anda akan tahu begitu hebat auranya. Hafiz Hamidun terlalu sempoi dengan baju t-shirt dan seluar jean. Maybe dia dari mendengar ceramah Tun Dr. M. Sesekali tersenyum nampak lesung pipitnya yang dalam. So sweet. Inteam!!!!..... Pertama kali saya melihat mereka secara langsung depan mata. Jejaka yang kurus tu sentiasa senyum. Like!!!!.... Vokalnya bertenaga. Wajah pun macam artis kpop. Sayangnya tidak sempat tangkap gambar dorang. Asyik merakam saja kerjanya. Paling sayang sebab tidak bertuah. Nombor bertuah berharga dua ringgit. Tapi tidak mengapalah. Lagipun duit tu didermakan kepada tabung Palestin. Dapat pahala. Insya-Allah. Tapi kan......kan...kan.....membeli di tapak kejadian....mahal. Semua tiga ringgit. Air kelapa tiga ringgit wafer tiga ringgit jagung tiga ringgit. Aiyoyoyoyyooo.... Kalau di kampung saya di pasar malam sayur sayurnya paling murah dua ringgit. Tiada lagi yang satu ringgit. Atukeiii.... Cili padi 15 biji harganya dua ringgit. Kata teman nak murah buat sendiri...heheheeee...

******************************************

Setelah saya mendengar semula rakaman semalam, persembahan ust. Dzulkarnain betul-betul meninggalkan impak. Nak dengar berulangkali. (saya nak hafal lah....). Yang lain tetap disukai tetap ada wowww. Rupanya pada malam yang sama juga ada ceramah politik. Dua fahaman politik yang berbeza. Yang satu nak mempertahan Putrajaya dan yang satu lagi nak ambil alih Putrajaya. Ternyata terlalu hebat dan berharganya Putrajaya. Kalau dulu ia dipertikai dan diperlekeh kewujudan dan kepentingannya kini ia jadi rebutan. PUTRAJAYA kini anda menjadi idaman dan rebutan!!!!!!!..... Hahahaaaa....jangan pilih siapa-siapa ah...pilih saya saja. Kikikikik....

Jumaat, 26 April 2013

Transformasi KPPA, JPA

Berkuatkuasa 15/03/2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia ialah Dato' Mohamad Zabidi Bin Zainal. Katanya, dia nak jadi KPPA yang bertransformasi. Transformasi pertama yang bakal dilaksanakan adalah mengeluarkan penjawat awam JPA yang sudah melebihi 5 tahun bertugas di JPA Putrajaya. Bertukar keluar tanpa pengganti. Salah seorangnya adalah saya. Berapa kali saya mohon pindah balik Sabah namun tidak berjaya. Alasannya saya tiada sebab kukuh. Ramai yang lebih memerlukannya. Nampaknya kali ini tak payah pening-pening...sudah sah akan ditukarkan. Tunggu masa dan ketikanya saja. Kata kasarnya, tunggu surat arahan bertukar keluar. Dengar berita pihak berkaitan sedang menyenaraikan pegawai JPA yang terlibat. Macam menifesto PRU-13 pula. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Dalam keghairahan nak mengeluarkan orang lama jangan lupa toleh-tolehlah kiri kanan depan belakang. Bukan apa silap haribulan awak yang terkeluar. Ada khabar angin mendakwa Bahagian Modal Insan akan dibubarkan... Bahagian Pasca Perkhidmatan / pencen juga dalam proses penswastaan. Tapi ada yang kata kalau BN kalah dalam PRU belum tentu akan terlaksana. Dasar Penswastaan!. Ikut sajalah. Transformasi kedua, mengurangkan penggunaan kertas sehingga 50%. Huhuhuuu....nasiblah bahagian/unit/tugas yang banyak menggunakan kertas... Yang ini saya tidak hairan. Selepas ini kita akan lihat penjawat awam membeli dan menggunakan kertas sendiri. Hahahaaaa.... Slogan pada surat rasmi dah nak tukar dah. Kalau sebelum ni slogan JPA "JPA peneraju perubahan perkhidmatan awam"....diubah kepada "JPA peneraju transformasi perkhidmatan awam". Ini pun pembaziran juga. Surat-surat rasmi lama yang berkotak-kotak tu nak buat apa....koyak dan jual...atau nak jadikan recycle paper...eloklah kalau begitu. CEKAP TEPAT INTEGRITI - kata KPPA. Sekarang ni, HRMIS pun dah laju dah...seronok. Mungkin menyahut transformasi KPPA. katanya, kalau tak dapat nak laksanakan tukar...kita ganti dengan orang baru. Kalau itulah sebabnya HRMIS ni jadi laju...nampak sangat HRMIS tu tak buat kerja. Kena KPPA bertransformasi bagai baru tahu. Dengarnya, selepas ini JPA tidak akan menaja pelajar lagi dah. Semua itu akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau betul baguslah. JPA bukannya hebat sangat (heheheeee...). Kita tunggu apa lagi yang akan berlaku selepas ini.....


Saya rasa terkejut. Saya geleng-geleng kepala sebab terbaca dalam paper 'PAS tetap nak laksanakan hukum hudud'...walaupun ditentang PKR dan DAP. Ada seorang rakan lalu dan bertanya 'apa yang ko geleng kepala?'. 'Kan bagus kalau PAS ni tak join PR'. 'Ko nak ke PAS?'. 'Saya ok saja. Saya setuju saja'. 'Ko nak ke Hudud. Mencuri kena potong tangan. Rakyat Malaysia semua kudung'. Saya terkejut dia boleh cakap begitu. Kalau ada hukuman begitu sahlah pencuri takkan mencuri. Hukum hudud pun ada garis panduan. Bukan main potong tangan sembarangan. Berani awak cakap begitu...itu sudah mempersenda hukum Allah. Orang Kelantan tu yang cakap...


Mkbs : "terus melangkah selagi mengerti arah sendiri"

Khamis, 25 April 2013

Kembali Oleh Akim & Stacy


KEMBALI : Akim ft Stacy


Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini



mkbs - saya tergila-gila samaini lagu....lama mencari..akhirnya dapat. Saya tidak sangka Akim ada suara serak-serak gitu. like!!!....Stacy seperti biasa terus mantap dan power!... Saya harap lagu ni dapat masuk final muzik-muzik tahun ni...bukan dapat masuk saja tapi dapat jadi juara terus... melodi dan liriknya sungguh indah. Persembahan 'feel' dan 'vocal' yang mantap. Padu gitu!!!..... "KU INGIN KAU BERADA DISISIKU"..... 



Rabu, 24 April 2013

PREDICT

"WE CANNOT PREDICT WHAT'S GOING TO MAKE A SIGNIFICANT IMPACT ON SOMEONE'S LIFE"

"True friendship knows no bounds - even between different species"

"Success is having to worry about every damn thing in the world, except money" - Johnny Cash

"The Beautiful thing about learning is that nobody can take it away from you" - B.B King

"You cannot protect yourself from sadness without protecting yourself from happiness" - Jonathan Safran Foer

"Never worry about what you are escaping from. Reserve your anxieties for what you are escaping to" - Michael Chabon

"The shortest distance between two people is a smile" - Victor Borge

"The most wasted of all days is one without laughter" - e.e.cummings


Mkbs : "terus melangkah selagi mengerti arah sendiri"

Ahad, 21 April 2013

Langkah Ceria Bulan April 2013

Assalamualaikum. Hari ini saya dengan kawan-kawan datang menyertai dan memeriahkan program langkah ceria bulan april 2013, Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya. Pengarah eksekutif PJH dan maybank pun ada turut serta. Dan yang paling hot calon PRU-13 Putrajaya Tengku Adnan. Saya sempat tengok dia bersalam-salaman dengan orang ramai. Langkah ceria diadakan dengan dua laluan iaitu 3 dan 5 kilometer. Laluan berjalan juga berbeza sebelum ini. Sejuk mata memandang keindahan tasik Putrajaya. Sudah sepuluh tahun saya berkerja di sini saya tak pernah lalu pun jalan tu. Terima kasih. Sarapan pagi yang disediakan pun memang diet sungguh. Sebelum jalan diberi sarapan buah epal dan air kotak. Selepas berjalan pula roti gardenia dan air minuman. Makanan seimbang betul. Program tamat lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sedihnya, tak bertuah pun. Kesian diolo!.. Apa-apa pun kira ok dah sebab dapat baju percuma tajaan Maybank. Kata sebelum ni baju warna kuning...warna putih puuuunnnn....tulisan maybank yang warna kuning kot...hahahaaaa... Dek kerana kelaparan kami pun balik rumah dan singgah makan di foodcourt presint 9. Sayangnya....penuh dengan pelanggan. Tiada tempat kosong... Maka kami pun hanya beli bungkus dan makan di rumah. Eemmmm.... Sepanjang perjalanan penuh dengan bendera. Biru putih dan hijau putih. Merah putih tiada ka?... Teringat kata-kata Dr. Tuah "kita harus berhati-hati dan berwaspada dengan orang yang pendiam. Kita harus lebih berjaga-jaga dengan bos yang pendiam. Orang yang pendiam memendam perasaan dan pendendam". Sejauh mana kebenarannya?. Saya akui memang ada kebenarannya.

Jumaat, 19 April 2013

SAC JPA-MARA 2013 - Tamat Sudah

Huh!....akhirnya ia telah selesai. Program SAC JPA-MARA 16-17 april 2013, Besut Terengganu berakhir dengan jayanya. Sebenarnya saya pun tak jelas dengan program ini. Hanya mereka yang membuat dan menyediakan dasar yang lebih mengetahui. Salah satu panel dari UITM, Kedah berkata 'hampir keseluruhan pelajar yang dipanggil temuduga tidak serius, tidak bersedia dan berkeyakinan rendah. Mereka hanya cantik di atas kertas tapi realiti sebaliknya. Dalam kertas Bahasa Inggeris A+ tapi komunikasi dalam bahasa tersebut tidak baik. Pengetahuan am dan pengetahuan berita-berita semasa juga amat lemah. Emmm....mungkin itulah sebabnya JPA mewujudkan program ini bagi memberi peluang kepada pelajar bumiputra. Lihat saja program lain seperti Program Ijazah Luar Negara (PILN) hampir 80% pelajar yang layak adalah pelajar berbangsa cina. Cadangan salah seorang panel dari UITM, pihak JPA dan MARA perlu menyediakan program kepada pelajar bumiputra bagi menyelesaikan masalah mereka. Wahahaaaa.... Kenapa JPA perlu bersusah payah untuk semua itu? JPA hanya menyediakan kemudahan. Bukankah itu sepatutnya menjadi tanggungjawab pihak sekolah dan MARA itu sendiri? Mereka adalah peneraju kekuatan pelajar kan?. Biar mereka pihak berwajib yang memikirnya. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu terutamanya cikgu Siti Haslinda dan cikgu Ghazali juga ahli persatuan rakan sebaya MRSM Besut Terengganu (sorry tak ingat nama-nama cikgu tu...)

.

Rabu, 17 April 2013

SAC JPA-MARA Besut, Terengganu

Suasana tenang dan nyaman di penginapan kami Tok Aman Bali memudahkan mata ini tertutup rapat. Oopps... 16 apr hari pertama temuduga program SAC JPA-MARA diadakan di Besut Terengganu bertempat di MRSM yang diadakan selama dua hari 16 - 17 april 2013. Program ini adalah program kerjasama JPA dengan MARA untuk pelajar yang mahu melanjutkan pengajian di luar negara. Tajaan biasiswa. Temuduga program MARA yang diadakan pada waktu yang sama adalah pinjaman. Kata kasarnya Program SAC JPA-MARA ini hanya untuk pelajar bumiputra sahaja. Banyak cabaran...paling tidak boleh blaaa...tiada air di MRSM. Cuba bayangkan kehidupan tanpa air?....heheheee.... Lumrah kehidupan. Harap-harap keadaan pada hari kedua ini akan lebih baik. Masa untuk mulakan kerja. CAYOK!....


#minta maaf tidak dapat menjawab soalan pada post sebelum ni...

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

Ahad, 14 April 2013

SAC JPA-MARA 2013

Hari esok saya akan menyertai program temuduga SAC JPA MARA di Besut, Terengganu - sebagai urus setia. Oppss...bukan menyertai dengan rela tapi diarah. Hahahaha....walaupun perasaan malas teramat tebal saya nak gi juga. Masa ni saja i can go....kalau tunggu saya pi sendiri i will never because i am not penggembara person. Nak melawat orang pun saya tengok keperluan... Katanya, program ni adalah program MARA tetapi mereka minta JPA yang jalankan temuduga pelajar. Pelajar diuji melalui 3 kelompok iaitu 'temuduga', 'kajian kes' dan 'penyelesaian masalah'. Kenapalah perlu jalankan temuduga....kata pemangkin pelajar bumiputra...kalau dah pelajar cemerlang tu taja sajalah...tak cemerlang minta tuntutan ganti rugi... Memberi harapan palsu betul. Para pelajar cemerlang (perubatan) semua buat dengan baik yerr... Tahun ni JPA tidak menaja course perubatan. Harap-harap semua akan berjalan dengan lancar. Faham-faham sajalah....fikiran masih blur lagi. Baru nampak sikit-sikit. Hahahaaaa.... Masalahnya barang belum packing lagi ni.... Andaikan saya ada sakti "wuuuu...zam zam alakazam ....semua pakaian dan benda yang terlintas di fikiran saya berterbangan masing-masing masuk ke dalam beg comel dan tersusun dengan eloknya"....hehehehe....siut saja kan?... oklah. Sekarang nak bersedia untuk menonton Bintang Mencari Bintang. Tak sabar nak tengok persembahan kumpulan Tapaw dan FBI. Semoga mereka dapat melakukan persembahan yang terbaik. Kalau persembahan bagus i will vote for you all. Kwang..kwang..kwang...


* TPM - kata-katanya semakin pedas menjelang PRU13. Berhati-hati yer...jangan over nanti menjadi kebencian orang.

Mkbs : "terus melangkah selagi mengerti arah sendiri"

Jumaat, 12 April 2013

Be Thankful

"Be thankful for what you have, you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough." - Oprah Winfrey

"You can never fully put your finger on the reason why you're suddenly, inexplicably compelled to explore on life as opposed to another." - Daniel Day Lewis

"We can't all be heroes because somebody has to sit on the curb and clap as they go by." - Will Rogers

"Sometimes you have to go up really high to understand how small you really are." - Felix B

"Don't aspire to make a living. Aspire to make a difference." - Denzel W

Be focused on every minute "I'm not always thinking about food but i am always aware of food"....... Small changes in lifestyle can mean big reductions in your risk of disease...fikirkan selalu...

Teringat kata-kata Dr. Muhaya - audit diri kita setiap hari.

Mkbs : "terus melangkah selagi mengerti arah sendiri"

Khamis, 11 April 2013

Di saat fikiran bergelut dengan keserabutan, di saat jiwa bergelodak dengan kekacauan, di saat mencuba menenangkan kecelaruan fikiran, di saat jiwa hampir berjaya menyingkirkan pelbagai kekusutan........berita pemergian seorang rakan sepejabat sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman jiwa. Sayu rasa di hati. Tak suka dengan perasaan itu. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah. Sebentar tadi menonton program agama di tv9, celik hati Pr. dr. Muhaya dan hereafter oleh Sheikh Alaa El Sayed.

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 6019
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

Isnin, 8 April 2013

rokes

videoJust for fun....hahahaaa...



Mkbs : "terus melangkah selagi mengerti arah sendiri"

ronaldinho vs c'ronaldo

videoJust for fun...

Mkbs : "terus melangkah selagi mengerti arah sendiri"

ABPBH 2012 - ZIZAN Bolot Anugerah Online

Hari ini 07.04.2013 adalah majlis penganugerahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian Tahun 2012 berlangsung di Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di TV3 dan Hotfm. Tak sabar nak tengok siapa yang akan menang. Adakah tekaan dan undian saya menepati selera para peminat seni tanah air....tungguuuu.....(tengok siaran langsung di tv sahaja....heheheee...). Sedih sebab STACY tak dijemput membuat persembahan tahun ni...


**********


Persembahan pembukaan lagu Apo Kono Eh Jang versi lama dan versi baru. Saya lebih suka versi baru. Kumpulan ONEmcee dengan lagu Dikir Puteri. Persembahan yang happening. ABPBH kali ini - pengacaranya Fara Fauzana, Zizan Razak dan Johan Raja Lawak. Saya suka gandingan mereka. Funny and happening. (bikin panas....). Tapi tak suka cara persembahan One Nation Emcee...serabut...vokalisnya pun serabut... Fida nampak elegant...bersinar macam superstar...


******


ARTIS BARU LELAKI POPULAR : AIMAN HAKIM RIDZA


*****

ARTIS WANITA KOMEDI POPULAR : DIDIE ALIAS (aadadaaa...dress dia ledakan geometri sungguh...hahahaaa)


*****

Watak Jahat Di Layar ONLINE : Sofi Jikan (awak memang jahat...)


*****

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR : BLACK &MALIQUE


*****

PENGACARA TV LELAKI POPULAR : AZNIL NAWAWI (kembali di persada...)


*****

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR : FARA FAUZANA (tepat...)


*****

Persembahan lagu angan-angan oleh Asmidar, Adira, Kilafary, Nabila Huda, Yana Shamsuddin


*****

Gandingan Sensasi Di Layar Online : Zizan dan Johan (ingatkan AA akan menang....but i love JOZAN)


*****

PELAKON TV LELAKI POPULAR : AARON AZIZ (dah agak dah...)


*****

ARTIS BARU WANITA POPULAR : WAWA ZAINAL (hahahaaa....nasib baik menang. Teruskan usaha anda!)


*****

PENGACARA TV WANITA POPULAR : FARA FAUZANA (setakat ni belum tergugat...)


*****

Persembahan Projek Pistol dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (semua wanita atas pentas pun lawa-lawa). Saya tak suka dengan kumpulan ni tapi sejak vokalisnya berduet dengan Stacy dalam program realiti Mania...vokalisnya memang hebat..


*****

Watak Animasi Popular Online : Upin Ipin


*****

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR : FAIZAL ISMAIL @ FBI (susah digugat...)


*****

PELAKON TV WANITA POPULAR : NABILA HUDA (aku tak minat dia...tapi berlakon ok...)


*****

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR : ZIZAN RAZAK


*****

Persembahan Lagenda - Amir Uks (seksa), Umbrella (ramalanku benar belaka), Aya Ilusi (segalanya kuterima), Baigo Damasutra (umpama mimpi dalam mimpi). Persembahan yang paling saya suka.


*****

Artis Berpengaruh di Laman Sosial : Zizan Razak


*****
 
PENYANYI WANITA POPULAR : SHILA AMZAH (kecewa STACY kalah lagi...kempunanlah ko Stacy sampai bila-bila...tapun-tapunlah ko...rugi saja hantar undian...cuba lagi tahun depan..)


*****

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR : SHAHEIZY SAM (i vote u...nasib baik menang...)


*****

Persembahan lagu-lagu Search : Jay Jay (demi cinta), Ella (Pawana), M.Nasir (meniti titian usang), Ziana Zain (isabela) - ada suara pelik seperti salah lirik...


****
ANUGERAH SEPANJANG HAYAT : SEARCH


*****

Artis Lelaki Stylo Online : Zizan Razak (apa yang stylo dengannya....)


*****

Artis Wanita Stylo Online : Melissa Frances (stacy kalah lagi....hohoho...)


*****

PENYANYI LELAKI POPULAR : HAFIZ (ko memang berhak...)


*****
 
PELAKON FILEM WANITA POPULAR : YANA SHAMSUDDIN (menangis dia...like Fizz Fairuz menang tahun lalu....)

 ****

Persembahan artis youtube : Ainan Tasnem (aku suka dia), Najwa Latif & Sleeq (untuk dia), Liawania (sayang)....geli tingu durang ni...


*****

Artis Asia Paling Popular Online : Zizan Razak (hebat u ....boleh kalahkan Shila, Aron, Super Junior dan Bigbang yang jauh lebih popular di peringkat asia...)


*****

BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN TAHUN 2012 : SHAHEIZY SAM

Artis di bawah naungan Metrowealth menang - Wawa Zainal, Yana Shamsuddin dan Shaheizy Sam. Senyum lebar David Teo. 
Zizan menang besar melalui anugerah popular ONLINE.

*****


Persembahan penutup - RJ, Black, Johan, Zizan, Salam Musik. Persembahan yang biasa saja...mood nak balik rehat...mood kecewa... Kan bagus kalau persembahan diberi kepada artis yang berpengaruh.





Mkbs : Saya suka kata-kata salah seorang watak dalam iklan sayangi Malaysia "sikit itu terpulang kepada kita, banyak pun terpulang kepada kita...kalau kita tidak pandai gunakan. Daripada tiada bagus ada...". Betul katanya. Pokoknya, bersyukur selalu. Bersyukur seadanya.

Jumaat, 5 April 2013

Isnin, 1 April 2013