Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 28 Mei 2020

https://www.gicommunity.org/referral/MMoslim73


Sistem Gi Community telah ditambah baik... Sertai kami dan terima profit  sehingga 30% sebulan..

+ Withdraw usdt
+ Mining GLP dan nikmati kenaikan harga GLP..

Harga telah meningkat dari 1.20usd dan kini 7usd..  sistem juga akan memperkenalkan Staking GLP, terima extra rewards bersama GI Community..

Rebutlah peluang sekarang..

Register link๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://www.gicommunity.org/referral/
MMoslim73

For register link๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†

Ahad, 24 Mei 2020

Bersedekahlah

" Bersedekah dengan senyum lebih baik
daripada bersedekah dengan harta,
kerana bersedekah dengan senyum
manusia tidak merasa terhutang budi
dan tidak terhina. "

~Syeikh Ashaari Attamimi~

Sabtu, 16 Mei 2020

Menjual Agama Allah

JANGAN KAU MENJUAL AGAMA ALLAH MU

Jangan sekali kali kau terfikir menjual agama Allah mu untuk mencari untung dunia yang sedikit.

Tahukah kau apa itu menjual agama Allah mu..

Tahu kah kau, mencari pujian orang dengan amal ibadah yang diperintah Allah mu itu sudah menjatuhkan kau ke dalam dosa menjual agama..

Mengapa kau mencari pujian manusia dengan amal yang diperintahkan Allah mu, bukankah Dia perintahkan kau beramal hanya untuk mencari redohNya.

Bukankah Allah mu melarang mu, jangan kamu menyekutukan Dia  dalam ibadat mu kepadaNya.

Mencari pujian manusia dengan ibadah mu bukankah itu namanya kau menyekutukan Allah mu, 
redoh Allah kau mahu tapi pujian manusia juga kau mahu..

Berhentilah.. Bertaubatlah.. 
Janganlah kau kekalkan diri mu dalam dosa besar itu.. 
Berlaku benarlah di hadapan Allah mu..

Tidakkah kau takut kutukan Allah mu akan menimpah mu dan menimpah juga kepada zuriat mu..

Cukuplah bani Israil itu mendapat kutukan dan kutukan itu mengalir terus sehingga ke hari ini pada zuriat mereka, 
jangan kau pula mahu jadi bangsa yg dikutuk..

Tidakkah kau tahu bani Israil itu dilaknat Allah mu kerana apa..

Bukankah kerana mereka melampau batas dalam menjual agama Allah mu..

Bukan kah para alim ulamak mereka telah menjadikan agama Allah mu menjadi milik mereka.

Bukankah mereka menjual Taurat Allah mu untuk mendapat jawatan-jawatan penting di sisi raja-raja mereka..

Bukankah mereka mengubah ubah hukum Taurat Allah mu untuk menyokong pemerintah mereka yg zalim..

Bukankah mereka dilaknat Allah mu melalui lidah nabi nabi Allah mu, 
lidah nabi daud dan nabi Isa a.s..

Bukankah mereka telah berusaha membunuh nabi Isa kerana Allah mu menelanjangkan dosa dosa mereka menjual Agama Allah mu melalui lidah nabi Isa..

Bukankah seluruh bani Israil dilaknat, sedangkan yang menjual agama hanya para alim ulamanya sahaja.

Tapi mengapa seluruh bani israil sampai ke hari ini zuriat mereka terus dilaknat.. 

Jadi jangan kau berani berani coba menjual agama Allah mu, 
takutlah kau kepada murka Allah mu.

Janganlah lagi menjual agama Allah mu, jika kau mahu mencari pujian manusia juga, 
janganlah kau jadikan amalmu sebagai alatnya..

Sekali lagi jangan..
Berhentilah..
Lebih lebih lagi jika sekarang ini kau sedang memperdagangkan urusan urusan agama mu untuk mencari keuntungan disisi manusia.

Jika kau begini..
Itu bukan lagi kau menjual agamamu secara sembunyi sembunyi tetapi kau sudah menjualnya secara terang terangan.. kemungkaran yang besar, sangat besar murka Allah mu..

Fahamkah kau apa itu memperdagangkan urusan agama Allah mu. 

Kau sudah dikira memperdagangkan urusan agama apabila kau meminta minta sedekah kepada manusia untuk membantu orang orang fakir sedangkan dalam hatimu kau mahu menumpang makan dari sedekah itu.

Kau buat rumah anak yatim kemudian kau meminta meminta sedekah kepada manusia untuk membiayai rumah itu dengan niat di hatimu kau boleh makan dan minum dari hasil sedekah itu.

Kau buka sekolah agama dan kau meminta minta sedekah kepada manusia untuk membiayai sekolah itu dengan harapan dihatimu kau dan keluarga kau boleh menumpang hidup hasil dari sedekah itu..

Kau buat kerja dakwah dan kau meminta minta sedekah dari manusia untuk membiayai gerakan dakwahmu supaya kau boleh makan dan memberi makan kepada ahli keluargamu dari hasil sedekah itu..

Kau mengajar ilmu agama sehingga engkau terkenal selepas itu kau tetapkan bayaran sumbangan untuk kau mengisi ceramah dan dengan hasil itulah kau menghidupkan keluargamu..

Bukankah Allah mu memerintahkan mu, berjuanglah kamu di jalan Allah mu dengan harta dan jiwa raga kamu..

Jadi berjuanglah sekadar harta yg Allah beri kepada mu, kerana gaji mu itu Allah mu yang membayarnya.

Tetapi jika Allah membantu urusan mu melalui tangan tangan manusia kau terimalah sedekah itu untuk urusan agama mu jangan kau makan walau sedikit pun.

Yang boleh kau makan ialah hadiah hadiah yang manusia hadiahkan kepada dirimu secara peribadi, 
berlaku benarlah kau dihadapan Allah mu.

Nabi sahaja kerana takut dirinya dan zuriatnya terjatuh dalam dosa besar ini, nabi telah mengharamkan dirinya dan keluarganya memakan sedekah..

Nabi mengajar para sahabatnya berdagang jika mahu jadi kaya, berkerja jika mahu mehidupkan keluarga..

Yang paling berbahaya itu ialah bila kau membina satu jemaah untuk memperbaiki diri atau untuk apa pun alasan mu kemudian kau wajibkan ahli jemaah mu mengeluarkan infaq setiap bulan.

Selepas itu kau guna hasil infaq itu untuk kau dan keluarga kau hidup bermewah mewah, sehingga ada ahli jemaah mu sampai mati pun terus membayar hutang kerana berhutang untuk berinfaq kepada mu atas nama jemaah mu..

Itu semua contoh contoh kau memperdagangkan agama Allah mu, janganlah kiranya kau jatuh ke dalam dosa besar ini, 
sangat besar murka Allah mu.

Barang siapa yg menjual agama Allah mu Dia adalah musuh Allah mu yg nyata maka janganlah Kau menjadi musuh Allah mu yg nyata..

Mohd&Jienah

Greenline Project Team


Antara projek terbaru buat members Komuniti Gi :

• Blockchain Netseed (Bitcoin Core)
• Gi Chat (Personal/Conference)
• Gi Community Edu.Centre (Crowd Knowledge)
• Gi Charity (Public Funds Socialty)
• Gi Property (Investment/Funding)
• Gi Cloud (Big Data Market Analysis)
• Gi Smart Hybrid Staking (Crowdfunding)
• Gi Workspace (Institut Crypto)
• Gi Charging Port Kiosk (Etc Airport, TBS, LRT , MRT Station)

Kesemua pembelian / pembayaran 100% menggunakan Greenline Project Coin Dan Hanya Boleh DiMiliki Dalam Program Komuniti Gi.

Jumaat, 15 Mei 2020

Greenline Project Coin

Greenline Project Coin (GLP)


Gi Community telah mengeluarkan Greenline Project Coin (GLP) dengan konsep blockchain yang lebih canggih.

Blockchain GLP akan digabungkan bersama beberapa projek PT. Greenline Project Indonesia yang lain iaitu; Gi Cafรฉ, Gi Property, Gi Chat, Gi Cloud, Gi 
Plaza dan Gi Charity.

Penerangan terperinci (spec coin) tentang GLP akan dikeluarkan dalam masa terdekat didalam “GLP White Paper” selepas selesai di muat naik ke “GitHUB” dan web rasmi GLP. 

Konsep teknologi blockchain yang digunakan mampu bukan hanya membuat transaksi kripto malah mampu menyimpan data data penting yang dapat digunakan ahli secara nmenyeluruh.

Harga Pra-Lancar Greenline Project Coin (GLP) 1
GLP tidak akan dijual secara I.C.O (initial coin offering) tetapi tertutup hanya kepada ahli 
iaitu dalam kaedah P.C.O.

GLP Private Offering (P.C.O)

0 - 50,000 - $1.20
50,001 - 100,000 - $1.50
100,001 - 150,000 - $2.00
150,001 - 200,000 - $2.50
200,001 - 250,000 - $3.00
250,001 - 300,000 - $3.50
300,001 - 350,000 - $4.00
350,001 - 400,000 - $4.50
400,000 - 500,000 - $5.00
500,001 - 600,000 - $6.00
600,001 - 700,000 - $7.00 (Harga sekarang)
700,001 - 800,000 - $8.00
800,001 - 900,000 - $9.00
900,001 - 1,000,000 - $10.00

Simpanan Panik

Kita dikejutkan dengan pembelian panik, dan kini Gi Community menggesa ahli untuk membuat simpanan panik dan membuat keuntungan dalam waktu yang 
singkat. Semua ahli dapat membeli dan menyimpan secara bijak sehingga harga yang dirasakan bersesuaian dengan keuntungan peribadi. Ahli juga boleh menggunakan GLP untuk mendaftar ahli baru pada harga lebih tinggi dan memperoleh keuntungan perbezaan belian 
dan pendaftaran.

Staking.
Ahli juga boleh menggunakan GLP yang dibeli dengan membuat simpanan di bahagian “staking” dalam tempoh tertentu untuk mendapat Extra rewards GLP.

Selasa, 12 Mei 2020

GI Community... Action Now


We share our knowledge in developing a productive ecosystem and community according to the Greenline Projects mission.In order for that to work we implemented R&D focusing on the growth of bitcoin markets, altcoins, crypto communities, blockchain & digital currency economic growth. 
Generate and multiply your Assets and Savings by Getting Daily Income With Us!
ACT AND INVEST NOW....

Action Now!!!!

Masih Sombong¿

MENGAPA MASIH MENYOMBONG DENGAN ALLAH SWT.

JIKA DENGAN MUSIBAH INI..
HATI MASIH JUGA KERAS...
TERUS MENYOMBONG MENGATAKAN ALLAH SWT TIDAK ADA!!

MAKA KIBARKALAH BENDERA PERANG MU..
PERANGILAH VIRUS19 ITU...
RANAPKAN MEREKA...
HAPUSKAN MEREKA..
TUNJUKAN BAHAWA KAU BERKUASA..
JIKA KAU BENAR..

JIKA ALLAH TIDAK ADA..
MANA MUNGKIN KAU BOLEH DIKALAHKAN OLEH VIRUS..
YG JAUH JUTAAN KALI GANDA LEBIH KECIL DARI DIRI MU...
TIDAK MASUK AKAL KAU BOLEH KALAH DGNNYA...
TAHANLAH KEMATIAN ITU PADA MANGSA2 VIRUS ITU..
JIKA ALLAH TIDAK ADA...
SEMUA ITU KAU BOLEH LAKUKAN..

TAPI JIKA ALLAH ADA..
DIALAH YG MENJADIKAN VIRUS ITU BERKUASA KEATAS MU..
MENJADIKAN MAKHLUKNYA YG SANGAT KECIL MAMPU MENGGONCANG DUNIA..
MEMAKAN KESOMBONGAN MANUSIA..
TERNYATA MANUSIA YG SOMBONG..
JATUH MEREPUT  MENJADI BANGKAI TANPA MAMPU MELAWAN..
SAMPAI NEGARA ITALI ITU MENYERAH KALAH..
KEPADA VIRUS YG SANGAT KECIL ITU..
MANA SUDAH KESOMBONGANMU..
MANA SUDAH TEKNOLONGI PERUBATAN MU..

JADI...!!!
JIKA MEMANG KAU TIDAK MAMAPU..
SEDARLAH DIRI..
TUNDUKKANLAH DIRIMU KPD ALLAH..
DIA BENAR2 ADA..
KUASANYA BENAR BENAR NYATA..
WALAUPUN KAU TIDAK MAMPU MELIHATNYA.
PERCAYALAH KAU HANYA MELUKUT..
MELUKUT DITEPI GANTANG..
KAU ADA TIDAK MENAMBAH KEKUASAANNYA
KAU TIADA TIDAK MENGURANGKANNYA..

SEDAR LAH DIRI SEBELUM TERLAMBAT
MATI MU DATANG BILA² MASA..
JANGAN KAU SANGKA MATI MU..
AKHIR SEGALANYA..
TETAPI KETAHUILAH..
MATIMU AWAL DARI HIDUP SEKSA YG TIADA AKHIRNYA..

Pesta Covid19

PESTA V19

Apakah ini cara menyikapi azab dan musibah dari Allah.

Kamu seolah olah sedang berpesta dengan kedatangan wabak berupa azab musibah dari Allah.

Mengapa kamu jadi begini, mana pergi fitrah semulajadi mu.

Bukankah, jika secara tiba tiba ibu mu atau ayah mu memukul mu tanpa sebab, pasti terus berdetik hati dan fikiran mu mencari apa salah mu.

Begitulah kuatnya fitrah semula jadimu menyikapi dan menanggapi jika tiba tiba ibu mu memukul mu dgn kuat tanpa sebab yg jelas.

Engkau pasti tercari cari apa salah mu dan dgn rasa penuh yakin kau merasa pasti ada salah besar yg telah kau lakukan..

Pasti kau d timpa berbagai perasaan, rasa sedih, rasa cemas, rasa kesal amat sangat dan rasa ingin tahu mu membuak, mencari apa salah mu.

Begitulah yg akan terjadi pada dirimu jika ibumu tiba tiba memukulimu tanpa sebb yg jelas..

Tapi mengapa hati dan fikiranmu tidak di getarkan oleh fitrahmu apa bila azab musibah dari Allah mu membantai mu, membantai saudara bani adam mu yg sejagat.

Mengapa tidak hidup rasa fitrahmu, bukankah ini pukulan dari Allah mu yg sangat berat kpd bangsa mu bani adam.

Bangsa mu bani Adam bukankah setiap hari beribu yg tewas dgn azab musibah ini, mereka yg mati tiap hari kerana azab musibah ini adalah sebangsa dgn mu.. Persoalanya mengapa hanya bangsa mu bani Adam shja tewas.

Apakah hanya bangsa mu sahaja yg mendiami bumi ini, mengapa bangsa haiwan yg lain tiada yg tewas kerana azab wabak ini..

Apa sepatutnya cara mu menyikapi azab musibah yg datangnya dari amarah Allah mu yg membuak..

Tidak kah dapat kau rasa betapa besarnya amarah Allah mu d sebalik azab musibah ini, tapi mengapa kau masih bole tersenyum ria..

Sepatutnya fitrah mu akan bangkit mecari salah apa bangsa mu bani Adam, yg membangkitkan api amarah Allah mu sehingga Dia menurunkan azab musibah ini ke bangsa mu yg sejagat..

Sampai saat dan detik ini korban terus bertumbgan, apa kau kira mereka yg bertumbgan itu bukan sebgsa mu, bukan dari bani Adam..

Mereka semua itu bangsa mu bani adam, satu darah dgn mu, darah yg mengalir d tubuh mu darah yg sama juga yg mengalir dalam tubuh mereka, titisan darah dari Adam dan Hawa..

Sepatutnya sakit mereka sakit mu juga, derita mereka derita mu juga, kerana mereka bukan bangsa binatang, tapi mereka satu darah dgn mu, ertinya mereka keluarga mu keluarga besar mu..

Tidak kah kau rasa amarah Allah mu kpd keluarga besar mu ini terus meluap luap, sepatutnya kamu merasa cemas yg amat sangat..
Sebab jika api amarah Allah mu terus berkobar pasti azab musibah akan datang berganda melahap rakus seluruh ahli kelurga besar mu..

Bertaubatlah, bangsamu harus bertaubat bersama atas semua ketelanjuran, akui shja memang kelurga besar mu sudah melakukan perkara yg melampau batas pada pandangan Allah mu sehingga bangkit amarahNya..

Kembalilah kepada kitab kitab suci dari Allah mu yg telah di turunkannya untuk bangsa mu mencari petunjuk apa kah perkara yg telah bangsa mu langgar secara melampau batas..

Setelah d temui keluarga mu harus mengadakan hari bertaubat bersama, pada hari itu setiap kamu harus menangis memohon keampunan kepada Allah mu.. Mudah mudahan dgn jalan ini Allah mu reda amarahnya yg sedang mebakar ganas.. 

Jangan tunggu azab musibah ini Dia lipat gandakan, kalau itu terjadi tiada sudah guna taubat mu..tiada sudah guna air mata kelurga besar mu BANI ADAM.

3:50 am 12.05.20
Mohd&jienah

Isnin, 11 Mei 2020

HATI MASIH TIDAK GEMENTAR

MENGAPA HATI MASIH TIDAK GEMENTAR

Mengapa hati dan fikiranmu belum tersentuh.

Belum tersentuh dengan getaran murkanya DIA.  

Bukankah musibah ini datang dari Dia.

Apakah kau kira diutusnya makhlukNya ini yg kamu namakan covid19 itu membawa pesan kasih sayangNya.

Tidak, sekali kali tidak..terlalu tumpul akal dan hatimu jika itu yg kau faham.

Apakah kau kira bangsa mu manusia sudah ratusan ribu kehilangan nyawa itu gurau senda dari DIA..

Apakah kau kira duniamu tertutup pintunya di mana mana sehingga kamu semua tinggal diam di dalam rumah kamu itu juga senda gurau dari DIA..

Sikit masa lagi bangsa mu manusia akan kebuluran kerana wabak ini juga adakah itu senda gurau dariNya..

Bukalah hatimu luas luas rasailah getaran dariNya apakah maksud dari apa yg sedang terjadi..

Bukalah akal fikirmu, berfikirlah sejenak mengapa DIA menimpakan musibah yg sangat besar ini sehingga bangsamu manusia sejagat menderita semuanya keranaNya..

Arahkanlah hati dan fikiran mu kpd bangsa mu manusia d belahan barat bumi, tidak kah kau lihat mereka di lahap dgn rakus, kenapa mereka..fikirkanlah

Wabak ini bukan pesan kasih sayang Allah mu ia adalah pesan murkaNya kpd bangsa mu yg sejagat..

Jika bangsamu yg sejagat ini tidak mahu sedar dan kembali kepadaNya dengan jalan taubat apakah kau kira bangsamu boleh selamat..

Cukup lah untuk bangsa mu manusia sejagat terus menyombong, terus mengsyirikkan Nya..

Wabak ini membawa pesan kemurkaanNYA, seperti murkaNya kepada bangsamu di zaman nuh, di perintahNya air memenuhi bumi..menenggelamkan seluruh makhluk hidup..

Jangan itu terulang dgn banjir wabak menyebabkan bangsa mu manusia sejagat di matikan semua dan di biar hidup 40 orang shja..

Takutlah pada Allah mu, DIA lah Tuhan semesta alam ini, kuasaNya mutlak kpd alam semesta milikNya ini.

Jangan kau sangka Allah mu itu menurut yg kau sangka, ketahuilah apa yg kau tahu tentang Allah mu, itu belum ada satu percent pun dari hakikat sebenar DIA.

takutlah..takutlah.. hati mu sepatutnya bergetar melihat tanda tanda kemurkaanNya ini.

9. Pm 10.05.20
Mohd&jienah

Sabtu, 9 Mei 2020

Periuk Noxxa

Untuk panduan bersama

*Cara guna periuk noxxa mengikut jenis masakan*

1. Nasi Arab..HP7 minit
2. Bihun goreng..Stir Fry & steam 4 minit
3. Nasi impit ..HP 25 minit
4. Kacang kuda..rendam semalaman..HP 10 minit
5. Ikan Untuk laksa..HP 15 minit
6. Sup tulang...HP 45 minit..
7. Sup Ayam ...HP 10 minit
8. Nasi putih...HP 7 minit
9. Bubur nasi ..HP 20 minit
10. Dodol, steam5 minit
11. Bubur kacang hijau, HP 11 minit
12. Pulut kuning HP 3minit + Steam 3 min (santan + garam)
13. Popcorn Hp 1 min
14. Kentang LP3
15. Rendang daging HP20minit
16. Nasi impit nona. HP30minit
17. Rebus telur 1 minit HP
18. Rendang ayam tua 35minit HP
19. Ayam golek hp15 steam 5
20. Sardin Homemade 90HP
21.kek coklat moist 15 steam
22. Daging batang pinang 5HP
23. Kerang rebus tanpa air 1HP
24.Makaroni HP 8.Air paras makaroni

#groupresepinoxxa

*RESEPI PERIUK NOXXA*

๐Ÿญ *BIHUN GORENG*

Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir fry kemudian tekan butang merah).
 Bila garing masukkan bihun yang telah dibasuh.
Kemudian masukkan 3 cwn air (cwn penyukat pressure cooker). Masukkan sayur
Tekan fungsi steam 2 kali. Kemudian tekan butang merah
 Bila skrin menunjukkan 0 lepaskan pressure. Buka tutup gaul rata dan hidang
 
๐Ÿญ *NASI GORENG*

1. Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir kemudian tekan butang merah)

2. Masukkan beras yg telah dibasuh (sukatan:1cwn beras, 1 setengah cwn air)

3. Tutup tudung. Tekan fungsi high pressure 7 kali, kemudian tekan butang merah.

4. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan

๐Ÿญ *NASI PUTIH*

1. Masukkan beras dan masukkan air mengikut sukatan.

2. Tekan high pressure 7x. Kemudian tekan butang merah. Bila skrin menunjukkan 0 off suis dan lepaskan tekanan.

๐Ÿญ *PULUT*

1. Masukkan pulut yg telah dibasuh.masukkan air

2. Tekan high pressure 3x. Tekan butang merah

3. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan

 
๐Ÿญ *APAM BALIK*

Bahan: 310 ml air, 150gm tpg gandum, 50gm tpg roti, 25gm tpg jagung, satu sudu teh baking powder, satu sudu teh soda, 2 sudu butter, 1 biji telur, 2 sudu creamer(susu segar), dan 50gm gula.Cara: Blend semua bahan. Masukkan anggaran dua senduk tepung dalam periuk. Tabur kacang, gula dan jagung. Masak guna stir fry

๐Ÿญ *BUBUR KACANG*

1. Rebus kacang hijau 10 minit (1 cwn kacang 6 cwn air).

2.Tekan fungsi high pressure 10x. Tekan butang merah.

3. Habis masa, off suis dan lepaskan tekanan.

4. Buka tudung. Tekan butang stir fry kemudian tekan butang merah.

5. Masukkan santan dan gula, kacau sampai agak pekat, tutup suis.
 

๐Ÿญ *BUBUR NASI*

1 cwn beras : 6 cwn air.

1. Masukkan semua bahan.

2. Tekan high pressure 15x.

3. Kemudian tekan butang merah.

4. Bila skrin 0. Tekan butang merah. Release pressure. Buka tudung. Masukkan santan dan tekan butang stir fry. Tekan butang merah.

* Peringatan. 1.Jika menggunakan fungsi high pressure dan steam pastikan tombol untuk melepaskan tekanan di atas tudung periuk selari dgn titik putih bulat. (jika guna fungsi steam, perkataan steam selari dgn titik di tudung. 2. Pastikan tekan butang merah untuk mula sesuatu fungsi dan untuk menamatkan sesuatu fungsi.

 

๐Ÿญ *NASI DAGANG*

1. Beras biasa (3 cawan) + Beras pulut (1 cawan)  — kalau pakai beras nasi dagang, abaikan yang ni.

2. Santan (500g)

3. Garam

4. Halia (dimayam halus)

5. Halba (2 sudu)

6. Bawang putih dan merah

*** Bahan 3 – 6 bergantung kepada kesukaan. kalau suka, masuk lebih.

Cara masak:

1) Basuh beras, masukkan dalam periuk. masukkan air separas beras. Boleh masukkan santan sikit. dalam 50g atau 100g santan.

2) Set Pressure 7 minit.

3) Bila masa dah tamat, biar sekejap. Lepas tu keluarkan tekanan.

4) Masukkan santan yang dah dicampurkan garam, halba, halia, bawang. kacau hingga sebati dan santan meresap ke semua bahagian. kalau susah nak kacau dalam periuk, masukkan nasi ke dalam bekas yang lebih besar.

5) Nasi dagang SIAP!

๐Ÿญ *DODOL*

Bahan:

1. Gula merah 1.5kg

2. Gula pasir 12 sudu makan

3. Air 3 mug

4. Daun pandan 3 helai.

5. Tepung pulut 1kg

6. Tepung beras 6 sudu makan

7. Santan 3 kg

cara:

1. Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan dalam periuk.

2. Steam 10 minit. Kemudian guna fungsi stir fry selama 2 jam suku.

 

๐Ÿญ *CHOCOLATE MOIST CAKE*

Bahan A

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu coklat UHT(sejuk)

1 cawan minyak masak (Minyak mazola pun okay)

1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B

1 cawan tepung gandum

1 camt baking powder

1 camt soda bikarbonat

1 camt serbuk vanilla

Bahan C 3 biji telur (Gred A)

Cara-caranya

1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang. Kalau takde mixer, pakai blender pun boleh.

3. Masukkan bahan A yang telah sejuk. Kacau sehingga rata.

4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata lagi.

5. Tuangkan ke dalam periuk NOXXA, dan tekan butang steam selama 15 minit.
 

๐Ÿญ *CREAM CARAMEL*

Bahan A (Caramel)

1/2 cawan gula pasir

6 sudu besar air

Bahan B

1 tin susu cair

1 tin air (sukat guna tin susu cair)

5 sudu besar gula pasir

1 sudu kecil esen vanilla

5 keping roti (Tak kisah jenama apa)-Taknak letak pun boleh.

5 biji telur (Gred A)

Cara:

Caramel:

1. Tekan butang stir fry, masukkan gula dan kacau hingga gula menjadi cair dan berwarna keperangan.

2. Masukkan air dan kacau.

3. Tutup suis, dan keluarkan periuk untuk sejukkan caramel.

Puding:

1. Panaskan susu cair + air (Guna api perlahan, jangan sampai mendidih), ketepikan dan sejukkan.

2. Blend telur, gula dan roti sehingga halus.

3. Masukkan bahan blend ke dalam adunan susu cair, kacau sebati.

4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk noxxa

5. Steam 8 minit (Tanpa roti, steam 12 minit)

6. Bila beep berbunyi, tutup suis dan keluarkan periuk. Rendam di dalam bekas berisi air. Keluarkan cream caramel selepas 10 minit.

๐Ÿญ *KEK GULA HANGUS*

Bahan gula hangus:

1/2 cawan noxxa- 1 cawan noxxa gula pasir

1 cawan noxxa air

2 sudu besar mentega

Bahan kek:

1 setengah cawan noxxa tepung gandum *

1 sudu kecil soda bikarbonat *

1 sudu kecil baking powder *

* (Diayak)

1 setengah cawan noxxa susu pekat

5 biji telur (Gred B/C)

I sudu kecil esen vanilla

Cara:

Caramel

1. Tekan butang stir fry, masak gula sehingga keperangan dan masukkan air.

2. Masukkan mentega dan kacau sebati. Keluarkan periuk dan sejukkan caramel.

Kek:

1. Blender telur, gula dan susu pekat hingga sebati.

2. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

3. Masukkan esen vanilla, tuang adunan ke dalam periuk yang berisi gula hangus.

4. Kacau sebati.

5. Steam 12-13 minit.

6. Selepas bunyi beep, keluarkan periuk dan rendam dalam bekas berisi air. Keluarkan kek selepas 10 minit.

๐Ÿญ *CILI BLEND NOXXA*

Hp cili kering 10 minit
Blend besama bawang merah + putih

blend trs ngan bwng merah + putih +air+ minyak…
2 bks ltk tmpat frozen utk stok…1 bks tmpat sejuk biasa sblh bwh…utk kegunaan seharian…
Senang nk msk tinggal ceduk jeee…
Kita kan supermom…x de bibik…keh3…

 ๐Ÿญ *NASI ARAB MANDY NOXXA*

Cara ini menggunakan pc Noxxa. Kalau tak ada pc Noxxa boleh masak dengan rice cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air macam buat nasi ayam. Kalau guna pc Noxxa boleh masak terus.

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam.  belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron

↪Cara2nya penyediaan ayam

Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.

Nasi

4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi.  Lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

↪Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.

Sos

1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus

๐Ÿญ *KARI TULANG DAGING LEMBU*

Bahan A:
1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
4 – 5 biji kentang
2 biji tomato – dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:  (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya
Bahan C: Menumis
3 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik.

Penyediaannya:
1.  Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam.  Letakkan 1 sudu teh gula.
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1.  Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY’ dan tunggu sehingga minyak panas.
2.  Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai.   Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari.   Tumis sehingga bawang kekuningan.
3.  Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata.  Masak sehingga pecah minyak.
4.  Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5.  Off  fungsi stir fry.   Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit.  Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE.  Tekan on.
6.  Selepas 30 minit berlalu,  release steam.  Alihkan cap ke STEAM.  Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
7.  Buka tudung dan kacau rata.  Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit.
 Buka tudung dan kacau rata.  Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8.  Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah Empuk.

*Nasi Beriani Noxxa*

Bahan-bahan diperlukan

2-3 sb minyak sapi + sedikit minyak masak
1 labu bawang besar di mayang
2-3 labu bawang putih di mayang
sedikt halia di hiris halus
sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang n cengkih)
2-3 helai daun salam (bay) kering
sepaket rempah beriani (saya guna cap MAGGI atau IMAN)
sedikit serbuk kunyit utk warna kuning yg cantik
garam secukup rasa
1 kilo beras seeloknya beras Basmathi
kismis dan gajus
1 caw susu cair

Cara menyediakan dan memasak:

on kan stir fry dan masukkan minyak sapibila dah panas tumis 4 sekawan sehingga wangimasukkan bawang besar, putih n halia...tumis hingga layumasukkan rempah n goreng hingga garing sketmasukkan beras, air dan susu...ikut sukatan biasa masak nasi masukkan juga garam, daun bay dan kunyittukar ke function high pressure..tutup dan pressure selama 8 minitbila dah cukup masa lepas kan stim, buka dan masukkan kismis dan gajus...pastu keep warm sehinnga masa makan

*Nasi Lemak Noxxa*

3 cawan beras - dicuci

1 cawan santan 

3 cawan air

1 inci halia - dihiris atau dititik

1 labu bawang - dihiris kasar

1 batang serai - dititik

2 helai daun pandan

Garam secukup rasa.

Caranya

1. masukkan kesemua bahan ke dalam periuk Noxxa.

2. Pastikan tombol berada pada pressure.

3. Tekan High Pressure. Setkan pada 7minit.

4. Tekan ON.

5. Selepas 7 minit, periuk berbunyi, aku tekan OFF. Pusing tombol ke Steam untuk mengeluarkan stim dalam periuk. Bila tiada lagi stim (ia berhenti berbunyi), buka tudung periuk, dan siap untuk dimakan.

*RENDANG AYAM NOXXA*

Bahan-bahan:

1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai – dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
8. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
10. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF

#noxxa #senangkankerja

Rabu, 6 Mei 2020

Belajar takut Kepada Allah

BELAJARLAH TAKUT KEPADA ALLAH.

Belajarlah untuk takut kpd Allah.

Latihlah diri untuk takut kpd Allah.

Ketahuilah takut mu kpd Allah lah yg menyebabkan engkau selamat dari murkaNya.

Sebagai latihan gunalah kehidupan dunia ini sebagai alat mu.

Alat mu untuk takut kpd Allah.

Gunalah nikmat nikmat Allah yg ada pada dirimu untuk kau takut kepadaNya.

Selalulah merasa takut kesihatan mu di tarik Allah.

Takutlah selalu jika penyakit tiga serangkai Allah timpahkan kepadamu.

Takutlah jika Allah jadikan engkau lumpuh sehingga engkau menyusahkan orang lain.

Takut lah jika Allah tarik nikmat kaki mu kerana penyakit kencing manis.

Takutlah jika Allah tarik nikmat melihat, nikmat boleh makan yg sedap sedap kerana darah tinggi.

Takutlah jika Allah tarik nikmat bersama dgn istri atau dgn suami.

Takutlah jika Allah hantar kita tinggal di rumah orang tua dgn tangan anak anak kita.

Takutlah jika Allah tarik nikmat akal sehingga kita menjadi nyanyuk.

Takutlah jika Allah beri umur panjang tetapi berpenyakitan sehingga  kau terasa mati lebih baik dari hidup.

Takutlah jika Allah jadikan anak anak kita anak yg menzalimi kita.

Itulah antara contoh contoh perkara yg kau guna untuk hadirkan rasa takutmu kpd Allah.

Jika kehidupan dunia ini pun kau perlukan Allah untuk hidup sejahtera.

Maka bagimana kita tidak perlukan Allah untuk hidup sejahtera selepas mati.

Setelah hadir rasa takutmu kpd Allah dengan nikmatNya di dunia.

Kau latihlah seterusnya untuk takut kpd azab Allah d akhirat bermula AzabNya d alam kubur.

AzabNya dunia pun kita tak mampu menanggung bagai mana kita mampu menanggung azabNya akhirat.

Takut lah pada murka Allah.

Jika Allah sudah memandangmu dgn pandangan penuh murka Dia tidak tunggu d akhirat untuk mengazab mu tetapi di dunia lagi engkau akan dapat neraka dunia.

Takutlah kpd kemurkaan Allah. 

Rasa takutmu kpd murkaNya lah penyelamatmu dari azabNya di dunia hingga ke akhirat.

Mohd&Jienah

Ahad, 3 Mei 2020

TADDABUR INTIPATI SURAH AL FATIHAH

MENTADDABUR INTIPATI SURAH AL FATIHAH.

Assalamualaikum w.w.
Alhamdulillahirobil a'laminn
Allahumasollialamuhammad.

SURAH PALING AJAIB

Surah Alfatihah adalah satu2nya surah di dalam al quran yg Allah wajibkan dibaca di dalam solat. Jika tidak membacanya dalam solat, maka solat itu dihukum tidak sah. Allah tidak terima solat yg tidak dibaca surah alfatihah didalamnya. 

Kemudian tempat dan masa membaca alfatihah itu pun di tetapkan tempat dan masanya dalam solat, iaitu mesti di baca di awal solat di setiap rakaat atau selepas mengangkat takbiratulihram. Siapa yang solat memang tahu hal ini.

Tidak cukup itu ulama2 fekah menghukumkan lagi, bacaan alfatihah itu mesti di baca dalam bahasa, makhraj dan tajwid seperti ia di wahyukan oleh Allah swt kepada nabi, terutama jika seseorang itu mejadi imam dalam solat berjemaah. Jika Alfatihah di baca dalam solat tidak mengikut hukum itu adalah diyakini bacaan alfatihah itu batal dan akan membawa solat itu juga akan tidak sah, kerana membaca alfatiha adalah rukun dalam ibadah solat. Tinggal rukun maka tidak sah lah solat itu.

Kemudian ada lagi ulama yg berpendapat tidak boleh baca alfatihah dalam keadaan lalai, maksudnya fikiran tidak menghayati bacaannya, fikiran melayang ke mana-mana padahal dalam masa yg sama dia sedang membaca surah alfatihah dalam solatnya. Bacaan yg begini tidak membatalkan solatnya tetapi dia telah membuat perkara yg haram dalam solat iaitu lalai dalam solat, al quran "Sesungguhnya neraka wail untuk mereka yg solat, yg solatnya dalam keadaan lalai"... Wajib bertaubat sambil mengucap istigfar kepada Allah selepas selesai solat.

Begitulah lebih kurang betapa pentingnya alfatihah itu di baca dalam solat, tapi pernah kah kita terfikir kenapa dan mengapa surah ini begitu penting bagi Allah untuk manusia, sehinggah Allah mewajibkan ia di baca dalam solat, mungkin ada yg terfikir tentang ini tetapi kerana tidak bertemu jawapannya maka apa yg difikirkan itu pun dibiarkan berlalu shja.

Sebenarnya Allah mewajibkan alfatihah di baca dalam solat bukanlah hanya sekadar salah satu pelengkap kepada ibadah solat itu shja, tetapi jauh dari itu sebenarnya ada tujuan yg lebih besar yang Allah berkehendak untuk umat islam, Allah berkehendak umat islam mengkaji dan mengali ilmu² yg terpendam dalam alfatihah itu untuk d implemantasi dalam kehidupan mereka, kerana sesungguhnya segala isi alquran itu telah di ringkaskan di dalam surah alfatihah, tapi ia perlu ditadaburkan untuk ditemui. Dalam tulisan ini saya cuma berkongsi sedikit temuan² yg saya temui apa yg terpendam dalam surah paling ajaib ini.

MESEJ UTAMA ALLAH DALAM SURAH ALFATIHAH.

Setiap tulisan yg berkualiti itu mestilah tulisan yg mengandungi mesej, kerana setiap tulisan itu ditulis adalah kerana ada mesej yg mahu disampaikan.
Begitu juga Al quran, Al quran adalah mesej dari Allah untuk umat manusia secara umumnya dan untuk orang beriman secara khususnya. Dalam ayat² Al quran itu semuanya sarat dgn mesej yg mengandungi ilmu, ajaran, panduan dan pedoman yang sangat lengkap. Semua itu hanya boleh ditemui dan dimiliki dengan jalan mentadaburkannya, alquran " ... Dan tidak ada satu perkara pun yg Kami tinggalkan melainkan semuanya ada d dalam kitab ini..." 

Dalam alhadis rasulullah ada bersabda bahawa alfatihah adalah ibu kitab, ibu kitab membawa erti seluruh kitab dan risalah rasul dan nabi yg berupa lembaran² dipanggil su'uf, semuanya beribukan al fatiha. Begitulah saratnya mesej Allah yg terkandung dalam surah Al fatihah ini. Dalam tulisan ini saya hanya berkongsi tentang intipati alfatihah sahaja. Intipati ertinya ialah ayat yg mengandungi mesej utama dari Allah dalam surah alfatihah tetapi bukan bererti saya mengatakan bahawa ayat2 yg lain dalam surah ini tidak mengandungi mesej dari Allah, tetap ada masejnya seperti saya katakan sebelum ini tentang surah alfatihah sebagai ibu kitab.

Al quran bukan syair tetapi ia mempunyai nilai syair yg sangat berkualiti tinggi malah mengalahkan mana² syair yg paling berkualiti sebab Alquran adalah wahyu illahiya.. 

Oleh kerana al quran mempunyai nilai seni syair yg tinggi maka untuk menggali mesej² yg tersembunyi di dalam ayat² atau pun surah²nya maka metod memahami mesej dalam ilmu syair saya gunakan untuk menggali mesej² yg tersembunyi dalam ayat² atau pun surah², ini untuk orang awam seperti saya. kalau orang² khusus dan khusus lagi khusus mereka sudah tentu mempunyai metod yg berbeza untk menggali mesej yg tersembunyi. Bagi orang awam seperti saya metod membaca syair, saya guna pakai untuk mentadaburkan ayat Alquran dalam rangka menggali mesej² yg tersembunyi, walau bagaimana pun sebenarnya ada banyak metod yg lain boleh diguna pakai tapi saya di sini menggunakan metod memahami mesej dalam syair.

Surah alfatihah terdiri dari 7 ayat termasuk bismillah..
Ingat ya saya menggunakan metode ilmu syair.
Dalam ilmu syair biasanya ada tiga perkara yg terkandung pada setiap syair, iaitu pembuka, mesej dan penutup.
Jika kita mahu mengenal pasti ayat yg manakah tersimpannya mesej utama Allah dalam surah alfatihah maka jika kita menggunakan metod memahami mesej dalam ilmu syair insyallah kita akan mudah menemuinya.

Dalam metod ilmu syair ayat 1 hingga ayat 4 surah Alfatihah adalah ayat pembuka,  ayat 5 dan ayat 6 adalah mesej utama  manakala penutupnya pula ialah ayat 7. Isi dalam alfatihah adalah ayat 5 dan 6, ertinya mesej besar dari Allah dalam Surah ini untuk manusia secara umum dan orang beriman secara khusus ialah tersimpan pada ayat 5 dan ke 6, manakala penutupnya pula ayat ketujuh.

MESEJ BESAR DARI ALLAH

Ayat ke lima dan ke enam;

Hanya pada mu kami (aku) menyembah (mengabdikan diri)
Dan hanya pada mu kami (aku) memohon pertolongan, tunjukilah(tetapkanlah) kami (aku) jalan yang lurus.

Ada 3 mesej terbesar dalam dua ayat ini;

1) HANAYA KEPADA MU KAMI(AKU) MENYEMBAH(MENGABDIKAN DIRI)

Mesej dalam ayat ini ialah Allah memerintahkan manusia atau orang beriman untuk hanya menyembah atau menghambakan diri kpdNYA. Perlu satu tajuk khas untuk menghurai maksud hanya menghambakan diri kpd Allah SWT. Inilah yg perlu setiap manusia atau orang beriman mengkoreksi diri mereka apakah dia betul² yakin dirinya telah menghambakan dirinya kpd Allah swt sesuai seperti yg Allah kehendaki khususnya seperti mesejNYA dalam dalam ayat ini.
Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkah dgn tegas kepada manusia umumnya dan kepada orang beriman kususnya agar mereka hanya menghambakan diri kepadaNYA dan melarang mereka dengan sekeras kerasnya mengabdikan diri kepada selain DIA. Perintah dan larang terkandung dalam ayat
ini, ini ialah kerana ayat ini di dahului dengan kalimah hanyalah. kalimah hanyalah ertinya penegasan setegas tegasnya. Iaitu hanya mengabdi kpd Allah dan tidak sekali kali mengabdi pada selain Dia. 
Inilah tujuan sebenar manusia dan jin diciptakan iaitu untuk mengabdikan diri kpd Allah swt. Alquran.. Tidaklah Aku menciptakan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kpdKU..

2) DAN HANYA KEPADA MU KAMI(AKU) MEMOHON PERTOLONGAN.

 Di dalam rangka pengabdian diri kpd Allah, dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada hambaNYA, iaitu apabila mereka berada di dalam musibah atau dalam keadaan berhajat maka Allah menetapkan hendaklah hambaNYA itu hanya memohon  pertolonganNYA semata - mata dan melarang hambahNYA memohon pertolongan pada selain DIA. 

Dalam ayat ini mesejnya sangat keras, kerana mengandung unsur² perintah dan larangan dalam masa yg sama, iaitu perintah tegas kepada setiap  hambahNYA agar hanya memohon pertolongan kepadaNYA dan dalam masa yg sama melarang kerasa kpd mereka momohon pertolongan selain DIA. 

Dalam mengabdikan diri kepada Allah, Allah mensyaratkan apabila hambaNYA  memerlukan pertolongan maka hambaNYA itu hanya dibenarkan memohon pertolongan padaNYA sahaja dan dilarang keras memohon pertolongan pada selain DIA.

Ini juga adalah sebagai tanda utama yang mesti ada kepada setiap hambaNYA, atau ciri - ciri penting yg mesti ada pada seorang hamba sebab itu dalam ayat ini diawali dengan kata hanyalah, kata hanyalah itu adalah penguat kata kepada kata kata seterusnya. 

Kata hanyalah juga adalah kata janji. 
Ertinya Allah menyuruh hambaNYA berjanji di hadapaNYA bahawa dia hanya akan memohon pertolongan padaNYA dan dalam masa yg sama berjanji tidak akan meminta pertolongan selain DIA. Dalam ilmu tauhid keadaan seperti ini adalah tauhid yg sempurna. Bukan sahaja dia menghambahkan dirinya kpd Allah tetapi dia juga taat dan setia kpdNya. Walau macam mana susah  sekali pun ia tidak akan memohon pertolongan selain dari Allah, bagi dia hanya Allah satu - satunya tempat memohon dan meminta tolong dan Allah lah penolongnya tanpa ragu dan bimbang di hati. Jadi mesej dlm ayat ini ialah sebagai hamba Allah jangan ada rasa takut dan bimbang pada kehidupan dunia kerana Allah sentiasa ada untuk menolong mereka, tetapi pertolongan Allah itu bersyarat dan syaratnya ialah tidak boleh memohon pertolongan kpd selain Allah swt.

TUNJUKILAH(TETAPKANLAH) KAMI(AKU) DI JALAN YANG LURUS.

3, Dalam ayat ini Allah juga memerintahkan hamba²Nya untuk sentiasa memohon kpdNYA agar DIA mengekalkan mereka di dalam petunjukNya(kekal dalam pengabdian). Ertinya dalam ayat ini Allah SWT berkehendak hamba²Nya itu jangan terlalu yakin akan kekal di atas jalanNYA, tetapi mereka harus sentiasa ada rasa takut dan bimbang jika dengan kelalaian mereka menyebabkan Allah berpaling dari mereka, walaupun mereka telah berada di atas jalanNYA mereka tidak boleh terlalu yakin akan kekal tetapi mereka harus merasa takut dan cemas kalau² kelalaian mereka kpda Allah menyebabkan Allah murka dan berpaling dari mereka sehingga Allah biarkan mereka tanpa bimbingan. Tanpa bimbingan Allah maka sesat lah jawabnya jika sesat di dunia maka lebih sesatlah lagi di akhirat kelak. 

Sebab itu sewaktu membaca ayat ini yang membaca kena betul² khusyuk atau betul² sedar Allah berkuasa mutlak menghitam putihkan jalan hidupnya, penuh rasa mengharap kepada Allah agar Allah kekal membimbingnya diatas jalanNYA untuk mejadi hambah yang diredoiNYA dan juga mengharap jangan sekali - kali dosa dosanya menyebabkan Allah berpaling darinya. Jika ayat ini difahami begini dan dihayati kefahaman itu sewaktu membacanya insyallah hati sang hamba akan sentiasa sensitif hatinya pada Robnya.

Kefahaman ayat ini bukan hanya perlu dihayati sewaktu membacanya sahaja terutama sewaktu menghadap Allah dalam solat tetapi kefahaman ayat ini harus dihayati dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian. Sentiasa disuburkan harapan dihati kepada Allah agar Allah berkehendak mengekalkan dirinya di atas jalanNYA iaitu jalan pengabdian kpdNya. 

Ini lah mesej yg terkandung dalam ayat ini, yg Allah mahu hambaNYA faham dan dibawa dalam hidup mereka. Membawa faham ini dalam kehidupan akan melengkapkan keperibadian dirinya sebagai hamba Allah iaitu keperibadian seperti yg Allah kehendaki, bukan seperti kefahaman umum, iaitu bila bersyahadah sahaja kononya sudah jadi hamba Allah. Benar apabila seseorang itu telah bersyahadah dia telah terkeluar dari golongan kafir pada sisi Allah dan masuk dalam golongan islam iaitu golongan yg tunduk kpd Allah, tetapi dengan hanya itu belum mencukupi untuk Allah masukkan dia ke dalam golongan hamba²Nya kerana ada banyak lagi syarat² lain yg perlu dipenuhi barulah Allah berkenan memasukan dia ke dalam golongan hambaNya jadi jangan salah faham, sebap itulah pentingnya mencari faham dengan jalan menuntut ilmu agama supaya tidak salah faham. 

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya ada tiga mesej besar yg tersembunyi dalam surah alfatihah yg Allah berkehendak difahami oleh manusia.

1, Allah berkehendak agar manusia hanya menghambakan diri mereka kepadaNYA dan melarang keras mereka menghambakan diri kepada selain DIA. Agar Allah selamatkan mereka dikehidupan dunia ini hingga kekehidupan selepas mati.

2, Allah meletakan syarat kpd manusia yg mahu menghambakan diri kpd Allah iaitu jika mereka dalam kesulitan dan berhajat, Allah menetapkan  mereka hanya boleh memohon pertolongan kepadaNYA sahaja dan Allah melarang mereka memohon pertolongan selain DIA. Mana² hambaNYA yg melanggar syaratNya ini maka Allah akan keluarkan mereka dari golongan hambaNYA.( masuk kedlam golongan kafir musyirikin)

3. Allah juga meletakan syarat ketiga kepada hambaNya, iaitu mereka kena sentiasa merasa takut dan cemas dengan murkaNYA, sentiasa mengharap perlindungan Allah dari digelincirkanNYA dari jalanNYA kerana kemurkaanNya. Untuk itu mereka kena lari dari segala larangan Allah jangan sesekali berani mendekatinya terutama dua larangan terbesar dalam ayat ini, iaitu menghambakan diri kepada selain Allah dan memohon pertolongan selain Dia. Dalam ilmu tauhid dua larangan ini ialah dosa mengsyirikkan Allah atau menduakanNYA.

itulah lebih kurang yg hendak saya kongsikan dalam tulisan ini semoga ada manfaatnya. Segala yang baik itu semua milik Allah semata-mata. Salah dan silap dalam tulisan ini adalah atas kelemahan saya. ampun  maaf. Wasalam.

mohd&jienah

Jumaat, 1 Mei 2020

GiC - Daftarlah sekarang

Gi Community telah mengeluarkan mata wang kripto sendiri iaitu "GREENLINE PROJECT COIN" (GLP) dengan konsep blockchain yang lebih canggih dari Greenline Coin (GLN). Hanya dengan 1 username member dapat mengakses semua data, platform, web, bursa, dan lain lain berkaitan dengan projek Gi Community.

Blockchain GLP menggunakan teknologi berasaskan "bitcoin core" dengan penambahbaikkan teknologi SHA256 dengan sistem hybrid. Blockchain ini telah dinamakan "NETSEED" iaitu hanya dengan satu jaringan mampu mengakses semua projek dan dengan satu jaringan mampu membina pelbagai jaringan dengan konsep "SMART CONTRACT”.

Register Sekarang:
https://www.gicommunity.org/referral/Ratnadewi2