MENGAPA HATI MASIH TIDAK GEMENTAR
Mengapa hati dan fikiranmu belum tersentuh.
Belum tersentuh dengan getaran murkanya DIA.
Bukankah musibah ini datang dari Dia.
Apakah kau kira diutusnya makhlukNya ini yg kamu namakan covid19 itu membawa pesan kasih sayangNya.
Tidak, sekali kali tidak..terlalu tumpul akal dan hatimu jika itu yg kau faham.
Apakah kau kira bangsa mu manusia sudah ratusan ribu kehilangan nyawa itu gurau senda dari DIA..
Apakah kau kira duniamu tertutup pintunya di mana mana sehingga kamu semua tinggal diam di dalam rumah kamu itu juga senda gurau dari DIA..
Sikit masa lagi bangsa mu manusia akan kebuluran kerana wabak ini juga adakah itu senda gurau dariNya..
Bukalah hatimu luas luas rasailah getaran dariNya apakah maksud dari apa yg sedang terjadi..
Bukalah akal fikirmu, berfikirlah sejenak mengapa DIA menimpakan musibah yg sangat besar ini sehingga bangsamu manusia sejagat menderita semuanya keranaNya..
Arahkanlah hati dan fikiran mu kpd bangsa mu manusia d belahan barat bumi, tidak kah kau lihat mereka di lahap dgn rakus, kenapa mereka..fikirkanlah
Wabak ini bukan pesan kasih sayang Allah mu ia adalah pesan murkaNya kpd bangsa mu yg sejagat..
Jika bangsamu yg sejagat ini tidak mahu sedar dan kembali kepadaNya dengan jalan taubat apakah kau kira bangsamu boleh selamat..
Cukup lah untuk bangsa mu manusia sejagat terus menyombong, terus mengsyirikkan Nya..
Wabak ini membawa pesan kemurkaanNYA, seperti murkaNya kepada bangsamu di zaman nuh, di perintahNya air memenuhi bumi..menenggelamkan seluruh makhluk hidup..
Jangan itu terulang dgn banjir wabak menyebabkan bangsa mu manusia sejagat di matikan semua dan di biar hidup 40 orang shja..
Takutlah pada Allah mu, DIA lah Tuhan semesta alam ini, kuasaNya mutlak kpd alam semesta milikNya ini.
Jangan kau sangka Allah mu itu menurut yg kau sangka, ketahuilah apa yg kau tahu tentang Allah mu, itu belum ada satu percent pun dari hakikat sebenar DIA.
takutlah..takutlah.. hati mu sepatutnya bergetar melihat tanda tanda kemurkaanNya ini.
9. Pm 10.05.20
Mohd&jienah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou