Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 31 Julai 2011

Banyak Harapan...

Banyak betul harapan saya di penghujung bulan Julai ni...

1) Saya mengharapkan perkara itu tidak akan berlaku...dua tiga hari ni ia sedikit menggangu emosi saya. Walaubagaimanapun, saya bersedia menerima apapun yang akan berlaku. Belajar untuk menerima sesuatu yang diharapkan tetapi keputusannya di luar jangkaan.

2) Ini sesuatu yang amat menakutkan. petang jumaat lalu PPT En. Fendy (tak kenal sangat nama dia) kata kad jemputan VIP untuk program penerapan nilai murni 2 ogos ni belum siap lagi. Dia akan minta bantuan saya untuk hantar kepada semua pengarah bahagian pada hari isnin ni... Saya sudah setuju. Tapi semalam tiba-tiba saya teringat...kalau saya kena hantar kad jemputan tu dekat Cyberjaya macam mana? Saya bukannya ada kenderaan. Tapi kan, dia kata siap nanti dia akan hantar kad jemputan tu kepada saya. Saya tunggu-tunggu sampai pukul 5 petang tapi tiada pun... harap-harap dia hantar sendiri... Saya ni pun bengong juga. En. Bob kata nanti saya kena tolong mereka tetapi saya tak buat apa-apa pun.. saya tunggu saja durang yang minta tolong saya. Aduh! confirm durang mengamuk di belakang saya. SORRY YE TEMAN-TEMAN. Saya tak sengaja....

3) Sepatutnya semalam ada gotong-royong membersihkan rumah. Tetapi saya malas betul. Ingatkan nak mop lantai... Tapi dahlah tak jadi mop lantai somebody tu boleh pula selerakkan barang di atas rak tv. Oh My God!... dah serakan susunlah balik...aduiii.... hati saya panas betul.. so saya tak bersihkan... biarkan saja. Barang sendiri susun sendiri... Sendiri buat sendiri tanggung... saya peduli apa... yang pasti bersihkan dekat dapur.... ataupun somebody tu sedang mencari alasan untuk bergaduh. Yelah...selama 8 tahun tinggal serumah kami tak pernah bergaduh. Whatever....

4) Saya benggang dengan ASTRO.. dua kali emel sekali telefon masih gagal memenuhi permintaan saya. kalau inda mau bagi service tu cakap awal-awal ma. Bulih saya putung. Saya baru antar balik emel tadi..tingu apa yang durang akan buat. Tunggu dan lihat.

mkbs - Insya-Allah, esok akan berpuasa. Semoga jiwa kacau dan rontaan jiwa akan sembuh dan bersih sempena bulan ramadhan ini. Dan semoga target saya di bulan suci ini akan tercapai.

Jumaat, 29 Julai 2011

Berakhir Sudah...


Perlu perempuan tu bergayasakan gitu? Hahaha....

Berakhirlah sudah drama Korea 'Personal Taste'.... Saya cukup suka dan teruja dengan drama ini. But i think Lee Min Ho performance in this drama less than drama BOF. Whatever i still love that coz the handsome boy. Banyak pengajaran. Keluarga, sahabat, kerjaya dan cinta. Kegagalan, pengkhianatan dan kesetiaan. Itulah realiti kehidupan. Perlu bersedia untuk menghadapinya. Kegagalan jika ada kepuasan lebih baik daripada kejayaan tanpa ketenangan. Huhuhu.... Teringat rakan FB kata terharu dengan pasangan kekasih British. Girl kemalangan and lumpuh. Boy said 'saya tak akan tinggalkan dia saat saya diperlukan. Saya yakin dia pasti sembuh'... Saya komen 'lelaki tu saja nak sedapkan hati dia. Kejap lagi dia tinggalkan'... Rakan FB jawab 'SJ, jangan fikir negatif'....hahaha... Saya tak tahu nak jawab apa... Silap parking...masuk kawasan sedang melayan perasaan.

Berakhir sudah peluang Malaysia apabila tewas dengan agregat 4-6 dengan Singapore. Ternyata singa lebih kuat dari harimau. Ucapan TAHNIAH wajar diberikan kerana mereka telah berkerja keras. KENAPA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA DIBERI NAMA HARIMAU MALAYA? Anti-kerajaan Sabah (UFB) membangkitkan persoalan tersebut dalam FB. Nak jawab apa?


Mkbs - Benarkah cinta dan kasih sayang boleh dibeli dengan wang ringgit? Wang ringgit akan sentiasa berkurang. Cinta kasih sayang yang dibeli terus menunggu peluang meloloskan diri. Mungkin kekal jika wang ringgit terus gah.

Ok saya mo tidur dulu. Nanti lambat bangun lupa bawa inti sandwich telur. Assalamualaikum.........

Khamis, 28 Julai 2011

EH! Bikin Panas....SIAL!

Fuh! tiba-tiba saja jadi sensitif.... terfikir sa kanapa dia pi tanya begitu. 'Jienah dengar nak kawin. Bila lagi nak kawin? Norma dah?'... Sa ketawa saja. Perlu dia tanya begitu? Perlu banding sama urang lain. Kapanas ginawo!... Ingat dia hebat sangat. Mo bangga-bangga. Oooo dia bangga kali sebab dia suda kawin... Oooo...yalah biarlah dia kan?.. tapi intonasi diaitu yang wowwwwww.....anda berani bulih sipak... mencabar ye... walaupun sedikit terasa dengan gelombang nada suaranya tapi sa inda tercabar langsung.... kerana hidup sa lebih bahagia darinya. huahuahuahuaaaaa...........

Selasa, 26 Julai 2011

Bowling Game...


Suasana di gelanggang bowling Alamanda, Putrajaya. This is my first time to play but the second time i come just looking. Permainannya tidaklah susah cuma perlukan fokus dan latihan. Kalu setakat suka-suka ja inda payah. Bikin abis duit.

Corat-coret

1 - Saya rasa dah sehabis tenaga membaling bola tu, tapi tak deras pun malah masuk gol longkang. Takkan kena berlari as like Firdaus. Tak pasal-pasal dengan saya-saya masuk sekali. Hahaha...

2 - Kiri kanan group terror. Fuh! Tapi bangga jugalah. Di akhir permainan dapat jatuhkan semua pin. Yang seronok tu pusingan kedua dapat kalahkan Som dengan 1 mata saja. Hahaha... Penyanyi itu makin lama semakin hebat. Kalau ada pusingan ke-3 confirm juara. Eeee.... Budak baru tu fuiyoo.... Kurus kering tapi kuat hayun bola bowling. Hahaha...

3 - Honestly, playing this game so fun. But saya pening kepala dengan suasana bising dan bahang panasnya juga sakit tekak bercakap terjerit-jerit. Sampai rumah macam nak demam.

4 - I think i should be come here when i stress. I can get the high pin maybe. But sleep still my first choice. Huhuhu....

5 - Sebenarnya saya nakkan cawan yang ala-ala mangkuk tapi dek kerana terror sangat tak layak. Hohoho...

6 - balik rumah kelaparan. Nak singgah beli KFC etc but barisan...ya ampun. Nasib baik oat masih ada...tapi sekarang still hungry...really. SABAR TUNGGU 6 JAM LAGI!...


Mkbs - "kita perlu rasa sedih untuk merasai penderitaan orang lain. Kita perlu rasa sedih agar dapat menghargai nikmatnya gembira"

Bugou - kapanas om kotogod ginawo no kopio ih songulun. Mangagangau dogo mamain. Aratan oku no... Intaan dogia om bayaran duo tusin ju suab. Ingga nogi kindong...

Gud nite. Saya tidur duluan kio...

Isnin, 25 Julai 2011

MTQ Antarabangsa 53, 2011

Musabaqah Tilawatil Quran peringkat antarabngsa kali ke 53 tahun 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur 16 hingga 23 julai lalu.

Qari

Johan : Amirrahman Hj. Abas / Malaysia (89.26%)
Naib Johan : Mohamad Sandi Gandisa / Filipina (88.67%)
Ketiga : Abdel Bast Mohamed / Mesir (87.88%)
Ke-4 : Hamidreza Abbasi / Iran (87.67%)
Ke-5 : Y.M Awang Ismail Hj Sulaiman / Brunei (85.17%)

Qariah
Johan : Hjh. Suraya Bt Abu Hassan / Malaysia (88.33%)
Naib Johan : Hjh. Noor Khalidah Kaspur Anwar / Indonesia (88.30%)
Ketiga : Nurazizah Bt Sholichin / Singapura (86.17%)
ke-4 : Y.M Dayang Nurfaezah Hj. Emran / Brunei (85.83%)
Ke-5 : Rahimah M. Panondiongan / Filipina (82.56%)

Tapi sayang kali ni tak sempat pun menghadirkan diri. Bukan tak sempat tapi memang tak pergi. Tengok melalui kaca tv saja. Itupun selang-seli dengan cerita korea. Namun yang paling mengecewakan bola sepak kita. Harimau Malaya telah kalah 3-5 dengan Singapura. Sayangnya. Tapi inda apalah. kompom lapas ini manang. Hahahaaaa......

mkbs - koirakan no kopio ilo bus songulun. kalut tahap gaban. dia kalut aku ikut kalut juga...huhuhu...yang bikin panas ginawo itu apa yang dia cakap pun sa nda paham. lain yang sa paham rupanya lain yang dia maksudkan. aduiiii...sadisss....kopio...dia bagitau lain tapi sebenarnya student tu maksudkan lain...apo ni???.... ka dia inda paham?... oka podi mala.. moki pagung kanto... bikin kesian bei... but positif thinking la...urang baru belajar kunun...iyalaitu... Petang-petang ni rasa seronok abis semua urang di belakang tu inda ada. pi meting kunun. Janganlah lapas ni minta laporan macam-macam. Kompom tu.... aik suda mala durang balik...aduiii...kadapatan sa. hahaha....peduli apa kan?... Pukul 6 ada program main boling unit w... risau sa abis nga sa inda tau main...macam mana mau main pigang bola pun inda pernah. Jangan-jangan bola tu inda sempat terbaling jatuh longkang...hahahaaa...apa-apa sajalah janji bukan sa yang termasuk longkang sekali...heheheheeee.... Hari ni pi bayar bil letrik di TNB parcel E. Huh! punya ramai urang... sampai di opis 5 minit lagi pukul 2 petang. Kelam kabut mo makan. nasib baik sa inda noluganan. hahahaaa....mo capat kunun padahal tiada kerja suda. siap suda yang pagi tadi. huhuhu... Sa ada tejumpa urang Tawau, Sabah. Inda sampat sembang lama dengan dia. Numbur suda kana panggil. Tapi inda apalah. Kalu urang Keningau mesti mo tapi bukan konogi...pologoson.
Adui...hari ni sa rasa macam sa banyak mongolimut. Aiyoooo....moki maaf kio...hehehe

Jumaat, 22 Julai 2011

KELEBIHAN DAN AMALAN AYAT 1000 DINAR



Maksudnya: “;dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(3)”
(Surah Al-Talaq : Ayat 2-3)

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah.

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah.
Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah.
Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.

1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh.
3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat).
Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah.
5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.
 
mkbs - dah tak hafal ayat ni... kena mula sekali lagi...

Selasa, 19 Julai 2011

Gambar Sekitar Pesta Flora 2011

 Bergambar di sekitar taman sempena Pesta Flora 2011 di Presint 2, Putrajaya. Sayangnya malam penutupan tiada gambar sebab jurugambar dah tak de. Kamera pun tak de. Nak guna hanset???...malam tak nampak sangat. Pemandangan di waktu malam lagi cantik dengan lampu lip lapnya...huh... ingat raya nanti nak buat macam gitu... lampu lip lap meriah tapi kuih raya tiada. Orang datang bagi makan roti tawar...bulihkah begitu?...hahahaaaa....

Jurugambarnya memang hebat. Tak tau bila masa dia ambil gambar. Tu yang tengok gambar tu ada yang ready ada yang tak. Tapi hentam saja. Syukurlah ada person yang sudi jadi jurugambar.

Bengang Saja

Perasaan kacau betul hari ni. Problem tempoh hari ingatkan sudah habis rupanya hari ni timbul lagi. Huh!... Yang bikin panas tu bos-bos tu dengan mudahnya tunduk. kanapa nda bincang dulu baru bagi kata putus. Tingulah time naziran seterusnya. Kalau tu ketua akauntan say yes...ok kalu nda macam mana mo cakap balik. Durang tu sudahlah kerja sikit mo bekira. Huh!...nama saja bos tapi inda pandai bepikir. ingga sorou... Sa ok saja lagi sinang karaja sa... jan lapas ni kana suru buat balik. Sa sumpah kana sambar petir!... menyusahkan saja.

Entah kanapa perasaan inda sadap. macam ada yang inda kana. Samalam lagilah...sablah kiri bawah mata bergerak-gerak. Sa tingu dalam buku tafsiran dia '...akan ada orang menangis...'. Odoi, risau moti sa... jangan ada apa-apa yang inda bagus terjadi. Yang sa penting sikarang c nonong mesti bayar duit sa. Sa on the way mo memaksa diaini. peduli di dia marah. Bertau-taun suda dia janji mo bayar tapi inda juga. Sa inda dapat pigi bershopping bei... apa yang sa mo tergandala ja. SABAR SABAR SABAR SABAR.....

Isnin, 18 Julai 2011

Pesta Flora 2011, Putrajaya

Pesta Flora 2011 di Presint 2, Putrajaya 9 - 17 julai. Sembilan hari berlangsung saya hanya berkesempatan hadir ke sana pada hari sabtu 16hb sebelah petang. Sempat juga bergambar-gambar dengan bunga-bunga yang lawa-lawa tu. Saya sebenarnya teringin hadir pada malam hari jumaat sebab ada Stacy buat persembahan tapi tiada kawan ba. Dan semalam untuk penutupan saya datang juga. Itupun nasib baik kawan serumah nak pergi. Semata-mata nak tengok bunga api. Best!!!!...
video
Memori kad terhad. hahaha....

Ada banyak gambar lagi tapi sebab ada dekat kawan.

Jumaat, 15 Julai 2011

KETENTUAN-NYA......Batasan Hidup

Setiap insan di dunia ini ada ketentuannya sendiri. Untuk berjaya dalam hidup, untuk mengubah kehidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Perlu berani mengambil risiko, sanggup berkorban atau terkorban. Malah kadang-kadang perlu merayu-rayu memohon pertolongan. Ada yang sanggip menggadaikan maruah diri sanggup berbuat apa saja asalkan apa yang diimpikan tercapai. Yang penting kepuasan mencapai tahap maksimum. Dan tidak semua insan berjaya menggapai apa yang diimpikan. Berapa ramai yang berjaya dan sebaliknya? Berapa ramai yang gagal dan dapat bangkit semula? Dan bagaimana pula dengan yang gagal dan terus berputus asa?

Mendidih Oooo...

pagi-pagi lagi hati suda panas. apa kes? dah lama kerja tak tau ke?... buat sajalah apa mo takut. bukannya urang suruh pi manakau. eh! macam sa mo tumbuk saja tu muka. tapi sa pun nda makin inda paham. ada saja prosedur yang berubah. lain urang lain pula caranya. patutnya kewangan ni mana ada change... mantain!... pening. itu yang durang suka-suka saja kasi kana sa. durang ingat sa ni apa... kana sipak baru kamurang tau... pening sakit hati tingu the rule always change... nothing standardies... huh! matai karaja tugutti... tapi inda apalah janji bulan-bulan dapat gaji. dan janji i do my job. and tidak melanggar peraturan. HUH! I AM SO EMOTIONAL TODAY!...

Rancang bisuk mo pi tingu tu pesta flora...dan yang penting mo tingu tu bunga api kaka.... i like firefork... tapi mo pi alamanda kunun mo beli penusi turos...nowian oku no...nga malas mala...

Selasa, 12 Julai 2011

Gambar Sekitar Terengganu...

Majlis Raja Sehari Puan Normah Pertaliza Bt Ramli Binjai Rendah Marang, Terengganu


Gambar dalam Bas Bandar atau dikenali Bas Kayu.


Depan Taman Tamadun Islam





Sekitar dalam Taman Tamadun Islam




Masjid Kristal
Pantai Batu Burok

Isnin, 11 Julai 2011

Taman Tamadun Islam....


Passport Taman Monumen. Untung bagi yang selalu datang di sana.

Corat-coret

1 - Perjalanan ke Kuala Terengganu dicemari dengan penyakit cirit-birit. Sial betul!...

2 - Masuk ke Taman Tamadun Islam. Saya bayangkan boleh berjalan dan bergambar pada setiap bangunan. Tetapi orang tu dah kepenatan. Sebelum datang kata takkan penat. Rugi saja. Sekadar masuk tengok dari jauh. Ataupun mungkin urang tu bengang sebab dia ajak naik bot tapi saya tak nak. Saya nak juga masuk TTI.
3 - Semasa hendak ke Pantai Batu Burok kami terlepas hentian. Bas Bandar tak berhenti kerana tak tekan loceng. Mana kami tau... Kan kami dah bagitau... Buang masa dalam bas.

4 - Dari PBB hendak balik ke bandar... Susahnya. Nasib baik ada kereta private sapu.
5 - Seronok melihat lautan luas. Kalaulah ada masa yang panjang saya mahu lepak di sana dengan lebih lama. Kali terakhir saya bermain air laut pada tahun 2008 di Terengganu juga tapi tak ingat tempatnya.

6 - Cantik Masjid Kristal. Tapi sayangnya saya tidak berkesempatan bersujud di dalamnya. Maklumlah kita pergi dengan kenderaan awam, nak ke tempat lain...kejar masa...nak balik
Putrajaya semula. Insya-Allah panjang umur ada rezeki saya pasti.

7 - Pertama kali makan ice cream goreng...uhhh...tak suka!...

8 - Singgah makan di PBB, nasi putih dengan tom yam campur dan teh limau tanpa gula. Makanannya ok cuma dalam hati 'janganlah kena cirit lagi'....

9 - Saya suka ayam masak merah dan sayur nangka di rumah pengantin. Rindu kampung.

10 - Kali pertama saya hadir majlis kahwin tanpa paluan kompang. Tapi terus terang saya katakan saya suka. Saya dah tahu paluan kompang itu sekadar nak tunjuk gempak saja. Patut pun selama ini saya pening kepala. Kompang punya pasallah tu bising.

11 - Saya tertanya-tanya, keluarga sebelah mak ayah pengantin perempuan tak ramai ke? Ataupun mereka datang lewat dan punya niat macam saya...datang nak makan jer. Hahaha....

12 - Balik Putrajaya pukul 9.30 malam. Tidur lena dalam bas. Sampai pukul 5.16 pagi.

Satu pengalaman yang cantik. Dapat melawat tempat lain. Dapat pengalaman baru. Sekadar untuk melihat bukan membeli-belah. MEMANG TAK SHOPPING...hahaha
Kelantan bila lagi?....

Aik...jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. 5.45 nanti kena bersiap pergi kerja. Tapi mata tak nak lelap. Mungkin kerana sudah lelap 5 jam siang tadi.

Mkbs - Walaupun perjalanan ke Terengganu jauh dan memenatkan tetapi perasaan penatnya amat berbeza dengan perjalanan balik kampung saya. Itu sebab saya tidak suka perjalanan jauh kerana saya tidak punya kemampuan untuk menikmatinya.

Sabtu, 9 Julai 2011

Sehari di Terengganu


Tujuan utama adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan sepejabat Norma Pertaliza. Sempat beraksi depan pelamin. Tiga tempat yang kami berjaya lawati adalah Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan Pantai Batu Buruk. Al-maklumlah perjalanan menggunakan kenderaan awam iaitu Bas Bandar. Relaks naik bas tu. Macam bas nadi putra.

Gambar-gambar menarik akan menyusul.


Perjalanan kami dicemari. Nak tahu...tunggu...malu nak cerita. So tired just now.

Sekarang on the way balik Putrajaya.

Internat error. Fast g wam to sleep

Khamis, 7 Julai 2011

ECS vs HMC


Tq 2 Norm 4 send this photo. But senget d mala. Maybe i can adjust.

Kecewa HMC tak menang. But tahniah sebab berjaya ke final.

HAPPY BIRTHDAY TO MY SISTER YANG...be a smart n good girl...

Isnin, 4 Julai 2011

Menunggu dihukum....


Pasangan dua beranak yang aktif. Seorang penyanyi yang namanya pernah berada di puncak satu masa dulu. '...menangis ke sendiri...' bait-bait lagunya yang ku minat ketika itu. Mendayu-dayu lagunya. Jeng jeng jeng...aku dah jumpa orangnya. Anak bongsunya pasti akan .....seperti ibunya.


Hari ahad sepatutnya saya kena pergi ke INTEC untuk membantu menyemak perjanjian pelajar. Malangnya, saya terlelap selepas solat subuh dan terlajak sampai pukul 9.50 pagi. Saya mengambil masa yang agak lama, bagaimana nak laporkannya kepada ketua Cik Aspah Aini. Celaru. Kalau pihak pengurusan minta tunjuk sebab nak jawab apa? Entah-entah bas tunggu. Atau mungkin dah ada orang memaki. Harap-harap tidak.
Rutin hari ahad telah mempengaruhi. Jika hari sabtu keadaan pasti selamat kerana saya bangun awal untuk pergi jogging. Oh My God!... Saya mengharap tiada perkara yang menyakitkan mahupun yang memalukan akan berlaku nanti. Ya, Allah hanya padaMu aku berserah. Bantulah dan lindungilah hambaMu yang lemah ini. Kurniakanlah ketenangan dan Engkau lembutkanlah hati mereka yang mungkin berasa marah di atas kesilapanku.
MAAFKAN SAYA....



@@@@@@@@@@@

"...kita berusaha untuk berahsia dengan insan tersayang. Tapi semakin kita berahsia semakin dalam inginkan kebenaran. Selepas itu menyesal setelah kebenaran terbongkar. Menyesal kerana tidak berjaya menyimpan rahsia hingga akhirnya..."

"...semakin kita percaya semakin dalam pengkhianatan. Namun jika buat tak tahu apa-apa itu mampu mengekalkan hubungan seadanya itu lebih baik daripada berterus-terang dan memusnahkan satu hubungan..."


Mkbs - saya suka lirik lagu Penakut nyanyian Yuna.


Jam menunjukkan 12.51 pagi. Mata tak nak lelap. Pukul 5.45 nanti kena bangun pergi kerja. Jangan terlajak sudah. Have to sleep. Bulan julai dan ogos adalah bulan sibuk. Semangat kena kuat elakkan berlaku kecuaian.

Jumaat, 1 Julai 2011

Adakah anda dirasuk makhluk halus

Maklumat ni saya copy paste dari blog misteri alam ghaib. Baik untuk pengetahuan dan persediaan. Kadang-kadang kita tak sedar perkara tu dan menyalahkan orang lain dengan prasangka buruk.

Bagaimana hendak mengetahui kehadiran makhluk halus dalam badan kita ? 

Ramai manusia dirasuk makhluk halus dan ada orang yang menjadi tempat tinggal makhluk halus dari kecil lagi.
Biasanya ramai manusia disekeliling kita yang menjadi tempat tinggal bagi makhluk halus tetapi mereka dan orang sekelilingnya tidak sedar . Apabila seseorang itu dirasuk makhluk halus tidak semestinya dia bertindak luarbiasa atau bertindak luar batasan. Seseorang yang nampak sihat dan biasa mungkin dirasuk makhluk halus tetapi sukar dikesan.
Makhluk halus hanya akan menunjukkan kehadirannya apabila seseorang buat sesuatu yang tidak menyenangkan dan sesuatu yang menakutkan bagi makhluk halus.

Tanda-tanda diekori makhluk halus semasa perjalanan
  1. Bau wangi atau busuk secara tiba-tiba
  2. Buluh roma tegang
  3. Badan terasa sejuk
  4. Terasa seperti diekori atau diperhatikan oleh seseorang
  5. Terdengar bunyi tapak kaki atau bunyi gelang kaki
  6. Kenderaan bergetar , goncang atau goyang
  7. Mimpi nampak kubur
  8. Dikejar anjing hitam, kucing hitam atau ular hitam 
Tanda-tanda dirasuk makhluk halus 
  1. Badan terasa panas
  2. Badan terasa berat
  3. Hilang selera makan atau makan dua kali ganda dari biasa
  4. Suka duduk berseorangan dan muram
  5. Benci tengok muka suami atau isteri
  6. Tiada minat atas suami atau isteri
  7. Sering bertengkar dengan suami/isteri dan marah anak
  8. Susah untuk tidur waktu malam
  9. Mimpi dipatuk ular hitam
  10. Mimpi digigit anjing atau kucing hitam
  11. Sering nampak bayangan putih atau hitam dalam rumah
  12. Badan menjadi lebih kurus dari biasa
  13. Muka dan leher menjadi hitam