Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 4 Julai 2011

Menunggu dihukum....


Pasangan dua beranak yang aktif. Seorang penyanyi yang namanya pernah berada di puncak satu masa dulu. '...menangis ke sendiri...' bait-bait lagunya yang ku minat ketika itu. Mendayu-dayu lagunya. Jeng jeng jeng...aku dah jumpa orangnya. Anak bongsunya pasti akan .....seperti ibunya.


Hari ahad sepatutnya saya kena pergi ke INTEC untuk membantu menyemak perjanjian pelajar. Malangnya, saya terlelap selepas solat subuh dan terlajak sampai pukul 9.50 pagi. Saya mengambil masa yang agak lama, bagaimana nak laporkannya kepada ketua Cik Aspah Aini. Celaru. Kalau pihak pengurusan minta tunjuk sebab nak jawab apa? Entah-entah bas tunggu. Atau mungkin dah ada orang memaki. Harap-harap tidak.
Rutin hari ahad telah mempengaruhi. Jika hari sabtu keadaan pasti selamat kerana saya bangun awal untuk pergi jogging. Oh My God!... Saya mengharap tiada perkara yang menyakitkan mahupun yang memalukan akan berlaku nanti. Ya, Allah hanya padaMu aku berserah. Bantulah dan lindungilah hambaMu yang lemah ini. Kurniakanlah ketenangan dan Engkau lembutkanlah hati mereka yang mungkin berasa marah di atas kesilapanku.
MAAFKAN SAYA....



@@@@@@@@@@@

"...kita berusaha untuk berahsia dengan insan tersayang. Tapi semakin kita berahsia semakin dalam inginkan kebenaran. Selepas itu menyesal setelah kebenaran terbongkar. Menyesal kerana tidak berjaya menyimpan rahsia hingga akhirnya..."

"...semakin kita percaya semakin dalam pengkhianatan. Namun jika buat tak tahu apa-apa itu mampu mengekalkan hubungan seadanya itu lebih baik daripada berterus-terang dan memusnahkan satu hubungan..."


Mkbs - saya suka lirik lagu Penakut nyanyian Yuna.


Jam menunjukkan 12.51 pagi. Mata tak nak lelap. Pukul 5.45 nanti kena bangun pergi kerja. Jangan terlajak sudah. Have to sleep. Bulan julai dan ogos adalah bulan sibuk. Semangat kena kuat elakkan berlaku kecuaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou