Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 11 Julai 2011

Taman Tamadun Islam....


Passport Taman Monumen. Untung bagi yang selalu datang di sana.

Corat-coret

1 - Perjalanan ke Kuala Terengganu dicemari dengan penyakit cirit-birit. Sial betul!...

2 - Masuk ke Taman Tamadun Islam. Saya bayangkan boleh berjalan dan bergambar pada setiap bangunan. Tetapi orang tu dah kepenatan. Sebelum datang kata takkan penat. Rugi saja. Sekadar masuk tengok dari jauh. Ataupun mungkin urang tu bengang sebab dia ajak naik bot tapi saya tak nak. Saya nak juga masuk TTI.
3 - Semasa hendak ke Pantai Batu Burok kami terlepas hentian. Bas Bandar tak berhenti kerana tak tekan loceng. Mana kami tau... Kan kami dah bagitau... Buang masa dalam bas.

4 - Dari PBB hendak balik ke bandar... Susahnya. Nasib baik ada kereta private sapu.
5 - Seronok melihat lautan luas. Kalaulah ada masa yang panjang saya mahu lepak di sana dengan lebih lama. Kali terakhir saya bermain air laut pada tahun 2008 di Terengganu juga tapi tak ingat tempatnya.

6 - Cantik Masjid Kristal. Tapi sayangnya saya tidak berkesempatan bersujud di dalamnya. Maklumlah kita pergi dengan kenderaan awam, nak ke tempat lain...kejar masa...nak balik
Putrajaya semula. Insya-Allah panjang umur ada rezeki saya pasti.

7 - Pertama kali makan ice cream goreng...uhhh...tak suka!...

8 - Singgah makan di PBB, nasi putih dengan tom yam campur dan teh limau tanpa gula. Makanannya ok cuma dalam hati 'janganlah kena cirit lagi'....

9 - Saya suka ayam masak merah dan sayur nangka di rumah pengantin. Rindu kampung.

10 - Kali pertama saya hadir majlis kahwin tanpa paluan kompang. Tapi terus terang saya katakan saya suka. Saya dah tahu paluan kompang itu sekadar nak tunjuk gempak saja. Patut pun selama ini saya pening kepala. Kompang punya pasallah tu bising.

11 - Saya tertanya-tanya, keluarga sebelah mak ayah pengantin perempuan tak ramai ke? Ataupun mereka datang lewat dan punya niat macam saya...datang nak makan jer. Hahaha....

12 - Balik Putrajaya pukul 9.30 malam. Tidur lena dalam bas. Sampai pukul 5.16 pagi.

Satu pengalaman yang cantik. Dapat melawat tempat lain. Dapat pengalaman baru. Sekadar untuk melihat bukan membeli-belah. MEMANG TAK SHOPPING...hahaha
Kelantan bila lagi?....

Aik...jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. 5.45 nanti kena bersiap pergi kerja. Tapi mata tak nak lelap. Mungkin kerana sudah lelap 5 jam siang tadi.

Mkbs - Walaupun perjalanan ke Terengganu jauh dan memenatkan tetapi perasaan penatnya amat berbeza dengan perjalanan balik kampung saya. Itu sebab saya tidak suka perjalanan jauh kerana saya tidak punya kemampuan untuk menikmatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou