Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 25 Disember 2016

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih Ya Allah. Kerana telah memakbulkan doaku. Telah membuat keputusan buatku.

"Ya Allah, jika ia yg terbaik buatku berilah restuMu. Jika ia bukan terbaik buatku jauhkanlah. Jika ia bakal membuatku lalai jauhkanlah. Jika aku tidak mampu menanganinya jauhkanlah".

Terima kasih Allah. Telah membuatku tenang. Menolongku merungkai masalah satu persatu. Sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang.

Khamis, 24 November 2016

Solat Tahajud

niqabis muda:
[ SOLAT TAHAJUD ]

Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
..

1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
..

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
..

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
..

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
..

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
..

6. Penghapus dosa
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
..

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
..

8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
..

Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.

@InshaaAllahTheNumber one

Khamis, 17 November 2016

ZENITHGOLDS - JOM SERTAI

BIARKAN #DUIT BERKERJA UTK ANDA....
→ANDA TERPAKSA TERIMA DIV SETIAP HARI SEHINGGA TEMPOH MATANG TAMAT..
→→HASILNYA...WOW!! #TERBUKTI
DAFTAR AKAUN & SIMPAN
SIT & RILEX ➡DUIT KERJA PULA UTK ANDA
*Anggaran DIVIDEN 0.85% SEHARI x 400 HARI*
*70% Tunai / Cash*
*30% goldbar 10g pure 99.99%*
*MODAL USD100@RM380*
BONUS 400 hari RM1400
1.48g POINT EMAS
*MODAL.USD200@RM760*
BONUS 400 hari RM2800
2.95g POINT EMAS
*MODAL USD300@RM1140*
BONUS 400 hari RM4100
4.43g POINT EMAS
*MODAL USD400@RM1520*
BONUS 400 hari RM5600
5.91g POINT EMAS
*MODAL USD500@RM1900*
BONUS 400 hari RM7000
7.38g POINT EMAS
*MODAL USD600@RM2280*
BONUS 400 hari RM8300
8.86g POINT EMAS
*MODAL USD700@RM2660*
BONUS 400 hari RM10,000
10g EMAS PURE 99.99% x 1
*MODAL USD800@RM3040*
BONUS 400 hari RM11,100
10g EMAS PURE 99.99% x 1
*MODAL USD900@RM3450*
BONUS 400 hari RM12,500
10g EMAS PURE 99.99% x 1
*MODAL USD1000@RM3800*
BONUS 400 hari RM14,000
10g EMAS PURE 99.99%
FREE 1g EMAS PURE 99.99% x 1
*MODAL USD1500@RM5700*
BONUS 400 hari RM21,000
10g EMAS PURE 99.99% x 2
FREE 1g EMAS PURE 99.99% x 1
*MODAL USD2000@RM7,600*
BONUS 400 hari RM28,000
10g EMAS PURE 99.99% x 2
FREE 1g EMAS PURE 99.99% x 2
*MODAL USD3000@RM11,400*
BONUS 400 hari RM41,000
10g EMAS PURE 99.99% x 4
FREE 1g EMAS PURE 99.99% x 4
*MODAL USD4000@RM15,200*
BONUS 400 hari RM55,800
10g EMAS PURE 99.99% x 5
FREE 1g EMAS PURE 99.99% x 4
*MODAL USD5000@RM19,000*
BONUS 400 hari RM70,000
10g EMAS PURE 99.99% x 7
FREE 1g EMAS PURE 99.99% x 5
*MODAL USD6000@RM22,800*
BONUS 400 hari RM83,700
DAPAT 10g EMAS PURE 99.99% x 8
FREE 1g EMAS PURE 99.99% x 6
*MODAL USD7000@RM26,600*
BONUS 400 hari RM97,600
10g EMAS PURE 99.99% x 10
FREE 1g EMAS PURE 99.99% x 7
*MODAL USD10,000@RM38,000*
BONUS 400 hari RM140,000
10g EMAS PURE 99.99% x 14
FREE 1g EMAS PURE 99.99% x 10..
*JOM SERTAI ZENITHGOLDS*
*SIMPANAN MASA DEPAN*

www.zenithgolds.com

Ahad, 30 Oktober 2016

Pencari Cinta

Doa Seorang Pencari Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Aamiin. In Shaa Allah.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Sejatinya P


Setiap perempuan, sejatinya perlu mendengar kepastian akan perasaanmu. Bagi mereka, pengorbanan sehebat apa pun tak akan cukup. Sebab mereka ingin sekali mendengar langsung bahwa kau benar-benar mencintainya.

Bagi kau yang mengaku cinta, maka ucapkan kata itu seperti konsep iman. Terpatri dalam hati, terlontar dalam lisan, dan terlaku dalam 'amal.

Ya, hatimu boleh tulus menyayanginya, amal-mu boleh tangguh dalam membahagiakan-nya. Kau seberangi lautan, jelajahi gunung, atau selami samudera demi dirinya. Gagah sekali. Tapi semua itu akan sia-sia. Tanpa makna. Laksana mentari tanpa cahaya, atau malam tanpa rembulan.

Mengapa? Sebab tak ada kepastian dari mulutmu. Dan maaf, kepastian di sini bukan ucapan 'Aku padamu'.  Bukan. Namun lisan yang mengucap janji setia dengan kalimat 'Qabiltu'. Saya terima nikahnya. Itu...

Duhai para lelaki, hormatilah perempuan-mu dengan kepastian. Bukan seikat bunga apalagi sebatang coklat. Cinta itu suci, maka jangan kaukotori dengan lumpur ketidaksabaran-mu. Jika bekal sudah siap, nikahi. Jika belum siap, jauhi. Lantas titipkan dia kepada Allah. Sungguh, jika kau belum mampu memiliki, maka belajarlah menghormati.

Copy & paste -ZR + bicara hati lukisan jiwa

Lupakan Dia Cintai Aku


🎼 Lupakan Dia Cintai Aku
🎤 by Firzo

Sering kali aku ingin bertanya
Adakah kau masih menyimpan cinta
Yang lama terpisah kerana kehadiran orang ketiga

Dia lebih memilih melepaskanmu
Dan meneruskan cinta bersama si dia
Dan berlalu pergi meninggalkan luka di hatimu

Namun ku mula sedar siapalah aku ini
Untuk bertanya semua rahsia hatimu

Aku hanyalah insan
yang menagih cinta dari mu
Sumpah aku cinta balaslah cinta ku

Lupakan dia cintailah diri ku
Kau kan bahagia bila kau bersama aku
Buanglah dia yang ada di hati mu
Gantikanlah aku

Aku tahu aku tak patut memaksa
Jadi yang bila masa yang kau inginkan
Untuk menerimaku hidup bersama ku

Dia lebih memilih melepaskan mu
Dan meneruskan cinta bersama si dia
Dan berlalu pergi meninggalkan luka di hatimu

Namun ku mula sedar siapalah aku ini
Untuk bertanya semua rahsia hatimu

Aku hanyalah insan
yang menagih cinta dari mu
Sumpah aku cinta balaslah cinta ku

Lupakan dia cintailah diri ku
Kau kan bahagia bila kau bersama aku
Buanglah dia yang ada di hati mu
Gantikanlah aku

Aku tahu aku tak patut memaksa
Jadi yang bila masa yang kau inginkan
Untuk menerimaku hidup bersama ku

🎼 Lupakan Dia Cintai Aku

Bohoongg.....

Cinta..
Kau hadir dengan sejuta harapan..
Segenggam impian dan angan,
Janjikan tawa canda penuh bahagia..
Tapi mengapa harus luka yang kudapat??
Kepedihan hati yang tak terubati,
disaat hati ini telah kuyakini..

Di antara bintang aku bertanya..
berbiaskan cahaya rembulan..
Apakah ini yang namanya cinta??
Indah yang sekejap mata..
namun sakitnya tak terhingga..
Kata-kata pun tak mampu diwakili..
akan pedih hati ini..

CINTA itu bahagia tapi menyakitkan..
saat kita mencintai, kita bahagia..
saat kita cemburu, kita terluka..

CINTA tak harus memiliki?
“itu bohoong !!
semua orang ingin memiliki, bahkan kadang merasa harus memiliki..

Dengan melihat orang yang dicintai bahagia, kita pun bahagia?
“bohoong”!!!
kita hanya pura2 bahagia,,
di saat hati kita sakit, itu mengajarkan kita untuk menjadi MUNAFIK..

Lebih bahagia dicintai dari pada mencintai?
“itu salah”!!!
saat di cintai kita hanya merasa bangga,
namun saat mencintai kita dapat merasakan arti bahagia sesungguhnya..

Copy & paste - bicara hati lukisan jiwa#

Masih ada rasa

Masih ada.

Aku bersandar di pohon harapan,
Jari menari-nari mengarang bait-bait kata,
Tiba-tiba mata mula berkaca,
Penulisan aku terhenti.

Aku mula melihat sekeliling,
Kau ada dimana-mana,
Malah saat aku pejamkan mata,
Kau masih ligat bermain di mata.

Sudah lama benar kau pergi,
Tapi hati ini,
Masih merasa kau ada.

Sungguh kau aku kenal tidak lama,
Kau seorang yang istimewa,
Terima kasih,
Kau pernah bahagiakan hati ini.

Dan sekarang kau hilang,
Kau cuma titipkan kenangan untuk aku kenang.

Copy & paste - bicara hati.

Terima kasih atas segalanya.

Jadilah Seorang yang Baik


ڤرجالنن هاتي:

*JADILAH SEORANG YANG BAIK, MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK*

Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yg paling indah pernah aku baca:

"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan dgnmu..seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu..seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga mlm..

Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia..jgn kamu layan peristiwa yg berlaku melebihi kadar y sepatutnya

Pastikan dgn sebenar2nya..ketika engkau bersedih, tiada yg boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri..ketika engkau tewas, tiada yg boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri..kemampuanmu utk bangkit semula tiada yg memilikinya selain dirimu..

Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia..carilah ia dlm jiwa kamu sendiri..bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan..bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yg dikatakan kpdmu tiada kesan mudaratnya lagi..

Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah..Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan krn ia adalah di Tangan Allah..

Yg perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yg meredhakan Allah..krn bila engkau meredhakan Allah, Dia akn meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai utkmu

Jgnlah kamu berputus asa dgn kehidupan yg menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dgn kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat..

Kedukaan itu akn hilang dgn satu sujud..manakala kegembiraan akn dtg dgn satu seruan..Allah tidak akn sekali-kali melupakan kebaikan yg telah engkau buat atau keresahan yg telah engkau tolong hilangkan atau mata yg hampir menangis yg engkau tolong ceriakan..

Hiduplah di atas prinsip: Jadilah seorang yg baik, meskipun engkau tidak dilayan dgn baik..bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kpd org yg baik"

Semoga bermanfaat...

Copy & paste

Sisa perasaan

Kau dan aku, hanyalah sisa-sisa perasaan. Dari percakapan bermula hingga akal lupa di mana kita berada. Setelah sekian lama mengalami ilusi, kita mencoba mengerti: memeluk hati cukuplah seperlunya. Masih ada harihari kita bisa dengarkan desah daun basah.

Helai-helai rumput tersipu, hujan bernyanyi sepi, mungkinkah terlalu yakin pada sendiri. Aku ragu, bisakah sejenak saja kita berbeda sapa. Aku takut, rasa kalut mengusik kesendirian kita. Sebab inilah kita yang memilih ilusi, dibanding sendiri sebagai sepi. Sebab aku belum mendefinisikan rindu, maka biarlah tak ada sudut pada percakapan kita. Biarkan begitu saja.

Bilapun aku harus berhenti mencintaimu dalam detik dan detak. Biarlah aku pergi, meninggalkanmu pelangi dan senja. Langit merah mega, kepak-kepak malaikat memetik gitar sebagai pengiring pergiku. Sebab pergi itu pasti, anggaplah itu caraku mencintaimu. Mari kita mengenal rindu.

- copy & paste -

Sabtu, 17 September 2016

Sukarnya memujuk

Beberapa kali aku mengalami perasaan ini - memang sakit namun aku berjaya memujuk hatiku dalam tempoh tiga hari dan kembali pulih dan bebas. Namun tidak kali ini. Terlalu sukar. Hatiku seakan-akan tidak mahu dipujuk lagi. Rasa nak menangis namun air mata tiada. Hati nak marah tapi nak marah siapa. Hati mula membenci. Hati mula menyumpah. Hati tak mahu memaafkan. Oh hati. Tolonglah. Tenanglah tabahlah sabarlah duhai hati.  Tinggalkanlah semua tu. Mungkin ini kali berakhir aku mengalami dan merasai menikmati perasaan ini. Aku harap ini yang terakhir. Sesungguhnya aku tidak suka dengan semua ini. Lebih baik bebas. Jika ditakdirkan aku tiada kesempatan menikmati alam rumahtangga, aku redha. Aku boleh ambil anak angkat atau jaga anak-anak yatim piatu. Semoga hati ini kembali tenang kembali bebas. Tiada gangguan tiada prasangka. Kembalilah duhai hati yang tenang, terus menikmati sisa kehidupan yang ada, meningkatkan amal ibadah untuk bekalan hari akhirat.

Isnin, 12 September 2016

Jiwaku terguris

Hidupku cukup aman bahagia walaupun sering diasak dengan soalan perkahwinan. Aku belajar dan redha jika hayatku tamat tanpa merasai nikmat berkeluarga tanpa zuriat penyambung keturunan. Aku sudah rela dengan keadaan seperti ini. Jiwaku tenang tanpa gangguan perasaan. Namun ketenangan itu terganggu. Terganggu dengan dahsyatnya. Mereka memperkenalkanku dengannya. Berbagai-bagai ayat pujuk untuk aku menerima. Ada contoh ada hadis. Ya, aku Cuba. Apa salahnya kan.... Dia memujukku agar jangan ragu-ragu dan bersangka baik selalu. Aku memang bersangka baik dengan semua orang. Namun tidak salah jika aku berasa ragu demi menjaga keselamatan jiwa dan perasaanku. Ya, aku menerimanya. Aku akui memang aku selesa dengan caranya. Dia pandai mengambil hatiku. Hatiku tenang dengan kata-kata nasihatnya. Dia serba-serbi tahu tentang agama. Terutamanya berkaitan baca alQuran. It's my favourite. Dalam keselesaan itu aku diuji. Dalam kegembiraan aku telah dikecewakan. Aku memang kecewa, sakit hati. Sangat-sangat. Aku rasa menyesal sangat. Ketenangan jiwaku telah terganggu perasaanku hancur luluh. Sepatutnya aku tidak menerima cinta ini. Sepatutnya aku tak perlu mendengar kata-kata temanku. Semuanya tiada manfaat selain menyakitkan hatiku. Walaupun aku bijak memujuk hatiku, kali ini tidak mudah untuk dilakukan. Ya, aku akan terus mencuba memujuk hatiku. Itu sebahagian dari kehidupan. Aku berharap hatiku tidak akan membeku selamanya. Aku harap sedalam mana pun kekecewaan dan luka hatiku semoga saja tiada kebencian dalam diriku. Sesungguhnya tidak bahagia insan yang menyakiti hatiku melukakan keikhlasanku. Sesungguhnya tidak bahagia insan yang memberi harapan lalu menghancurkan kepercayaan insan lain.

Selasa, 30 Ogos 2016

Salam Merdeka

Esok 31 ogos, tarikh keramat buat negara.

Salam Merdeka :-
* Malaya 31/08/1957
* Sabah 31/08/1963
Semoga Malaysia & Sabah terus maju dan aman.

Salam Merdeka :-
# adikku Siti Zubaidah 31/08/1987
# utk semua kawan2 dan rakyat Malaysia  yang lahir 31/08
Semoga adikku dan keluarga sihat dan bahagia selalu. Jangan lupa gumpul duit kio utk melabur di Zenithgold. Hihihihi

Salam Merdeka :-
@ mungkin buat diriku :- mungkin terpaksa melupakan cinta kasih sayang. Kalau tidak pun mungkin menjadi korban raya korban nanti. Tunggu dan lihat. Perlu bersedia - menjelang merdeka hingga raya korban. Semoga tidak terus tersungkur. Moga hati tabah utk bangun. Moga perasaan tidak membeku selamanya. Wlupun doa dipanjat harapan disimpan setinggi langit - Dia Maha mengetahui.

# masih mengharap everything is ok. Masih mengharap ada peluang utk berjuang. Mengharap dan berharap.... Semoga bukan kekecewaan. Semoga bukan kebencian.

@ Terima kasih banyak2. Semoga kita semua bahagia hingga ke akhir hayat.

Jumaat, 12 Ogos 2016

BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA


Suka bulan ogos ouh... sekejap betul ni mo ujung taun. cepat juga sy mo tua ni..hihihiii...

Baca dan hayati ayat-ayat motivasi ni. Sesungguhnya tiada yang sempurna di alam fana ni. Bersyukur lah dengan apa yang ada dan sedang dimiliki.


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik.
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.

Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang,
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lain pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak terjangka.

Bersabar, bersyukur, berusaha,berdoa dan bertawakal.
Hanya dia, Allah yang maha Esa.

Sekadar perkongsian daripada ayat-ayat motivasi yang sangat baik dan berguna.
Kata-kata perangsang yang paling saya suka daripada dulu. Buangkan rasa merungut dalam hidup, Buang jauh sikap membandingkan diri dengan orang lain (negative), buangkan sikap mempertikaikan nasib orang lain. In sha Allah hidup sentiasa diberkati dan rasa tenang.

Ahad, 31 Julai 2016

Dari kekasih untuk kekasih

Sejak mula bertentang mata
Lidah kelu tak terkata
Dengan dia
Yang baik hati budinya
Cantik rupanya
Umpama sekuntum bunga
Sudikah jika hidup bersama

Pertama tama kali
Ku bertemu bersemuka
Lekas senyum nan manja
Membuat hati tergoda
Di situ bermula
Cinta pandang pertama
Mengharap bulan purnama
Agar bahtera menanti kita

Terlerai sudah segala derita
Menanti fajar menjelma tiba
Diriku umpama seorang nakhoda
Setiap ku hajati akan terlaksana
Dirimu tetap ku puja-puja
Begitulah cinta
Cinta yang mulia
Merestui hari yang bahagia
Berkekalan untuk selama-lamanya.

Terima kasih banyak2

Ahad, 10 Julai 2016

Sabar dengan soalan ni

Kalau pigi mana2 kena banyak sabar dengan ni soalan.
"Ko bila mo kahwin?"
Peh!!!!!! Soalan. Panas sy sekejap.
Tapi sabar. Mana bulih meradang. Mesti mo jaga air muka. Siti Jienah kan perempuan dusun terakhir. Hahahaa... Hari ni masuk 5 syawal...sudah tiga orang Tanya sy begitu. Mo jawab ayat sentap bah tapi orang tua bah yang Tanya. Senyum sajalah. "Kalau panjang umur nanti sy hantar Surat jemputan". Yang tidak bulih bla tu siap mo kasi tingu anak lagi. Kwangkwangkwang... Nda apalah. Bayangkan kalau situasi tu dilihat oleh mereka yg sudah lama berkahwin tp belum dapat zuriat. Eeeee....
Sy teringt kawan sekolah form 6 lalu. Sy terserempak dengannya d pusat membeli belah minggu keempàt bulan ramadan. Sy tahu dia non Muslim. Masa tu sy nampak dia dengan seorang wanita bertudung hitam. Mo tegur tapi takut salah org. Tidak jadi sy tegur. Dua hari sebelum raya sy pigi pasar pagi utk beli sayur Dan ayam. Sy terkejut betul owh..
" hai, Siti. Beli ayam. Assalamualaikum".
Sy menjawab salam macam takut2. Dalam fikiran sy- Islam kah dia.
"Tempoh hari kenapa tidak tegur sy"
"Mo tegur tp takut salah org"
"Siti sudah kahwin?"
Waduh. Soalan ni lagi. Sy senyum saja.
"Belum lah tu... Tidak apa. Sy kahwin tahun 2008, tahun 2013 baru dapat baby. Lain orang lain jalan hidupnya".
Sy hanya tersenyum Itu saja yang mampu sy bagi. What more can I say? Rupanya kawan sy ni muallaf. So, selepas beli ayam sy pun berlalu Dan bagi salam dengan yakinnya. AlHamdulillah.
Semalam adik ajak pigi beraya di Rumah majikannya. Masa bersalam2 tu bos tu siap cakap sy adik... Sy bagitau sy kakak sulung. Dia siap minta maaf lagi. Terharunya. Hahahaaa.... Lucu pun iya juga. Terus sy teringat seorang lelaki berumur 19 tahun non muslim, - dia admire sy - mo meluahkan perasaan kunun tp dia terkejut bila tau umur sy. Dia fikir umur sy 25. Hahahahaaaaa.... Maafkan sy yer...

Kawan pakar motivasi sy ckp
" Jienah, ko jangan terikut dengan rentak percakapan orang sekeliling. Hidup harus memilih. Mencari pasangan harus memilih. Ko tengok ramai orang yang sudah kahwin dengki tengok ko belum kahwin. Ko tengok ramai yang sudah berkahwin tapi akhirnya bercerai. Macam sy ni".
Betul katanya.
Walau apapun orang kata, sy tetap positif. Tidak boleh menyalahkan siapa2. Sy percaya pérjalanan hidup seseorang telah dirancang oleh Allah SWT. Setiap sesuatu yang Allah bagi pinjam ada satu benda yang akan diambilnya. Terpulang kepada kita untuk menerimanya. Kawan sy cakap, bila sudah berkahwin banyak perkara yang harus dikorbankan. (Yg tu fikir sendiri). Dan sy terus positif dengan diri sy. Kalau sy ambil keputusan awal begitu - sy tak mungkin dapat buat rumah kediaman ibubapa Dan keluarga.
Terima sajalah ketentuàn Yang Maha Esa. Semua orang mengharap dan mengimpikan kehidupan yang bahagia namun bukan semua orang dapat menikmatinya. Jika anda sedang menikmatinya sekarang jagalah dengan baik nikmat tu. Jika is ditarik satu ketika nanti anda pasti menyesal. Bagi kita yang belum menikmatinya bersabar sajalah. Anda pasti menikmatinya suatu saat nanti. Bersangka baik dengan Allah SWT.
In shaa Allah.

Hari ni Atuk jemput open house di kg baginda. Rasa2nya sy tidak dapat pigi ni. Kepala kembali berdenyut2. Kelmarin petang jalan ziarah sepupu Dan bestfriend balik Rumah pukul 10.30pm. Badan kembali demam. Dalam kereta terpaksa tutup aircond. Semua makanan yg dimakan tiada rasa. Fine. Nasib baik sy cuti sampai 15/7/2016. Siti Jienah semoga cepat sembuh.

Siti Jienah : adakah misi mencari cinta harus diteruskan?. Mmmmmm....semoga misi akan termakbul. Belajar mempercayai cinta Dan sayang. Jika dikhianati terima dengan redha Dan berlalu pergi. Allah sentiasa ada untuk hambaNya.

Khamis, 7 Julai 2016

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum. Lupa singgah di sini. Nda apa2 bah kan... Hari ni hari ke-2 syawal. Masih belum terlambat ... I want to wish happy eid Mubarak to all my friend...just friend or best friend or unfriend. I'm apologize yaa... So sorry.

Rabu, 29 Jun 2016

INDAH PADA WAKTUNYA


Assalamualaikum wbt. Hari ni macam hati tidak sedap.. seperti ada sesuatu yang mengganggu. Ermmm... walau apapun saya mengharapkan tiada sesuatu perkara berat yang akan berlaku. terutamanya yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Terseksa jiwa bila disakiti dan tersakiti. Walaupun bibir tersenyum tapi hati meronta-ronta. huhuhuuu.... Bukan perkara mudah untuk menyayangi seseorang. Dan bukan perkara senang untuk mendapatkan kasih dan sayang seseorang. Bukan perkara mudah mempercayai seseorang dan tidak mudah mendapatkan kepercayaan seseorang. Apabila hati dan perasaan telah penat dan lelah - lastly, biarkan takdir dan waktu menentukannya. Walau apapun yang dihadapi walau apapun halangan yang mendatang, saya mengharap kehidupan yang akhirnya membahagiakan dan berbaloi untuk dihadapi. Seperti pada lirik lagu dewi perssik. INDAH PADA WAKTUNYA. i really really like lagu ni.. sesuai sangat dengan saya. hahahaaaa.... semoga saya akan berjaya menemukan kehidupan INDAH PADA WAKTUNYA.
kehidupan ini amat singkat. rasa rugi pula kalau tidak sempat merasa nikmat kebahagiaan hidup. sudahlah memang hidup susah. hahahaa... Berserah hanya kepada-Nya.

Aku memang belum beruntung
Gagal dan selalu gagal lagi
Hatiku tetap dekat
Dan takkan menyerah

Aku masih belum beruntung
Salah dan selalu salah lagi
Dibawah teriknya matahari
Aku tumpahkan isi hatiku
 
Ingin ku teriak ingin ku menangis
Tapi air mata ku sudah tiada lagi
Walau lelah hatiku takkan aku mengeluh
Biarlah hanya Tuhan yang tahu

Sebelum sisa umurku habis
Takkan pernah aku menyerah
Ku tetap bermimpi dan bermimpi
Sampai indah pada waktunya

Ingin ku teriak ingin ku menangis
Tapi air mata ku sudah tiada lagi
Walau lelah hatiku takkan aku mengeluh
Biarlah hanya Tuhan yang tahu

Sebelum sisa umurku habis
Takkan pernah aku menyerah
Ku tetap bermimpi dan bermimpi
Sampai indah pada waktunya

Sebelum sisa umurku habis
Takkan pernah aku menyerah
Ku tetap bermimpi dan bermimpi
Sampai indah pada waktunya

Tajuk : Indah Pada Waktunya / Dewi Perssik

Khamis, 23 Jun 2016

Why?

Mengenalinya sesuatu yang àmat berharga. Kerana dia seorang yang beriman Dan berilmu. Beruntung menjadi temannya. Itu kata sahabatku. Namun perkenalan yang boleh diibaratkan membahagiakan itu menimbulkan satu kecurigaan. Dan hati mulai berkata "jangan permainkan perasaanku"...

Selasa, 14 Jun 2016

AKUR


Pernah menyimpan harapan. Namun akhirnya terpaksa akur - setakat itu kemampuanku. Redha. Pasti ada harapan yang lain. Itu dahulu. Dan kini, aku membiarkan masa dan waktu menentukannya. Ku biarkan hatiku bergerak mengikut arus masa. Jika kecewa jika gagal aku terima. Namun sekiranya gembira jika berjaya syukur al-Hamdulillah. Aku tidak mahu lagi membebankan fikiranku dengan bermacam-macam perkara. Langgar saja. Jika bersalah terima hukuman.

walau begitu tetap menyimpan harapan - tetap menyimpan impian. Siapakah gerangannya yang berjaya membuatkan harapan dan impianku tercapai?

Terima kasih.

Ahad, 29 Mei 2016

KECEWA

Assalamualaikum. Beberapa hari lagi bulan ramadhan akan tiba. Semoga ramadhan kali bakal memberikan sejuta satu rahmat dan sinar kebahagiaan.

Dalam bahagia menyambut ramadhan... Hati ini jiwa ini rasa ini ...... Kecewa. Kecewa betul...kecewa sungguh. Its ok. Sabar sajalah. Lupakan semuanya.

Ahad, 1 Mei 2016

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja Dan Selamat Bercuti. Semoga terus berjaya dalam apa jua pekerjaan walau di mana pun berada. Syukurlah bagi kita yang mempunyai kerja tetap pendapatan tetap. Syukurlah Allah kurniakan nikmat kesenangan kerja. Hakikatnya, sama ada kita ada kerja tetap dengan syarikat atau bekerja sendiri rezeki kerja itu Allah yang beri. Walaupun kerja kita hari ni kita tidak suka kita harus lakukan dengan ikhlas kerana Allah. Kita seharusnya menikmati pekerjaan kita dengan seadanya. Sekurang2nya, andai nikmat itu ditarik balik oleh Allah kita tidak menyesal dan menerima ketentuan dengan seadanya. Setiap kerja ada susah dan senang tersendiri. Setiap pekerjaan ada duka gembira yang tersendiri. Ada masa sibuk ada masa tenang, ada masa stress ada masa relaks, ada masa nak marah ada masa nak senyum, ada masa bergaduh ada masa berpeluk, ada masa sakit ada masa sihat. Kita sendiri yang menjadikan diri kita sama ada lebih positif atau lebih negatif. Kita yang memutuskan sama ada lebih pentingkan majikan atau kesihatan diri sendiri. Jika kita rasa majikan jauh lebih penting berbanding keluarga - itu hak diri sendiri. Semua pekerjaan ada risiko tersendiri.... sama ada awak tu kerja kerani ke, pegawai penjara ke, pegawai polis ke, seorang guru ke, pegawai perubatan ke, ustaz ustazah ke, peguam ke, ahli perniagaan ke, ahli politik ke,...waima awak kerja sebagai pengutip sampah pun ada risikonya. Maka jangan bandingkan risiko kerja anda dengan kerja orang lain. Awak yang pilih kerja tu maka awak sanggup tanggung risikonya. kalau tidak sanggup berhadapan dengan risiko atau takut dengan risiko - baik berhenti kerja.

Bersyukur dengan kerja kita hari ni ... Semoga kerja yang kita lakukan mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah SWT.

"memilikimu adalah impianku"

Isnin, 18 April 2016

Bulan Stress

Peh!!!!!.... bulan ni bulan paling stress sy rasa. pertanyaan jawaban sindiran semua ada. bikin panas. mulut bukan main lgi mo menyumpah2 tp dlm hati oh tidak. lepas geram saja baitu kan?.. biasalah kalu hati sudah panas. ngam2 lgi skrg ni musim panas. astaghfirullah... hahahahaaa... kalu ikut my heart sy lestik2 tu telinga dan lubang idung dia. kikikikkkk... berani ka? berani dlm angan2 marah. huhuhuu... tomorrow is hari assembly sekolah. malas betul owh ... mo kena dtg awal... benci sy tu... ada dialog lgi tu... mo kena bersiap sedia ni ... kalu bulih mo bawa sedia tu kapas bikin sumbat telinga. apa lagi sindiran yg dilaungkan... harap2 tu piket sama meningot dtg juga bisuk. dia becakap bikin panas saja terus singet tu munung dia. ngam juga supaya tu mulut dia berenti menyindir urg. lain2 sj tu gaya... kuroyon poddi la kio. palan2 gia. kuli2 ih gia bei... syukur ne ri kio... haro po pogonuan tusin pemoli tusi. pologoson oh tobiat tulun suai. jagaon nopo tinan sendiri.

mkbs - i hope tomorrow is my special day.

Jumaat, 15 April 2016

testing

testing

--
​​

MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA.......secantik bunga semanis madu, jauh melangkah ingat pesan ibu sekeras kerikil semangat harus JITU...

Jumaat, 18 Mac 2016

Bulan Kelahiranku

Assalamualaikum. Lama tidak singgah sini. kalu mo cakap busy nda juga busy. hahahaa.... Sekejp saja bulan Mac mo abis sudah. sy malas mo ingat bulan Mac sebab bulan birthday sy. tp dlm nda suka mo ingat tu teringat juga bila ada teman2 yg ucap. yg tau tu tau la ..yg nda tau lagi bagus . lagipun di laman sosial like my Facebook sy kasi hide. sy takut urg tau yg sy tua suda. hahahahaaa... sot!!!!!... peduli la kn.... Sy mengharapkn tahun ni bakal memberi  sebuah harapan baik buat diri Dan family. wlupun sy tahun ni tahun pertama menghadapi kesesakn finance. tp buat nda tau sj sy... pasti ada rezeki lain ba kn... Allah maha pemurah lagi maha penyayang. Insha Allah.


Tahniah buat adikku.. kerana telah berjaya memperolehi 7A dalam SPM. sejarah terbaik dalam family. sebelum ni paling tinggi 3A 4B... ini rekod terbaik. Semoga adikku Noir Haidaiyah akan terus cemerlang. be a good daughter. jangan lagi jadi sot!!!...  Tahniah untuk semua. tahniah juga untuk sy kerana tua suda. hihihiii.....

Rabu, 27 Januari 2016

DUKA PEMBUKA TAHUN 2016



Assalamualaikum wbt.

Sekarang sudah tahun 2016 pula. lama betul sy nda singgah sini. Pembukaan tahun 2016, dimulai dengan kegembiraan diikuti kesedihan. Tanggal 21.01.2016, sahabatku serumah di Putrajaya selama 11 tahun pergi selamanya tak kembali. Rasa terkilan sebab tidak sempat berjumpa dengannya. Tiada rezeki. Positif thinking. Semoga kau tenang di sana sahabatku. Giliran sy tidak tau bila. Yang pasti mati itu pasti. Kesempatan berkunjung ke rumahmu dan menziarahi pusaramu akan ku ingat sampai bila-bila. al-Fatihah. Terima kasih segalanya. Mohon maaf segalanya. Terlalu banyak kenangan bersamamu. Akan ku kenang dikau dalam doaku.