Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 27 Oktober 2013

Minggu Alam Sekitar

Huhuhu.... Hari ni saya dan kawan-kawan join aktiviti greenrobik dan enviro-hunt sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia peringkat kebangsaan bertempat di Presint 4, Putrajaya. Seronok bersenamrobik. Berpeluh-peluh siut. Langkahnya senang saja - selepas ni boleh buat sendiri di rumah. Paling tidak boleh bla bla aktiviti enviro hunt - peserta bukan main ramai lagi tapi urus setia yang jaga di setiap point sikit. Berebut-rebut. But never mind. Aktiviti santai sekadar suka suki sahaja (walaupun dikatanya aktiviti santai tapi tetap kena berlari juga...penat siut). Dapatlah juga makan roti, pisang dan air teh kotak. Yang paling penting dapat baju t-shirt free (hehehe...). Banyak gerai pameran dan jualan. Geram saja menengok buah-buah tu tapi tak nak beli sebab buah dalam peti ais masih banyak. Paling tidak boleh bla juga sempat action moto besar bomba. Tak padan dengan kecil dan takutnya. (hahahaa....sekadar dalam gambar saja maa.... Sebab dalam realiti takut). Ooookkkklaaaahhhh.... Gembira.... kerajaan bagi bonus setengah bulan gaji tapi sedih sebab dibayarnya awal januari depan. Tapi inda apalah. Yang penting ada. (ishh...kanapa baini mata kanan sa berdenyut2 ja...rimas sa... Adik sa cakap ada hantu mo datang melawat. Cis...kurang asam. Nanti ko sana kio....). Cuti hujung minggu ni rasa sihat saja - badan rasa ringan. Sudah pi jogging kan.... Sedap betul rasa dapat pijak batu refleks... Toksin semakin banyak dalam badan. Fuh!!!.... Masalah demi masalah datang mengganggu. Satu persatu. Jiwa kacau betul. Pada masa yang sama risau jika tindakan yang diambil bakal mengeruhkan keadaan. Janji sudah tidak dipegang. Janji semakin dilupakan. Janji semakin jauh. Percaya pada janji semakin sukar. Lebih baik jangan percaya take a note only. Apa-apa pun masih mengharap dan terus berharap semuanya akan kembali normal kembali pulih seperti sediakala. Insya-Allah. Pertolongan Yang Maha Esa dipohon selalu. Mohon dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. Doaku sentiasa mengiringi... Insya-Allah. Eeerrrmmmmm..... Itu sajalah. Have a nice sleep. Bisuk mo kerja suda. Byeee.... Assalamualaikum.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Khamis, 24 Oktober 2013

KPPA DiSingkirKan?

Assalamualaikum. Ermmm... Oleh kerana mata tak nak lelap lagi maka saya pun singgah di sini di blog yang comel ini. Tadi leka melayan drama Chinese "The Legend Of Kublai Khan" di 8tv dan "The Liar" di ntv7. Kalaulah saya boleh dapat husband sehebat Kublai Khan kan bagus. Dan kalaulah saya boleh jadi wanita sehebat Puteri Chabi kan baik.... Berangan sajalah. But maybe nak jadi wanita solehah boleh kot...hahaaa.... Insya-Allah. Apa-apa pun manusia pasti berubah. More better or more hot...terpulanglah kan? Allah maha mengetahui. Saya sebenarnya sedang memahami cerita about ajaran Syiah. Saya bukan main lagi - pandang tinggi dengan Presiden Iran, siap follow diapunya blog. Rupa-rupanya dia penganut ajaran Syiah. Astaghfirullah... Apa-apa pun asalkan dia tidak sekongkol dengan Yahudi sesat untuk memusnahkan Islam... Ok. Dan yang penting ajaran Syiah tidak tersebar luas di Malaysia. Pihak berwajib sila ambil perhatian. Sama-sama kita perangi ajaran sesat lagi menyesatkan. (gembira terbaca berita kerajaan negara Brunei kini melaksanakan hukum Hudud. Malaysia bila lagi?. Insya-Allah. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk negara tercinta). Perkara yang paling menarik perhatian saya sejak isnin lalu, somebody ask me..betul ke JPA akan terima KPPA baru?. Saya just say entah. Uiii naa kama...orang luar JPA hebat lah... Tanya lagi, betul ke KPPA, JPA dan Pengarah INTAN masuk pool? Aik...ntahlah. Tiada kabar berita pun. Saya pun tidak puas hati ni. Nak tahu juga. Siapa pula yang berani dan berjaya menafikan keghairahan Tan Sri KPPA mentransformasikan - meremajakan JPA.... Saya tanya kawan katanya dengar begitulah cuma tak berani kata sebab tak pasti. Oooo.....Ada dakwaan mengatakan, KPPA akan diberi pencen awal kerana ditangkap menerima rasuah di kolam mandi. Hahahaaaa..... Macam tak percaya. Mandi pun boleh terima rasuah. Yang beri tu tak ditangkap ke? Dakwaan lain, kata disebabkan transformasi pertukaran besar-besaran JPA menyebabkan kakitangan MOCC ramai yang letak jawatan. Aduiii...berani juga durang letak jawatan. Dah banyak duit kot... Dakwaan lain juga mengatakan perlantikan KPPA tanpa perbincangan dan persetujuan SPA. Woww...ada juga begitu. Habis tu macam mana dia boleh naik jadi KPPA?. Teringat somebody say, KPPA dilantik kerana ideanya mewujudkan MOCC. Sekarang ni....kroni siapa semua ni?.... Adakah ini berkaitan dengan politik juga. Wowowowwoww.....dengar khabar SPA tengah buat mesyuarat tergempar dan berkemungkinan KSN akan terbabit sama.... Kesiannya. Tempoh hari bukan main lagi KPPA dan KSN berbalas hujah di akhbar...transformasi pertukaran besar-besaran punya pasal... Katanya, KEJAYAAN. Kejayaan apanya?...yang minta tukar tak bagi yang tak minta ditukarkan. Hadaplah!. Tempoh hari saya dengar senarai nama pertukaran keluar JPA fasa 2 akan keluar 25hb ni... Ku menunggu ku menunggu namaku dikeluarkan dari JPA...hahaaa.... But somebody say, takkan ada lagi tu. Confident lagi muka dia bercakap tu... Rupa-rupanya KPPA akan tersingkir....hahahaaaa..... Kalau betul semua dakwaan itu, apalagi... Kamurang yang telah tersakiti atau disakiti buatlah kenduri kesyukuran. Saya hadiahkan al-Fatihah saja. Semoga dia sabar dan kuat menghadapi semua masalah. Tinggi jawatan besarlah juga ujiannya. Jumaat ni nama saya naik untuk hadir perhimpunan bulanan JPA. So, saya inda sabar suda mo tunggu ari lima. Bukan apa mo tingu tu muka KPPA....kalu dia berucap mo rakam ni...heheheee..... Dengar keluhan orang yang terlibat dengan pertukaran rasa geram dengan dia... Sehinggakan saya with friend buat cerita drama....dia dilanggar lori....tapi sekadar suka-suka saja....untuk ketawa-ketawa. Mungkin itu juga balasannya kerana menganiaya orang lain... Mungkin dia lupa zaman ini zaman telus mulus...silap langkah singkir tanggung sendiri. Najib pun tidak dapat selamatkan dia. Kerajaan Najib cukup-cukup makan jer... Tak menang dua per tiga macam tu lah. Lainlah zamam Dr. M. Sekarang ni pun non-muslim semenanjung Malaysia sibuk mo minta guna kalimah Allah. Sibuk mo ikut Sabah Sarawak. Kah durang sengaja buat begitu untuk menyemarakkan api orang Sabah Sarawak?.... Ada hati kamu yer.... Apa-apa pun petang jumaat ni yang paling penting. Sebab ada pembentangan bajet 2014. Apa-apa pun intipatinya, saya mengharapkan akan ada bonus. Yaaaa......saya mo buat cermin mata ba.... En. Najib tolong arrr....tolong bagi bonus. Ko dengar kah? Ingat ah. Ko jangan lupa baca balik tu buku bajet...bukan apa manatau dalam tu tiada senarai pemberian bonus...hahahaaaa.... Barang keperluan kan semua meningkat.... Mungkin selepas ni masuk tandas awam kena bayar satu ringgit. Siapa tahu kan?Tadi ada yang kata, pembentangan bajet nanti penjawat awam yang memegang jawatan rendah akan dibayar gaji diploma jika ada sijil diploma. Aduiii....kesianlah orang macam saya ni....study setakat SPM saja.... Sudahlah gagal interview.... Rezeki masing-masinglah. Banyak duit banyak juga hutangnya...banyak duit banyak juga masalah yang datang. Apa-apa sajalah. Astaghfirullah....sudah pukul 1 pagi pula.... Al-Hamdulillah...sakit kepala, migrain sudah hilang. Tadi tidur selepas maghrib... Gara-gara kursus di Cyberjaya. Bilik kursus panas lewat makan lagi. Panasnya melemaskan badan dan menyebabkan kepala pusing. Perasaannya penatnya macam pigi mongomot satu minggu. Hururuuuu.... Salah sendiri juga...sebab sarapan just makan kuih. Sudah tau nda bulih sarapan kuih makan juga...kan suda sakit... Ok la...setakat itu sahaja... Walau apapun yang terjadi semoga kita semua kuat dan tabah menghadapi. Ujian Allah pasti ada hikmahnya. Ujian Allah pasti ada keindahannya. Ujian Allah tentu ada sebabnya. Bersangka baik dengan Allah selalu. Insya-Allah. Byeee....

 

Welcome to Celcom MMS

An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Selasa, 15 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Qurban

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat islam. Ampun maaf dipinta yerr... Seronoknya kawan-kawan yang balik kampung. Cemburu pula saya. Siapa suruh inda plan cuti awal-awal kan?...kotoh!!!.... It's ok. I am all right nopo. Tak terasa pun...tak sedih pun. Anggap saja berkorban demi tugas. Ceh.... Lebih kurang ler yer... Dah lama dah tak merasa daging korban. Tapun-tapun. Lupakan jer ler... Aku kan on diet...tak boleh makan lebih-lebih. Dah timbang berat badan dah...BMI hampir melepasi garis normal... Awas!!!.... Aduhai.... Tapi dalam on diet tadi dah melantak kek red velvet dah... Kek Amoi yang price RM15 tu....my favourite cake...berjaya dihabiskan dalam tempoh 7 jam...ditemani minuman green tea tanpa gula 3 gelas dan air mineral 750ml. Sudah terlebih makan ni... Skipping sebanyak 150x, tinju 100x....rasa-rasa boleh burn kalori banyak ka?... I don't know. After this i need to jogging...exercise more than usual. Sudah tua tuaini lembab pulaitu metabolisme... Dulu senam 1 hour saja seminggu turun sudaitu berat - sekarang panat mo lumpat-lumpat skipping tapi inda pandai turun-turun juga. Naik adalah. Padahal makan suda control. Baru satu minggu makan oat suda mo muntah itu tekak... Apa bulih buat - lumohing no ka tulun dusun. Hahahaa....harus diterima hakikatnya. Berita gembira juga, mahkamah persekutuan telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah "ALLAH" hanya khusus untuk agama islam. Agama lain tidak dibenarkan. Setelah 5 tahun pertikaian ini akhirnya selesai. Al-Hamdullilah. Dulu mula-mula dengar masalah ni, saya terfikir juga biarlah agama lain guna pun... Fikir pula kalau agama lain guna macam mana nak bezakan?. Peraturan wajib dipatuhi... Sudahlah halal haram banyak masalah. Kerajaan Malaysia wajib menjaga umat islamnya. Akidahnya.... Ajaran sesat ada di merata tempat. Terbaru ajaran Syiah. Saya pun tak tahu pasal syiah ni... Nanti nak buat research lah. Malaysia melarang umat islam keluar agama menganut agama lain atau kata lain murtad. Namun masih ada juga yang murtad secara senyap-senyap. Jika agama lain dibenar menggunakan kalimah ALLAH saya percaya makin senanglah kerja para pendakyah. Makin senanglah mereka mempengaruhi umat islam... Moga dijauhkan. Penganut agama lain harus faham walaupun Malaysia membenarkan kebebasan beragama tetapi itu tidak terpakai kepada penganut islam untuk keluar agama. Itu juga bukan bererti penyembaran agama lain dibenarkan. Faham yerr.... Sebelum ini saya tertanya-tanya, kenapa negara Indonesia membenarkan perkahwinan campur agama. Teruknya pemerintahan mereka. Saya pun search...rupanya perkahwinan campur agama tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di negara Indonesia kecuali perkahwinan tersebut dijalankan di luar negara. Oooo....patut pun artis Indonesia yang kahwin campur agama berkahwin di luar negara. Contoh paling dekat Marcell dengan pasangannya yang beragama islam...oppsss lupa namanya berkahwin di Singapore. Terbaru saya terbaca di internet pasangan tersebut kini sedang mendalami agama buddha. Astaghfirullahaladzim... Moga mereka beroleh hidayah. Betul kata Ustaz Kazem Elias. Jangan bandingkan Malaysia dengan Indonesia. Kerajaan Malaysia harus tegas dan teguh mempertahankan agama islam. Kata ketua pengarah JAKIM, jika kita memberi kelonggaran kepada mereka, mereka akan terus meminta. Dan itu sudah terbukti. (carilah bukti sendiri....). Teringat ceramah ustaz Kazem, sebenci-benci pun kita kepada orang jahat, orang bukan islam jangan sekali-kali mengeluarkan ucapan laknat kepada mereka. Kita tidak berhak. Sejahat-jahat G.W. Bush kita tidak boleh mengatakan laknat kerana jika Allah berikan hidayah kepadanya mungkin dia hambaNya yang lebih baik dari kita. Saya suka dengar ceramah ustaz Kazem. Dalam gelak tawa intipati ceramahnya banyak manfaat, mudah difahami....banyak kali aku terkena...baru tahu... So ambil pengajaran. Ambil selangkah demi selangkah untuk satu perubahan diri ke arah yang lebih positif. Insya-Allah. Banyak lagi nak kongsi tapi ini mata mengantuk sudah. Lain kali sajalah. Bye... Assalamualaikum.

 

Welcome to Celcom MMS

An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Jumaat, 4 Oktober 2013

Kesian Diolo....

Emmmm..... Apalah agaknya keadaan adikku Yang yang sedang exam PMR sejak rabu lalu... Tempoh hari katanya dia tidak berkeyakinan tinggi dengan subjek bahasa arab dan matematik. Saya tahu dia memang tidak minat mengira namun apakan daya exam tidak mengira semua itu. Kesian dia.... Tambah kesian lagi sifu matematiknya Leng tiada di rumah - dia berada di asrama sekolah sepanjang cuti exam pmr kerana dia terpilih salah satu pelajar target A dalam exam SPM bulan nov ini. Wajib menyertai program itu katanya. Saya harap Yang akan dan tetap buat yang terbaik untuk kertas matematik walaupun terpaksa belajar sendiri.... Saya tahu kamu sungguh tertekan mempelajari subjek matematik. Bersabarlah....pasti ada hasilnya. Saya juga amat berharap kamu tidak terganggu dengan kebisingan suara-suara di rumah ye.... Saya berharap kamu berdua akan lakukan yang terbaik more than me... Insya-Allah. Sejak akhir-akhir ini degupan jantung saya selalu berdegup kencang. Lepas tu lain macam saja perasaannya. Perasaan yang sungguh tidak selesa. Sekejap ok...lepas tu esoknya tiba-tiba saja. Ya Allah, lindungilah daku dan seluruh ahli keluargaku..amiinn. Kawan serumahku ditempatkan semula di Kem. Kewangan pinjaman perumahan setelah penempatannya di KDN ditolak balik oleh KDN. Fasa pertama seramai 171 pegawai JPA yang dikeluarkan. KPPA dengan bangganya menyatakan transformasinya berjaya. Wah wah wah. Dengarnya 25hb nanti akan ada lagi...mungkin fasa kedua. JPA nak mengeluarkan tiga ratus lebih pegawainya.....maknanya tinggal berapa lagi.... Harap-harap nama saya naik. Lepas tu boleh mohon terus pindah Sabah. Mungkin kalau perpindahan melalui jabatan atau kementerian lain lebih mudah.... Nama saja kerja di JPA tapi macam dianaktirikan... Yang kelakarnya itu nama nda lagi tu pandai masuk Q....still P...apa yang dibuat di P pun entah... Nda lama lagi mo hari raya haji suda. Menyesal pula sa nda terfikir nda terancang balik kg....kalu ndaitu nowiyahan no saitu mangga.... Apalah pindik butul akal saitu....pukising kama.... Ok la...pukul satu pagi suda....pigi modop...nanti telambat ma tumungag....haro po karaja magandad ..... Bye.... Assalamualaikum....have a sweetdream....


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Khamis, 3 Oktober 2013

Rabu, 2 Oktober 2013

9 Makanan Penyebab Kanser

Senarai 9 makanan yang patut dikurangkan bagi kita yang sihat ni. Bagi penghidap kanser pula makanan ni perlu la dielakkan.


1. Daging merah
Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

2. Gula
Gula adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.

3. Garam
Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.

4. Makanan laut cengkerang
Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

5. Kopi, teh, coklat
Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.

6. Makanan cuka tinggi
Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.

7. Makanan berminyak
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.

8. Hindari alkohol
Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

9. Makanan kandungan lemak tinggi
Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit. Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan. 

Copy from utusan malaysia

As You Turn Away - Gidong and Rick Ft Bernard LM


   
Lady Antebellum - As You Turn Away

Standing face to face
Wrapped in your embrace
I don't wanna let you go
But you're already gone

Now you kiss my cheek
Soft and bittersweet
I can read it in your eyes
Baby, this is our goodbye

Nothing more to say
Nothing left to break
I keep reaching out for you
Hoping you might stay

Nothing more to give
Nothing left to take
I keep reaching out for you
Reaching out for you
As you turn away

Let go of my hand
So I can feel again
Nothing's gonna hurt as much
As that final touch

No we can't be friends
Cause I don't think I could take seeing you
And knowing where we've been
I hope you understand

Nothing more to say
Nothing left to break
I keep reaching out for you
Hoping you might stay

Nothing more to give
Nothing left to take
I keep reaching out for you
Reaching out for you
As you turn away

One step my heart is breaking
One more my hands are shaking
The door is closing
And I just can't change it

Nothing more to say
Nothing left to break

Nothing more to give
Nothing left to take
I keep reaching out for you
Reaching out for you
I keep reaching out for you
Reaching out for you
As you turn away,
As you turn away,
As you turn away...