Senarai 9 makanan yang patut dikurangkan bagi kita yang sihat ni. Bagi penghidap kanser pula makanan ni perlu la dielakkan.
1. Daging merah
Sel
kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging
bersifat asid sangat tinggi.Daging mengandungi antibiotik ternak yang
menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit
kanser.Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun
bersifat
asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.
2. Gula
Gula
adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti
kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.Gula terbaik adalah gula
semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat
alkali.Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran,
namun
kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau
lebih buruk daripada gula.
3. Garam
Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk
membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam
laut.
4. Makanan laut cengkerang
Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah
mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan
kanser.
5. Kopi, teh, coklat
Ketiga-tiga
diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi
kandungan asid tinggi.Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan
kanser. Amalan meminum
air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia
di dalam air memasuki tubuh.
6. Makanan cuka tinggi
Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.
7. Makanan berminyak
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.
8. Hindari alkohol
Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap
asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang
mengandungi alkohol dan memabukkan.
9. Makanan kandungan lemak tinggi
Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang
boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan
penyakit. Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau
kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera
makan.
Copy from utusan malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou