Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat islam. Ampun maaf dipinta yerr... Seronoknya kawan-kawan yang balik kampung. Cemburu pula saya. Siapa suruh inda plan cuti awal-awal kan?...kotoh!!!.... It's ok. I am all right nopo. Tak terasa pun...tak sedih pun. Anggap saja berkorban demi tugas. Ceh.... Lebih kurang ler yer... Dah lama dah tak merasa daging korban. Tapun-tapun. Lupakan jer ler... Aku kan on diet...tak boleh makan lebih-lebih. Dah timbang berat badan dah...BMI hampir melepasi garis normal... Awas!!!.... Aduhai.... Tapi dalam on diet tadi dah melantak kek red velvet dah... Kek Amoi yang price RM15 tu....my favourite cake...berjaya dihabiskan dalam tempoh 7 jam...ditemani minuman green tea tanpa gula 3 gelas dan air mineral 750ml. Sudah terlebih makan ni... Skipping sebanyak 150x, tinju 100x....rasa-rasa boleh burn kalori banyak ka?... I don't know. After this i need to jogging...exercise more than usual. Sudah tua tuaini lembab pulaitu metabolisme... Dulu senam 1 hour saja seminggu turun sudaitu berat - sekarang panat mo lumpat-lumpat skipping tapi inda pandai turun-turun juga. Naik adalah. Padahal makan suda control. Baru satu minggu makan oat suda mo muntah itu tekak... Apa bulih buat - lumohing no ka tulun dusun. Hahahaa....harus diterima hakikatnya. Berita gembira juga, mahkamah persekutuan telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah "ALLAH" hanya khusus untuk agama islam. Agama lain tidak dibenarkan. Setelah 5 tahun pertikaian ini akhirnya selesai. Al-Hamdullilah. Dulu mula-mula dengar masalah ni, saya terfikir juga biarlah agama lain guna pun... Fikir pula kalau agama lain guna macam mana nak bezakan?. Peraturan wajib dipatuhi... Sudahlah halal haram banyak masalah. Kerajaan Malaysia wajib menjaga umat islamnya. Akidahnya.... Ajaran sesat ada di merata tempat. Terbaru ajaran Syiah. Saya pun tak tahu pasal syiah ni... Nanti nak buat research lah. Malaysia melarang umat islam keluar agama menganut agama lain atau kata lain murtad. Namun masih ada juga yang murtad secara senyap-senyap. Jika agama lain dibenar menggunakan kalimah ALLAH saya percaya makin senanglah kerja para pendakyah. Makin senanglah mereka mempengaruhi umat islam... Moga dijauhkan. Penganut agama lain harus faham walaupun Malaysia membenarkan kebebasan beragama tetapi itu tidak terpakai kepada penganut islam untuk keluar agama. Itu juga bukan bererti penyembaran agama lain dibenarkan. Faham yerr.... Sebelum ini saya tertanya-tanya, kenapa negara Indonesia membenarkan perkahwinan campur agama. Teruknya pemerintahan mereka. Saya pun search...rupanya perkahwinan campur agama tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di negara Indonesia kecuali perkahwinan tersebut dijalankan di luar negara. Oooo....patut pun artis Indonesia yang kahwin campur agama berkahwin di luar negara. Contoh paling dekat Marcell dengan pasangannya yang beragama islam...oppsss lupa namanya berkahwin di Singapore. Terbaru saya terbaca di internet pasangan tersebut kini sedang mendalami agama buddha. Astaghfirullahaladzim... Moga mereka beroleh hidayah. Betul kata Ustaz Kazem Elias. Jangan bandingkan Malaysia dengan Indonesia. Kerajaan Malaysia harus tegas dan teguh mempertahankan agama islam. Kata ketua pengarah JAKIM, jika kita memberi kelonggaran kepada mereka, mereka akan terus meminta. Dan itu sudah terbukti. (carilah bukti sendiri....). Teringat ceramah ustaz Kazem, sebenci-benci pun kita kepada orang jahat, orang bukan islam jangan sekali-kali mengeluarkan ucapan laknat kepada mereka. Kita tidak berhak. Sejahat-jahat G.W. Bush kita tidak boleh mengatakan laknat kerana jika Allah berikan hidayah kepadanya mungkin dia hambaNya yang lebih baik dari kita. Saya suka dengar ceramah ustaz Kazem. Dalam gelak tawa intipati ceramahnya banyak manfaat, mudah difahami....banyak kali aku terkena...baru tahu... So ambil pengajaran. Ambil selangkah demi selangkah untuk satu perubahan diri ke arah yang lebih positif. Insya-Allah. Banyak lagi nak kongsi tapi ini mata mengantuk sudah. Lain kali sajalah. Bye... Assalamualaikum.
Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou