Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 20 Jun 2026

JOM KENALI GXGOLD

Jom Kenali GXGold


Assalamualaikum semua. 

Saya mahu berkongsi satu platform yang sedang saya gunakan sekarang iaitu GXGold. Melalui platform ini, saya dapat menyimpan emas secara digital dengan lebih mudah dan fleksibel. (Sy kurang minat emas fizikal. Jadi sy join yg ini)

Jika kamu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan emas digital atau ingin mencuba sendiri, boleh mendaftar menggunakan pautan di bawah. Mana-mana yang kamu mahu. 

1) https://gxgold.net/?ref=moslim73

2) https://gxgold.net/?ref=its_iseumulazam

Tiada paksaan ya.. sekadar perkongsian. Buat kajian dan fahami dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Semoga bermanfaat!

Boleh whatsapp juga ; 01125440155 / 0146816240

Rabu, 17 Jun 2026

Salam 1 Muharam 1448H

Salam Maal Hijrah 1448H

1 Muharam 1448H menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam. Maal Hijrah bukan sekadar pertukaran angka tahun, tetapi merupakan waktu terbaik untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri, dan memperbaharui azam ke arah kehidupan yang lebih baik.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah mengajar kita tentang pengorbanan, kesabaran, kecekalan, dan keyakinan kepada pertolongan Allah SWT dalam menghadapi setiap cabaran kehidupan.

Sempena kedatangan tahun baharu Islam ini, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada semangat hijrah dengan meninggalkan perkara yang kurang baik, memperbanyakkan amalan soleh, mengeratkan silaturahim, serta berusaha menjadi insan yang lebih beriman dan bertakwa.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.
“Madani dihayati, Ummah diberkati”

Semoga tahun ini membawa rahmat, keberkatan, kesihatan yang baik, dan kejayaan buat kita semua. Aamiin. 

Rabu, 4 Mac 2026

GANJARAN PAHALA

GAJARAN PAHALA DARI ALLAH ITU ADA 3 JENIS.

PERTAMA PAHALA KERANA MENYEMPURNAKAN IMAN KEPADANYA.

KEDUA PAHALA KERANA MENYEMPURNAKAN SYARIATNYA YANG ZAHIR.

KETIGA PAHALA KERANA MENYEMPURNAKAN SYARIATNYA YANG BATIN IAITU MENGAMAL SIFAT SIFAT YANG MAHMUDAH DI HATI.

DOSA KEPADA ALLAH ITU ADA 3 JENIS. 

PERTAMA DOSA KERANA JAHIL ATAU MEMPERCAYAI KEPERCAYAAN YANG SALAH TERHADAP ALLAH ATAU ADA ZON, SYAK DAN WAHAM TERHADAP ZATNYA, SIFATNYA DAN AFALNYA. 

KEDUA DOSA KERANA MELANGGAR DAN MENINGGALKAN SYARIATNYA YANG ZAHIR. 

KETIGA DOSA KERANA MELANGGAR DAN MENINGGALKAN SYARIATNYA YANG BATIN IAITU MEMBIARKAN HATI BERSIFAT DENGAN SIFAT=SIFAT MAZMUMAH.

PERANG US, ISRAEL DAN IRAN

Perang ini bukan sekadar pertembungan biasa antara negara. Ia mempunyai dua lapisan yang jelas — yang tersurat dan yang tersirat. Dari sudut tersurat, alasannya telah pun dihuraikan. Namun yang lebih penting ialah apa yang tersembunyi di sebaliknya. Secara tersirat, perang ini dilihat sebagai langkah awal ke arah pembentukan dunia yang hanya akan mempunyai dua blok kuasa: blok pro-Yahudi dan blok pro-Islam. Ini bukan kebetulan, tetapi sebahagian daripada percaturan besar yang didakwa dirancang oleh elit global. Jika benar objektifnya adalah untuk membina dua blok baharu ini, maka Iran akan diposisikan sebagai pusat dan simbol kekuatan blok pro-Islam, manakala Israel akan menjadi pusat blok pro-Yahudi. Konflik yang berlaku bukan sekadar soal sempadan atau politik serantau, tetapi sedang membentuk garis pemisah ideologi berskala global. Perang ini akan menjadi pemangkin rasmi kepada kelahiran dua blok tersebut. Kewujudan dua blok ini pula membuka laluan kepada pelaksanaan agenda yang lebih besar — New World Order (NWO) menjelang 2030. Sebelum NWO dapat direalisasikan sepenuhnya, Perang Dunia Ketiga dipercayai perlu tercetus sebagai kemuncak pertembungan antara dua blok ini. Dalam naratif tersebut, kemenangan blok pro-Yahudi akan menandakan berakhirnya sistem dunia lama dan bermulanya satu pemerintahan tunggal yang dikenali sebagai Kerajaan Dunia. Di bawah sistem itu, dunia tidak lagi terbahagi kepada negara-negara berdaulat. Tanah dan lautan akan berada di bawah satu kuasa pusat. Hanya akan wujud satu negara, satu kerajaan, satu sistem pentadbiran, satu mata wang, satu kepercayaan, satu budaya dan satu cara hidup — semuanya disatukan di bawah satu struktur global yang mutlak. Inilah gambaran besar yang sering dikaitkan dengan gagasan awal New World Order. Apa pandangan anda?

Sabtu, 21 Februari 2026

RAFAH IS GONE

Sedih hati "Rafah is Gone". Sakit hati pun ada. Kasihan dengan rakyat Palestin. Namun apakan daya. Saya pun tiada daya upaya. Hanya mampu menangis dalam hati. Hanya mampu merontah dalam hati. Hanya mampu berdoa semoga rakyat Palestin dilindungi dibawah rahmah Allah. Yang terkorban diberikan syahid. 

Surah Al-Baqarah ayat 154
وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.”

Surah Al-Ma’idah (5:78)
“Orang-orang kafir dari Bani Israel telah dilaknat melalui lisan Dawud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu kerana mereka derhaka dan melampaui batas.”

Rakyat di Palestin menghadapi ujian yang sangat berat — kehilangan keluarga, rumah, keselamatan, dan masa depan yang pasti. Namun dunia menyaksikan bagaimana mereka tetap berdiri dengan kalimah syukur dan takbir di bibir.

Allah berfirman dalam Al-Qur'an:
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)


Me : bikin anxiety tingu di sosmed.