Assalamualaikum. Ermmm... Oleh kerana mata tak nak lelap lagi maka saya pun singgah di sini di blog yang comel ini. Tadi leka melayan drama Chinese "The Legend Of Kublai Khan" di 8tv dan "The Liar" di ntv7. Kalaulah saya boleh dapat husband sehebat Kublai Khan kan bagus. Dan kalaulah saya boleh jadi wanita sehebat Puteri Chabi kan baik.... Berangan sajalah. But maybe nak jadi wanita solehah boleh kot...hahaaa.... Insya-Allah. Apa-apa pun manusia pasti berubah. More better or more hot...terpulanglah kan? Allah maha mengetahui. Saya sebenarnya sedang memahami cerita about ajaran Syiah. Saya bukan main lagi - pandang tinggi dengan Presiden Iran, siap follow diapunya blog. Rupa-rupanya dia penganut ajaran Syiah. Astaghfirullah... Apa-apa pun asalkan dia tidak sekongkol dengan Yahudi sesat untuk memusnahkan Islam... Ok. Dan yang penting ajaran Syiah tidak tersebar luas di Malaysia. Pihak berwajib sila ambil perhatian. Sama-sama kita perangi ajaran sesat lagi menyesatkan. (gembira terbaca berita kerajaan negara Brunei kini melaksanakan hukum Hudud. Malaysia bila lagi?. Insya-Allah. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk negara tercinta). Perkara yang paling menarik perhatian saya sejak isnin lalu, somebody ask me..betul ke JPA akan terima KPPA baru?. Saya just say entah. Uiii naa kama...orang luar JPA hebat lah... Tanya lagi, betul ke KPPA, JPA dan Pengarah INTAN masuk pool? Aik...ntahlah. Tiada kabar berita pun. Saya pun tidak puas hati ni. Nak tahu juga. Siapa pula yang berani dan berjaya menafikan keghairahan Tan Sri KPPA mentransformasikan - meremajakan JPA.... Saya tanya kawan katanya dengar begitulah cuma tak berani kata sebab tak pasti. Oooo.....Ada dakwaan mengatakan, KPPA akan diberi pencen awal kerana ditangkap menerima rasuah di kolam mandi. Hahahaaaa..... Macam tak percaya. Mandi pun boleh terima rasuah. Yang beri tu tak ditangkap ke? Dakwaan lain, kata disebabkan transformasi pertukaran besar-besaran JPA menyebabkan kakitangan MOCC ramai yang letak jawatan. Aduiii...berani juga durang letak jawatan. Dah banyak duit kot... Dakwaan lain juga mengatakan perlantikan KPPA tanpa perbincangan dan persetujuan SPA. Woww...ada juga begitu. Habis tu macam mana dia boleh naik jadi KPPA?. Teringat somebody say, KPPA dilantik kerana ideanya mewujudkan MOCC. Sekarang ni....kroni siapa semua ni?.... Adakah ini berkaitan dengan politik juga. Wowowowwoww.....dengar khabar SPA tengah buat mesyuarat tergempar dan berkemungkinan KSN akan terbabit sama.... Kesiannya. Tempoh hari bukan main lagi KPPA dan KSN berbalas hujah di akhbar...transformasi pertukaran besar-besaran punya pasal... Katanya, KEJAYAAN. Kejayaan apanya?...yang minta tukar tak bagi yang tak minta ditukarkan. Hadaplah!. Tempoh hari saya dengar senarai nama pertukaran keluar JPA fasa 2 akan keluar 25hb ni... Ku menunggu ku menunggu namaku dikeluarkan dari JPA...hahaaa.... But somebody say, takkan ada lagi tu. Confident lagi muka dia bercakap tu... Rupa-rupanya KPPA akan tersingkir....hahahaaaa..... Kalau betul semua dakwaan itu, apalagi... Kamurang yang telah tersakiti atau disakiti buatlah kenduri kesyukuran. Saya hadiahkan al-Fatihah saja. Semoga dia sabar dan kuat menghadapi semua masalah. Tinggi jawatan besarlah juga ujiannya. Jumaat ni nama saya naik untuk hadir perhimpunan bulanan JPA. So, saya inda sabar suda mo tunggu ari lima. Bukan apa mo tingu tu muka KPPA....kalu dia berucap mo rakam ni...heheheee..... Dengar keluhan orang yang terlibat dengan pertukaran rasa geram dengan dia... Sehinggakan saya with friend buat cerita drama....dia dilanggar lori....tapi sekadar suka-suka saja....untuk ketawa-ketawa. Mungkin itu juga balasannya kerana menganiaya orang lain... Mungkin dia lupa zaman ini zaman telus mulus...silap langkah singkir tanggung sendiri. Najib pun tidak dapat selamatkan dia. Kerajaan Najib cukup-cukup makan jer... Tak menang dua per tiga macam tu lah. Lainlah zamam Dr. M. Sekarang ni pun non-muslim semenanjung Malaysia sibuk mo minta guna kalimah Allah. Sibuk mo ikut Sabah Sarawak. Kah durang sengaja buat begitu untuk menyemarakkan api orang Sabah Sarawak?.... Ada hati kamu yer.... Apa-apa pun petang jumaat ni yang paling penting. Sebab ada pembentangan bajet 2014. Apa-apa pun intipatinya, saya mengharapkan akan ada bonus. Yaaaa......saya mo buat cermin mata ba.... En. Najib tolong arrr....tolong bagi bonus. Ko dengar kah? Ingat ah. Ko jangan lupa baca balik tu buku bajet...bukan apa manatau dalam tu tiada senarai pemberian bonus...hahahaaaa.... Barang keperluan kan semua meningkat.... Mungkin selepas ni masuk tandas awam kena bayar satu ringgit. Siapa tahu kan?Tadi ada yang kata, pembentangan bajet nanti penjawat awam yang memegang jawatan rendah akan dibayar gaji diploma jika ada sijil diploma. Aduiii....kesianlah orang macam saya ni....study setakat SPM saja.... Sudahlah gagal interview.... Rezeki masing-masinglah. Banyak duit banyak juga hutangnya...banyak duit banyak juga masalah yang datang. Apa-apa sajalah. Astaghfirullah....sudah pukul 1 pagi pula.... Al-Hamdulillah...sakit kepala, migrain sudah hilang. Tadi tidur selepas maghrib... Gara-gara kursus di Cyberjaya. Bilik kursus panas lewat makan lagi. Panasnya melemaskan badan dan menyebabkan kepala pusing. Perasaannya penatnya macam pigi mongomot satu minggu. Hururuuuu.... Salah sendiri juga...sebab sarapan just makan kuih. Sudah tau nda bulih sarapan kuih makan juga...kan suda sakit... Ok la...setakat itu sahaja... Walau apapun yang terjadi semoga kita semua kuat dan tabah menghadapi. Ujian Allah pasti ada hikmahnya. Ujian Allah pasti ada keindahannya. Ujian Allah tentu ada sebabnya. Bersangka baik dengan Allah selalu. Insya-Allah. Byeee....
Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou