Beberapa kali aku mengalami perasaan ini - memang sakit namun aku berjaya memujuk hatiku dalam tempoh tiga hari dan kembali pulih dan bebas. Namun tidak kali ini. Terlalu sukar. Hatiku seakan-akan tidak mahu dipujuk lagi. Rasa nak menangis namun air mata tiada. Hati nak marah tapi nak marah siapa. Hati mula membenci. Hati mula menyumpah. Hati tak mahu memaafkan. Oh hati. Tolonglah. Tenanglah tabahlah sabarlah duhai hati. Tinggalkanlah semua tu. Mungkin ini kali berakhir aku mengalami dan merasai menikmati perasaan ini. Aku harap ini yang terakhir. Sesungguhnya aku tidak suka dengan semua ini. Lebih baik bebas. Jika ditakdirkan aku tiada kesempatan menikmati alam rumahtangga, aku redha. Aku boleh ambil anak angkat atau jaga anak-anak yatim piatu. Semoga hati ini kembali tenang kembali bebas. Tiada gangguan tiada prasangka. Kembalilah duhai hati yang tenang, terus menikmati sisa kehidupan yang ada, meningkatkan amal ibadah untuk bekalan hari akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou