Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 12 September 2016

Jiwaku terguris

Hidupku cukup aman bahagia walaupun sering diasak dengan soalan perkahwinan. Aku belajar dan redha jika hayatku tamat tanpa merasai nikmat berkeluarga tanpa zuriat penyambung keturunan. Aku sudah rela dengan keadaan seperti ini. Jiwaku tenang tanpa gangguan perasaan. Namun ketenangan itu terganggu. Terganggu dengan dahsyatnya. Mereka memperkenalkanku dengannya. Berbagai-bagai ayat pujuk untuk aku menerima. Ada contoh ada hadis. Ya, aku Cuba. Apa salahnya kan.... Dia memujukku agar jangan ragu-ragu dan bersangka baik selalu. Aku memang bersangka baik dengan semua orang. Namun tidak salah jika aku berasa ragu demi menjaga keselamatan jiwa dan perasaanku. Ya, aku menerimanya. Aku akui memang aku selesa dengan caranya. Dia pandai mengambil hatiku. Hatiku tenang dengan kata-kata nasihatnya. Dia serba-serbi tahu tentang agama. Terutamanya berkaitan baca alQuran. It's my favourite. Dalam keselesaan itu aku diuji. Dalam kegembiraan aku telah dikecewakan. Aku memang kecewa, sakit hati. Sangat-sangat. Aku rasa menyesal sangat. Ketenangan jiwaku telah terganggu perasaanku hancur luluh. Sepatutnya aku tidak menerima cinta ini. Sepatutnya aku tak perlu mendengar kata-kata temanku. Semuanya tiada manfaat selain menyakitkan hatiku. Walaupun aku bijak memujuk hatiku, kali ini tidak mudah untuk dilakukan. Ya, aku akan terus mencuba memujuk hatiku. Itu sebahagian dari kehidupan. Aku berharap hatiku tidak akan membeku selamanya. Aku harap sedalam mana pun kekecewaan dan luka hatiku semoga saja tiada kebencian dalam diriku. Sesungguhnya tidak bahagia insan yang menyakiti hatiku melukakan keikhlasanku. Sesungguhnya tidak bahagia insan yang memberi harapan lalu menghancurkan kepercayaan insan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou