Selamat Hari Pekerja Dan Selamat Bercuti. Semoga terus berjaya dalam apa jua pekerjaan walau di mana pun berada. Syukurlah bagi kita yang mempunyai kerja tetap pendapatan tetap. Syukurlah Allah kurniakan nikmat kesenangan kerja. Hakikatnya, sama ada kita ada kerja tetap dengan syarikat atau bekerja sendiri rezeki kerja itu Allah yang beri. Walaupun kerja kita hari ni kita tidak suka kita harus lakukan dengan ikhlas kerana Allah. Kita seharusnya menikmati pekerjaan kita dengan seadanya. Sekurang2nya, andai nikmat itu ditarik balik oleh Allah kita tidak menyesal dan menerima ketentuan dengan seadanya. Setiap kerja ada susah dan senang tersendiri. Setiap pekerjaan ada duka gembira yang tersendiri. Ada masa sibuk ada masa tenang, ada masa stress ada masa relaks, ada masa nak marah ada masa nak senyum, ada masa bergaduh ada masa berpeluk, ada masa sakit ada masa sihat. Kita sendiri yang menjadikan diri kita sama ada lebih positif atau lebih negatif. Kita yang memutuskan sama ada lebih pentingkan majikan atau kesihatan diri sendiri. Jika kita rasa majikan jauh lebih penting berbanding keluarga - itu hak diri sendiri. Semua pekerjaan ada risiko tersendiri.... sama ada awak tu kerja kerani ke, pegawai penjara ke, pegawai polis ke, seorang guru ke, pegawai perubatan ke, ustaz ustazah ke, peguam ke, ahli perniagaan ke, ahli politik ke,...waima awak kerja sebagai pengutip sampah pun ada risikonya. Maka jangan bandingkan risiko kerja anda dengan kerja orang lain. Awak yang pilih kerja tu maka awak sanggup tanggung risikonya. kalau tidak sanggup berhadapan dengan risiko atau takut dengan risiko - baik berhenti kerja.
Bersyukur dengan kerja kita hari ni ... Semoga kerja yang kita lakukan mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah SWT.
"memilikimu adalah impianku"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou