MENTADDABUR INTIPATI SURAH AL FATIHAH.
Assalamualaikum w.w.
Alhamdulillahirobil a'laminn
Allahumasollialamuhammad.
SURAH PALING AJAIB
Surah Alfatihah adalah satu2nya surah di dalam al quran yg Allah wajibkan dibaca di dalam solat. Jika tidak membacanya dalam solat, maka solat itu dihukum tidak sah. Allah tidak terima solat yg tidak dibaca surah alfatihah didalamnya.
Kemudian tempat dan masa membaca alfatihah itu pun di tetapkan tempat dan masanya dalam solat, iaitu mesti di baca di awal solat di setiap rakaat atau selepas mengangkat takbiratulihram. Siapa yang solat memang tahu hal ini.
Tidak cukup itu ulama2 fekah menghukumkan lagi, bacaan alfatihah itu mesti di baca dalam bahasa, makhraj dan tajwid seperti ia di wahyukan oleh Allah swt kepada nabi, terutama jika seseorang itu mejadi imam dalam solat berjemaah. Jika Alfatihah di baca dalam solat tidak mengikut hukum itu adalah diyakini bacaan alfatihah itu batal dan akan membawa solat itu juga akan tidak sah, kerana membaca alfatiha adalah rukun dalam ibadah solat. Tinggal rukun maka tidak sah lah solat itu.
Kemudian ada lagi ulama yg berpendapat tidak boleh baca alfatihah dalam keadaan lalai, maksudnya fikiran tidak menghayati bacaannya, fikiran melayang ke mana-mana padahal dalam masa yg sama dia sedang membaca surah alfatihah dalam solatnya. Bacaan yg begini tidak membatalkan solatnya tetapi dia telah membuat perkara yg haram dalam solat iaitu lalai dalam solat, al quran "Sesungguhnya neraka wail untuk mereka yg solat, yg solatnya dalam keadaan lalai"... Wajib bertaubat sambil mengucap istigfar kepada Allah selepas selesai solat.
Begitulah lebih kurang betapa pentingnya alfatihah itu di baca dalam solat, tapi pernah kah kita terfikir kenapa dan mengapa surah ini begitu penting bagi Allah untuk manusia, sehinggah Allah mewajibkan ia di baca dalam solat, mungkin ada yg terfikir tentang ini tetapi kerana tidak bertemu jawapannya maka apa yg difikirkan itu pun dibiarkan berlalu shja.
Sebenarnya Allah mewajibkan alfatihah di baca dalam solat bukanlah hanya sekadar salah satu pelengkap kepada ibadah solat itu shja, tetapi jauh dari itu sebenarnya ada tujuan yg lebih besar yang Allah berkehendak untuk umat islam, Allah berkehendak umat islam mengkaji dan mengali ilmu² yg terpendam dalam alfatihah itu untuk d implemantasi dalam kehidupan mereka, kerana sesungguhnya segala isi alquran itu telah di ringkaskan di dalam surah alfatihah, tapi ia perlu ditadaburkan untuk ditemui. Dalam tulisan ini saya cuma berkongsi sedikit temuan² yg saya temui apa yg terpendam dalam surah paling ajaib ini.
MESEJ UTAMA ALLAH DALAM SURAH ALFATIHAH.
Setiap tulisan yg berkualiti itu mestilah tulisan yg mengandungi mesej, kerana setiap tulisan itu ditulis adalah kerana ada mesej yg mahu disampaikan.
Begitu juga Al quran, Al quran adalah mesej dari Allah untuk umat manusia secara umumnya dan untuk orang beriman secara khususnya. Dalam ayat² Al quran itu semuanya sarat dgn mesej yg mengandungi ilmu, ajaran, panduan dan pedoman yang sangat lengkap. Semua itu hanya boleh ditemui dan dimiliki dengan jalan mentadaburkannya, alquran " ... Dan tidak ada satu perkara pun yg Kami tinggalkan melainkan semuanya ada d dalam kitab ini..."
Dalam alhadis rasulullah ada bersabda bahawa alfatihah adalah ibu kitab, ibu kitab membawa erti seluruh kitab dan risalah rasul dan nabi yg berupa lembaran² dipanggil su'uf, semuanya beribukan al fatiha. Begitulah saratnya mesej Allah yg terkandung dalam surah Al fatihah ini. Dalam tulisan ini saya hanya berkongsi tentang intipati alfatihah sahaja. Intipati ertinya ialah ayat yg mengandungi mesej utama dari Allah dalam surah alfatihah tetapi bukan bererti saya mengatakan bahawa ayat2 yg lain dalam surah ini tidak mengandungi mesej dari Allah, tetap ada masejnya seperti saya katakan sebelum ini tentang surah alfatihah sebagai ibu kitab.
Al quran bukan syair tetapi ia mempunyai nilai syair yg sangat berkualiti tinggi malah mengalahkan mana² syair yg paling berkualiti sebab Alquran adalah wahyu illahiya..
Oleh kerana al quran mempunyai nilai seni syair yg tinggi maka untuk menggali mesej² yg tersembunyi di dalam ayat² atau pun surah²nya maka metod memahami mesej dalam ilmu syair saya gunakan untuk menggali mesej² yg tersembunyi dalam ayat² atau pun surah², ini untuk orang awam seperti saya. kalau orang² khusus dan khusus lagi khusus mereka sudah tentu mempunyai metod yg berbeza untk menggali mesej yg tersembunyi. Bagi orang awam seperti saya metod membaca syair, saya guna pakai untuk mentadaburkan ayat Alquran dalam rangka menggali mesej² yg tersembunyi, walau bagaimana pun sebenarnya ada banyak metod yg lain boleh diguna pakai tapi saya di sini menggunakan metod memahami mesej dalam syair.
Surah alfatihah terdiri dari 7 ayat termasuk bismillah..
Ingat ya saya menggunakan metode ilmu syair.
Dalam ilmu syair biasanya ada tiga perkara yg terkandung pada setiap syair, iaitu pembuka, mesej dan penutup.
Jika kita mahu mengenal pasti ayat yg manakah tersimpannya mesej utama Allah dalam surah alfatihah maka jika kita menggunakan metod memahami mesej dalam ilmu syair insyallah kita akan mudah menemuinya.
Dalam metod ilmu syair ayat 1 hingga ayat 4 surah Alfatihah adalah ayat pembuka, ayat 5 dan ayat 6 adalah mesej utama manakala penutupnya pula ialah ayat 7. Isi dalam alfatihah adalah ayat 5 dan 6, ertinya mesej besar dari Allah dalam Surah ini untuk manusia secara umum dan orang beriman secara khusus ialah tersimpan pada ayat 5 dan ke 6, manakala penutupnya pula ayat ketujuh.
MESEJ BESAR DARI ALLAH
Ayat ke lima dan ke enam;
Hanya pada mu kami (aku) menyembah (mengabdikan diri)
Dan hanya pada mu kami (aku) memohon pertolongan, tunjukilah(tetapkanlah) kami (aku) jalan yang lurus.
Ada 3 mesej terbesar dalam dua ayat ini;
1) HANAYA KEPADA MU KAMI(AKU) MENYEMBAH(MENGABDIKAN DIRI)
Mesej dalam ayat ini ialah Allah memerintahkan manusia atau orang beriman untuk hanya menyembah atau menghambakan diri kpdNYA. Perlu satu tajuk khas untuk menghurai maksud hanya menghambakan diri kpd Allah SWT. Inilah yg perlu setiap manusia atau orang beriman mengkoreksi diri mereka apakah dia betul² yakin dirinya telah menghambakan dirinya kpd Allah swt sesuai seperti yg Allah kehendaki khususnya seperti mesejNYA dalam dalam ayat ini.
Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkah dgn tegas kepada manusia umumnya dan kepada orang beriman kususnya agar mereka hanya menghambakan diri kepadaNYA dan melarang mereka dengan sekeras kerasnya mengabdikan diri kepada selain DIA. Perintah dan larang terkandung dalam ayat
ini, ini ialah kerana ayat ini di dahului dengan kalimah hanyalah. kalimah hanyalah ertinya penegasan setegas tegasnya. Iaitu hanya mengabdi kpd Allah dan tidak sekali kali mengabdi pada selain Dia.
Inilah tujuan sebenar manusia dan jin diciptakan iaitu untuk mengabdikan diri kpd Allah swt. Alquran.. Tidaklah Aku menciptakan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kpdKU..
2) DAN HANYA KEPADA MU KAMI(AKU) MEMOHON PERTOLONGAN.
Di dalam rangka pengabdian diri kpd Allah, dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada hambaNYA, iaitu apabila mereka berada di dalam musibah atau dalam keadaan berhajat maka Allah menetapkan hendaklah hambaNYA itu hanya memohon pertolonganNYA semata - mata dan melarang hambahNYA memohon pertolongan pada selain DIA.
Dalam ayat ini mesejnya sangat keras, kerana mengandung unsur² perintah dan larangan dalam masa yg sama, iaitu perintah tegas kepada setiap hambahNYA agar hanya memohon pertolongan kepadaNYA dan dalam masa yg sama melarang kerasa kpd mereka momohon pertolongan selain DIA.
Dalam mengabdikan diri kepada Allah, Allah mensyaratkan apabila hambaNYA memerlukan pertolongan maka hambaNYA itu hanya dibenarkan memohon pertolongan padaNYA sahaja dan dilarang keras memohon pertolongan pada selain DIA.
Ini juga adalah sebagai tanda utama yang mesti ada kepada setiap hambaNYA, atau ciri - ciri penting yg mesti ada pada seorang hamba sebab itu dalam ayat ini diawali dengan kata hanyalah, kata hanyalah itu adalah penguat kata kepada kata kata seterusnya.
Kata hanyalah juga adalah kata janji.
Ertinya Allah menyuruh hambaNYA berjanji di hadapaNYA bahawa dia hanya akan memohon pertolongan padaNYA dan dalam masa yg sama berjanji tidak akan meminta pertolongan selain DIA. Dalam ilmu tauhid keadaan seperti ini adalah tauhid yg sempurna. Bukan sahaja dia menghambahkan dirinya kpd Allah tetapi dia juga taat dan setia kpdNya. Walau macam mana susah sekali pun ia tidak akan memohon pertolongan selain dari Allah, bagi dia hanya Allah satu - satunya tempat memohon dan meminta tolong dan Allah lah penolongnya tanpa ragu dan bimbang di hati. Jadi mesej dlm ayat ini ialah sebagai hamba Allah jangan ada rasa takut dan bimbang pada kehidupan dunia kerana Allah sentiasa ada untuk menolong mereka, tetapi pertolongan Allah itu bersyarat dan syaratnya ialah tidak boleh memohon pertolongan kpd selain Allah swt.
TUNJUKILAH(TETAPKANLAH) KAMI(AKU) DI JALAN YANG LURUS.
3, Dalam ayat ini Allah juga memerintahkan hamba²Nya untuk sentiasa memohon kpdNYA agar DIA mengekalkan mereka di dalam petunjukNya(kekal dalam pengabdian). Ertinya dalam ayat ini Allah SWT berkehendak hamba²Nya itu jangan terlalu yakin akan kekal di atas jalanNYA, tetapi mereka harus sentiasa ada rasa takut dan bimbang jika dengan kelalaian mereka menyebabkan Allah berpaling dari mereka, walaupun mereka telah berada di atas jalanNYA mereka tidak boleh terlalu yakin akan kekal tetapi mereka harus merasa takut dan cemas kalau² kelalaian mereka kpda Allah menyebabkan Allah murka dan berpaling dari mereka sehingga Allah biarkan mereka tanpa bimbingan. Tanpa bimbingan Allah maka sesat lah jawabnya jika sesat di dunia maka lebih sesatlah lagi di akhirat kelak.
Sebab itu sewaktu membaca ayat ini yang membaca kena betul² khusyuk atau betul² sedar Allah berkuasa mutlak menghitam putihkan jalan hidupnya, penuh rasa mengharap kepada Allah agar Allah kekal membimbingnya diatas jalanNYA untuk mejadi hambah yang diredoiNYA dan juga mengharap jangan sekali - kali dosa dosanya menyebabkan Allah berpaling darinya. Jika ayat ini difahami begini dan dihayati kefahaman itu sewaktu membacanya insyallah hati sang hamba akan sentiasa sensitif hatinya pada Robnya.
Kefahaman ayat ini bukan hanya perlu dihayati sewaktu membacanya sahaja terutama sewaktu menghadap Allah dalam solat tetapi kefahaman ayat ini harus dihayati dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian. Sentiasa disuburkan harapan dihati kepada Allah agar Allah berkehendak mengekalkan dirinya di atas jalanNYA iaitu jalan pengabdian kpdNya.
Ini lah mesej yg terkandung dalam ayat ini, yg Allah mahu hambaNYA faham dan dibawa dalam hidup mereka. Membawa faham ini dalam kehidupan akan melengkapkan keperibadian dirinya sebagai hamba Allah iaitu keperibadian seperti yg Allah kehendaki, bukan seperti kefahaman umum, iaitu bila bersyahadah sahaja kononya sudah jadi hamba Allah. Benar apabila seseorang itu telah bersyahadah dia telah terkeluar dari golongan kafir pada sisi Allah dan masuk dalam golongan islam iaitu golongan yg tunduk kpd Allah, tetapi dengan hanya itu belum mencukupi untuk Allah masukkan dia ke dalam golongan hamba²Nya kerana ada banyak lagi syarat² lain yg perlu dipenuhi barulah Allah berkenan memasukan dia ke dalam golongan hambaNya jadi jangan salah faham, sebap itulah pentingnya mencari faham dengan jalan menuntut ilmu agama supaya tidak salah faham.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya ada tiga mesej besar yg tersembunyi dalam surah alfatihah yg Allah berkehendak difahami oleh manusia.
1, Allah berkehendak agar manusia hanya menghambakan diri mereka kepadaNYA dan melarang keras mereka menghambakan diri kepada selain DIA. Agar Allah selamatkan mereka dikehidupan dunia ini hingga kekehidupan selepas mati.
2, Allah meletakan syarat kpd manusia yg mahu menghambakan diri kpd Allah iaitu jika mereka dalam kesulitan dan berhajat, Allah menetapkan mereka hanya boleh memohon pertolongan kepadaNYA sahaja dan Allah melarang mereka memohon pertolongan selain DIA. Mana² hambaNYA yg melanggar syaratNya ini maka Allah akan keluarkan mereka dari golongan hambaNYA.( masuk kedlam golongan kafir musyirikin)
3. Allah juga meletakan syarat ketiga kepada hambaNya, iaitu mereka kena sentiasa merasa takut dan cemas dengan murkaNYA, sentiasa mengharap perlindungan Allah dari digelincirkanNYA dari jalanNYA kerana kemurkaanNya. Untuk itu mereka kena lari dari segala larangan Allah jangan sesekali berani mendekatinya terutama dua larangan terbesar dalam ayat ini, iaitu menghambakan diri kepada selain Allah dan memohon pertolongan selain Dia. Dalam ilmu tauhid dua larangan ini ialah dosa mengsyirikkan Allah atau menduakanNYA.
itulah lebih kurang yg hendak saya kongsikan dalam tulisan ini semoga ada manfaatnya. Segala yang baik itu semua milik Allah semata-mata. Salah dan silap dalam tulisan ini adalah atas kelemahan saya. ampun maaf. Wasalam.
mohd&jienah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou