JANGAN KAU MENJUAL AGAMA ALLAH MU
Jangan sekali kali kau terfikir menjual agama Allah mu untuk mencari untung dunia yang sedikit.
Tahukah kau apa itu menjual agama Allah mu..
Tahu kah kau, mencari pujian orang dengan amal ibadah yang diperintah Allah mu itu sudah menjatuhkan kau ke dalam dosa menjual agama..
Mengapa kau mencari pujian manusia dengan amal yang diperintahkan Allah mu, bukankah Dia perintahkan kau beramal hanya untuk mencari redohNya.
Bukankah Allah mu melarang mu, jangan kamu menyekutukan Dia dalam ibadat mu kepadaNya.
Mencari pujian manusia dengan ibadah mu bukankah itu namanya kau menyekutukan Allah mu,
redoh Allah kau mahu tapi pujian manusia juga kau mahu..
Berhentilah.. Bertaubatlah..
Janganlah kau kekalkan diri mu dalam dosa besar itu..
Berlaku benarlah di hadapan Allah mu..
Tidakkah kau takut kutukan Allah mu akan menimpah mu dan menimpah juga kepada zuriat mu..
Cukuplah bani Israil itu mendapat kutukan dan kutukan itu mengalir terus sehingga ke hari ini pada zuriat mereka,
jangan kau pula mahu jadi bangsa yg dikutuk..
Tidakkah kau tahu bani Israil itu dilaknat Allah mu kerana apa..
Bukankah kerana mereka melampau batas dalam menjual agama Allah mu..
Bukan kah para alim ulamak mereka telah menjadikan agama Allah mu menjadi milik mereka.
Bukankah mereka menjual Taurat Allah mu untuk mendapat jawatan-jawatan penting di sisi raja-raja mereka..
Bukankah mereka mengubah ubah hukum Taurat Allah mu untuk menyokong pemerintah mereka yg zalim..
Bukankah mereka dilaknat Allah mu melalui lidah nabi nabi Allah mu,
lidah nabi daud dan nabi Isa a.s..
Bukankah mereka telah berusaha membunuh nabi Isa kerana Allah mu menelanjangkan dosa dosa mereka menjual Agama Allah mu melalui lidah nabi Isa..
Bukankah seluruh bani Israil dilaknat, sedangkan yang menjual agama hanya para alim ulamanya sahaja.
Tapi mengapa seluruh bani israil sampai ke hari ini zuriat mereka terus dilaknat..
Jadi jangan kau berani berani coba menjual agama Allah mu,
takutlah kau kepada murka Allah mu.
Janganlah lagi menjual agama Allah mu, jika kau mahu mencari pujian manusia juga,
janganlah kau jadikan amalmu sebagai alatnya..
Sekali lagi jangan..
Berhentilah..
Lebih lebih lagi jika sekarang ini kau sedang memperdagangkan urusan urusan agama mu untuk mencari keuntungan disisi manusia.
Jika kau begini..
Itu bukan lagi kau menjual agamamu secara sembunyi sembunyi tetapi kau sudah menjualnya secara terang terangan.. kemungkaran yang besar, sangat besar murka Allah mu..
Fahamkah kau apa itu memperdagangkan urusan agama Allah mu.
Kau sudah dikira memperdagangkan urusan agama apabila kau meminta minta sedekah kepada manusia untuk membantu orang orang fakir sedangkan dalam hatimu kau mahu menumpang makan dari sedekah itu.
Kau buat rumah anak yatim kemudian kau meminta meminta sedekah kepada manusia untuk membiayai rumah itu dengan niat di hatimu kau boleh makan dan minum dari hasil sedekah itu.
Kau buka sekolah agama dan kau meminta minta sedekah kepada manusia untuk membiayai sekolah itu dengan harapan dihatimu kau dan keluarga kau boleh menumpang hidup hasil dari sedekah itu..
Kau buat kerja dakwah dan kau meminta minta sedekah dari manusia untuk membiayai gerakan dakwahmu supaya kau boleh makan dan memberi makan kepada ahli keluargamu dari hasil sedekah itu..
Kau mengajar ilmu agama sehingga engkau terkenal selepas itu kau tetapkan bayaran sumbangan untuk kau mengisi ceramah dan dengan hasil itulah kau menghidupkan keluargamu..
Bukankah Allah mu memerintahkan mu, berjuanglah kamu di jalan Allah mu dengan harta dan jiwa raga kamu..
Jadi berjuanglah sekadar harta yg Allah beri kepada mu, kerana gaji mu itu Allah mu yang membayarnya.
Tetapi jika Allah membantu urusan mu melalui tangan tangan manusia kau terimalah sedekah itu untuk urusan agama mu jangan kau makan walau sedikit pun.
Yang boleh kau makan ialah hadiah hadiah yang manusia hadiahkan kepada dirimu secara peribadi,
berlaku benarlah kau dihadapan Allah mu.
Nabi sahaja kerana takut dirinya dan zuriatnya terjatuh dalam dosa besar ini, nabi telah mengharamkan dirinya dan keluarganya memakan sedekah..
Nabi mengajar para sahabatnya berdagang jika mahu jadi kaya, berkerja jika mahu mehidupkan keluarga..
Yang paling berbahaya itu ialah bila kau membina satu jemaah untuk memperbaiki diri atau untuk apa pun alasan mu kemudian kau wajibkan ahli jemaah mu mengeluarkan infaq setiap bulan.
Selepas itu kau guna hasil infaq itu untuk kau dan keluarga kau hidup bermewah mewah, sehingga ada ahli jemaah mu sampai mati pun terus membayar hutang kerana berhutang untuk berinfaq kepada mu atas nama jemaah mu..
Itu semua contoh contoh kau memperdagangkan agama Allah mu, janganlah kiranya kau jatuh ke dalam dosa besar ini,
sangat besar murka Allah mu.
Barang siapa yg menjual agama Allah mu Dia adalah musuh Allah mu yg nyata maka janganlah Kau menjadi musuh Allah mu yg nyata..
Mohd&Jienah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou