Berkuatkuasa 15/03/2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia ialah Dato' Mohamad Zabidi Bin Zainal. Katanya, dia nak jadi KPPA yang bertransformasi. Transformasi pertama yang bakal dilaksanakan adalah mengeluarkan penjawat awam JPA yang sudah melebihi 5 tahun bertugas di JPA Putrajaya. Bertukar keluar tanpa pengganti. Salah seorangnya adalah saya. Berapa kali saya mohon pindah balik Sabah namun tidak berjaya. Alasannya saya tiada sebab kukuh. Ramai yang lebih memerlukannya. Nampaknya kali ini tak payah pening-pening...sudah sah akan ditukarkan. Tunggu masa dan ketikanya saja. Kata kasarnya, tunggu surat arahan bertukar keluar. Dengar berita pihak berkaitan sedang menyenaraikan pegawai JPA yang terlibat. Macam menifesto PRU-13 pula. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Dalam keghairahan nak mengeluarkan orang lama jangan lupa toleh-tolehlah kiri kanan depan belakang. Bukan apa silap haribulan awak yang terkeluar. Ada khabar angin mendakwa Bahagian Modal Insan akan dibubarkan... Bahagian Pasca Perkhidmatan / pencen juga dalam proses penswastaan. Tapi ada yang kata kalau BN kalah dalam PRU belum tentu akan terlaksana. Dasar Penswastaan!. Ikut sajalah. Transformasi kedua, mengurangkan penggunaan kertas sehingga 50%. Huhuhuuu....nasiblah bahagian/unit/tugas yang banyak menggunakan kertas... Yang ini saya tidak hairan. Selepas ini kita akan lihat penjawat awam membeli dan menggunakan kertas sendiri. Hahahaaaa.... Slogan pada surat rasmi dah nak tukar dah. Kalau sebelum ni slogan JPA "JPA peneraju perubahan perkhidmatan awam"....diubah kepada "JPA peneraju transformasi perkhidmatan awam". Ini pun pembaziran juga. Surat-surat rasmi lama yang berkotak-kotak tu nak buat apa....koyak dan jual...atau nak jadikan recycle paper...eloklah kalau begitu. CEKAP TEPAT INTEGRITI - kata KPPA. Sekarang ni, HRMIS pun dah laju dah...seronok. Mungkin menyahut transformasi KPPA. katanya, kalau tak dapat nak laksanakan tukar...kita ganti dengan orang baru. Kalau itulah sebabnya HRMIS ni jadi laju...nampak sangat HRMIS tu tak buat kerja. Kena KPPA bertransformasi bagai baru tahu. Dengarnya, selepas ini JPA tidak akan menaja pelajar lagi dah. Semua itu akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau betul baguslah. JPA bukannya hebat sangat (heheheeee...). Kita tunggu apa lagi yang akan berlaku selepas ini.....
Saya rasa terkejut. Saya geleng-geleng kepala sebab terbaca dalam paper 'PAS tetap nak laksanakan hukum hudud'...walaupun ditentang PKR dan DAP. Ada seorang rakan lalu dan bertanya 'apa yang ko geleng kepala?'. 'Kan bagus kalau PAS ni tak join PR'. 'Ko nak ke PAS?'. 'Saya ok saja. Saya setuju saja'. 'Ko nak ke Hudud. Mencuri kena potong tangan. Rakyat Malaysia semua kudung'. Saya terkejut dia boleh cakap begitu. Kalau ada hukuman begitu sahlah pencuri takkan mencuri. Hukum hudud pun ada garis panduan. Bukan main potong tangan sembarangan. Berani awak cakap begitu...itu sudah mempersenda hukum Allah. Orang Kelantan tu yang cakap...
Mkbs : "terus melangkah selagi mengerti arah sendiri"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou