Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 29 April 2013

Malam Santapan Rohani, Putrajaya

Kumpulan Inteam. Gambar tak jelas. Bolehlahhh..
Warga yang datang duduk di atas tikar. Jemputan khas duduk di kerusi. Ok tak?...



27.04.2013, 8.30 malam - Program malam santapan rohani bertempat di laman PPJ presint 3. Turut dihadiri oleh pengerusi perbadan putrajaya En. Asih Che Mat dan isteri juga VIP yang lain. Kalau tidak silap duta dari Qatar juga ada. Artis jemputan adalah Ustaz Dzulkarnain, Inteam, Salima Habibi dan Hafiz Hamidun. Diharap program seperti ini akan ada lagi. Seronok duduk bersantai di atas tikar mendengar alunan zikrullah, lagu dan tazkirah sambil makan. Teruja mendengar alunan zikir ustz. Dzulkarnain. Really awesome. Saya mestilah suka sebab saya pernah masuk kelas al-qurannya. Kalau anda pernah belajar dengannya anda akan tahu begitu hebat auranya. Hafiz Hamidun terlalu sempoi dengan baju t-shirt dan seluar jean. Maybe dia dari mendengar ceramah Tun Dr. M. Sesekali tersenyum nampak lesung pipitnya yang dalam. So sweet. Inteam!!!!..... Pertama kali saya melihat mereka secara langsung depan mata. Jejaka yang kurus tu sentiasa senyum. Like!!!!.... Vokalnya bertenaga. Wajah pun macam artis kpop. Sayangnya tidak sempat tangkap gambar dorang. Asyik merakam saja kerjanya. Paling sayang sebab tidak bertuah. Nombor bertuah berharga dua ringgit. Tapi tidak mengapalah. Lagipun duit tu didermakan kepada tabung Palestin. Dapat pahala. Insya-Allah. Tapi kan......kan...kan.....membeli di tapak kejadian....mahal. Semua tiga ringgit. Air kelapa tiga ringgit wafer tiga ringgit jagung tiga ringgit. Aiyoyoyoyyooo.... Kalau di kampung saya di pasar malam sayur sayurnya paling murah dua ringgit. Tiada lagi yang satu ringgit. Atukeiii.... Cili padi 15 biji harganya dua ringgit. Kata teman nak murah buat sendiri...heheheeee...

******************************************

Setelah saya mendengar semula rakaman semalam, persembahan ust. Dzulkarnain betul-betul meninggalkan impak. Nak dengar berulangkali. (saya nak hafal lah....). Yang lain tetap disukai tetap ada wowww. Rupanya pada malam yang sama juga ada ceramah politik. Dua fahaman politik yang berbeza. Yang satu nak mempertahan Putrajaya dan yang satu lagi nak ambil alih Putrajaya. Ternyata terlalu hebat dan berharganya Putrajaya. Kalau dulu ia dipertikai dan diperlekeh kewujudan dan kepentingannya kini ia jadi rebutan. PUTRAJAYA kini anda menjadi idaman dan rebutan!!!!!!!..... Hahahaaaa....jangan pilih siapa-siapa ah...pilih saya saja. Kikikikik....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou