Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 21 April 2013

Langkah Ceria Bulan April 2013

Assalamualaikum. Hari ini saya dengan kawan-kawan datang menyertai dan memeriahkan program langkah ceria bulan april 2013, Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya. Pengarah eksekutif PJH dan maybank pun ada turut serta. Dan yang paling hot calon PRU-13 Putrajaya Tengku Adnan. Saya sempat tengok dia bersalam-salaman dengan orang ramai. Langkah ceria diadakan dengan dua laluan iaitu 3 dan 5 kilometer. Laluan berjalan juga berbeza sebelum ini. Sejuk mata memandang keindahan tasik Putrajaya. Sudah sepuluh tahun saya berkerja di sini saya tak pernah lalu pun jalan tu. Terima kasih. Sarapan pagi yang disediakan pun memang diet sungguh. Sebelum jalan diberi sarapan buah epal dan air kotak. Selepas berjalan pula roti gardenia dan air minuman. Makanan seimbang betul. Program tamat lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sedihnya, tak bertuah pun. Kesian diolo!.. Apa-apa pun kira ok dah sebab dapat baju percuma tajaan Maybank. Kata sebelum ni baju warna kuning...warna putih puuuunnnn....tulisan maybank yang warna kuning kot...hahahaaaa... Dek kerana kelaparan kami pun balik rumah dan singgah makan di foodcourt presint 9. Sayangnya....penuh dengan pelanggan. Tiada tempat kosong... Maka kami pun hanya beli bungkus dan makan di rumah. Eemmmm.... Sepanjang perjalanan penuh dengan bendera. Biru putih dan hijau putih. Merah putih tiada ka?... Teringat kata-kata Dr. Tuah "kita harus berhati-hati dan berwaspada dengan orang yang pendiam. Kita harus lebih berjaga-jaga dengan bos yang pendiam. Orang yang pendiam memendam perasaan dan pendendam". Sejauh mana kebenarannya?. Saya akui memang ada kebenarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou