. |
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Jumaat, 19 April 2013
SAC JPA-MARA 2013 - Tamat Sudah
Huh!....akhirnya ia telah selesai. Program SAC JPA-MARA 16-17 april 2013, Besut Terengganu berakhir dengan jayanya. Sebenarnya saya pun tak jelas dengan program ini. Hanya mereka yang membuat dan menyediakan dasar yang lebih mengetahui. Salah satu panel dari UITM, Kedah berkata 'hampir keseluruhan pelajar yang dipanggil temuduga tidak serius, tidak bersedia dan berkeyakinan rendah. Mereka hanya cantik di atas kertas tapi realiti sebaliknya. Dalam kertas Bahasa Inggeris A+ tapi komunikasi dalam bahasa tersebut tidak baik. Pengetahuan am dan pengetahuan berita-berita semasa juga amat lemah. Emmm....mungkin itulah sebabnya JPA mewujudkan program ini bagi memberi peluang kepada pelajar bumiputra. Lihat saja program lain seperti Program Ijazah Luar Negara (PILN) hampir 80% pelajar yang layak adalah pelajar berbangsa cina. Cadangan salah seorang panel dari UITM, pihak JPA dan MARA perlu menyediakan program kepada pelajar bumiputra bagi menyelesaikan masalah mereka. Wahahaaaa.... Kenapa JPA perlu bersusah payah untuk semua itu? JPA hanya menyediakan kemudahan. Bukankah itu sepatutnya menjadi tanggungjawab pihak sekolah dan MARA itu sendiri? Mereka adalah peneraju kekuatan pelajar kan?. Biar mereka pihak berwajib yang memikirnya. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu terutamanya cikgu Siti Haslinda dan cikgu Ghazali juga ahli persatuan rakan sebaya MRSM Besut Terengganu (sorry tak ingat nama-nama cikgu tu...)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou