Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 8 April 2013

ABPBH 2012 - ZIZAN Bolot Anugerah Online

Hari ini 07.04.2013 adalah majlis penganugerahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian Tahun 2012 berlangsung di Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di TV3 dan Hotfm. Tak sabar nak tengok siapa yang akan menang. Adakah tekaan dan undian saya menepati selera para peminat seni tanah air....tungguuuu.....(tengok siaran langsung di tv sahaja....heheheee...). Sedih sebab STACY tak dijemput membuat persembahan tahun ni...


**********


Persembahan pembukaan lagu Apo Kono Eh Jang versi lama dan versi baru. Saya lebih suka versi baru. Kumpulan ONEmcee dengan lagu Dikir Puteri. Persembahan yang happening. ABPBH kali ini - pengacaranya Fara Fauzana, Zizan Razak dan Johan Raja Lawak. Saya suka gandingan mereka. Funny and happening. (bikin panas....). Tapi tak suka cara persembahan One Nation Emcee...serabut...vokalisnya pun serabut... Fida nampak elegant...bersinar macam superstar...


******


ARTIS BARU LELAKI POPULAR : AIMAN HAKIM RIDZA


*****

ARTIS WANITA KOMEDI POPULAR : DIDIE ALIAS (aadadaaa...dress dia ledakan geometri sungguh...hahahaaa)


*****

Watak Jahat Di Layar ONLINE : Sofi Jikan (awak memang jahat...)


*****

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR : BLACK &MALIQUE


*****

PENGACARA TV LELAKI POPULAR : AZNIL NAWAWI (kembali di persada...)


*****

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR : FARA FAUZANA (tepat...)


*****

Persembahan lagu angan-angan oleh Asmidar, Adira, Kilafary, Nabila Huda, Yana Shamsuddin


*****

Gandingan Sensasi Di Layar Online : Zizan dan Johan (ingatkan AA akan menang....but i love JOZAN)


*****

PELAKON TV LELAKI POPULAR : AARON AZIZ (dah agak dah...)


*****

ARTIS BARU WANITA POPULAR : WAWA ZAINAL (hahahaaa....nasib baik menang. Teruskan usaha anda!)


*****

PENGACARA TV WANITA POPULAR : FARA FAUZANA (setakat ni belum tergugat...)


*****

Persembahan Projek Pistol dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (semua wanita atas pentas pun lawa-lawa). Saya tak suka dengan kumpulan ni tapi sejak vokalisnya berduet dengan Stacy dalam program realiti Mania...vokalisnya memang hebat..


*****

Watak Animasi Popular Online : Upin Ipin


*****

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR : FAIZAL ISMAIL @ FBI (susah digugat...)


*****

PELAKON TV WANITA POPULAR : NABILA HUDA (aku tak minat dia...tapi berlakon ok...)


*****

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR : ZIZAN RAZAK


*****

Persembahan Lagenda - Amir Uks (seksa), Umbrella (ramalanku benar belaka), Aya Ilusi (segalanya kuterima), Baigo Damasutra (umpama mimpi dalam mimpi). Persembahan yang paling saya suka.


*****

Artis Berpengaruh di Laman Sosial : Zizan Razak


*****
 
PENYANYI WANITA POPULAR : SHILA AMZAH (kecewa STACY kalah lagi...kempunanlah ko Stacy sampai bila-bila...tapun-tapunlah ko...rugi saja hantar undian...cuba lagi tahun depan..)


*****

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR : SHAHEIZY SAM (i vote u...nasib baik menang...)


*****

Persembahan lagu-lagu Search : Jay Jay (demi cinta), Ella (Pawana), M.Nasir (meniti titian usang), Ziana Zain (isabela) - ada suara pelik seperti salah lirik...


****
ANUGERAH SEPANJANG HAYAT : SEARCH


*****

Artis Lelaki Stylo Online : Zizan Razak (apa yang stylo dengannya....)


*****

Artis Wanita Stylo Online : Melissa Frances (stacy kalah lagi....hohoho...)


*****

PENYANYI LELAKI POPULAR : HAFIZ (ko memang berhak...)


*****
 
PELAKON FILEM WANITA POPULAR : YANA SHAMSUDDIN (menangis dia...like Fizz Fairuz menang tahun lalu....)

 ****

Persembahan artis youtube : Ainan Tasnem (aku suka dia), Najwa Latif & Sleeq (untuk dia), Liawania (sayang)....geli tingu durang ni...


*****

Artis Asia Paling Popular Online : Zizan Razak (hebat u ....boleh kalahkan Shila, Aron, Super Junior dan Bigbang yang jauh lebih popular di peringkat asia...)


*****

BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN TAHUN 2012 : SHAHEIZY SAM

Artis di bawah naungan Metrowealth menang - Wawa Zainal, Yana Shamsuddin dan Shaheizy Sam. Senyum lebar David Teo. 
Zizan menang besar melalui anugerah popular ONLINE.

*****


Persembahan penutup - RJ, Black, Johan, Zizan, Salam Musik. Persembahan yang biasa saja...mood nak balik rehat...mood kecewa... Kan bagus kalau persembahan diberi kepada artis yang berpengaruh.





Mkbs : Saya suka kata-kata salah seorang watak dalam iklan sayangi Malaysia "sikit itu terpulang kepada kita, banyak pun terpulang kepada kita...kalau kita tidak pandai gunakan. Daripada tiada bagus ada...". Betul katanya. Pokoknya, bersyukur selalu. Bersyukur seadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou