|
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Sabtu, 4 Mei 2013
Kafirkah Aku?
Kafirkah Aku adalah buku tulisan Zainon Bin Ismail. Beliau merupakan bekas pendidik dan merupakan ahli Pas seumur hidup. Sangat taksub dengan Amanat Hj Hadi. Pengalamannya sebagai bekas wartawan Harakah, beliau banyak menulis buku-buku berkaitan politik. Air Mata Di Bumi Memali adalah buku tulisannya yang dikeluarkan pada Nov 2010 telah menimbulkan kontrovesi sehingga diharamkan penjualannya kepada ahli Pas. Adakah Kafirkah Aku bakal mengundang kontrovesi?. Saya tertarik untuk membaca buku ini kerana perasaan ingin tahu apa kandungannya. Apa perbezaannya?. Kalau membaca akhbar Harakah boleh dikatakan hampir semua isi kandungannya adalah kritikan terhadap musuh mereka, buku ini bagaimana?. Rupanya buku ini adalah luahan rasa terkilan dan ada banyak kekecewaan yang terkandung di dalamnya. Dan ia juga merupakan teguran kepada Hj. Hadi Awang. Ini dia Amanat Hj. Hadi. Baca dan fahami betul-betul. "Saudara-saudara sekalian, percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahilliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". Boleh faham ka?. Rupanya itulah amanat yang telah menjadi ketaksuban ahli Pas. Membaca membaca dan terus membaca buku ini, mereka tidak ubah seperti kata pepatah melayu "sudah ludah, dijilat balik". Namun perkara yang menarik perhatian saya adalah pengaruh dan keberanian anggota Pas masa dulu membuatkan mereka disegani. Dari semua segi, jika ada unsur-unsur judi atau kemungkaran akan diprotes. Namun kehebatan dan kegemilangan begitu tidak wujud pada masa kini. Kenapa?. Sedangkan pemimpin-pemimpin lama dan tegas masih ada. Satu saja sebabnya. Mereka juga manusia biasa yang ada nafsu kemahuan. Mahu mengejar cinta dunia, gila kuasa, gila pangkat dan gila harta. Mungkin pemimpin-pemimpin lama masih berpegang teguh kepada pendirian asal mereka tetapi pemimpin baru?. Adakalanya pemimpin lama terpaksa akur kepada pemimpin baru. Mereka pun terjebak sekali. Betul tak?. Penulis juga banyak memperkatakan tentang pemerintahan kerajaan Pas di Kedah. Setelah 5 tahun Pas memerintah di Kedah tiada perubahan yang berlaku malah semakin teruk. Itu kata penulis.... "bila ditanya kenapa Pas berkereta mewah, dijawab mereka 'tak boleh kufur nikmat'. Ke atas pimpinan UMNO pula mereka kata, bazir duit rakyat". Mereka mengatakan Akidah itu isu kecil berbanding isu lebih besar iaitu isu pengundi hantu. Dulu pimpinan Pas kata UMNO melakukan apa sahaja untuk capai cita-cita politik, sekarang mereka juga guna pendekatan yang sama. See...... "Saya amat bersetuju hasrat Datuk Seri (Hadi) ingin berundur dari parti. Sebelum Datuk Seri mengundur diri, saya mohon satu perkara yang harus Datuk Seri selesaikan iaitu berkaitan amanat Datuk Seri. Saya kira telah beribu orang ahli Pas yang berpegang bahawa UMNO itu kafir, telah meninggal dunia. Semasa hidup mungkin mereka ini telah derhaka pada ibu bapa yang UMNO, telah berdosa pada saudara kandung yang UMNO, begitu juga dosa terhadap jiran atau orang kampung yang UMNO, berdosa pada rakan sekerja yang UMNO dan dosa terhadap seluruh orang UMNO yang dikafirkan. Walaupun saya dipecat dari Pas tetapi jiwa masih takut menyertai UMNO. Apalagi teringat kata-kata Tuan Guru Nik Aziz, mengundi UMNO itu boleh masuk neraka. Jika benar yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang Pas telah lama tinggal isu kafir mengkafir itu, maka DATUK SERI HARUS TARIK BALIK AMANAT TERSEBUT DAN ISYTIHAR SECARA TERBUKA BAHAWA UMNO TIDAK KAFIR DI SISI ISLAM. Semua ahli diminta berbaik dan menghormati orang umno dalam kehidupan bermasyarakat. Tidak salah untuk mengamalkan ideologi politik masing-masing dalam keadaan aman dan damai. .......bebaskanlah kami dari ikatan amanat Datuk Seri itu". Betapa hebatnya amanat Hj Hadi kan?....walaupun sudah 30 tahun berlalu tetapi masih meningglkan kesan buruk terhadap masyarakat. Ulama kan.... Kata penulis lagi, sungguhpun keputusan memilih DSAI sebagai PM jika PR menawan Putrajaya pada PRU13 telah dibuat, beberapa perkara harus difikir secara serius. Antaranya "sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI. Antara istilah yang pernah disebutnya adalah 'DSAI buka kilang kunyit' dan juga menggelarnya DSAI sebagai 'Anwar Al-Juburi'. Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas Pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan Mohamad Sabu itu. Ini bermakna Pas Pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu. DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak benar, Mohamad Sabu wajib tarik balik ucapannya dan memohon maaf pada DSAI". Mereka dah berada dalam PR. Mungkin mereka dah bermaaf-maafan. Kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz mewajibkan semua wanita menutup aurat. Tidak boleh membuka rambut dan berbaju lengan pendek. Musykilnya, pada 18 april lalu saya singgah di Pasar Siti Khadijah......amboi ramai pun wanita yang berlengan pendek dan berbaju ketat. Begitu juga di Wakaf Che Yeh. Atau mungkin dorang curi-curi keluar dengan pakaian begitu. Mungkin juga dorang banyak duit nak bayar denda. Untunglaaa..... Ada banyak yang dipersoalkan oleh penulis terhadap kerajaan Pas terutamanya di Kedah. PAS, PKR dan DAP mungkin saling mempergunakan antara satu sama lain. Mesti ada untung dan rugi. Apabila mereka berkerjasama mereka memegang rahsia antara satu sama lain. Dan dalam pakatan mereka, mereka mestilah ada perancangan dan sokongan rancangan sendiri. Sesiapa yang berjaya mengumpul manfaat pastinya akan berjaya. Tentunya mereka juga telah banyak melakukan pengorbanan dan pasti sudah banyak yang terkorban. Walaupun mereka saling mengkhianati namun mereka juga saling melindungi. Siapa yang tersilap langkah dia akan menjadi mangsa. Lagipun pembangkang boleh melepaskan semua ketidak puas hati mereka. Mereka tiada tekanan. Tidak seperti pemerintah. Mereka perlu menjaga semua perasaan dan rahsia hati orang ramai. Tekanannya amat berat.Saya akui pakatan ini memang banyak idea. Cara mereka menguasai media elektronik sangat awesome. Namun kata pemerhati politik, media elektronik belum mampu menumbangkan kekuatan BN. Suatu kenyataan berani. Tapi masih boleh dipercayai. Sebenarnya, suatu masa dulu saya teringin nak tengok Pas memerintah Sabah. Adakah mereka berjaya membentuk sosial di negeri itu yang majoriti penduduknya bukan beragama islam?. Tapi macam mana Pas nak memerintah di sana....siapa yang mau undi dorang di sana?. Saya pun tidak undi dorang. Hahhaaaa.....(paling manang la ko jienah....) Melutut pun tiada yang mau. Dorang lagi suka si DSAI. Eemmmm..... kalau kamu nampak buku ni silalah baca. Insya-Allah ada manfaatnya. Saya harap penulis buku ini sentiasa berdoa dan bersabar. Selagi ada kudrat bantulah rakan-rakan seperjuangan anda. Walau dicerca dan dihina anggap itu sebagai ujian. Ba...apalagi...siapa yang ada kemampuan tu bantu-bantulah mereka perbetulkan landasan perjuangan mereka. Kesian dorang. (sa suka tingu saja...) PENAWAR TERBAIK ADA DISEBALIK KEPAHITAN. Ada terbaca kata-kata Tun Dr. Mahathir ketika berucap di Putrajaya pada 27 april lalu "Saya pun tak ada harapan nak jadi PM. Fikirkanlah, saya dulu jual goreng pisang. Tak mungkin jadi PM tapi akhirnya jadi". Woww....saya malu mau jual goreng pisang. Duduk berdiri di warung goreng pisang pun malu. Jangan salah tafsir ah. Malu orang tengok ba. Hahahaaa...... Hari ni Putrajaya dah sunyi. Ramai yang balik mengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing di negeri asal. Yang tinggal cuma penduduk lama yang memang mengundi di Putrajaya yang memang orang Ku Nan. Yang tinggal juga warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan. Dan yang tinggal juga orang seperti saya yang tidak menjalankan tanggungjawab kepada negara. (sebab itulah saya ada masa baca buku ni....kalau hari biasa jangan harap...mau jeling pun tidak...heheheee...). Perkataan 'Ni Kalilah' sudah menjadi popular di semenanjung. 'Ni kalilah' dan 'Bulih Ba Kalo Ko' adalah sebahagian daripada lirik lagu 'Orang Sabah Style' menggunakan rentak lagu 'PSY-gangnam style' yang popular di Sabah. Tidak sangka ia menjadi slogan menentang kerajaan. 'Ni kalilah...Tukar...' dan bolehlah dijawab 'bulih ba kalo ko'...ataupun 'lain kalilah'....ataupun boleh juga 'mangkalilah'.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou