Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 6 Mei 2013

PRU-13 : Kerajaan Barisan Nasional

Al-Hamdulillah. Walaupun saya tidak terlibat dengan aktiviti membuang undi tapi saya rasa terlibat meraihkan kemenangan. Di kampung adikku kata doakan bn menang sebab macam mo kalah saja. Tapi saya cakap jangan risau. Kalo bn kalah di keningau pun bn tetap memerintah. Betul kan?.... Dan dan ramai yang post bn main tipu. Apa mo hairan?. Dari tahun 1998 sampai sekarang pun begitu...asal kalah banyak songeh. Kalau dorang menang macam mana agaknya.... Sepupu di kampung sedih sebab star kalah....hehehee...sa nda sabar mo sms adik sa yang sukung star, macam mana perasaan dia..tapi nda berani sa...nda sanggup dengar rungutan. Saya tanya somebody 'kenapa sokong pkr bukan star?'. Dia jawab 'star sudah pi langit berkedip-kedip'. Hahahaaa.... Jawapan. Yang saturang cakap 'penipu saja. Cakap ni kalilah ni kalilah tapi pangkah lain kalilah...'. Apakan daya...mungkin yang akhirnya pangkah lain tu urat saraf dia terkejut di saat akhir. Apa yang penting....PUTRAJAYA maintain manang. Rugi saja dorang berkonvoi kamarin. Bikin samak saja. Membazir minyak...kata minyak mahal. Emmm.... Kotoh!!!!... Inda sabar mo tingu berapa ramai yang hidup menderita disebabkan minyak petrol etc mahal... Walaupun peratusan mengundi sekadar 68% tapi majoriti undian meningkat kepada 5 ribu lebih berbanding tahun 2008 hanya 2 ribu lebih. Tahniah!... Sebenarnya saya mo tingu tu anak c anwar kalah...tapi masih manang. Tapi majoriti sikit saja 1 ribu lebih....nda apalah. Paling hebat parti DAP....hampir semua tempat yang dia calon menang. Di kawasan bandar pula tu. Huhuhuuu..... Mungkin 5 tahun akan datang orang cina tinggal di bandar, melayu di kampung / luar bandar. Calon DAP menang dengan undian sampai lebih 50 ribu. YB Teresa....hwahwahwaaa....setia betul orang cina ni. Bandar besar di Johor dorang sudah dapat...skudai dan gelang patah. Huhuhuuu...kalu melayu nda bersatu di sana silap hari bulan Johor akan jadi no. 2 Pulau Pinang. Dorang ni memang hebat...tempat yang sudah maju dijadikan sasaran. Awas Keningau. Di Keningau tu pun bulih tahan urang cina dia. Tapi kan...orang Sabah ok saja.... Katanya Kedah kembali ke pangkuan bn. Ramailah itu remaja dewasa Sabah yang meroyan sebab PTPTN tidak berjaya dihapuskan. Hahahaaa.... Mereka-mereka yang banyak hutang PTPTN memang begitu...yang tiada hutang PTPTN macam saya ok saja. Bayarlah palan-palan....hari-hari boleh shopping sampai dua tiga ratus takkan hutang tu tak ingat nak bayar.... Kalau pembangkang taruh menifesto hutang dengan bank akan dihapuskan...sayalah orang pertama yang berlari mengundi dorang. Mana adil hapus PTPTN saja. Bukan semua orang ada hutang PTPTN. BN menang PR kalah. Jadi jangan lagi merungut. Bulan penuh dan bulan separuh pulang ke langit mencari kelemahan di samping memberi cahaya kepada ahli bumi manakala roket dalam perjalanan pulang ke china. Lima tahun lagi akan datang dengan misi yang lebih mantap. Hahahaaa....ngam ka?... Menang kalah adat bertanding kata Putra Mahkota Johor. Jangan bergaaduh tapi bermaaf-maafanlah. Apa-apa pun saya harap YB Najib dan gengnya akan menepati janji menifesto bn. Pendekatan lebih dinamika lebih telus lebih berintegriti. Agar terus menjadi pilihan rakyat. Usaha Pak Jib tidak sia-sia. Teruskan usaha anda. I will support you until pru14...itu pun kalau panjang umur. Aduiii....mata nda mo lelap ba. Sebenarnya mengharap diumumkan cuti tapi tidak boleh juga sebab kerja di ofis sudah menunggu...hari rabu dah nak pi kursus. Kalau kursus tu tunda atau batal kan bagus..... Ok la.... Selamat tidur.... Assalamualaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou