1) PQ ; Physical Quotient / sihat dan cergas
- makanan yang halal : pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal.
- bangun awal dan tidur cukup. Namun tidur tidak semestinya 8 jam sehari yang penting dapatkan tidur yang berkualiti. Jangan tidur selepas subuh.
2) IQ ; Intelligent Quotient / kecerdasan mental
- keturunan
- didikan
- persekitaran kehidupan yang baik.
3) EQ ; Emotional Quotient / keseimbangan emosi
- sabar
- tolak ansur
- tabah
- patriotisme
4) SQ ; Spiritual Quotient / kesempurnaan iman
- patuh pada ajaran agama
- iman ilmu amal
- bermoral
5) AQ ; Adversity Quotient / kebolehan menjangka
- kebolehan meramal masa depan
- bersedia menghadapi cabaran mendatang
* Tun Dr. Mahathir adalah contoh pemimpin paling unggul di dunia yang punya AQ terhebat.
6) CQ ; Communicational Quotient / kemahiran berkomunikasi
- menyakinkan dan petah
- cekap pelbagai bahasa
7) TQ ; Technology Quotient / kemahiran teknologi
- menguasai teras teknologi seperti ICT, alat komunikasi dan media
8) HQ ; Humanistic Quotient / berperikemanusiaan
- belas kasihan
- empati
* Boss yang mempunyai HQ yang baik adalah seorang bos yang baik.
9) S2Q ; Social Quotient / semangat kemasyarakatan
- bertoleransi
- memahami budaya kaum lain
10) FQ ; Family Quotient / keluarga bahagia
- rumahku syurgaku
- suami/isteri bertanggungjawab, anak soleh
5 Kaedah Tingkatkan Nilai Diri
1) Berhenti MEMBANDINGKAN diri dengan orang lain.
2) Berhenti MERENDAHKAN diri sendiri
3) Catatkan KEMAMPUAN diri dan realisasikan
4) Banyakkan PENGLIBATAN diri
5) Bergabung dengan orang POSITIF
Pengurusan Diri ; EQ + IQ (EIQ)
10 Tips Stabilkan EQ
1) Terima dengan seadanya
2) Sentiasa berkomunikasi berkesan dengan diri dan orang lain
3) Jaga tingkahlaku sopan - pembentukan peribadi dan etika
4) Selalu senyum
5) Kawal diri anda - atasi tekanan stres
6) Kawal emosi - jangan biar orang lain menyebabkan anda hilang sabar.
7) Sentiasa memaafkan
8) Sentiasa berdoa
9) Selalu bersenam
10) Cukup rehat
Pengurusan Tekanan
* terpulang kepada kita memilih stress atau sebaliknya.
Punca Stress
1) Sifat semulajadi ; selalu nak menang, terlalu teliti dalam sesuatu perkara, suka mendesak, selalu risau tanpa sebab, suka buruk sangka, terlalu serius dalam semua perkara.
2) Tempat kerja ; selalu bertukar teknologi, selalu masuk orang baru dan pelanggan yang terlalu cerewet.
3) Keadaan kerja ; terlalu banyak kerja, terlalu banyak membuat keputusan, terlalu banyak date-line, jangkaan yang terlalu tinggi.
4) Kerja yang membosankan ; tidak naik-naik pangkat, orang atasan yang terlalu keras, orang bawahan yang bermasalah.
5) Perubahan kerja yang tidak diingini
6) Perubahan tempat kerja
7) Kesihatan terganggu
8) Kehilangan orang yang dikasihi
9) Masalah kewangan dan hutang
10) Masalah rumahtangga/masyarakat ; sikap suami/isteri, anak, ahli keluarga, jiran tetangga, ahli persatuan dll.
11) Punca dalaman ; terlalu bercita-cita tinggi, terlalu inginkan kekayaan, imej negatif, berhati kotor dan ingkar perintah tuhan.
Tanda-tanda Stress
1) Gangguan fikiran ; sukar mengingat, sukar menyelesaikan masalah, kurang kreatif, mula pelupa.
2) Sakit-sakit fizikal ; sakit jantung, rambut gugur, sakit lutut, sukar bernafas, tekanan darah tinggi dll.
3) Tanda-anda negatif ; susah untuk tidur, tidur tidak lena, tiada selera makan, makan berlebihan, merokok berlebihan dll.
4) Tanda-tanda positif ; semakin rajin, tiba-tiba ada idea baru, semakin bertenaga.
Menangani Stress
1) Seimbangkan hidup ; kaji punca peribadi kita dan betulkan, audit diri, hisab diri sebelum tidur.
2) Bentuk kemahiran diri - mengurus masa
3) Perkemaskan kaedah pengurusan emosi - banyak doa, solat taubat, lepaskan emosi secara berhemah, kawal kemarahan.
4) Mengurus hubungan secara bijak - jauhi kawan peracun, banyak memberi dari menerima, banyak menolong orang lain, jangan risau tanpa sebab.
5) Seimbangkan cara hidup - seimbangkan pemakanan, kurang/hentikan merokok, kawal berat badan, bersenam, rancang percutian. * stress atau tidak adalah pilihan kita.
6) Kaji pegangan hidup - jangan terburu-buru mengejar harta, buat yang mampu-serah pada Allah, permudahkan hidup kita. * 90% kerisauan manusia tak perlu.
7) Laksanakan amalan mengatasi stress - ambil wuduk dan baca Quran, buat regangan, kurangkan makan daging merah, makan sayuran daun hijau, ulam, mengurut tengkok, tangan dan belakang, mandi air suam dari tapak kaki ke kepala, ceritakan masalah kepada orang yang berwibawa, lihat ikan dalam akuarium, banyakkan zikir, menyanyi nasyid/qasidah, lihat pemandangan laut, dengar ceramah agama, minum banyak air, dapatkan udara dan cahaya untuk semangat dan tenaga, berkhalwat dan beruzlah, peluk isteri dan bayi, peluk anak binatang kesayangan, senyum selalu, angkat tangan dan maafkan semua orang yang menyebabkan kita stress, letakkan gambar orang yang disayangi dalam dompet dan bilik, telefon orang yang disayangi, bayangkan peristiwa seronok masa lalu, berfikiran positif, minum tea, aroma terapi wangian, terapi warna. * Pilih untuk tidak stress.
"Orang yang berfikiran negatif 10 kali ganda lebih peluang untuk mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif".
"Makanan kepada penyakit ialah pemikiran yang negatif"
(Prof. B. Siegel)
Kemahiran Berfikir - Satu proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah.
Jenis kemahiran berfikir
1) Berfikir Kreatif ; menjana idea, proses pemikiran divergen/bercapah, idea baru dan asli, pengembangan idea.
2) Pemikiran kritis ; mencirikan, mengumpul dan mengelas, membuat kesimpulan, membezakan fakta dan pendapat, banding beza, membuat urutan dan menilai.
Otak manusia mampu menampung 120 kemahiran. Apakah kemahiran anda? Sila senaraikan 120 kemahiran yang ada pada diri anda. Latih minda anda berfikir. Rehat bukan untuk bermalasan, tidur untuk lebih cemerlang, beri hadiah pada diri sendiri. "I do the best, GOD the rest".
Kita berubah kerana Allah. Sebab berubah sama ada ke arah kebaikkan atau keburukkan. Semua itu bermula titik tolaknya pada diri sendiri. Fikir dan renung-renungkanlah.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou