Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 26 Mei 2013

Festival Belia Putrajaya 2013

Festival Belia Putrajaya 2013, 23 - 26 Mei. Kami datang memeriahkan sambutan menyemakkan suasana pada 25.05.2013. Emmm.....tujuan asal nak pi pejabat pos di perbadanan putrajaya. Seawal pukul 8.30am tu jalan. Kawan kata nanti matahari panas. Hahahaa...yalah. Tapi malangnya, notis pemberitahuan 'ditutup pada 25 mei'. Kurang asam. Kami pun meneruskan niat kedua berjalan-jalan di Festival Belia. Saja...tiada kerja kan.... Zee baru balik outstation di Sandakan khamis lalu. Masih cergas lagi dia. Hehehee... Pukul 9am tapak-tapak festa belum buka lagi. Semuanya baru menggeliat nampak matahari yang mula panas terik. Kami berehat duduk di bustand sambil baca akhbar Utusan dan Kosmo. Akhbar tu free....al-Hamdulillah duitku selamat. Pukul 9.30am barulah kami gerak menuju ke depan Perbendaharaan Malaysia nak tengok persembahan dikir barat. Tapi sebelum tu singgah beli makan dulu. Tak sarapan lagi ba...kesian.... Sebelum sampai ke pentas dikir barat kami singgah dulu di Jom Heboh TV3. Huh!...paling bising ni tempat. Nak bercakap suara tak dengar. Pening kepala. Duk lama di situ pekak jadinya. RM10 satu beg. Makanan ringan tosto....setakat makanan tu...tak payah. Tak minat. Yang untungnya air rebina besar tu tiga RM10. Tapi malangnya saya tak minat air tu. Kalau air oren mungkin aku rembat. Emmmm....tiada yang menarik perhatian hati saya selain matahari yang semakin terik. Panas!. Uuhhh...persembahan dikir barat dah mula rupanya. Kami duduk bawah pokok....redup, berangin dan tak panas. Sambil dengar dan rehat....empat lagu jugalah... Persembahan dua peringkat. Dewasa dan belia. Maybe mahasiswa. Terdengar kata mereka, ini belia bertali leher belia berwawasan. Hahahaaa.... Tukang karut dialek Kelantan memang suara sebiji suara Sabri Yunus. Zee kata, suara orang Kelantan semuanya begitu. Sama jer.... Ohhh.... Sebab ingatan Sabri Yunus. Jenuh aku mencarinya. Tertipu si gaman. Yang bestnya lagu putih-putih melati pun didikir barat. Idea belia muda. Huhuhuuuu.... Kami teruskan perjalanan melalui tapak-tapak bangunan buatan bagi mengelak sinaran mentari yang semakin terik. Ada macam-macam. Tak ingat nama dan malas nak ingat. Zee sempat juga menyinggah membeli sandle buat mamanya. Jenama RR tu. Cantik dan murah sebab dah diskaun 30%. Hati berkenan juga tapi tiada dalam bajet ba....gaji bulan mei adalah paling teruk...part berbelanja tu dipotong. Bukan saja dipotong tapi memang ditiadakan dikorbankan...Sabar sajalah... Celebrity Planet. Masa kami sampai persembahan vokalis Utopia. Tak ingat nama. Dia nyanyi 3 lagu. Guna minus one saja ba. Lepas tu kami bla blaaa........ Rancang dah nak balik ni...tapi terlalu pula depan Istana Kehakiman dan pertandingan bestdrum sedang berlangsung. Apalagi...kami pun singgahlah. Best siut. Saya paling suka group dari TUDM. Poyo, segak, bergaya, kemas, selamba dan relaks. Tapi rezekinya setakat no. 3 saja. Ok lah. Wakil dari mana tu yang pukul drum terbalik....tak ingat. Mahal siut gaya tu. Kami paling lama berada di situ. Dari pukul 11.30am hingga pukul 2.30pm. Bayangkan dalam tempoh tu kami berdiri. Fantastic!. Tapi bikin panas pengacaranya....seorang lelaki tetapi suara nyaring macam pondan. Aduiiii.... Aku panas juga dengan seorang budak girl tu...aku dah sah-sah duduk depan boleh dia potong aku. Lepas tu aku pi depan lagi. Dia tengok saja aku. Hah!...ko ingat ko saja boleh. Tapi itu pun Zee yang bagi kebenaran. Hahaaaa.... Pukul 2.30pm kami gerak nak solat zuhur di Kem. Sumber Asli. Tapi sempat singgah 5 minit tengok apa nama tu....moto kecil tu...tak ingat nama. Selalu saya tengok dalam tv kali ni depan mata. Wow.... Hebat betul pelumba seorang tu. Kata mereka, itulah Wafi... Champion. Wafi tu memang budak kecil ke orang dewasa yang bertubuh kecil?. Selepas solat kami lalu di KBS. Wow...cantik bangunannya. Wajah-wajah potret ahli sukan ternama negara ada di situ. Ingatkan nak tunggu lagi acara persembahan nasyid rohani pukul 5pm tapi kaki tak larat dah nak melangkah. Sedihnya. Itulah aim kami yang sebenarnya. Terlepas dari sasaran. Nak naik tren pun tak berkesempatan. Apalagi nak tunggu firework... Dalam perjalanan balik pentas utama Festa Belia sedang bersiap sedia untuk perasmian PM malam nanti. Kelihatan kelibat kenderaan askar mulai datang... Nak tengok lagi tapi apakan daya.....cukup sampai di sini saja. - 25.05.2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou