|
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Isnin, 27 Mei 2013
Bahana Kencing Manis
Emm...saya kira-kira sudah dua minggu beliau masuk wad. Mula-mula sakit gout...lebih kurang dua minggu sakit gout pergi hospital dan disahkan kena kencing manis. Itupun sebab ubat gout sudah abis dan ditambah demam tak dapat bangun. Kalau tak jangan haraplah dia nak pi hospital. Tak dengar kata aka tak makan saman. Dia saja yang betul. Ayat wajibnya "oh...kamu sukalah kalau sa masuk wad kan...". Bikin panas. Jadinya sekarang kan betul-betul masuk wad. Dilarang makan daging, makanan laut dan makanan manis...ayat wajibnya "apa makanan yang sa suka itu yang kamu larang. Kamu mo sa mati capat kaini"...aadadaaa....huh!...sabar sajalah. Mama dan adik-adik biarkan. Dah dia cakap begitu. Nasib baik time tu saya tiada di kampung. Kalau inda kena dia tu. Memang dia selalu kena dengan saya. Semua ayat wajib dia tu saya saja yang berani jawab. Kalau time saya ada dia diam. Tapi belakang saya dia cakap saya ni bising betul. Peduli apa saya. Tingu sudah sakit mo kasi susah urang sudah. Itu penyakit yang boleh dielak. Lainlah kalau tiba-tiba kena penyakit kanser ka talesemia ka.... Geram. Selalu perasan sihat. Mogondos kepio. Paling tidak boleh bla ayat dia "macam mana kita jaga makan pun kalau tuhan bagi sakit tetap sakit". Mo terkeluar jantung dengar. Kalau time angin nda baik mau ......... Marah-marah saya pun....saya kesian juga. Tempoh hari saya bercakap by phone dengan dia....suara dia kedengaran lemah sekali. Mungkin kerana terpaksa berpuasa dua hari untuk menjalani dua pembedahan. Mama dan adik lelaki bongsu yang silih ganti menjaganya di hospital. Nasib baik dia sanggup tak kerja comeback from sarawak untuk tolong mama. Tapi itu pun geram juga. Bila saya sms baru nak gerak. Namun itu lebih baik daripada kakaknya ini yang tak reti-reti nak balik kampung kan?....hahahaaa..... Tadi sms dengan mama pun lain macam. Lain ditanya lain dijawab. Sampaikan adikku (kija) yang sedang kursus PLKN di Sipitang terkejut dan tertanya. Mungkin mama sudah kebinggungan. Ingatkan beliau boleh keluar hospital cepat... Doktor bagitau ada bengkak di leher. Perlu pembedahan kecil. Aduhai.... Kalau begitu bilanya nak keluar hospital?.... Saya dan mama sedang dalam kerisauan. Dalam fikiran sudah ada....bayaran bilnya macam mana? Kalau mahal macam mana?.... Saya kata sama mama inda payah pikirlah. Jaga sajalah beliau di hospital. Kalau bawa balik rumah pun memekak saja buat apa kan?. Bising saja. Di hospital ada nurse mo marah dia. Mama cakap doktor suruh beliau bergerak selalu tapi nda mo dengar. Tidur saja. Masa doktor suruh mama urut-urut kakinya nak tau apa dia cakap "kamu mo kasi mati sa ka?". Ayat wajib tu. Emmm....mungkin dia memang berniat buat begitu. Nak lumpuhkan badannya....masa sihat masa sakit tetap degil. Maka itu biarkan dia.... Boleh ke?... Disuap nasi tak nak. Sepupu saya siap masak sup ikan untuk dia tapi nak nak...yang dia nak kuih manis yang jual di pasar malam tu... Tak nak beli nanti keluar ayat wajib dia tu. Terpaksalah mama beli. Tak larat dah nak dengar ayat wajib dia tu. Bikin muntah!. Dari zaman saya sekolah sampai sekarang tidak pupus tu ayat wajib dia. Seperkara yang bikin pening saya ni. Kisah my mum. Anak lelaki isteri pertama beliau datang melawat pun dia inda suka. Why??....kalau budak tu rela nak jaga bagi sajalah. Takkan budak tu nak bunuh bapa dia pula. Saya pernah tanya mama kenapa dia tidak suka tapi dia tidak bagi jawapan. Kalau kata budak tu nak datang minta harta....harta apa yang beliau ada. Papa kedana beliau saya ni. Kalau arwah ibubapa my mum tidak tolong hidup merempat kali kami sekarang. Tanah-tanahnya semua dijual. Apa lagi yang tinggal?... Tadi adik lelaki bongsu (kisil) bagitau anaknya itu selalu datang melawat beliau. Sampaikan mama tak nak tinggalkan hospital... Saat ini saya mula terfikir dan berfikir. Mungkinkah ada rahsia di antara mereka?... Rahsia apakah itu?. Mungkin juga ada dendam antara anak dan bapa. Boleh ke saya berburuk sangka atau terus positif?... Pokoknya, apapun masalah di antara mereka, apapun rahsia mereka asalkan tidak menyusahkan saya asalkan tidak melibatkan saya dan adik-adik....it's ok!... Yang penting jangan datang minta saya duit sama ada dalam bentuk nyata atau maya. Apa-apa pun saya harap my mum terus menjaga kesihatannya. Aduiii....just now i can't sleep. Siang tadi sudah tidur 4 jam.... HELP ME!!!!!!!.....bersihkan fikiranku...jauhkan prasangka.... tiba-tiba teringat dialog drama chinese "Sehebat mana pun kita sekuat mana pun kita setinggi mana pun ilmu kita, jika kita masuk perangkap kita tetap akan tewas". Betul kan? Biarpun kita kata iman kita tinggi tapi bila masuk perangkap nafsu kita tetap tewas. Semoga semuanya akan kembali normal sediakala bertambah baik lagi bagus. Usaha, doa dan berserah kepadaNya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou