tulisan FB, Berita Akhir Zaman :=
Fahami betul-betul apa yang saya tuliskan.
Saya tidak lebih mengetahui daripada apa yang saya tulis di sini. Saya hanya menyampaikan hanya sebatas peringatan.
Sekiranya hal ini bermula. Maka ia tidak akan berhenti sebaliknya terus-menerus berjalan.
.
.
Aku sampaikan kepada kamu untuk disampaikan kepada semua.
.
.
Pertama;
Jika berlaku sesuatu bencana di tanah kamu atau tanah sekitar kamu, tidak kira dari air, angin, tanah atau api, maka itu isyarat nya supaya kamu semua sedar bahawa awal-hijrah sudah bermula.
Berkumpul lah dan berdekat-dekatlah kamu seadanya dalam kalangan yang kamu saling percaya.
Bersedia lah untuk meninggalkan segala kecintaan dunia untuk menuju kecintaan hakiki.
Tiada jalan keluar bagi kamu dari bencana. Tujuan bencana itu hanyalah untuk memaksa kamu meninggalkan negara kamu semua.
Tidak ramai dari kamu menyahut seruan pertama kerana kamu semua buta hati walau celik mata, nampak dunia tapi buta cahaya.
Jika kamu ada keupayaan, jadilah kumpulan pertama. Ia susah dan bakal mengundang sengsara. Pergi dan tunggu di tempat-tempat yang memang kamu sudah tandakan berdasarkan petunjuk wali kumpulan masing-masing.
Ingat, keraguan akan datang ke hati, bahkan yang memujuk untuk tidak menyertai adalah dari ahli keluarga sendiri.
Tetap kan hati, cekalkan hati, keraskan hati. Tidak ramai menyertai melainkan sudah bersedia segala perkara.
Kedua;
Jika berlaku serangan bersenjata pada negeri kamu atau negeri sekitar kamu. Maka ketahuilah "Tipuan Emas" sudah bermula.
Tiada jalan selamat bagi kamu. Tinggalkan negara kamu serta merta sebagaimana Nabi-nabi kamu terdahulu tinggalkan tanah mereka.
Pergi lah ke tanah-tanah dijanjikan, tanah asal nenek moyang kamu. Tanah selamat, tempat bahaya tapi bahagia.
Jika kamu mahu kekal kerana ada perkara atau tiada daya upaya untuk menyertai keluarga kedua, tetap lah kamu berada di mana kamu berada.
Bersedia untuk bertahan sehingga 7 tahun lamanya.
Pada tahun ke 7 dan seterusnya, jangan berada di tanah rata, cari gunung pula, kerana gelombang datang akan sapu semua.
Perang ini tidak lama, sekadar menghalau kamu mencari Sang Putera Raja yang akan tampil di tepi batu purba, bila sampai waktu, sampainya ketika.
Ketiga;
Sengketa sesama kamu akan mematikan ramai nyawa.
Tiada tempat selamat bagi kamu di dunia melainkan yang menyelamatkan kamu hanya pemilik dunia.
Pembunuhan dan kematian nyawa memberi kemarahan bumi dan langit juga.
Tunggulah goncangan-goncangan mega mengubah rupa dan bentuk pentas-pentas dunia.
Maka ketahuilah waktu itu, 10 tanda akhir sudah bermula. Bila ia bermula tiada jalan berpatah balik ke belakang semula.
.
.
Ketahuilah untuk diri kamu dan disampaikan kepada semua;
Perkara pertama, Perkara Kedua dan Perkara Ketiga, ia adalah catatan dari lembaran utama.
Jika ia telah mula berlaku, ia akan berturutan tidak lebih 5 purnama.
Jadi, bezakan lah diri kamu antara yang menaiki kapal dengan yang menaiki bukit. (Kisah Nuh).
Sangat sedikit yang menaiki kapal kerana kapal berada di darat, sedangkan bukit dan gunung lagi tinggi.
Air tidak nampak di mata, mata pula buta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou