Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 15 Oktober 2022

3 Fasa Hijrah

copy from Facebook Berita Akhir Zaman

3 Fasa Hijrah

Kita akan menjumpai 3 jenis kumpulan orang berhijrah nanti.
.
Kumpulan Awal.

Kumpulan ini terdiri daripada ramai perindu dan pejuang-pejuang yang sangat nekad serta agresif. Mereka sanggup melepaskan apa sahaja milikan mereka semata untuk berada di hadapan dan menunggu Imam Mahdi di sana.

Walau bagaimanapun tidak dinafikan akan ada yang terperangkap dalam salah pengiraan dan kekurangan petunjuk. Perkara ini harus lakukan dengan berhati-hati. Kumpulan ini juga akan menjadi sasaran tentera Dajjal bahkan kalangan orang Islam sendiri.

Ada yang sudah berhijrah secara individu atas nama mencari pekerjaan. Ada juga yang sudah berhijrah secara berkumpulan. Apa-apa pun kena hati-hati.
.
.
.
Kumpulan Pertengahan

Kumpulan ini juga tidak ramai. Walau tidak ramai ia melibatkan puluhan ribu manusia juga. Jangan risau. Hijrah ini akan berlaku pada orang yang yakin sahaja. Yang yakin hanya kalangan mukmin. Muslim lain suka tunggu dan lihat. Munafik hanya tahu mengeji, asumsi, mencari dalil, keliru, ragu-ragu dan menunggu sahaja.

Saya percaya ramai menyangka kita akan bergerak melalui jalan hutan, dari satu negara ke satu negara seperti pelarian. Saya percaya, ramai yang pegang demikian.

Saya cuma ingin katakan, hijrah kumpulan ini akan dikoordinasikan oleh kerajaan. Bukan kerajaan semasa sekarang tetapi kerajaan PBT yang di dalamnya ada Al Mahdi yang tersembunyi.

Ia akan di danai oleh PBT tetapi ia bersifat semi-militari. Maksudnya dengan kekuasaan yang diserahkan pada PBT, militari juga berada bawah kawalannya. Ia adalah terancang. Dan inilah induk kepada kumpulan panji-panji hitam dari timur.

Apa jadi pada kerajaan sekarang ini? Tumbang? Bagaimana? Rujuk 3 artikel berkenaan Ikhwan.

Untuk tahu lebih lanjut hal ini, tiada jalan lain. Fahamkan penulisan ini;

https://www.facebook.com/beritamutakhir/posts/523949312833028

Tidak faham dan ragu-ragu, agak mustahil untuk berada dalam kumpulan ini.
.
.
.
Kumpulan Belakang

Kumpulan ini adalah kumpulan-kumpulan dari timur yang bergerak kemudian. Kumpulan ini bercampur dengan saudara-saudara dari keseluruhan nusantara. Jadi inilah kumpulan yang paling besar. 

Jika lihat dari segi konteks mimpi Masitah, hampir keseluruhannya dia menceritakan tentang kumpulan ini, kumpulan yang dia ada bersamanya di belakang.

Masing-masing akan mendarat di Semenanjung dan memulakan perjalanan darat di sini. Akan berlaku sedikit perubahan pada bentuk muka bumi nusantara nanti.

Walaupun ini kumpulan yang terbesar, tidak lah bermakna semua akan berhijrah. Ada yang memilih untuk kekal. Pilihan masing-masing. 

Tengok balik lah pada kisah Rasulullah, hijrah di lakukan secara berperingkat-peringkat. Ada yang baru punya hati hendak berhijrah setelah kejayaan demi kejayaan di Madinah telah di capai. Ada juga yang tetap tidak hijrah walau selepas perjanjian Hudaibiyah. Ada juga yang hanya menunggu sahaja rombongan Fathu Mekah dan menyertai selepas selesai pembukaan Mekah.

Pilihan di tangan masing-masing. 

 
.
.
.
.
.
.
.
PBT - Pencarian dan Kebangkitan Akhir
https://www.facebook.com/beritamutakhir/posts/266894095205219
.
Ikhwan - Yang Sedikit & Terasing Part 1
https://www.facebook.com/beritamutakhir/posts/140817087812921
.
Ikhwan - Kebaikan Yang Terlarang Part 2
https://www.facebook.com/beritamutakhir/posts/143936270834336
.
Ikhwan - Kejatuhan Kerajaan Timur Part 3
https://www.facebook.com/beritamutakhir/posts/183953320165964
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou