Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 30 Ogos 2016

Salam Merdeka

Esok 31 ogos, tarikh keramat buat negara.

Salam Merdeka :-
* Malaya 31/08/1957
* Sabah 31/08/1963
Semoga Malaysia & Sabah terus maju dan aman.

Salam Merdeka :-
# adikku Siti Zubaidah 31/08/1987
# utk semua kawan2 dan rakyat Malaysia  yang lahir 31/08
Semoga adikku dan keluarga sihat dan bahagia selalu. Jangan lupa gumpul duit kio utk melabur di Zenithgold. Hihihihi

Salam Merdeka :-
@ mungkin buat diriku :- mungkin terpaksa melupakan cinta kasih sayang. Kalau tidak pun mungkin menjadi korban raya korban nanti. Tunggu dan lihat. Perlu bersedia - menjelang merdeka hingga raya korban. Semoga tidak terus tersungkur. Moga hati tabah utk bangun. Moga perasaan tidak membeku selamanya. Wlupun doa dipanjat harapan disimpan setinggi langit - Dia Maha mengetahui.

# masih mengharap everything is ok. Masih mengharap ada peluang utk berjuang. Mengharap dan berharap.... Semoga bukan kekecewaan. Semoga bukan kebencian.

@ Terima kasih banyak2. Semoga kita semua bahagia hingga ke akhir hayat.

Jumaat, 12 Ogos 2016

BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA


Suka bulan ogos ouh... sekejap betul ni mo ujung taun. cepat juga sy mo tua ni..hihihiii...

Baca dan hayati ayat-ayat motivasi ni. Sesungguhnya tiada yang sempurna di alam fana ni. Bersyukur lah dengan apa yang ada dan sedang dimiliki.


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik.
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.

Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang,
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lain pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak terjangka.

Bersabar, bersyukur, berusaha,berdoa dan bertawakal.
Hanya dia, Allah yang maha Esa.

Sekadar perkongsian daripada ayat-ayat motivasi yang sangat baik dan berguna.
Kata-kata perangsang yang paling saya suka daripada dulu. Buangkan rasa merungut dalam hidup, Buang jauh sikap membandingkan diri dengan orang lain (negative), buangkan sikap mempertikaikan nasib orang lain. In sha Allah hidup sentiasa diberkati dan rasa tenang.