Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 2 Februari 2021

KEMBALILAH...Wahai Anak Adam

KEMBALILAH Wahai anak adam Nikmat Allah mu yang mana mahu kau dustakan Jika bukan kerana IradatNya kamu tidak akan Dia jadikan manusia yg sempurna sifat Zat Allah mu lah yang mencipta mu di dalam rahim setelah membenihkan mu Zat Allah mu jugalah yang memelihara mu membesarkan mu serta membentuk mu di dalam rahim ibu mu. ZatNya jugalah yang menjadikan diri mu tidak lemas dengan air ketuban itu dan diri mu boleh makan dan minum serta bernafas lewat tali pusat mu. Selama 9 bulan ZatNya lah yang menjagamu dengan penuh kasih dan sayang, apa sahaja yang diri mu inginkan dan perlukan Zat Allah mu lah yang memberi mu lewat bunda mu Semua yang berlaku pada diri mu di alam rahim itu semuanya diurus oleh zat Allah mu, betapa baiknya Dia pada diri mu wahai anak adam. Tiba tiba setelah kau dewasa kau membalas kasih sayang Allah mu itu dengan kau mengsyirikanNya Betapa zalimnya perbuatan mu wahai anak adam, betapa kufurnya engkau pada nikmat Allah mu itu.. Insaf dan sedarlah betapa kau sudah keterlaluan, bertaubatlah dan kembalillah kepangkuan Allah mu. Sesungguhnya Dia sangat merindui mu untuk kau kembali kepangkuanNya. RinduNya itu melebihi seratus kali ganda rindunya seorang ibu yg menanti kembalinya anaknya dari perantauan. Ketahuilah wahai anak Adam, Allah mu sangat ingin kau hidup bahagia di dunia ini dan berbahagia juga di akhirat tetapi kau yang berdegil tidak mahu menempuh jalan bahagia itu. Allah mu sangat mahu membantu dan memimpin mu menempuh jalan bahagia itu tetapi engkau yang enggan. Allah mu bukan pemaksa, itu bukan Dia. jalan kebahagiaan itu harus kau tempuh atas keinsafan dan kesedaran mu bukan kerana terpaksa atau dipaksa. Wahai anak adam sudah jauh kau menempuh jalan sengsara itu sudah banyak kesengsaraan dan keperitan hidup yg kau alami di atas jalan sengsara itu. Kembalilah kepangkuan Allah mu berilah Dia peluang untuk merawat segala luka mu dan hidup bersama mu. Dia sentiasa rindu menanti mu kembali ke pangkuanNya dan sangat luas kasih sayangNya untuk membimbing mu menempuh jalan bahagia itu. Kembalilah wahai anak domba yang telah terkeliru memilih jalan hidup, kembalilah kepada pemilik mu sebelum maut datang menjemput mu.. Mohd&Jienah 12:00 am 02 . 02 .2021