Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 6 Oktober 2024

PRO DAN KONTRA ISU GISBH

PRO DAN KONTRA ISU GISBH

Assalamualaikum w.w.
Tulisan ini sebagai pandangan peribadi saya sahaja.

Isu ini pada saya ada pro dan kontranya, atau ada sisi positif dan negatifnya. 

Saya nampak seperti ada perancangan jahat yang lebih besar dari musuh ASWJ Malaysia untuk melumpuhkan kekuatan ASWJ dalam kes ini, iaitu Wahabi kususnya Wahabi Malaysia.

Seperti yang kita tahu akhir-akhir ini berlaku gelombang serangan yang kuat dari pejuang-pejuang ASWJ khusus memerangi kesesatan Wahabi dalam medsos.

Antara kesan kebangkitan itu timbulnya usul RUU mufti wilayah wajib dari ASWJ, sesuai ketetapan negara oleh majlis raja-raja aliran ASWJ adalah aliran resmi negara.

Berbalik kes Gisbh, saya tidak nafikan adanya kelemahan-kelemahan dan amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat seperti yang didedahkan dari hasil siasatan, itu semua wajib di hentikan dan wajib dibawa ke mahkamah untuk diadili dan diputuskan. 

Jika kes jenayah bawa kemahkamah sivil, jika kes amalan yang bertentangan dengan syariaat bawalah ke mahkamah syariah untuk diadili dan dijatuhkan hukuman. Pada saya ini yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib.

Seseorang atau sebuah syarikat atau satu-satu kumpulan tidak boleh dikatakan bersalah atau sesat jika tidak diputuskan oleh mahkamah sivil atau mahkamah syariah. 

Fatwa sesat sahaja belum boleh dikuatkuasakan jika tidak diputuskan oleh mahkamah syariah. Pada saya adalah satu kesalahan menguatkuasakan satu fatwa yang tidak disahkan oleh mahkamah syariah. Ini adalah di atas prinsip bernegara kita iaitu prinsip  kedaulatan undang-undang.
Apapun tuduhan ke atas Gisbh wajib melalui proses undang-undang, apakah melalui mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Tapi pada saya oleh kerana Gisbh ini syarikat milik orang Islam dan mangsa -mangsa yang terlibat juga orang Islam adalah wajib mereka dirujuk ke mahkamah syariah.

Untuk apa negara ini ada mahkamah syariah jika kes-kes yang melibatkan orang Islam tidak dirujuk ke mahkamah syariah. Sudah masanya reform penuh dilakukan pada sistem perundangan syariah negara yang kita cintai ini.

Isu kes Gisbh pada saya adalah isu yang ditunggang oleh musuh ASWJ Malaysia iaitu Wahabi Malaysia. Kelemahan yang ada dalam Gisbh diguna sebagai senjata untuk menyerang pentadbiran JAKIM, kerana Gisbh dibawah pemantauan JAKIM, matlamat serangan ialah mereka mahu menguasai JAKIM.

Point yang lebih besar dalam kes ini ialah serangan balas yang berniat menjatuhkan pengaruh Aswj Malaysia. Gisbh walau pun mungkin ada amalan mereka yang bertentangan dengan syariat tetapi aqidah mereka masih kukuh dengan aqidah ASWJ, sebahagian besar syariaat yang mereka amalkan adalah syariaat ASWJ, dan tasawuf yang mereka awalkan juga tasawuf ASWJ.

Wahabi sudah kita tahu, mereka menolak manhaj Aswj, malah mensyirikan aliran ASWJ dan umat Islam dari aliran ASWJ. Kes Gisbh ini bagi saya adalah sengaja ditunagang oleh puak wahabi Malaysia untuk mereka bangkit menyerang balas ASWJ Malaysia. 

Itu adalah perkara yang penting diperhatikan dan diambil perhatian terutama para pejuang ASWJ Malaysia dan umumnya umat islam ASWJ Malaysia. Kita kena bersatu untuk terus menentang kebatilan wahabi sampai aliran wahabi hilang musnah dari negara Malaysia yang kita sama-sama cintai ini  negara Malaysia negara ASWJ.

#mohmadbinabdullah

Khamis, 29 Ogos 2024

BULAN OGOS 2024

Assalamualaikum. 

Lama sangat tidak singgah sini. Ini singgah pun sekejap saja.

Bulan ogos bulan kemerdekaan bagi Malaysia. Bulan ini juga bulan paling teruk dalam hidupku. Aku dihempap dan dihimpit dengan cabaran yang maha berat. Kiri kanan depan belakang atas bawah.. Terasa penat sangat. Berperang dengan hati dan fikiran. Sukar menstabilkan perubahan ... Kejap di landasan kejap di luar landasan. Tekanan teramat kuat. Kadang-kadang rasa seperti mau gila. Dalam berusaha menghadapi semua itu, semoga dikurniakan kekuatan dan kesabaran. 

Saya berharap bulan Ogos bulan Kemerdekaan ini berakhir dengan merdeka yang positif dan terus bersatu. 

Di saat aku berhadapan dengan cabaran berat ini, tiba-tiba teringin menangis sekuat hati dalam pelukan ibu. Seorang surviver tidak mudah menyerah namun jika itu takdirnya biarlah air mata terus melepaskan tangisnya dengan sepuasnya. 

Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran maha kuat untuk menjalani kesempurnaan. InshaAllah. Aamiin

Jumaat, 19 Julai 2024

ZIKRULLAH JALAN IMAN

ZIKRULLAH JALAN IMAN Antara tanda-tanda zikrullah jalan iman ada peningkatan ialah hati akan ada ketika berzikir sendiri tanpa diprogramkan untuk berzikir. Terasa semakin kusyuk bila berzikir, masa lalai dari berzikir semakin berkurang, maksudnya dalam 24 jam sehari semalam, waktu yang diisi dengan zikrullah semakin bertambah dan waktu lalai semakin berkurang. Hati semakin kuat bergantung kepada Allah terutama dalam hal rezeki, hati semakin bertambah kesabarannya ketika menghadapi qada qadar yang buruk, sabar yang bukan di fikir-fikir, tapi sabar yang secara semulajadi, iaitu hati itu tumbuh padanya rasa sabar. Minat semakin meningkat pada zikrullah dengan hati sambil berdiri, duduk dan berbaring, kerana hati bertambah rasa tenangnya apabila zikrullah, sehingga zikrullah terasa seperti ubat stress yang paling mujarab, sehingga dengan zikrullah stress hilang begitu saja. Hati mula merasa nikmat dengan zikrullah, satu rasa nikmat yang tidak dapat diceritakan. jika sudah mencapai keadaan ini, biasanya para pemburu iman akan bertambah tekun zikrullah bil qolbu sambil berdiri duduk dan berbaring. Level seterusnya zikrullah, hati berzikir sendiri tanpa henti, hal ini dialami secara terang oleh diri, dirinya benar-benar mendengar hatinya terus berzikir tanpa henti, apabila keadaan ini berkekalan maka iman akan masuk ke dalam hati dan memenuhi hati, hati akan menjadi yakin seyakin-yakinnya kepada Allah dan pada semua rukun iman. tidak ada lagi nifaq walau sebesar zarah. Akan tumbuh dihatinya rasa kasih kepada Allah dan rasulullah. Rasa kasih ini akan terus membesar, apabila rasa kasih ini mencapai tingkat sempurna, diri akan bangkit memperjuangkan agama Allah bermula pada dirinya, keluarganya, masyrakatnya dan alam sejagat dengan sepenuh hati. mereka mengorbankan jiwa dan raga mereka pada perjuangan, mereka akan menjadi singa-singa Allah yang akan terus bertempur di medan juang tanpa henti dan rasa letih. Semakin mereka berjuang semakin membesar rasa kasih mereka kepada Allah, kepada malikat, kepada kitab, kepada rasul, kepada hari kiamat dan pada qada qadar Allah. Allah dan RasulNya pun mengasihi mereka, begitu juga para malaikat dan seluruh makhluk di langit dan di bumi turut mengasihi mereka. Inilah kejayaan yang gemilang dan perjuangan mereka dibantu dengan jayanya. @mohmadabdullah @R@tnaRatu

Sabtu, 1 Jun 2024

1 JUN 2024

Assalamualaikum.
Lamanya tidak singgah di sini. Sudah tua-tua ni makin lama makin malas menaip dan membaca. Mmmmm...
Hari ni 1 Jun 2024. Tanpa disedari separuh tahun 2024 sudah pula. Hari ni cuti hujung minggu dan cuti umum hari gawai. Seronok cuti panjang ni.. cuma kalau dompet nipis terus hilang tu seronok. Makin hari hidup makin keras. Harga barang naik terus. Kalau difikir boleh jadi stress. Kita belajar hidup serba seadanya. Saya nampak mereka yang tiada hutang dengan bank dan seumpamanya hidup lebih tenang. Tapi realitinya tidak pula. Walau tiada hutang dengan bank mereka hutang keliling dengan manusia.. hutang dengan ramai orang. Payahnya hidup manusia ini apabila sudah terjebak dengan hutang. Saya yang banyak hutang bank ni..kadang-kadang mau keluar air mata mau bayar hutang. Cuba bertahan dan berdoa agar sampai masa nanti hutang akan langsai. Perkara yang paling mencabar sabar saya, apabila orang pinjam duit saya. Kita ni banyak hutang dengan bank..perbelanjaan dicatu..komitmen didahulukan. Orang pinjam duit...merayu-rayu. janji bayar 3 hari kemudian. Kita tidak layan tapi tidak berhenti merayu. Duit komitmen tu dijanji akan dibayar 3 hari kemudian. Tapi sudah lebih 3 bulan belum dibayarnya.  Komitmen kita pula yang tertangguh. Ketahuilah, jika duit itu kamu guna untuk bisnes maka bisnesmu tidak akan pernah baik seumur hidupmu. Begitu juga Jika duit itu kamu guna untuk ahli keluargamu.. seumur hidupmu dan keluargamu akan bersakitan. 
Kalau kita tiada kemampuan untuk membayar maka jangan berhutang. Sudah berjanji bayar jangan berdolak dalih bagi banyak alasan kemudian senyap macam sudah mati. 

Sekian untuk hari ini... Semoga orang yang berhutang tu datang membayar hutang.